Terlalu obses nak cantik hingga membahayakan kesihatan, itulah yang terjadi kepada gadis ini. Berkongsi kisahnya menggunakan 16 produk demi menjadi kurus, sememangnya banyak risiko yang perlu dihadap hingga membuatkan dirinya serik lagi. Ambillah pengajaran daripada pengalaman yang telah diceritakan olehnya.
Karget! Ya mana tidaknya status MySejahtera bertukar kuning. Kenapa boleh jadi begini? Apa yang perlu anda buat? Keadaan menjadi kalu apabila tidak dibenarkan masuk kedai atau premis awam.
Tentu ada antara anda yang pernah mengalami masalah ini di MySejahtera. Mungkin jua ada yang dah habis tempoh kuarantin yang ditetapkan dan tidak bergejala, tapi status tetap juga berisiko. Jadi apa yang anda lakukan?
Jangan panik…! Perkongsian ini membenarkan anda menukar sendiri status kuning kepada biru, tetapi ketahui terlebih dahulu apa maksud status kuning MySejahtera dan apa yang perlu dilakukan jika anda tak pernah ke mana-mana pun sebenarnya.
Status kuning MySejahtera bermaksud anda dikesan sebagai Kontak Kasual berdasarkan masa dan tempat MySejahtera Check-in. Ia boleh terjadi disebabkan sistem mengesan anda berkemungkinan ada kontak dengan mereka yang dalam kes Covid-19 melalui ‘check-in’ di tempat-tempat tertentu.
Usah bimbang! Kontak kasual bukanlah seperti kontak rapat, jadi sebagai Kontak Kasual apa yang perlu dibuat?
Tapi, mungkin ada antara anda yang tak pernah ke mana-mana, atau terlupa check-out beberapa hari hingga ia mungkin menyebabkan anda dikesan sebagai kontak kasual. Perkongsiaan ini cara anda tukarkan semula status kuning MySejahtera kepada biru melalui reassessment di MySejahtera Helpdesk.
Melalui perkongsian Nourra Khan melalui Facebook, di mana beliau berjaya mengembalikan status biru setelah 2 hari mendapat status kuning (Kontak Kasual) di MySejahtera.
Cara Tukar Status Kuning MySejahtera Kepada Biru
Inilah status kuning yang tiba-tiba muncul pada 21 September.
Kalau diikutkan kita memang kena jawab soalan assessment selama 10 hari apabila status kita jadi kuning. Walhal anda jadi kuning sebab anda ada pergi ke lokasi si positif pada hari yang sama positif yang dilaporkan ada pergi ke lokasi tersebut.
Jika anda tidak bergelaja atau merasakan anda mendapat status ini disebabkan kesilapan dan ingin membuat reassessment, boleh rujuk langkah di bawah.
Status kuning mysejahtera
LANGKAH 1:
LANGKAH 2:
LANGKAH 3:
LANGKAH 4:
LANGKAH 5:
LANGKAH 6:
LANGKAH 7:
Status bertukar biru:
Nah! dengan langkah mudah ini status anda sudah bertukar menjadi biru, untuk mengelakkan terjadi begini, selalu semak status dan lakukan checkout selepas keluar dari premis ya.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kejayaan menggenggam segulung ijazah memang menjadi detik terindah buat diri sendiri dan keluarga. Seperti kisah unik sebuah keluarga ini, kisah mereka mendapat perhatian ramai kerana 10 adik beradik ini merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Aishah Fauzi, anak ketujuh kepada pasangan Hajah Wan Jamaliah bt Megat Hashim dan Ir Haji Fauzi bin Abdullah telah berkongsikan kisah mereka sekeluarga di Facebook. Sememangnya begitu menginspirasikan!
11.11.2018 Alhamdulillah, hari bahagia buat mak dan ayah! ?
Kami berjaya mengumpulkan 10 orang adik beradik kami yg kesemuanya graduan UIAM dari Kota Bharu, Selangor, N9, Kuantan dan Kuala Lumpur untuk sama2 turun dan memberi kenangan terindah buat mak & ayah sempena majlis konvo adik bongsu kami yg ke 10.
Terima kasih buat mak (Hjh Wan Jamaliah bt Megat Hashim) & ayah (Ir Haji Fauzi bin Abdullah) diatas tarbiyyah yg hebat buat kami. 10 kali mak ayah masuk Dewan Konvo UIA ditambah 4 kali lagi bila ada antara kami yg menyambung ijazah kedua dan master.
Dan 14 kali itulah dari tahun 2002 hingga 2018 mak & ayah tetap hadir dgn jambangan bunga dan hadiah untuk kami. Terima kasih mak, terima kasih ayah, SYURGA BUATMU!
#special thanks utk ipar duai (yg mana 6 drpd 10 nya juga graduan UIAM ?) atas sokongan, dan super special thanks utk kwn2 bee yg telah meminjamkan robe kalian utk kami. Sungguh ia sgt2 bermakna! Terima kasih yg tidak terhingga dari kami! ?
Terima kasih dari kami anak2 mak & ayah :
1) Anas bin Fauzi Bachelor of Laws, 2002
2) Maryam bt Fauzi Bachelor of Laws, 2003 Master in Comparative Laws, 2004
3) Asiah bt Fauzi Bachelor of Human Science, 2004 Master in Human Science (Psychology), 2012
4) Sumayyah bt Fauzi Bachelor of Laws, 2005 Master in Comparative Laws, 2009
5) Fatimah bt Fauzi Bachelor Bio Chemical – Bio Technology Engineering, 2009
6) Muadz bin Fauzi Bachelor of Information Technology, 2009
7) Aishah bt Fauzi Bachelor of Laws, 2012 Bachelor of Laws (Shari’ah), 2013
8)Asma’ bt Fauzi Al-Hafizah Bachelor of Mathematical Science, 2011
9) Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz Bachelor of Dentistry, 2015
10) Dr Abdullah bin Fauzi Al-Hafiz Bachelor of Medicine & Surgery, 2018
Sebut sahaja nama Shea Rasol, pasti semua mengenali blogger fesyen yang sentiasa menjadi bahan rujukan hijabi untuk bergaya.
Kami baru sahaja mendapat berita yang beliau telah pergi menghadap Ilahi sekitar jam 5 petang tadi.
Seperti yang kita ketahui, Shea didapati telah menghidap kanser sekitar hujung tahun lalu. Beliau telah berkongsi kisahnya di blog pada Februari 2017 namun tidak dinyatakan kanser apa yang dihidapinya.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.