Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Ustazah Sharifah Khasif mula dikenali selepas menjuarai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa pada 2009.
Sering berkongsi ilmu dakwah khususnya di media sosial, Ustazah Sharifah Khasif baru-baru ini memuat naik satu hantaran di mana pada 5 Ogos 2024 yang lalu genaplah usianya yang ke-42 tahun.
Dalam hantaran tersebut, Ustazah Sharifah Khasif berkongsi dua fotonya yang sedang duduk di sebuah meja hidangan dihiasi bunga-bungaan.
“5 August ………. Alhamdulillah atas kurniaan nikmat usia, kesihatan tubuh badan yang kemampuan beribadah dan segala yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata,” luahnya syukur.
Ustazah Sharifah Khasif menyatakan bahawa syukur bukan sekadar kata-kata.
“Syukur bukan hanya dengan kata-kata tetapi cara kita terus sujud kepada Pencipta, terus kuat Beramal, Beriman dan Bersederhana dalam segala hal..”
Ads
Tidak ketinggalan, Ustazah Sharifah Khasif turut berterima kasih kepada para pengikutnya yang menzahirkan ucapan sempena hari lahirnya itu.
“Terima kasih atas ingatan hari lahir buat ustazah….. Semoga ukhwah hingga ke jannah.. Amin ya rabb.”
Menjengah ke ruangan komen, para pengikutnya termasuk rakan selebriti menitipkan ucapan dan doa tulus buat pendakwah yang memiliki Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang psikologi ini.
Untuk info, Ustazah Sharifah Khasif merupakan pengasas Akademi of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA) yang mencari bakat-bakat baru dalam meneruskan legasi sebagai qari dan qariah masa depan.
Dari segi penjagaan kesihatan dan kecantikan pula, Ustazah Sharifah Khasif mengamalkan jamu sejak remaja di samping tamar dan air zam-zam yang sentiasa ada di rumahnya.
Hijabista mendoakan semoga Ustazah Sharifah Khasif sentiasa dalam rahmat dan perlindungan-Nya seterusnya dapat mengajak lebih ramai orang untuk mendampingi kalam suci Al-Quran.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika sebelum ini, kedatangan haidnya memang normal. Malah tidak pernah alami senggugut atau sakit perut yang melampau. Namun ujian Tuhan datang tanpa diduga. Setelah berbulan-bulan dia mengalami kesakitan di bahagian perut yang menyakitkan hingga menyebabkan tidak boleh berjalan dan terbongkok-bongkok sambil memegang perut. Rupa-rupanya dikesan menghidap cyst dan setelah berjaya melakukan pembedahan, doktor nasihat untuknya elak ambil 17 makanan ini agar masalah tidak lagi berulang.
Menurut wanita ini, Sarina Mohd Som, 40 tahun, ketika berdepan masalah itu sebelum ini ada kalanya dia juga diserang cirit birit dan sakit pinggang hingga membuatkannya tidak boleh berbuat apa-apa.
Setelah doktor mengesahkan ada cyst dalam perut dan perlu dibuang segera. Nasibnya juga cukup baik kerana cyst itu bukanlah sejenis kanser yang amat ditakuti.
Berkongsi pengalamannya di laman sosial facebook tatkala berdepan ujian getir ini. Malah turut memberi nasihat kepada wanita di luar sana agar menjaga kesihatan.
Ibarat diberi peluang kedua yang tidak akan dilepaskan dan memberi keinsafan untuk menyayangi diri sendiri.
Sharing is caring
Khas untuk sahabat wanita.
Saya tidak pernah kena senggugut sebelum ni. Setiap bulan, keadaan normal tanpa sebarang kesakitan. Cuma pada pertengahan 2017, keadaan menjadi berbeza. Saya mula rasai kesakitannya ditambah dengan aliran keluar yang heavy. Kesakitan skala 8-10 membuatkan saya tidak boleh berjalan, jalan terbongkok-bongkok sambil peluk perut, terbaring, cirit birit, pucat, sakit perut memulas dan sakit pinggang. Saya tidak boleh buat apa-apa kerja langsung. Paling ngeri jika kesakitan itu datang ketika saya berada di pejabat. Bayangkan…
Ketika itu saya mula rasa cuak, suami, anak dan beberapa orang rakan nasihatkan saya agar jumpa Dr. Bukan saya tidak terfikir, tetapi rasa takut dan tidak mahu tahu apakah yang terjadi membuatkan saya bertahan dan bertahan.
Sehinggalah pada Ramadan lalu saya merasai benda pelik dalam perut. Ketika berbaring, saya dapat rasakan satu ketulan besar keras. Bila ditekan, terasa senak. Jantung terus berdebar, terus tak lalu makan. Saya fikir ia hanya angin, saya cuba menafikan apa yang saya sedang fikirkan. Saya pergi berurut, namun jawapannya seperti mana yang saya jangka, dan inilah menjadi titik tolak saya terpaksa ke klinik buat pertama kalinya.
Ditemani kawan baik, Irahazla Alzahari saya bertemu Dr Fatin Ilyani Klinik AJWA. Hasil ultra sound dan scan, benar ia adalah cyst.
Bayangkan, dalam beberapa hari lagi nak sambut hari raya, saya ketahui jawapan ini. Mood saya ke laut, hanya menyediakan pakaian untuk anak-anak sahaja. Kebiasaan membuat kuih raya seperti tahun-tahun sebelumnya pun terpaksa di lupakan. Kurang selera makan dan kebimbangan mempengaruhi saya. Berat turun mendadak kerana takut dan risau.
Seminggu selepas raya, saya rujuk kes ke Klinik Pakar O&G Hospital Shah Alam. Sebulan selepas itu, mendapat temujanji dan membuat beberapa ujian darah dan pap smear. Inilah antara ujian yang paling saya takuti dan geruni.
Alhamdulillah 3 minggu selepas itu, saya mendapat jawapannya. Alhamdulillah, keputusannya membuatkan saya menangis gembira dan bersyukur pada yang Esa.
Jika tanya bagaimana keadaan saya? Mengikut perkiraan Dr, seperti wanita hamil 15 minggu. Tak hairanlah ramai ingat saya hamil.
5hb Sept saya masuk wad, dan 6hb September operasi secara laparoscopic membuang cyst dilakukan. Dr juga terangkan, sekiranya tidak berjaya, terpaksa open czer. Ketika itu hanya ALLAH sahaja yang tahu, betapa risaunya saya. Saya redha apa sahaja yang terbaik. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan lancar dan dua cyst bersaiz 3cm dan 10.8cm dapat dibuang tanpa sebarang komplikasi. Jangan fikir laparoscopic tak sakit.. Ada empat tebukan diperut saya. Dua di perut kiri, satu di atas pusat dan satu lagi di perut kanan. Tak terbayangkan bagaimana Dr keluarkan cyst yang bersaiz besar itu.
Usai operasi, Dr menasihati untuk menjaga pemakanan. Ia bertujuan agar cyst yang sama tidak berulang dan saya jalani kehidupan yang lebih sihat. Senaman, kurangkan berat badan, pemakanan sihat, jauhi tekanan dan jangan berhenti doa. Paling teruja bila Dr sarankan untuk hamil lagi.
Nasihat saya kepada sahabat di luar sana, jika ada sebarang kelainan rujuklah Dr segera. Jangan tunggu lama dan jangan takut seperti saya. Selain itu amalkan gaya hidup sihat dan amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
2. Senggugut kronik.
3. Sukar hamil.
4. Period yang tidak seimbang.
(Mereka yang sudah jalani pembedahan buang cyst juga perlu jaga pemakanan)
1. Jauhi soya dan makanan yang berasaskan soya (fucuk, tauhu, kicap, tauge besar, tempe dll)
2. Kurangkan makan ayam daging (Sebaiknya ayam organik dan ayam kampung)
3. Banyakkan makan ikan.
4. Banyakkan makan sayur.
5. Jauhi FAST FOOD
6. Elakkan makanan dalam tin.
7. KAWAL dan JAUHI TEKANAN.
8. Elakkan ikan yang dibela dalam sangkar.
9. Daging merah.
10. Ikan terubuk.
11. Ikan parang.
12. Siakap bela.
13. Manisan (kurangkan gula)
14. Kurangkan produk tenusu seperti cheese dll.
15. Kurangkan perencah makanan seperti pati ayam, ikan dll.
16. Ikan pari.
17. Ikan bawal hitam.
Senaman dan kurangkan berat badan, agar hormon kembali seimbang.
(Jangan tanya kenapa itu tak boleh dan ini tak boleh. Itu yang disarankan oleh beberapa orang doktor dan kenalan yang mempunyai pengalaman yang sama kepada saya)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melihat kepada perkembangan fesyen terkini berkaitan hijab, semakin ramai wanita Muslimah memilih pakaian yang sopan dan longgar biarpun tampil bergaya. Tidak salah untuk berfesyen asalkan tidak keterlaluan.
3 influencer berhijab terkenal ini boleh dijadikan inspirasi buat anda dalam berfesyen.
Soha Mohamed Taha
Merupakan influencer fesyen yang berpangkalan di Dubai dan seorang ibu kepada dua cahayamata. Soha juga merupakan seorang blogger. Kini dia memiliki jenama fesyennya sendiri selain bertindak sebagai image consultant.
Memiliki lebih 800,000 pengikut di Instagram yang menjadi platform untuk dia berkongsi pelbagai gaya menarik dan sopan, Soha juga aktif di TikTok.
Meskipun mengenakan hijab, citarasa fesyen Soha sememangnya tidak boleh disangkalkan lagi kerana Soha berani mengambil risiko berfesyen, tetapi masih mengekalkan kesopanan sebagai wanita bertudung.
Omaya Zein
Omaya Zein mempunyai pengikut mencecah 1.5 juta di laman Instagramnya. Wanita yang menetap di Amerika Syarikat ini merupakan pengasas @byomayazein.
Melihat posting nya di Instagram, Omaya menggemari gaya polos dan minimalis yang amat bersesuaian dengan status dirinya sebagai ibu kepada seorang cahayamata.
Omaya sering menggayakan persalinan yang ringkas, namun ia tetap membawa imej classy dan chic!
Tidak melupakan elemen kesopanan wanita Muslimah, Omaya menjadikan laman sosial sebagai medium untuk berkongsi mengenai kecantikan dan percutian.
Heba Jalloul
Influencer fesyen dari New York ini mempunyai lebih 139,000 pengikut di Instagram.
Graduan dalam bidang psikologi ini merupakan seorang blogger fesyen dan gaya hidup, Heba sering menjadi pilihan serta rujukan para hijabi dalam berfesyen.
Mula berhijab pada usianya 9 tahun, Heba membesar dalam persekitaran populasi Arab dan Muslim. Kini meskipun sudah berkahwin dan berhijab, Heba bijak dalam bergaya namun tetap mengenakan pakaian longgar dan mengikut syariat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rekaan corak kertas dinding memang boleh menambah seri pada hiasan kediaman rumah seseorang. Kalau boleh, semua bahagian dalam rumah itu rasanya hendak ditampal dengan kertas dinding.
Namun, menampalnya di dalam tandas adalah sangat tidak digalakkan kerana ia mampu memberi kesan negatif pada kesihatan anda.
Menurut Public Health Malaysia, Persekitaran lembab di dalam tandas menyebabkan risiko pertumbuhan kulat di dinding termasuk di belakang kertas dinding.
Kulat ini membebaskan spora iaitu debu debu halus yang boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan iritasi. Kesannya, anda akan alami batuk, selsema, tekak kering, mata berair dan gatal gatal kulit.
Tak sangka sampai begitu sekalikan kesannya pada tubuh badan! Oleh itu sis, berhati-hatilah sewaktu memilih material yang sesuai bagi menghias rumah. Jangan hanya kerana nak cantik, tubuh badan kita pula yang menjadi mangsa.