Apabila penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti tampil bertudung bawal, ramai peminatnya yang menjadi tidak keruan.
Mana tidaknya, penampilannya itu dikatakan persis anak dara. Sweet gitu! Ada juga yang mengatakan seperti baru sahaja habis SPM. Gambar yang dimuat naik oleh Tok Ti ini dihujani ribuan komen. Ramai yang memintanya untuk terus bertudung bawal.
Tampil dengan imej tudung bawal pada Aidiladha yang lalu, penampilan Tok Ti nampak ayu dan comel sekali!
Beberapa bulan telah berlalu, pendakwah yang juga kakak kepada Ria Riciis iaitu Oki Setiana Dewi mula menikmati kehidupan barunya di Mesir. Oki kelihatan gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Ini dapat dilihat daripada beberapa foto peribadi yang dikongsi oleh Oki Setiana Dewi selama berada di Mesir.
Anak-Anak Belajar Di Mesir
Tidak keseorangan, Oki Setiana Dewi turut membawa anak-anaknya ke Mesir dan bersekolah di sana.
Aktif Sertai Persatuan Pelajar
Sebulan di Mesir, Oki Setiana Dewi berkongsi kebersamaannya dengan rakan-rakan yang juga dari Indonesia. Mereka adalah ahli Masisir atau pelajar Mesir Indonesia.
“Saya tidak percaya saya telah tinggal di Kaherah, Mesir selama sebulan.
“Semoga memberi manfaat dan dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan institusi-institusi lain.”
Komited Berkongsi Ilmu
Menerusi muat naik di Instagram peribadinya, isteri kepada Ory Vitrio ini terus komited berkongsi ilmu dengan orang sekeliling.
Nikmati Suasana Malam Di Mesir
Bersama tiga anaknya iaitu Maryam Nusaibah Abdullah, Khadeejah Fatimah Abdullah, dan Sulaiman Ali Abdullah, Oki bahagia menikmati suasana petang dan malam di Kaherah, Mesir.
Sokongan Penuh Suami
Kehidupan Oki di Mesir menjadi lebih mudah dengan kehadiran suaminya, Ory Vitrio. Walaupun sebelum ini mereka terpisah kerana tidak dapat pergi bersama, kini Ory Vitrio telah menyertai Oki di sana.
“Yeaay, akhirnya baba @oryvitrio dan @sulaimanaliabdullah telah tiba di Mesir,” tulis Oki.
Untuk info, Oki Setiana Dewi sebelum ini pernah mengumumkan perancangannya untuk berhijrah ke Mesir kerana mahu mendalami ilmu agama serta menyambung pengajian sekaligus meninggalkan kerjaya seninya.
Urusan penghijrahannya itu sebenarnya sudah dirancang sekian lama bersama suami, .
Sebelum terbang ke Mesir, Oki Setiana Dewi telah menyiapkan banyak perkara antaranya mempelajari bahasa Arab. Dia turut memindahkan anak-anaknya ke sekolah Arab di Jakarta.
Bintang filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ ini mengakui tidak ralat membuat keputusan tersebut di saat kerjaya seni dan aktiviti dakwahnya sedang berkembang.
Sepanjang ketiadaannya, Yayasan Maskanul Huffadz yang ditubuhkan untuk tujuan pendidikan keagamaan tetap diteruskan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Instafamous dan juga seorang ahli perniagaan berjaya, Asyalliee telah selamat menimang cahaya matanya yang kedua iaitu seorang bayi perempuan. Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi juga telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Haider Mikhael bersama suami tercinta Eboy Arbaain.
Pengalaman bersalinkan baby rose ? Alhamdullilah semua dengan izin Allah swt ♥️ Syukur alhamdullilah
25 march 19 Mommy dah start rasa contraction dari rumah lagi cuma tak kuat sangat . Pukul 1pm sampai hospital check in wad semua , dalam pukul 4:30pm doktor datang check bukaan dah 3CM (Tak sangka teknik mindset menjadi) Then bergelak ketawa la mommy daddy and kawan2 dalam wad tu sambil mommy berjalan keliling hospital lepastu mencangkung then buat posisi bersujud semua sambil mindset bila masuk labour room dah 8CM . Sambil duk gelak ketawa dengan daddy duk rasa contraction juga kuat sikit dari yang sebelum tapi tak kuat mana lepastu nurse gtau yang lepas subuh kena masuk labour room dah
26 march 19 Dah masuk labour room pukul 7am , doktor check bukaan dah 8CM (lagi sekali tak sangka teknik mindset menjadi) dan bermula la contraction kuat datang melanda diriku ini . Memula boleh kawal lagi sambil berzikir lailahaila anta subhanaka inni kutum minaz zolimin . Pastu contraction makin kuat (dah jadi macam orang gila dah masa tu tahan dia punya sakit) then sister check bukaan dah 9CM . So nak kawal diri tak dapat dah , sister bacakan surah sambil usap belakang badan (mommy mcm org tak betul dah masatu) Duk tahan punya tahan mommy nak meneran dah, sister check 10CM then meneran la mommy selama 5minit then keluarlah Cinta hati mommy rose pada pukul 11:31am ♥️ Alhamdullilah rose bersalin tepat pada 39weeks dalam kandungan
Okay daddy kita cuti dulu ye , kita dah dapat sepasang cahaya pertama hati kita sekarang ni . Kita rehat rehat dulu yee hehehe
Alhamdulillah, anugerah daripada Tuhan. Tahniah Asya! Seawal usia 21 tahun lagi sudah ada dua cahaya mata. Diharap Asya terus sihat dan dipermudahkan proses berpantang. Jangan stres-stres tau!
Niat untuk berhijrah sudah lama ada tetapi dek kerana tuntutan kerja menyebabkan personaliti ini belum bersedia untuk berhijab. Namun setelah berkahwin, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Apatah lagi ketika itu Intan Liana juga turut mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada rumah tangga juga atas arahan Imamnya ketika itu.
Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu dilalui selama 5 tahun sahaja kerana takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Walau diduga ujian maha berat, namun Intan Liana reda dan akan terus istiqomah dengan apa yang telah berlaku.
“Sebelum berkahwin saya dulu adalah seorang penari. Selama 9 tahun menjadi penari sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti setelah berumah tangga. Niat sebelum itu memang ada nak berhijab, tetapi kerjaya sebagai penari tidak begitu bersesuaian ketika itu.
“Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan berhijab hinggalah sekarang ini. Tiada siapa mendorong berhijab sebaliknya hidayah datang tepat pada waktunya. Sepanjang lima tahun saya berhijab tidak pernah terlintas untuk membukanya. Bahkan saya rasa selesa dan selamat setelah memakainya,” ungkap Intan Liana yang gemarkan fesyen unik sejak dulu lagi. Ramai sudah maklum bahawa dia kini bekerja keras demi menyara kehidupan setelah ditinggalkan suaminya.
“Walaupun diduga saya tidak akan sesekali buka tudung. Biarpun sebelum ini saya memang ada terfikir untuk kerja balik sebagai penari kerana hanya pekerjaan itu yang saya tahu buat. Tetapi bila saya fikir-fikir balik agak susah kerana saya kini sudah berhijab.
“Jadi apabila ada tawaran daripada Datuk Seri Aliff Syukri saya anggap itu rezeki. Bukan itu sahaja, saya juga terikat menjadi model pakaian raya untuk jenama AshhAnnas. Buat masa ini memang saya fokuskan sebagai model muslimah secara sambilan. Saya juga tidak terfikir untuk cari kerja tetap kerana fokus dengan apa yang ada ada depan mata dulu,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 3 tahun dan 1 tahun 4 bulan.
Menurut Intan juga anak-anak dan keluarga jadi sumber kekuatannya dalam menghadapi kesukaran yang tidak diduga ini.
“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Walaupun kadang-kadang hati saya jadi rapuh dan apabila teringat perkara lalu buat saya menangis. Oleh kerana sebelum ini saya adalah suri rumah tangga, jadi urusan menjaga anak memang terletak pada bahu saya.
“Jadi apabila ada sebarang shooting atau kerja, saya akan bawak anak-anak. Susah untuk tinggalkan mereka, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil kerana masih menyusu badan. Baru saya cuba-cuba untuk beri susu botol. Cuma kadang-kadang ayah dia akan ambil seorang terutama anak yang sulung. Dalam hal ini saya tidak hadkan hubungan antara ayah dan anak,” jelasnya yang tekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh demi kelangsungan hidup.
Ditanya persediaan menyambut ramadan tahun ini, Intan memberitahu semuanya sama kecuali kelainan tiada suami di sisi. Kalau dulu menurutnya akan fikirkan untuk sediakan juadah buat suami, tetapi kali ini hanya akan menyambutnya bersama keluarga.
Intan ditemui ketika majlis pelancaran Innersejuk X Lily Petuna di Subang minggu lalu. Kehadirannya walaupun lambat tetapi dia tetap memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak penganjur. Innersejuk adalah produk anak tudung keluaran pertama di Malaysia yang menggunakan teknoogi Drichill.
Ditubuhkan sejak tahun 2014 dan keistimewaannya adalah mampu membuang haba berlebihan, menyerap peluh dan cepat kering, tidak mencekik, tidak ketat dan selesa serta tahan lama walaupun dibasuh dan dijemut berulang kali.
Hadir bekerjasama dengan label Lily Petuna dalam satu pertunjukan fesyen dan innersejuk kali ini didatangkan dengan pelbagai warna terang yang menarik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.