Berkerja Dari Rumah Tapi Nak Perut Rata Bak Model, Tanpa Senaman Ikuti 7 Langkah Ini. Jangan Langkau!
Perut rata bak model pastinya jadi impian ramai wanita. Sayangnya, pelbagai faktor seperti gaya hidup yang kurang sihat, pola makan yang tidak teratur, apatah lagi anda yang bekerja di rumah. Terlalu banyak makan gula dan junk food justeru membuat perut membesar juga.
Tapi, tenang, anda tetap boleh mendapatkan perut impianmu meski tanpa olahraga. Boleh ke? Jom semak cara mengecilkan perut secara alami tanpa olahraga berikut ini!
1. Jangan lewatkan sarapan
Sarapan merupakan salah satu hal yang penting untuk dilakukan jika anda ingin memiliki perut rata. Tidak hanya membuat tubuh lebih sihat dan memberikan energi untuk menjalani aktivi harian, sarapan akan membantumu mengawal jumlah makanan waktu siang sehingga anda tidak makan berlebihan.
2. Perbanyak minum air putih
Selain berguna menghidrasi tubuh, meminum air yang cukup setiap harinya akan membantu membuang kelebihan air dalam tubuh yang membuat perut nampak buncit. Jika anda bosan dengan rasa air yang tawar, tambahkanlah beberapa hirisan lemon dan daun mint agar terasa lebih segar.
3. Kurangi pengambilan sodium
Makanan kegemaran seperti snack memang enak untuk dimakan. Betul tak? Tapi, tahukah anda, terlalu banyak memakannya tubuh akan nampak tidak menarik. Garam memiliki kemampuan mengikat atau menahan air dalam tubuh sehingga tubuh nampak bengkak. Hal ini juga memengaruhi perutmu sehingga terlihat lebih buncit. Oleh kerana itu, pastikan anda membatasi pengambilannya agar anda dapat perut yang rata.
4. Batasi makan makanan dan minuman bergula tinggi
Bukan hanya makanan masin, makanan dan minuman yang mengandung gula tinggi juga wajib dibatasi. Gula menjadi salah satu penyebab perut menjadi buncit kerana gula menghambat proses metabolisme sehingga akan terjadi pembinaan lemak dalam perut. Oleh kerana itu, batasi atau hindari sama sekali pengambilannya untuk mendapatkan perut rata ya!
5. Perbanyak makanan berserat
Salah satu penyebab perut menjadi buncit adalah berkumpulnya kotoran. Hal tersebut biasanya kerana pencernaan yang kurang lancar akibat sedikitnya kadar serat dalam tubuh. Agar anda mendapatkan perut impianmu, pastikan untuk selalu memenuhi keperluan serat dengan rajin makan sayur serta buah-buahan.
6. Minum air lemon dan halia
Di pagi hari, saat perut masih dalam keadaan kosong, cuba minum secawan air halia hangat yang telah dicampur dengan perahan lemon. Anda juga boleh menambahkan satu sudu teh madu asli agar rasanya tidak terlalu masam. Lemon dapat meningkatkan metabolisme tubuh sedangkan halia baik untuk mengurangkan kelebihan gas dalam tubuh, membakar lemak, serta mengurangi nafsu makan.
Meminum teh hijau secara rutin setiap hari juga boleh jadi salah satu cara mudah mengecilkan perut tanpa olahraga. Teh hijau mengandung zat katekin yang berguna untuk meningkatkan metabolisme tubuh. Selain itu, teh ini juga memiliki kandungan polyphenol yang berguna untuk memperlancar pencernaan serta menghancurkan lemak.
Itulah beberapa cara mengecilkan perut secara alami tanpa olahraga. Semoga bermanfaat!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Percintaan antara pelakon, pengacara serta usahawan berjaya, Neelofa bersama suami, Haris Mohd Ismail atau lebih popular dengan panggilan PU Riz sentiasa menjadi tumpuan ramai. Tambahan pula, dengan kehadiran putera sulung mereka, Muhammad Bilal, ramai yang teruja ingin mengetahui tentang perkembangan terkini pasangan romantis ini.
Baru-baru ini, dalam rancangan temubual MeleTOP, Neelofa atau Noor Neelofa Binti Mohd Noor berkongsi tentang permulaan bibit-bibit percintaan mereka. Menurutnya, dia mula jatuh hati pada suaminya itu saat Haris menjadi imam solat terawih di kediaman keluarganya pada dua tahun lalu.
“Sebenarnya, sebelum ini kami pernah bekerjasama beberapa kali. Di rancangan ini juga kami pernah sahaja bertemu. Ketika itu memang tidak dinafikan dia (PU Riz) seorang yang kacak.
Masa bulan puasa ketika Covid-19 tahun 2020, saya ingin mencari imam untuk solat terawih di rumah. Ramai yang tidak lapang ketika itu. Sehinggalah saya terfikir tentang PU Riz kerana pernah bekerjasama dengannya.
Jadi saya panggil dia sajalah. Bila dia pertama kali pergi ke rumah mak, saat itulah saya mula jatuh cinta dengannya,” kongsi Neelofa.
“Jaga bayi bukan benda senang..”
Dalam masa yang sama juga, PU Riz yang kelihatan malu dengan kenyataan Neelofa itu turut berkongsikan tentang perubahan dirinya yang sudah bergelar Abah.
“Untuk menjaga bayi ini bukan benda yang senang. Saya begitu mengagumi para ibu yang boleh menjaga anak setiap masa. Disebabkan itulah, kedudukan ibu amat tinggi dalam agama,” ujar PU Riz.
Neelofa juga turut mengakui bahawa semenjak Muhammad Bilal hadir dalam kehidupan mereka, suaminya menjadi lebih bertanggungjawab dan dia berasa syukur kerana memiliki seorang suami yang sempurna dimatanya.
Ujian datang tidak mengira usia muda ataupun tua dalam pelbagai cara termasuk soal kesihatan. Malah menurut Dr Hamid Arshat perkongsian di laman sosial facebooknya, tahap kesihatan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas anat membimbangkan. Dikatakan dalam kalangan mereka menghidap sakit darah tinggi, kencing manis dan juga mempunyai tahap kolesterol tinggi. Semua ini boleh menyumbang kepada berlakunya serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyok, berkemungkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan juga komplikasi kesihatan.
Namun begitu menurut beliau, selain berdoa kepada Tuhan agar diberi kesihatan, turut disaran amalkan tabiat gaya hidup sihat untuk kekal bertenaga.
KUATKAN IMMUNITY ATAU KEKEBALAN ANDA UNTUK MENANGKIS SERANGAN PENYAKIT
Tahap Kesihatan orang-orang dewasa Malayasia, berumur 18 tahun ke atas amat membimbangkan; 30% mengidap penyakit darah tinggi, 17.5% mengidap penyakit kencing manis Dan 50% mengalami tahap cholesterol tinggi. Lebih kurang 15% dalam kaedaan prediabetic dan berpotensi mengidap diabetes dalam tempoh beberapa tahun jika tiada kawalan.
Mereka ini terdedah kepada serangan jantung, angin akhmar, rosak buah pinggang, alzheimer atau nyanyuk, kemungkinan dipotong kaki, rosak penglihatan dan lain-lain komplikasi Kesihatan.
Bila umor meningkat 60 tahun satu dari 4 orang akan diancam penyakit kanser dan dalam umor 70 tahun keatas 10 – 15% akan dilanda nyanyok dan alzheimer.
Pada keseluruhan tahap kesihatan penduduk malaysia semakin meningkat; jangka hayat 75 tahun, 72 tahun untuk orang lelaki dan 77 tahun bagi wanita Malaysia.
Sambil kita berdoa setiap hari untuk mohon sihat serta kuat tubuh badan dan akal fikiran, kita perlu mengawal diri dengan mengamalkan tabiat-tabiat hidup sihat.
1. Berfikiran positif, tenang, ceria dan lapang dada.
Segala fungsi-fungsi tubuh dikawal olih otak dan Allah kurniakan kita akal fikiran untuk mengawal segala-galanya. Jangan terlalu ikuti nafsu , amalkan tabiat baik dari segi pemakanan dan exercise disamping menjauhkkan amalan merokok, dadah dan arak.
Kuatkan azam dan teguhkan disiplin diri demi untuk menikmati kesihatan.
Orang-orang yang tenang dan dapat kawal stress, ceria dan lapang dada sering lebih sihat tubuh badan dan insha’Allah akan lanjut usia.
Stres merupakan satu penyebab utama bagi berbagai-bagai penyakit, ketidak suburan dan keguguran dikalangan wanita. Dikalangan lelaki, stres jadi faktor pencetus serangan jantung dan angin akhmar.
2. Kawal stres
Bila stres, hormon steroids meningkat dan saluran darah kuncup. Jika berterusan boleh merosakkan organ-organ terpenting saperti jantung, otak dan buah pinggang.
Ada bermacam-macam kaedah untuk mengawal stress, termasuk solat, puasa, baca quran, zikirullah, selawat, exercise, deep breathing exercises, yoga, Tai chi Dan lain-lain. Kita pilih yang mana sesuai untuk diri kita dan amalkan setiap hari.
Exercise yang paling mudah dilakukan ialah ‘deep breathing exercise’ , sambil duduk sedut nafas melalui hidung sedalam-dalam yang bolih dan lepaskan nafas perlahan2 melalui mulut. Ulang pernafasan selama 5 minit dan ulang exercise di mana-mana tempat bila berasa keletihan dan mental tertekan.
Amalkan berzikir dan selawat bila memandu kereta dan bila-bila masa lapang.
Walau pun menghadapi provokasi, cuba tahan marah, jangan simpan dendam.
Bila timbul perbalahan, pertengkaran, isteri berleter atau konflik tinggalkan tempat tersebut. Banyak beristighfar.
Bila ditimpa musibah, banyak bersabar, jangan terlalu sedih dan hampa menghadapi qada’ dan qadar Allah SWT.
3. Makan yang berkhasiat dan berzat.
Kenbanyakkan rakyat Malaysia tidak mengamalkan makanan yang seimbang, bekhasiat dan berzat. Mereka terlebih makan gula dan manisan, karbohaidret dari makanan-makanan segera, junk foods, makanan-makanan diperoses , diawet dan dimaniskan. Kurangkan atau jauhi makanan-makanan tersebut.
Lebihkan makanan-makanan yang mentah dan segar; buahan-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulam dan sumber-sumber protein, daging, ayam, ikan-ikan dan makanan laut yang segar tanpa diperoses. Sepatutnya 70% daripada diet kita terdiri makanan-maknanan mentah dan segar.
Ulam raja dikatakan berkesan sebagai anti kanser. Peria boleh kawal kolestrol dan gula dalam darah.
Kurangkan makanan-makanan digoreng dan berlemak santan, susu atau lain-lain. Makanan-makanan yang distim atau diebus dan dicampur dengan ramuan-ramuan halia, kunyit, bawang putih dan merah adalah lebih berkhasiat.
Amalkan jus buah-buahan segar dari lemon, limau nipis, apel, carrot, jambu, tembikai, air kelapa dan lain-lain. Jus-jus tersebut menjadi sumber vitamin, logam, anti oksidan dan serat.
Makanan sampingan : Bila lapar sebelum waktu makan, amalkan makan kacang badam, walnut, peanuts, gajus; biji-biji labu, sunflower, kismis, keroma, apricot dan cranberry kering. Semua boleh dibeli dari kedai arab.
4. Amalkan senaman 30 minit setiap hari.
Bersenam mudah diucapkan tapi sukar dilakukan. Jangan tangguh, terus lakukan setiap hari.
Hanya 30% penduduk Malaysia pernah bersenam buat dan hanya 14% yang betul-betul bersenam secara berkesan.
Paling mudah ialah berjalan kaki selama 30 minit khususnya lepas makan atau lepas solat subuh.
Bersenam dengan treadmill, angkat berat atau basikal spin lebih intensif dan berkesan.
Faedah bersenam ialah membakar lemak, mengawal gula dalam darah serta menguatkan otot-otot dan organ-organ.
Ia juga mengawal hormon steroids; mengeluarkan endorphins dalam otak yang memberi rasa tenang dan ceria.
Di peringkat dalaman sel-sel , senaman menjadikan telomere dalam DNA menjadi lebih panjang dan seterusnya meningkatkan kesihatan.
Saya berkebun di sekitar kawasan rumah untuk menggantikan senaman harian dan untuk tanam herba, ulam-ulam dan sayur-sayuran.
5. Vitamin, logam dan suplemen.
Vitamin-vitamin dan logam-logam adalah sangat penting bagi pembinaan dan pertumbuhan sel-sel, dan tisu. Percambahan sel-sel sangat penting untuk peroses baik pulih tisu-tisu dan organ-organ yang sentiasa terancam oleh trauma, serangan kuman-kuman dan pelbagai racun.
Seringkali pemakanan harian kita tidak mengandungi zat-zat dan vitamin yang cukup dan seimbang. Ada kala pula usus kita tidak dapat menyerap sepenuhnya vitamin-vitamin dan logam-logam. Kekurangan vitamin dan logam mengakibatkan berbagai penyakit dan kerosakkan tisu dan organ-organ terpenting.
Saya dan isteri mengamalkan makan multivitamin jenama obimin, calcium, fish oil dan vitamin C setiap hari sejak berpuluh tahun.
Bila kita keluar negara seperti pergi umrah kita makan lebih vitamin C sampai satu gram sehari. Alhamdulillah jarang diserang kuman virus.
Saya juga mengambil suplemen yang mengandungi resveraterol dan antioksidan lain dari biji anggur. Tujuannya ialah untuk mengurangkan kerosakkan sel-sel dan tisu-tisu jantung dan otak.
6. Kawal kegemukan
Malaysia punyai jumlah tertinggi penduduk yang terlalu gemuk (obesity) , 13.3 % dan yang sederhana gemuk (overweight) 38.5%.
Kegemukan menimbulkan bermacam-macam penyakit termasuk diabetes, darah tinggi, sakit jantung, serta ketidak suburan dan gangguan haid di kalangan wanita.
Menang mudah naik berat badan khususnya selepas kahwin, tapi berbagai usaha menurunkan berat badan sering gagal.
Tiada punca lain bagi kegemukan melainkan makan berlebihan khususnya makanan-makanan karbohidrat dan manisan. Tapi orang-orang gemuk menafikan hakikat ini (denial).
Kawal dan kurangkan amoun makan, gantikan karbohaidret dengan sayur-sayuran dan lauk-laun protein.
Lakukan senaman untuk bakar lemak dan kuruskan badan.
Ada suplemen untuk kurus tetapi tidak boleh bergantung terlalu lama pada ubat-ubat tersebut.
7. Cukup tidur dan rehat.
Sebaiknya seseorang tidur selama 5 – 7 jam dalam sehari semalam. Badan perlu rehat untuk proses baik pulih sel-sel dan tisu-tisu dan organ-organ.
Saya amalkan tidur awal jam 10.00 malam dan bangun jam 5.00 pagi untuk solat tahajud diikuti solat subuh berjemaah di masjid.
Alhamdulillah dalam umur 73 tahun Allah kurniakan saya kesihatan dan kekuatan untuk terus memberi khidmat perubatan kepada yang memerlukan.
Kertas dinding, satu daripada aksesori hiasan dalaman yang sememangnya popular dalam kalangan masyarakat, terutama bagi mereka yang lebih selesa memilih dekorasi dinding bermotif.
Malah kertas lapisan ini bukan saja berfungsi memperindahkan lagi ruang atau sudut di dalam rumah, pejabat, kafe mahupun struktur bangunan lain, bahkan bertindak sebagai pelindung.
Menutupi cela pada dinding dan menghasilkan permukaan lebih menarik dan bertekstur, kertas dinding ditawarkan dalam bentuk gulungan manakala direka secara menegak bagi memudahkan proses pemasangannya.
Bagi hijabi yang sedang merancang untuk menukar keseluruhan mood rumah dengan memasang wallpaper atau kertas dinding, ada beberapa tip yang perlu diberikan perhatian.
WARNA
Suasana bilik boleh dipengaruhi oleh warna. Kalau mahukan ruang besar dan siling pun nampak tinggi, pilih corak yang latar belakangnya warna lembut seperti putih, cream, biru muda, ungu lembut,kelabu lembut pendek kata yang sejuk. Warna-warna sebeginii boleh buat kita rasa tenang dan santai.
PENCAHAYAAN
Cahaya boleh dibentuk dari wallpaper. Macam mana tu? Kalau bilik tiada tingkap, pilih lah wallpaper yang boleh beri kesan pantulan cahaya seperti wallpaper yang bercorak cerah dan ada warna metalik, boleh juga yang colourful. Corak wallpaper yang halus juga boleh memantulkan cahaya. Jika bilik kecil, elakkan guna wallpaper yang gelap dan ada tekstur.
PILIH GAYA YANG SESUAI
Kadang-kadang ada rumah yang mempunyai ruang tertentu seperti ruang makan, ruang formal, ruang keluarga, ruang terbuka, Untuk ruang formal, corak yang skala besar dengan warna dramatik lebih sesuai. Jika ruang terbuka, corak motif kecil boleh digunakan.
SERLAHKAN RUANG
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, gunakan wallpaper corak belang dan menegak. Corak melintang pula akan menjadikan bilik lebih lebar. Corak kecil akan jadikan bilik lebih luas manakala corak besar boleh memberi impak lebih privasi.
SUAI PADAN DENGAN BIJAK
Bilik tanpa corak lama-kelamaan nampak agak bosan. Tapi bilik yang terlalu bercorak pun boleh buat serabut mata memandang. Jadi kalau nak pilih wallpaper yang corak bunga atau petak, guna corak dengan warna yang sama. Contoh bunga ada elemen biru muda, bahagian corak pun mesti lah ada warna tersebut. Jangan dicampur aduk dengan warna pelbagai.
Melalui perkongsian Atam Ayu di Facebooknya, wanita ini berkongsi idea pemilihan wallpaper yang sesuai untuk dipasang di rumah.
Penyanyi bertubuh genit dengan mata bundar yang jelita serta mesra disapa dengan panggilan ‘Dede’ ini tidak hanya memiliki suara merdu, bahkan penampilanya yang modest mengenakan hijab juga sering menjadi sorotan wargamaya..