Antara fakta dan mitos? Kebanyakkan masyarakat mempercayai mitos dari fakta tentang banyak perkara. Contohnya, tidak boleh mandi pada waktu malam, takut diserang penyakit paru-paru berair dan sebagainya. Mitos-mitos ini membuatkan ramai orang keliru. Kini muncul pula dengan mitos yang sememangnya langsung tidak masuk akal iaitu mitos scaling gigi.

Pelbagai perkara tidak elok tentang mitos scaling gigi ini sehingga satu tahap anda sendiri akan rasa bahawa semua itu langsung tidak boleh dipercayai dan mengarut. Bukan semua orang berani untuk membuat rawatan scalling berkemungkinan juga dari pengalaman orang perseorangan.

Jom semak antara mitos yang menakutkan segelintir masyarakat untuk melakukan rawatan ini.

MITOS: Scaling menyebabkan gigi akan jarang

FAKTA: Scaling tidak menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.

MITOS: Scaling akan menjadikan gigi anda nipis

FAKTA: Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini tidak menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.

IKLAN

MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda sensitif

FAKTA: Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi terdedah & gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi & memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif

 

MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda bergoyang

FAKTA: Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah berkurang apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling. Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.

IKLAN

MITOS: Scaling adalah untuk memutihkan gigi anda

FAKTA: Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.

MITOS: Jika sudah berus gigi sebanyak dua kali sehari, anda tidak perlu scaling lagi

FAKTA: Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.

IKLAN

Scaling Gigi Seperti Rawatan Spa

Presepsi dan tanggapan itu sepatutnya diubah kerana menurut Dr. Mike Lim daripada Blanc Dental Clinic, seseorang perlu membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kata Dr. Mike, menerusi pemeriksaan berkala itu, doktor dapat mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin tidak disedari seperti gigi berlubang atau masalah gusi.

Dr Mike dari Blanc Dental Clinic

Pentingnya melakukan scaling gigi yang memudahkan pengenal pastian dan rawatan masalah masalah gigi dan boleh mendidik atau memberi pengetahuan mengenai kesihatan mulut. Sesetengah orang perlu melakukan scaling dengan lebih kerap berbanding dengan yang orang lain, contonya orang yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat karies gigi, plak dan staining. Gusi berdarah juga merupakan petanda gusi mempunyai keradangan yang selalunya disebabkan kebersihan mulut yang tidak baik.

“Pentingnya buat scaling gigi (Rawatan Penskaleran/Cuci Gigi) untuk membuang plak, karang (calculus) dan pewarnaan (staining) dan kotoran pada permukaan gigi. Yang biasanya tidak dapat dicapai dan dibersihkan melalui gosok gigi harian.”

Selain dari itu, untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi. Rawatan ini untuk merawat penyakit gusi serta membantu pemeriksaan gigi dan gusi. Mulut yang bersih membantu doktor gigi untuk memeriksa gigi dengan lebih teliti dan tepat, contohnya,karies (gigi berlubang).

Menyedari ketakutan masyarakat yang menyangka rawatan itu menyakitkan, Dr. Mike memberitahu di kliniknya telah memperkenalkan rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort (ASUC) iaitu teknologi revolusi pembersihan gigi yang efektif dan berkesan berbanding kaedah biasa. Di mana penggunaan serbuk Airflow powder dengan udara dan ai, dan teknologis kaler Piezon tanpa sakit memberi pengalaman cuci gigi yang sangat bersih dan berkilat dan tanpa sakit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hijabista, KL MY (@hijabistamag) on

 “Biasanya, scaling melibatkan proses mencuci dan menggilap gigi menggunakan peralatan tangan dan alat ultrasonik untuk mengikis plak dan kalkulus yang terbentuk pada gigi.

Cerita Dr. Mike, menariknya mengenai rawatan itu ia menggabungkan penggunaan Airflow Prophylaxis Master (inovasi terkini yang terdapat dalam industri pergigian), pelindung mulut OptraGate dan berus gigi Curaprox berdasarkan protokol yang terbukti secara saintifik.

Paling penting kata Dr. Mike, rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort terdapat beberapa kebaikan termasuklah tidak menyakitkan, mencerahkan warna gigi, bersih dan jangka masa rawatan yang pendek.

Mencerahkan gigi jangka pendek

Scaling gigi tak sakit juga dapat dicapai dengan Pendidikan kebersihan mulut melalui Airflow Spa Ultra-Comfort di mana dengan kebersihan mulut yang optimum dan tidak terlalu kotor, pengalaman cuci gigi boleh menjadi lebih selesa.  

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI