Setiap orang itu ada ragamnya yang tersendiri. Jika anak sulung dikatakan matang, anak bongsu pula sering dianggap manja. Hmm, betul ke ni?
Melalui akaun twitter @Humanxsick, dia telah merungkai ciri-ciri yang kebiasaannya ada pada seorang anak bongsu itu. Jom kita check betul tak fakta ini! Terbukti dengan sains, betullah anak bongsu paling manja!
Siri terbaru Samsung Galaxy A membenarkan anda untuk berkomunikasi dan ekspresi diri dengan kamera yang awesome, paparan skrin jelas dan pengskrolan yang mudah, juga terdapat ciri-ciri Galaxy inovatif baharu seperti bateri hayat lama dan rintang air untuk kesenangan anda.
Siri Galaxy A juga akan mempertingkatkan pengalaman anda menggunakan telefon sekarang dengan menyediakan akses menyeluruh ekosistem Galaxy tersambung peranti lain seperti Galaxy Buds Pro, Galaxy SmartTag, dan Galaxy Tab.
Samsung telah meningkatkan tahap kualiti kamera, dan Galaxy A52 dan A72 adalah buktinya. Dengan memberikan ciri inovasi kamera serba guna untuk siri Galaxy A baharu, anda kini boleh merakam lebih banyak foto dan video yang menarik.
Samsung mempertingkatkan pengalaman anda dengan paparan dan reka bentuk canggih supaya ia sepadan dan mencerminkan kehidupan anda.
Pengalaman siri Galaxy A baharu dipertingkatkan dengan sambungan tanpa kelim dan peluang baharu yang ditawarkan melalui ekosistem Samsung Galaxy.
Siri Galaxy A baharu tersedia dengan keperluan asas Galaxy yang patut dinikmati oleh pengguna Galaxy.
Siri Galaxy A baharu ini tersedia dalam warna-warna menawan seperti Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black, dan Awesome White. Jadi, yang mana satu pilihan anda?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hampir setahun lalu menyaksikan majlis perkahwinan pasangan diraja Tengku Puteri Iman Afzan dan pasangannya Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah yang dilangsungkan penuh beradat dan gilang gemilang. Dan kini Tengku Puteri Iman Afzan sedang menghitung hari menanti detik kelahiran anakanda sulung.
Dalam laporan Harian Metro, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan untuk anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu juga turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman Afzan yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke Istiadat Melenggang Perut mengikut tradisi Melayu yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Tengku Puteri Iman Afzan tampil cukup anggun dan jelita dengan menyarung persalinan kurung moden serta selendang dari rona senada. Begitu terserlah seri ibu mengandung yang terpancar dari wajah dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
Malah penampilannya yang anggun ini juga turut mendapat pujian ramai netizen dan juga termasuk pelakon dan pengacara popular, Neelofa.
Katanya yang ditemui pemberita, beliau dan suami Tengku Abu Bakar Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya.
Dalam banyak-banyak warna, rasanya merah paling serasi dan ‘menyala’ dengan pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.
Nampak sangat berani, bersemangat dan bahagia. Ternyata, warna merah sangat sesuai dengan tona kulit Puteri Sarah yang cerah serta mulus.
Biarpun berstatus ibu tunggal kepada dua cahaya mata, pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini sentiasa menjaga penampilannya terutama ketika menghadiri majlis-majlis formal.
Contohnya, baru-baru ini ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-36 (ABPBH36) Puteri Sarah menyerlah dalam balutan glam dress rona merah hati ciptaan pereka fesyen ternama Wan & Mary.