
Nampaknya sejak pulang dari menunaikan ibadah haji, rezeki pelakon cantik Datin Hajah Anne Ngasri kian mencurah-curah.
Julai lalu, Datin Anne dikurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan darjah kebesaran berkenaan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan.
Terbaharu, isteri kepada Datuk Mohd Sumali Reduan ini dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara.
Menerusi perkongsikan di laman Instagram miliknya, pemilik nama penuh Ngasriah Ngasri itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan dirinya.
Bagaimanapun, pelakon yang terkenal dengan drama ‘Cili Padi’ ini tidak memperincikan tarikh sebenar pelantikan tersebut.
Pun begitu, difahamkan, majlis berkenaan berlangsung di Duyong Marina & Resort, Terengganu pada 20 September lalu.
“Alhamdulillah, menjadi sebahagian keluarga besar GiatMara Malaysia…kenangan indah bersama melakar sejarah di Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMara ke-36 Zon Pantai Timur 2023.
“Syukur Ya ALLAH dan terima kasih pada yang selalu mendoakan saya. Saya juga doakan semua dilindungi dan diberikan yang terbaik sepanjang perjalanan yang mendatang,” katanya.
Jelas terpancar seri di wajah adik kepada pelakon Bell Ngasri dan Darling Ngasri ini pada majlis tersebut.
AKTIF POLITIK
Lebih 30 tahun mencipta nama, figura berusia 38 tahun ini kini aktif di arena politik.
Profesion politik hijabi hebat ini dilihat bermula dan aktif selepas beliau bertemu jodoh kali kedua bersama Datuk Mohd Sumali Reduan pada 2012.
Datin Anne yang juga ibu kepada enam cahaya mata, kini bergelar Exco Wanita UMNO Malaysia.
Kredit Foto: Instagram Datin Anne Ngasri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramai Yang Tidak Tahu Jadual Harian Tuan Guru Ismail Kamus. Ikuti 20 Amalan ini . Rugi Tak Amalkan!

Berita pemergian tokoh ternama tanah air itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook.
Pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.
Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.
Ramai yang tidak tahu jadual harian allayarham Tuan Guru ini amalan yang sungguh agung. Jom kita semak amalan beliau ketika masih hidup.
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato ISMAIL KAMUS
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
– Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
– Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
– Solat sunat selepas
18. Solat Isya’
– Solat sunat sebelum
– Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
– Al-Quran
– surah Al-Mulk
– surah Sajjadah
– surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.”
Ustaz Ismail Kamus ❤️
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
Allayarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Semoga amalan ini bermafaat untuk kita bersama.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doktor Pakar Ini Ingatkan Ambil Kisah Jika BENGKAK Di Leher Kerana Boleh Jadi TIROID & Bawa Maut

Selain kanser, penyakit yang perlu ditakuti oleh kaum wanita adalah tiroid. Walaupun penyakit ini hanya seperti penyakit biasa yang tidak dgeruni kerana sifatnya tidak menimbulkan masalah dan menghidap tidak terasa sakit. Namun hakikatnya jika penyakit ini berada dalam situasi kecemasan, perkembangannya boleh membawa maut.
Menurut Pakar Perunding Kanan dan Pembedahan Payudara dan Endokrin, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Dr. Rohaizak Muhammad ramai tidak ambil kisah jika leher membengkak kerana menganggap ia hanyalah beguk.
“Ada bengkak yang menbesar secara perlahan dan ada juga yang ambil masa lima hingga 10 tahun. Dan ada juga yang jenis tidak membesar. Bengkak kelenjar tiroid tidak sakit, namun ada gejala lain seperti membesar dengan perlahan, susah menelan, terganggu pernafasan (berdengkur, semput) dan perubahan suara (serak).
“Kebanyakan bengkak kelenjar tiroid masih berfungsi normal. Namun, ada juga fungsi tidak normal yang dibahagikan kepada dua, iaitu hipertiroid dan hipotiroid.
“Hipertiroid membuatkan badan penghidapnya kurus walaupun banyak makan, badan terasa panas walaupun berada di bilik yang tidak panas, kulit lembap dan berpeluh terutama tapak tangan, rambut nipis dan berkerinting, rasa gementar pada tangan dan jari tangan, jantung berdebar laju dan mudah lelah.
“Penghidapnya juga mengalami gangguan emosi seperti gugup, lekas marah, cemas, gelisah untuk tidur, cirit-birit, bola mata agak menonjol, kelopak mata turun dan haid menjadi tidak teratur,” ujarnya pada Utusan Online. Jika beraku situasi kecemasan begini, perkembangan ini boleh membawa maut.
Hipertiroid yang melampau menyebabkan tekanan darah tinggi, suhu badan meningkat, pernafasan laju, loya, muntah, kadar denyutan jantung yang laju, dehidrasi, keliru dan koma.
Katanya, hipertiroid lebih mudah dirawat dengan hanya memberikan ubat-ubatan kepada pesakit.
Namun, jika tidak dirawat boleh mendatangkan bahaya seperti mendapat lemah jantung dan ada kes pesakit meninggal dunia. Ini dinamakan tiroid storm.
Bagi penghidap hipotiroid pula akan sensitif kepada sejuk, mendapat sembelit, kemurungan, daya ingatan yang tidak baik, haid tidak teratur, rendah libido, suara tidak jelas atau kasar.
Selain itu, mereka juga mudah penat dan keletihan, kurang selera makan tetapi naik berat badan, kulit menjadi kasar dan kering, rambut kering dan mudah gugur serta kejang otot.
Namun begitu penghidap kelenjar tiroid ini juga perlu membuat pemeriksaan darah untuk mengetahui fungsi tiroid sama ada tinggi atau rendah dan dibimbangi boleh terjadinya kanser.
“Apabila pemeriksaan darah menunjukkan normal, jangan seronok sangat. Oleh itu pemeriksaan lanjut perlu dilakukan seperti imbasan bunyi (ultrasound).
“Jika perlu, buat biopsi bagi memastikan bengkak tersebut bukan kanser. Pesakit sendiri perlu ada inisiatif bagi melakukan ujian-ujian lain.
“Kanser tiroid papilari biasanya dialami oleh golongan yang berusia antara 20 tahun hingga 30 tahun dan bengkak di kelenjar leher. Kanser tiroid folikular pula dihidapi oleh mereka yang berusia antara 30 tahun hingga 40 tahun dan telah merebak hingga ke tulang.
“Kanser tiroid medulari pula disebabkan oleh keturunan dan melibatkan penyakit lain atau sindrom, manakala kanser anaplastik dihidapi oleh mereka berusia 60 tahun ke atas dan merebak dengan cepat.
Jelasnya, pemantauan tidak susah. Lakukan ujian darah setahun sekali, ujian fungsi tiroid T3, T4, TSH, ujian antibodi, iaitu anti-thyroglobulin, anti-TPO, ultrasound dan biopsi.
Bukan semua pesakit tiroid memerlukan pembedahan. Oleh itu tidak perlu takut. Pembedahan hanya untuk kes-kes tertentu seperti disyaki kanser, sukar makan atau mengah.
EKSTRA INFO:
– Kelenjar tiroid berbentuk kupu-kupu atau perisai dan terletak di bahagian depan leher dan kerongkong. Ia berfungsi mengeluarkan hormon tiroid yang memberikan tenaga dan metabolisme.
– Bengkak kelenjar tiroid dihidapi oleh kira-kira satu pertiga penduduk dunia, 80 peratus daripadanya adalah wanita dan antara puncanya ialah kekurangan iodin.
– Kekurangan iodin boleh diatasi dengan memakan makanan yang tinggi kandungan iodin seperti yogurt, keju mozzarela, susu, telur, rumpai laut, kranberi, strawberi dan makanan laut.
– Bagaimanapun, terdapat banyak juga jenis makanan yang menjadi penyebab berlakunya bengkak kelenjar tiroid seperti pic, pir, plum, brokoli, kobis, bunga kobis, terung, bayam, keledek, tomato dan sebagainya.
– Penyebab lain kepada bengkak kelenjar tiroid ialah radang tiroid (Hashimoto, Riedel, De Quervain), genetik (masalah metabolisme), idiopatik, hipertiroid (Graves disease, Goiter toksin).
SUMBER: UTUSAN ONLINE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Beauty With Brain’, Khaysha Faizal Pilot Wanita Yang Trending Satu Dunia Memang Cantik Dalam Berhijab

Biasanya kerjaya pilot atau juruterbang dimonopoli oleh kaum lelaki. Tetapi tidak mustahil wanita juga mampu untuk mengemudi dan menjadi ‘nakhoda’ sebuah kapal terbang. Begitu juga yang dialami oleh pilot wanita ini Khaysha Mohd Faizal yang dikatakan sangat trending di seluruh dunia. Bukan sahaja bijak, tetapi juga memiliki seraut wajah yang sangat cantik hingga menjadi viral dan sebutan ramai.
Khaysha Faizal yang mempunyaai follower 200K di laman instagram dilihat seperti seorang model. Dengan ketinggian yang memang diimpiikan oleh setiap gadis yang mahu terjun ke dunia modeling.
Malah dia juga boleh digelar seperti instafamous kerana setiap kali foto dimuat turun lagaknya bak model popular. Apa yang menarik perhatian adalah foto dimuat turut di laman sosial Instagram yang mempunyai follower 224K dengan cantik berhijab.
Inilah yang dikatakan beauty with brain. bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan paling penting bertugas dalam kerjaya yang memerlukan seseorang itu kuat dari ketahanan mental dan fizikal.
Maklum sahaja bukan calang-calang kenderaan dibawa, tetapi kapal terbang besar dengan membawa penumpang ke destinasi dituju. Dalam satu temubual bersama Harian Metro, gadis manis berusia 24 tahun ini bangga menjadi sebahagian warga kerja Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan mengakui bukan mudah untuk mencapai impian bergelar Kapten, namun latihan berterusan yang diterapkan MAB mampu menjadikan mereka juruterbang kelas dunia kelak.
Menurutnya yang berasal dari Muar, Johor sejak usianya 15 tahun memang dia memasang niat untuk jadi pilot. Dan akhirnya impian terlaksana dengan menimba pengalaman terlebih dahulu dengan Malindo Air sebelum bekerja dengan MAB.
Bercerita tentang cabarannya, Kaysha berkata oleh kerana perempuan tidak ramai, jadi ketika training mereka akan fikir perempuan pandai. Namun segala cabaran dapat diharungi sebaik mungkin dan dia sangat mencintai kerjaya yang disandangnya kini.
Semoga kejayaan Khaysha ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana untuk mencapai apa yang diimpikan. Tidak ada yang mustahil kerana jika kita berusaha pasti akan dapat yang dihajati.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM KHAYSHA FAIZAL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI