Gigi merupakan komponen yang sangat penting di wajah seseorang. Ada juga yang rasa ‘insecure’ apabila gigi mereka dalam keaadan yang tidak cantik, jarak, berterabur dan rosak. Kita juga tahu, gigi antara komponen di muka yang amat penting tidak kira dari segi kesihatan mahupun kecantikan. Kebanyakan orang akan membuat rawatan gigi sekurangnya 6 bulan sekali.

Penjagaan gigi semestinya sangat penting kerana anda perlu mengetahui kondisi gigi anda dan sekiranya mempunyai sebarang rawatan yang perlu dilakukan supaya keaadan gigi sentiasa dalam keadaan baik. Semakin lama, semakin kerap kita dengar kes doktor palsu dan baru baru ini pula banyak kes tentang berani dimana klinik rawatan gigi tidak berdaftar bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Baru-baru ini, tular tentang 3 pusat rawatan gigi yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM). Klinik berkenaan menawarkan servis rawatan pergigian seperti venir pergigian dan juga pendakap gigi telah diserbu oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Artikel berkaitan: Masalah Gigi Bukan Masalah Biasa. Rawat Masalah Gigi Untuk Tampil Cantik Menawan.

Menurut pengarah kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ri Ngadiman, tindakan perlu diambil atas susulan aduan orang awam. Ketiga-tiga pusat rawatan gigi ini tidak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia, malah premis yang dijalankan juga tidak berdaftar dengan KKM.

IKLAN

Dr Sha’ari berkata, ketiga-tiga klinik gigi tersebut dikendalikan oleh warga tempatan dan didapati perkhidmatan mereka itu berleluasa di media sosial seperti laman Instagram, Facebook dan TikTok. Serbuan telah dilakukan di Bandar Baru Bangi dan Bukit Jalil serta diikuti beberapa hari kemudian premis di Subang Jaya.

“Pada selasa lepas serbuan dilakukan, kami dapat merampas peralatan yang disyaki digunakan dalam menawarkan rawatan pergigian dan jugak rawatan kecantikan atau estetik,” Kata Dr. Sha’ari

IKLAN

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] kerana menyediakan klinik pergigian atau klinik perubatan swasta tanpa didaftarkan mengikut akta ini dan Akta Pergigian 2018 [Akta 804] yang mana amalan pergigian dilakukan oleh orang tidak berdaftar,” katanya pengarah kesihatan

Artikel berkaitan: Rawatan Gigi Macam Spa! Menepis Mitos Sakitnya Scaling Gigi. Ini Nasihat Dr Mike

Seterusnya, pengarah kesihatan, KKM juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan harga murah yang ditawarkan. Menurut KKM, semestinya harga yang ditawarkan murah akan tetapi perlu diingatkan bahawa orang ramai yang terjebak dengan perkara tersebut akan terbeban selepas itu kerana kos rawatan susulan yang sangat tinggi akibat daripada kompilasi rawatan berkenaan.

IKLAN

“Orang awam akan berisiko mendapat jangkitan penyakit berjangkit seperti HIV dan hepatitis akibat penggunaan peralatan tidak dibasmi kuman secara sempurna.” Katanya

Semestinya kita tidak mahu membebani diri dengan kos rawatan yang lebih tinggi oleh kerana pihak yang mengambil remeh dan hanya memikirkan duit sahaja. Berhati-hatilah ketika ingin memilih klinik pergigian. Dinasihatkan supaya orang ramai supaya menyemak kesahihan rawatan gigi melalui laman sesawang http://www.dpims.moh.gov/ manakala semakan klinik pergigian yang berdaftar dengan KKM boleh dibuat di laman sesawang http://www.medicalprac.moh.gov.my/

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI