Pelakon dan juga pengarah filem Prof. Dr Azhari Zain yang kembali ke rahmatullah dan menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 12.05 malam tadi akibat serangan angin Ahmar telah selamat dikebumikan sebentar tadi.

Menurut Setiausaha Agung Seniman Malaysia, pelakon itu meninggal dunia setelah sembilan bulan terlantar kerana menghidap penyakit sama.

Arwah Meninggal Dunia Pada Usia 50 Tahun

Seniman berkata, arwah meninggal dunia di Sunway Alam Suria, Shah Alam, Selangor iaitu rumah kediaman milk keluarganya.

Sumber Gambar: Facebook Amir Noor Hezam

Setelah dimandikan dan disempurnakan di Masjid Ar-Raudhah, Seksyen U10, Shah Alam, jenazah telah selamat disemadikan di di Tanah Perkuburan Islam Jalan Paip Meru, Klang, Selangor.

IKLAN

Terdahulu, Azhari dikhabarkan telah diserang strok sehingga terpaksa dirawat di hospital kerana mengalami fasa kritikal kerana mempunyai pendarahan di kepala sehingga mengakibatkan saluran darah dalam otak tersumbat.

Ini sekaligus telah melumpuhkan pergerakkan badan termasuklah tidak mampu untuk berkomunikasi.

Bagaimanapun, setelah berada di dalam pemantauan doktor selama tiga bulan, dan kembali stabil, Azhari telah dibenarkan pulang ke rumah.

Artikel berkaitan: Lambaian Kaabah Ubah Nasib Wanita Ini Setelah Setahun Sakit Teruk Bertongkat, Hebatnya Kuasa Doa!

IKLAN

Meskipun mempunyai pergerakkan terhad, iaitu menggunakan isyarat mata sahaja, allayarham Azhari tetap positif dan bersemangat meneruskan kehidupan. Namun, keadaan kesihatannya mulai merundum sejak minggu lepas.

Sebagai rekod, Azhari mula berkecimpung dalam dunia seni dengan memulakan kerjaya penerbitan pada 2004.

Beliau kemudiannya diberi kepercayaan sebagai penulis skrip dan pelakon pembantu filem. Antara filem yang oernah dibintanginya adalah Tangkai Jering, Potret Mistik, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai dan Duyung.

Selain bergiat aktif di hadapan layar, Azhari juga kerap membantu di beberapa produksi di belakang tabir, antara produksi yang mendapat sentuhan tanganya adalah filem Santau, Zoo, Hantu Dalam Botol Kicap, Mantra, Flat 3A, Seram Sejuk, Salam Cinta, Minyak Dagu, Sabda Kekasih, Hantu Kelima dan Siku 12: Langkah Derhaka.

IKLAN

Selepas itu, Allahyarham Azhari melebarkan sayapnya dalam bidang pendidikan dengan mencurahkan ilmu sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan telah mengarahkan sebanyak 20 filem.

Sumber: Astro Gempak, Facebook Amir Noor Hezam

Artikel berkaitan: Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI