Sebelum ini pastinya ramai yang tertanya-tanya dan mahu melihat bagaimanakah rupanya kamar tidur Neelofa. Faham dengan kehendak netizen, kakak Neelofa sendiri iaitu Noor Nabila dan sahabatnya Rosix Omar telah pun melakukan ‘tour’ terhadap bilik tidurnya bagi tatapan peminat setia adiknya itu di laman YouTube mereka.
Telah meraih lebih sejuta tontonan hingga ke hari ini, ramai yang terhibur dengan gelagat dan telatah Nabila bersama Rosix di samping terpegun dengan kecantikan bilik tidur Neelofa.
Menurut Nabila, rekaan bilik tidur adiknya ini merupakan hasil sentuhan Dato Rizalman Ibrahim bersama ibunya Datin Noor Kartini serta Neelofa sendiri. Anda boleh menyaksikan video ‘room tour’ mereka di bawah ini.
Ramai peminat yang terpegun apabila melihat bilik Neelofa ini. Bukan itu sahaja, mereka juga turut rasa terinspirasi untuk menjadi berjaya di atas usaha sendiri sepertinya.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya. Pernah menyuarakan hasrat untuk ‘gugur’ sebagai syahid dan nyata permintaan bekas sukarelawan Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare), Razan Ashraf Najjar di makbulkan. Dia maut selepas ditembak di dada oleh rejim Zionis ketika memberikan bantuan perubaan di perkampungan Khua’za Gaza Jumaat lalu.
Menerusi Facebook MyCare, Razan dikatakan pernah menyuarakan hasratnya untuk ‘gugur’ sebagai syahid.
“Boleh sahaja jika saya (Razan) hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.
“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka,” katanya yang dipetik melalui Facebook NGO terbabit.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCare. Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang terkejut dengan berita kematiannya yang dianggap kejam kerana dibunuh menjalankan tugas membantu insan yang memerlukan.
Kamarul berkata, Razan ada menyuarakan hasratnya untuk meneruskan aktiviti sukarela, namun tidak sempat menyempurnakan sepenuhnya niat baiknya itu.
“Semoga pemergian Razan menjadi motivasi kepada sahabat kami di Palestin untuk terus berjuang.
Mangsa Razan Ashraf Najjar, 21 tahun yang juga warga Palestin pernah menjadi sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) itu tahun lalu.
Najjar yang juga seorang jururawat memakai uniform putih ketika sedang menjalankan tugasnya sewaktu ditembak di bahagian dada berkenaan.
Dalam kejadian berkenaan 100 orang cedera termasuk Najjar yang terbunuh disebabkan serangan tentera Israel di hari Jumaat nan mulia.
Sebelum itu, Najjar dikatakan sedang berusaha membantu pesakit lain dalam jarak 100 meter dari kawasan sempedan tetapi kahirnya peluru Israel menembusi dadanya.
Ribuan yang menghadiri majlis pengebumian sukarelawan yang bukan sahaja masih muda tetapi punya personaliti menarik.
SUMBER: HARIAN METRO
KREDIT FOTO: VIA FACEBOOK HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD (MYCARE)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramadan adalah bulan di mana umat Islam berpuasa daripada makan dan minum. Ada yang terlalu banyak makan makanan manis sepanjang Ramadan dan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Kesilapan yang paling biasa orang lakukan ialah makan makanan manis selepas berbuka. Ini boleh menyebabkan masalah dengan penghadaman anda, termasuk cirit-birit dan sembelit.
Jika anda makan manisan selepas berbuka atau bersahur, berikan diri anda sekurang-kurangnya 15 minit waktu berbuka sebelum makan semula.
Semasa berbuka puasa atau bersahur (dua kali makan), anda boleh mengambil sedikit snek pada permulaan makan, tetapi tidak lebih daripada dua kali. Selepas makan snek, sebaiknya tunggu dua jam sebelum makan kedua.
Pakar berkata bahawa manisan boleh mengandungi banyak gula dan tepung, yang boleh menyebabkan paras gula darah anda meningkat dan pengambilan kalori anda meningkat, yang boleh menyebabkan penambahan berat badan.
Makan makanan manis selepas sahur mungkin tidak baik untuk kesihatan anda kerana ia boleh melambatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap vitamin, mineral dan nutrien penting daripada makanan.
1.Untuk memastikan makanan anda sihat dan lazat, elakkan menggunakan bahan berlemak atau tinggi lemak dan sebaliknya gunakan bahan bebas lemak atau rendah lemak.
2.Anda boleh cuba menggantikan manisan dengan kurma atau madu. Ini akan menjadikan mereka kurang manis dan lebih berkhasiat.
3.Kita boleh membuat hidangan manis yang lebih sihat dengan mengurangkan jumlah gula dalam resipi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Andai kata Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus, apa tindakan yang perlu kita buat? Pertama sekali, bawa-bawalah bertenang dan bertindaklah sewajarnya.
Jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang membuat pembelian panik? Melalui satu posting di Facebook, seorang wanita berkongsi barang yang wajib ada di rumah jika Malaysia kena lockdown.
Covid-19.
Ramai yang mesej acik. Panik. Takut Malaysia kena lockdown @ perintah berkurung. Apa nak buat sekarang ni acik? Takut sangat rasa.
Kalau tanya acik, ini jawapannya. Yang bertanya, sila baca jawapan acik di sini. Tak larat nak reply satu-satu:
1. Bertenang. Masuk dapur tengok apa yang masih ada. Ambil kertas dan pen, tengok apa yang kurang, senaraikan. Paling utama ialah beras sebab tu makanan ruji kita. Beli lebih sikit daripada biasa. Biasa beli beras 10 kg satu beg? Esok pergi beli dua beg. Begitulah.
Lebihkan beras kalau ada bajet. Tak perlu beli beras sampai 10 beg. Guna otak, jangan ikut perasaan. Kalau rumah awak selalu ada masalah air, simpan air. Utamakan barang yang penting macam beras, lauk, gula, garam. Kalau ada anak kecik pastikan ada stok susu, pampes. Kalau ada bajet lebih boleh beli makanan dalam tin, bihun, pasta.
Kalau ada bajet banyak sikit, boleh beli barang dalam senarai ini:
Ikan bilis
Telur
Tepung
Kurma
Gula
Garam
Ikan masin
Ikan kering
Bawang
Kentang
Kismis
Kacal dal
Kacang hijau
Kacang merah
Makanan dalam tin
2. Ubat-ubatan. Kalau awak sakit dan perlu makan ubat setiap hari, tak boleh terputus ubat, sila tambah stok ubat. Ubat adalah sangat penting selain makanan. Ada bajet beli ubat-ubatan basic sikit macam panadol, painkiller, chi kit teck aun, vicks, bla bla bla.
3. Beli ikut keperluan. Beli apa yang awak perlukan sahaja. Tak guna tisu tandas tak payahlah beli tisu tandas. Duit tu guna untuk barang lain yang awak perlu. Jangan sebab tengok orang lain beli awak pun pakat beli juga.
4. Beli ikut kemampuan. Ukur poket sendiri. Tengok orang memborong sampai 3 troli, jangan awak pun beli sampai 3 troli. Sudahnya kat kaunter orang lain bayar cash, awak pula berhutang bayar dengan kredit kad. Salah tu. Acik tak galakkan buat macam tu.
5. Jangan bergolok-gadai semata-mata nak memborong makanan. Seeloknya jangan jual emas. Gunakan cash yang ada. Kenapa acik cakap macam ni? Supaya awak tak menyesal dikemudian hari.
6. Beli dalam keadaan yang tenang. Jangan berebut. Jangan bertolak-tolak.
7. Ambil barang dalam jumlah yang awak perlukan. Jangan buat benda mengarut seperti borong daging burger sampai 2 troli, beli telur 30 papan, beli tisu tandas 10 pek, beli megi penuh bonet kereta. Banyak mana awak perlu? Beli banyak itu sahaja.
8. Kalau awak beragama Islam, solat awal waktu. Ini pesanan penting dari acik. Solatlah diawal waktu. Jangan dilupa. Dalam keadaan genting macam ni solatlah talian hayat yang menghubungkan kita dengan Allah.
Tapi acik, saya takde duit sekarang. Tengah bulan betul-betul kering. Kena tunggu gaji baru dapat beli barang. Saya susah hati tengok orang lain memborong sakan.
Sabar. Bahagian masing-masing. Cuba tengok semula berapa duit yang ada, beli mana yang dapat. Tak boleh beli beras 10 kg, beli beras 5 kg atau beras timbang. Atau boleh beli bihun, satu pek lebih kurang RM2 lebih sahaja harganya. Beli setakat yang mampu. Tolak perbelanjaan yang tak diperlukan. Kedai eco ada banyak jual makanan murah dengarnya, boleh cuba tengok di sana.
Pesanan terakhir: Tak usah tayang barang yang awak borong di media sosial. Troli penuh, bonet kereta penuh, kabinet dapur penuh. Perbuatan awak akan mencetuskan panik, menyebabkan orang yang tak mampu beli semakin tertekan, dan dalam masa yang sama akan membahayakan awak sendiri. Bahaya macam mana pulak acik? Fikirkan sendiri. Dah dewasa.
Semoga bermanfaat!
HIJABISTA: Jangan bersikap pentingkan diri sendiri. Kalau boleh semua barang hendak diborong bertroli-troli sedangkan stok barang tersebut masih banyak di rumah. Bertimbang rasalah. So jangan panik beli barang banyak-banyak. Orang lain pun hendak beli barang juga.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.