Tiga tahun lalu, pelakon yang juga usahawan kecantikan, Mawar Rashid mengumumkan tentang penghijrahan dirinya yang telah berhijab.
Ketika itu, Mawar terbuka hati untuk menutup aurat selepas mengikuti kelas pengajian agama di Kelantan.
Keputusannya itu turut mengambil keberkatan sempena tahun baharu Hijrah.
Katanya, dia telah lama menyimpan hasrat untuk berhijab namun hatinya berbolak balik membuatkan dirinya sering menangguhkan hasrat itu.
Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memaklumkan fasa berhijabnya itu dimulakan pada Jumaat, 2 Muharam.
Ads
“Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula.
“Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Aamiin,” tulis Mawar.
Ketika itu, perkongsian finalis Dewi Remaja 2014/2015 ini menerima reaksi positif para pengikut serta rakan-rakan artis di Instagram.
Ads
KEMBALI TIDAK BERTUDUNG
Terbaharu, isteri kepada usahawan Raf Yaakob ini membuat ‘kejutan’ dengan memuat naik dua gambarnya yang tidak lagi memakai hijab di Instagram peribadi.
Menerusi gambar tersebut, ibu tiga anak ini menyarungkan baju berwarna putih dengan gaya rambut yang diikat kemas di bahagian belakang.
Ads
Pemilik nama lengkap, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid ini turut memuat naik status di Instagram Storynya dengan kata-kata yang mencetuskan tanda tanya.
“Goodbye world. Will be back when I’m mentally ready. Love you guys always.”
Mawar turut menutup ruangan komen pada setiap gambarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminatnya terkejut dengan tindakannya itu namun ada juga yang mendoakan kebaikan buat Mawar agar kembali berhijab.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Mawar Rashid dan kembali menutup aurat dengan sempurna.
Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kejadian kes pembuangan sisa kimia secara haram dipercayai gas metana di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang telah menyebabkan ramai yang dimasukkan ke hospital. Malah ada antaranya yang telah dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kebanyakannya adalah murid sekolah dari sekolah berdekatan.
Sehingga kini ratusan orang ditahan dan mendapatkan rawatan di hospital. Dalam pada itu, kes ini juga turut menarik perhatian isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), YM Che Puan Khaleeda Bustamam yang turut menzahirkan simpati kepada mangsa terbabit.
Dalam satu kenyataan balas melalui posting di media sosial laman instagram miliknya, YM Che Puan Khaleeda berkata apa yang terjadi di Pasar Gudang adalah sesuatu yang memilukan.
YM Che Puan Khaleeda berharap agar mereka dapat membersihkan udara dengan segera dan membuat sesuatu agar masalah ini dapat diatasi segera.
Dalam masa yang sama YM Che Puan Khaleeda juga menasihati agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan mengingatkan orang ramai memakai topeng muka. Beliau juga turut mendoakan kesejahteraan kepada mangsa dan keluarga yang terbabit.
It is very unfortunate of what happened in pasir gudang. I hope they can clear the air immediately and do something about the affected areas and in the mean time, I insist for everyone to be cautious and wear a mask if possible.
My prayers are with the victims and families that are affected. Salam from me and my family
Dalam pada itu menurut Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Rizal Razali berkata kandungan gas metana yang terlalu tinggi dalam udara boleh membawa maut kepada orang awam.
Bercakap dengan Astro Awani, Dr. Mohd Rizal yang merupakan pakar dalam bahagian pengurusan kimia dan organik berkata, keadaan ini boleh berlaku apabila kemampatan gas metana tinggi dan kandungan oksigen dalam udara berada di bawah paras 15 peratus.
“Agak berbahaya kepada orang awam sekiranya kandungan oksigen di dalam udara berada pada paras bawah 15 peratus.
“Ia boleh mengakibatkan pengsan dan membawa maut kerana kandungan oksigen yang disedut tidak mencukupi,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun Dr. Mohd Rizal berkata kesan sampingan seperti pengsan dan muntah-muntah boleh dielakkan sekiranya kandungan oksigen dalam udara ketika kejadian berada paras 23 peratus.
Ditanya kenapa gas metana tersebut menyebabkan beberapa pelajar terbabit pengsan dan muntah, beliau berkata, “kemungkinan pelajar terbabit sebelum itu mengalami masalah fizikal seperti kesesakan nafas dan kedudukan mereka dengan kawasan tercemar adalah terlalu dekat.”
Menyifatkan bahawa gas metana memberi kesan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur, Dr. Mohd Rizal menjelaskan simptom-simptom awal yang boleh dikenal pasti sekiranya seseorang terhidu gas tersebut adalah sesak nafas dan muntah-muntah,” tambahnya yang memberitahu gas ini sukar dikesan memandangkan ia tiada bau.
Sementara itu beliau juga turut menasihati orang awam supaya mengambil langkah-langkah pencegahan sekiranya berdepan dengan kejadian ini.
Gas metana juga banyak digunakan dalam industri sebagai salah satu bahan bakar atau bahan yang menjadi campuran minyak bumi yang akan diolah menjadi bahan bakar ataupun bahan kimia yang lain. Sebagai contoh, ia sering digunakan untuk kegunaan harian seperti memasak.
Sekarang ini pemakaian sudah menjadi kebiasaan bagi kita dan bakal menjadi sesuatu yang wajib bermula 1 Ogos ini.
Namun, menjadi norma yang baharu juga apabila ramai yang meletakkan topeng muka di dagu sewaktu sedang makan, mengambil wudhu atau ketika mahu bercakap.
Sebenarnya ia akan lebih mengundang risiko bagi virus untuk tersebar ke anggota tubuh badan yang lain.
Jika anda ingin membuka topeng muka buat sementara waktu, seeloknya letakkanlah topeng muka di dalam satu plastic khas atau beg kertas terlebih dahulu.
Jangan letakkannya di merata-rata tempat contohnya poket atau beg tanpa sebarang perlindungan.
Selepas menggunakannya, bersihkan bahagian dalam plastik dengan menggunakan hand sanitizer. Tidak susah pun untuk kita mengamalkannya kerana kebersihan adalah aspek penting yang perlu kita jaga bagi menentang wabak covid ini. Sama-samalah kita melawannya!
Niat untuk berhijrah sudah lama ada tetapi dek kerana tuntutan kerja menyebabkan personaliti ini belum bersedia untuk berhijab. Namun setelah berkahwin, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Apatah lagi ketika itu Intan Liana juga turut mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada rumah tangga juga atas arahan Imamnya ketika itu.
Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu dilalui selama 5 tahun sahaja kerana takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Walau diduga ujian maha berat, namun Intan Liana reda dan akan terus istiqomah dengan apa yang telah berlaku.
“Sebelum berkahwin saya dulu adalah seorang penari. Selama 9 tahun menjadi penari sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti setelah berumah tangga. Niat sebelum itu memang ada nak berhijab, tetapi kerjaya sebagai penari tidak begitu bersesuaian ketika itu.
“Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan berhijab hinggalah sekarang ini. Tiada siapa mendorong berhijab sebaliknya hidayah datang tepat pada waktunya. Sepanjang lima tahun saya berhijab tidak pernah terlintas untuk membukanya. Bahkan saya rasa selesa dan selamat setelah memakainya,” ungkap Intan Liana yang gemarkan fesyen unik sejak dulu lagi. Ramai sudah maklum bahawa dia kini bekerja keras demi menyara kehidupan setelah ditinggalkan suaminya.
“Walaupun diduga saya tidak akan sesekali buka tudung. Biarpun sebelum ini saya memang ada terfikir untuk kerja balik sebagai penari kerana hanya pekerjaan itu yang saya tahu buat. Tetapi bila saya fikir-fikir balik agak susah kerana saya kini sudah berhijab.
“Jadi apabila ada tawaran daripada Datuk Seri Aliff Syukri saya anggap itu rezeki. Bukan itu sahaja, saya juga terikat menjadi model pakaian raya untuk jenama AshhAnnas. Buat masa ini memang saya fokuskan sebagai model muslimah secara sambilan. Saya juga tidak terfikir untuk cari kerja tetap kerana fokus dengan apa yang ada ada depan mata dulu,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 3 tahun dan 1 tahun 4 bulan.
Menurut Intan juga anak-anak dan keluarga jadi sumber kekuatannya dalam menghadapi kesukaran yang tidak diduga ini.
“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Walaupun kadang-kadang hati saya jadi rapuh dan apabila teringat perkara lalu buat saya menangis. Oleh kerana sebelum ini saya adalah suri rumah tangga, jadi urusan menjaga anak memang terletak pada bahu saya.
“Jadi apabila ada sebarang shooting atau kerja, saya akan bawak anak-anak. Susah untuk tinggalkan mereka, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil kerana masih menyusu badan. Baru saya cuba-cuba untuk beri susu botol. Cuma kadang-kadang ayah dia akan ambil seorang terutama anak yang sulung. Dalam hal ini saya tidak hadkan hubungan antara ayah dan anak,” jelasnya yang tekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh demi kelangsungan hidup.
Ditanya persediaan menyambut ramadan tahun ini, Intan memberitahu semuanya sama kecuali kelainan tiada suami di sisi. Kalau dulu menurutnya akan fikirkan untuk sediakan juadah buat suami, tetapi kali ini hanya akan menyambutnya bersama keluarga.
Intan ditemui ketika majlis pelancaran Innersejuk X Lily Petuna di Subang minggu lalu. Kehadirannya walaupun lambat tetapi dia tetap memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak penganjur. Innersejuk adalah produk anak tudung keluaran pertama di Malaysia yang menggunakan teknoogi Drichill.
Ditubuhkan sejak tahun 2014 dan keistimewaannya adalah mampu membuang haba berlebihan, menyerap peluh dan cepat kering, tidak mencekik, tidak ketat dan selesa serta tahan lama walaupun dibasuh dan dijemut berulang kali.
Hadir bekerjasama dengan label Lily Petuna dalam satu pertunjukan fesyen dan innersejuk kali ini didatangkan dengan pelbagai warna terang yang menarik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.