Berita Kehamilannya Jadi Satu SEBAB Siti Nurhaliza Tersenarai 500 MUSLIM Berpengaruh DI DUNIA

Share

Penyanyi no 1 negara dan kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza buat kali ketiga berturut-turut telah disenaraikan sebagai seorang daripada 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia. Nampaknya tuah terus menyebelahi Siti apabila tersenarai selain berita kehamilan dan penerimaan anugerah darjah kebesaran baru-baru ini. Ini dinamakan rezeki ibu mengandung.

Sebelum ini kali pertama disenaraikan bagi edisi 2016, The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslims bagi edisi terbaharu sekali lagi meletakkan nama penyanyi Aku Bukan Malaikat itu dalam kategori seni dan budaya.

Menurut Siti, tentu sahaja penghormatan besar buat dirinya setelah tersenarai buat kali ketiga.

“Saya yakin, setiap individu mempunyai peranan dan sumbangan mereka tersendiri. Begitupun, setiap perkara dilakukan itu bukan semata-mata untuk mendapat penghargaan atau pengiktirafan.

“Sebagai seorang Muslim dan anggota masyarakat, saya berasa perlu terbabit sama, tidak kira apa jenis pekerjaan, bidang diceburi mahupun komitmen terhadap agama, bangsa dan negara.

“Dengan kemampuan yang ada, saya sedaya upaya mahu mengambil bahagian dalam apa juga pembangunan dan aktiviti yang merapatkan kita sebagai Muslim seluruh dunia, mengukuhkan agama serta memperlihatkan contoh terbaik buat semua,” kata Siti.

Tambah Siti lagi pengiktiafan dan kejayaan yang diraih adalah berkat usaha serta sokongan berterusan insan yang menyayangi dirinya termasuk peminat.

Malah sejak Siti mengumukan berita kehamilannya, menjadikan namanya tersenarai sebagai Muslim berpengaruh dan percapaian terbaharu baginya.

Selain itu Siti juga turut diumumkan sebagai pemenang kategori Duo Terbaik,

Anugerah Planet Music (APM) 2017 di Singapura menerusi gandingannya bersama Faizal Tahir untuk lagu Dirgahayu.

Artikel Berkaitan: Lepas Kena Kuarantin, Siti Bebas Muncul Di Khalayak

Sememangnya nama Siti cukup dikenali dalam dan luar negara dan pencapaiannya dalam bidang seni memang cukup mengagumkan.

Tahniah diucapkan buat Siti dan selepas ini pengaruhnya pasti lebih besar dengan kehadiran Siti JR tahun depan.

SUMBER: BERITA HARIAN

IKLAN