Umum mengetahui Pencarian Dewi Remaja memang bertujuan untuk melahirkan selebriti terkenal dan berjaya. Malah turut diakui ianya satu program yang terbukti sebagai platform buat remaja di luar sana untuk mengasah bakat yang terpendam.
Namun begitu, bukan mudah meletakkan diri mereka di puncak populariti. Malah tidak pula yang menganggap program realiti ini sebagai satu tiket untuk menempah nama dalam pelbagai cabang seni.
Walau bagaimanapun program yang sudah sekian lama bertapak kukuh ini tidak terbatas untuk mereka yang tidak berhijab, malah turut memberi peluang kepada mereka yang bertudung untuk menyertainya.
Untuk pencarian kali ini turut membariskan dua dewi, Ernisha dan Aween Ismail, gadis berhijab yang bakal mengikuti langkah selebriti terkenal yang juga lahir dari Pencarian Dewi Remaja ini.
KENALI DUA PESERTA DEWI REMAJA BERHIJAB
Nik Nor Farzuwin Binti Nik Ismail atau lebih manja dengan panggilan Aween. Gadis kelahiran Kelantan ini pernah membintangi filem Munafik 1 sebagai watak tambahan.
Ads
Bukan itu sahaja Aween juga suara yang lantang dan mahir bermain gitar. Menariknya tentang Aween di sebalik kelembutannya, dia juga rancak di pencak silat.
Nik Nor Farzuwin Binti Nik Ismail Instagram: @aweenismail
Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira menjadikan 5 instafamous ini sebagai inspirasi untuk menyertai Pencarian Dewi Remaja ini.
Antara mereka yang menjadi inspirasinya adalah Yuna, Thameena Saint, Yaya Adalia, Eka Jamaludin dan Vivy Yusuf.
Ads
Belum pun mula episod Pencarian Dewi Remaja di kaca televisyen, nama Ernisha sudah mula disebut-sebut netizen di luar sana.
Menariknya tentang Ernisha, gadis manis ini menampung segala perbelanjaan belajar di universiti sendiri daripada zaman mengenggam Diploma hinggalah setelah mendapatkan Ijazah.
Menariknya Pencarian Dewi Remaja ini membuka peluang kepada peserta yang berhijab dan adakah mereka berdua mampu bersaing dengan peserta yang lain.
Ads
Umum mengetahui Neelofa adalah satu satunya Dewi Remaja berhijab yang berjaya menempah nama di persada seni dan meletakkan dia sebagai salah seorang usahawan muda berhijab yang berjaya.
Siapa tidak mengenali pengacara dan pelakon Dahlia Eleanor Iking atau lebih sinonim dengan nama Daphne Iking. Cuba untuk menjadi seorang mualaf baru yang betul-betul mendalami Islam dan kekal istiqomah. Salah satu caranya adalah dengan meninggalkan whatsapp group yang menurutnya tidak memberi faedah.
Figura ini sering menjadi pengacara di majlis pelancaran hijab dan majlis rasmi yang lain. Malah umum pastinya keliru dengan penampilan dan anutan beliau.
Berbicara secara dekat bersama Daphne membuat admin tertarik ingin tahu lebih dekat pendekatannya mengenai Islam dan cara beliau menguruskan diri sebagai seorang saudara baru. Juga bagaimana cara didikan beliau terhadap dua anaknya, Putera Iman 4 dan Puteri Isabell ketika di bulan Ramadan lalu.
Mula mendekati agama dengan mengikut kelas usrah dan mendalami Al Quran. Dengan pengalaman yang dilaluinya beliau merasakan cara menyampaikan agama Islam yang agak kasar tidak akan terkesan di hati bagi mereka yang baru menganut agama suci ini dan ia adalah pandangan peribadi Daphne.
Kristian adalah agama anutannya sebelum memeluki Islam dan mendalami Al Quran. Daphne juga pernah mendalami kitab bible dan seronok serta teruja untuk mendalami Al Quran kerana kedua-duanya mempunyai persamaan.
Setiap kali beliau mendalami baris ayat serta maksud Al Quran dan jika ada sesuatu berlaku yang memberi pengajaran untuknya, Daphne akan terus mendalami kita suci ini.
Pengajaran dari Surah An Nisa sendiri, kita tidak boleh ada private conversation dan mengatakan hal orang lain. Lalu Daphne mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari beberapa kumpulan whatsapp selain mendiamkan diri.
Ini adalah bagi mengelak dirinya dari terjerumus dan merosakkan ibadahnya. Melainkan kumpulan whatsapp yang disertainya itu bertujuan untuk charity, kebaikan dan menyatukan ummah.
Seringkali muncul di majlis-majlis pelancaran tudung berjenama terkenal seperti Duck Scarves dan Nealofar Hijab, seringkali juga soalan yang sama diajukan kepadanya. Daphne bila mahu berhijab? Jawapannya, “Ya umum tahu saya telah memeluk Islam dan sering muncul majlis seperti ini, bukan tidak bersedia lagi meskipun koleksi hijab penuh dua laci”.
“Satu lagi nasihat paling melekat di minda saya, apabila ustazah saya memberi teguran, sempurnakan solat dahulu insyallah perasaan untuk berhijab akan datang dengan semulajadi.” Kongsi Daphne ketika ditemui ketika majlis pelancaran Doily Duck baru-baru ini.
Mempunyai pelbagai koleksi dari pelbagai jenama seperti Duck, Cakenis, Nealofar dan pelbagai lagi, beliau tidak meletakkan standard dan gaya untuk berhijab. Sebagai pengacara non hijab wear adalah salah satu hint atau petunjuk untuk Daphne berhijab satu hari nanti, Insya-Allah.
Bagi Daphne mendidik anak untuk bermula puasa tidak menjadi masalah baginya kerana suami sentiasa memberi dorongan dan tunjuk ajar. Belajar berpuasa sejak zaman di USM, “Memandangkan saya mempunyai rakan Melayu jadi tiada masalah untuk saya berpuasa”.
Beliau mula berpuasa sebagai Islam 8 tahun lalu, Daphane dan anak perempuannya Isabell yang kini berusia 11 tahun tidak menjadi masalah baginya. Namun lain pula ceritanya bagi anak lelaki beliau, Iman yang berusia 4 tahun.
Iman mempunyai semangat untuk berpuasa seperti Ibu dan ayah serta kakaknya. Rajin bangun sahur akan tetapi Iman tidak tahu lagi konsep puasa yang sebenar. Puasa yang pertama adalah yang paling bermakna buat beliau kerana masa berkumpul bersama keluarga amat berharga baginya.
Seperti muslim yang lain Daphne juga digalakkan oleh suami untuk mengerjakan terawih bersama. Beliau akui masih kurang pengetahuan mengenai Islam, terutama mengenai solat sunat mahupun solat wajib, tetapi suami mendorong untuk mengikuti apa yang dilakukan oleh jemaah lain, sedangkan Daphne hanya hafal surah Al-Fatihah.
Beliau sedar banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki, namun sebagai mualaf Daphne berharap orang di sekeliling memahami dan memberi dorongan serta teguran secara kasih sayang. Bercerita mengenai pengalamannya berterawih yang lalu, beliau rasa tersinggung dengan teguran seorang jemaah lain mengenai penampilannya.
Daphne akui ketika itu beliau tidak sempurna dan memakai pengilat kuku. Salah seorang jemaah terlihat lalu menegur secara kasar, “Ini tak sah, sembahyang tak sah ini”. Dengan nada penekanan dan sedikit kasar ketika itu saya begitu tersinggung dengan teguran itu”. Ada juga teguran lain yang mengguris hati saya sebagai saudara Islam yang baru menganut agama Islam.
Dengan perasaan berbaur sedih dan protes saya bercerita kepada suami. Mujur suami seorang yang positif, memujuk agar jangan tersinggung dengan perbuatan mereka. Bagi Daphane tidak salah menegur, tetapi harus dibuat dengan nada kasih sayang dan lembut bukan secara kasar.
Raya bagi Daphne untuk dia berehat dari sebarang aktiviti. Sepanjang raya selalunya tiada aktiviti yang memenatkan, cukaplah sahaja dengan berehat bersama keluarga atau bercuti bersama rakan terdekat.
Destinasi percutian selalunya jarang dirancang seawalnya kerana dia dan suami suka membuat keputusan saat akhir. Walau bagaimanapun persediaan wajib beraya tetap disediakan seawalnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana banjir, meskipun bukan secara langsung tetapi hati mana yang tak luluh melihatnya. Bantuan dihulurkan tidak mengira bangsa dan agama.
Apa yang menarik perhatian Hijabista subjek tudung menjadi keutamaan si pemberi. Sangat terharu apabila yang memberi bukan agama islam dan melayu. Menurut sumber dari mStar, seorang wanita India memberi sumbangan berupa ratusan tudung kepada mangsa banjir. Indahnya si pemilik jati yang mulia ini!
“Saat negara ditimpa malapetaka tak perlu fikir bangsa, jika ada sifat kemanusiaan anda yang tidak terjejas akibat banjir, inilah masanya ‘kumpul pahala’.” Kongsi wanita ini.
Menerusi temubual bersama mStar, Kalavathy Rasalingam seorang usahawan berusia 48 tahun mempunyai stok jualan tudung pada 2018 yang disimpan baik di dalam stor. Hasratnya untuk menghadiahkan pada rakan-rakan islam yang terkesan dengan bencana ini sebagai cenderamata.
Keadaan tudung hampir 400 helai yang baik tersimpan di dalam plastik masih dalam keadaan elok. Menurut wanita ini semua yang terjadi adalah hikmah, niat nak menghadiahkan tudung sebagai cenderahati kini diagihkan untuk mangsa banjir.
Simpati dengan mangsa banjir yang tinggal sehelai sepinggang, Kalavathy perihatian dengan tuntutan syariah, wanita islam perlu memakai tudung. Kesesuain inilah menjadi tunjak wanita ini nekad sedekah baki tudung yang dalam simpanannya. Sumbangan tudung-tudung ini akan diserahkan pada mangsa-magsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam dan Karak dengan kerjasma sukarelawan Pahang.
Bukan sekadar tudung, Kalavathy dan kumpulan sukarelawan juga menyediakan makanan untuk mangsa banjir dengan kerjasama sebuah kuil Shirdi Baba di Batu Caves, Selangor. Membeli barang makanan dan masak sendiri, Idea untuk menyediakan makanan sarapan, makan tengah hari dan malam dengan bantuan sukarelawan lain menerusi tajaan pengangkutan ke lokasi.
Menu yang disediakan oleh Kalavathy, mudah dan boleh dijamu oleh semua seperti nasi goreng vegetarian dengan campuran kentang goreng dan sambal. Lebih 800 bungkus makanan diagihkan sejak Isnin lalu, sekitar Selangor ketika pasca membersihkan kawasan banjir oleh penduduk dan sukarelawan.
Barang-barang keperluan yang disumbangkan, kebanyakkannya dari rakan-rakan, orang perseorangan dan pelanggan, ujar pengusaha di pusat rawatan dan kecantikannya yang terletak di Prima Sri Gombak. Sumbangan berupakan barangan keperluan seperti syampu, sabun madian, bahan pencuci rumah dan pakaian terpakai, tambahnya lagi.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe.
SUMBER: mStar
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi wanita berhijab, pemilihan jenis tudung amat dititik beratkan. Dari segi rekaan, jenis fabrik dan juga harga menjadi keutamaan dalam memilih yang terbaik untuk digayakan terutama bila ada majlis atau musim perayaan. Semalam viral dikatakan tudung bawal ini adalah hijab paling mahal di dunia bernilai RM50,000.
Dihasilkan sepenuhnya menggunakan kain jenis Voile, yang diimport dari Jepun dan bertatahkan lebih 10 warna batu kristal Swarovski.
Hijab paling mahal ini juga dihasilnya sepenuhnya di Austria dengan ilham padang pasir berbunga, sesuai dengan personaliti empunya tudung ini.
Menerusi laporan Sinar Harian tudung paling mahal ini dihasilkan oleh syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive diperaga dan diserahkan pada pada majlis penyampaian tudung tersebut di Kuala Lumpur malam tadi.
Menurut pengasasnya, Haliza Maysuri tudung ini menjadi milik seorang ahli perniagaan dari Kuantan berusia 35 tahun yang menempahnya melalui butik premium, ByQiss by Bawal Exclusive di Pahang.
Walaupun terkenal dengan tudung mewah, namun Bawal Exclusive turut menawarkan pelbagai pilihan rekan dan warna tudung bermula dengan Bawal Tabur serendah RM57 sehelai.
Dia yang mula menjalankan bisnes sekitar tahun 1998 dengan berniaga gerai kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman kini bukan sahaha memiliki bangunan sendiri, tetapi juga turut memiliki 10 butik premium dan 35 ejen jualan di seluruh Malaysia.
Sementara itu, pemilik butik ByQiss by Bawal Exclusive, Datin Hamizan Putih berkata, walaupun ada pihak yang mempersoalkan kewajaran membeli tudung bernilai ribuan ringgit, namun tidak salah untuk para wanita dihadiahkan atau menghadiahkan diri sendiri dengan tudung eksklusif tersebut.
“Sebagai wanita yang istiqamah dalam menjaga aurat, tidak salah rasanya untuk memakai tudung eksklusif ini kerana ia akan turut memberi motivasi kepada wanita untuk bekerja lebih keras terutamanya dalam kalangan wanita pantai timur yang terkenal dengan semangat keusahawanan mereka,” katanya.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.