Larissa Chou merupakan seorang selebriti, jurusolek, penulis buku serta usahawan kelahiran Jawa Barat, Indonesia. Wanita berketurunan Tionghoa ini pernah membuat keputusan yang sangat besar dalam hidupnya.
Ketika berusia 19 tahun, Larissa Chou telah menukar kepercayaannya untuk menjadi satu-satunya ahli keluarga yang beragama Islam.
Selepas setahun memeluk Islam, pada usia 20 tahun Larissa Chou berkahwin dengan Muhammad Alvin Faiz iaitu anak kepada Ustaz Arifin Ilham pada 6 Ogos 2016.
Pun begitu, jodoh mereka tidak panjang. Mereka bercerai setelah lima tahun hidup hidup bersama. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Lambakan instafamous atau lebih dikenali sebagai influencer di laman sosial terbukti mereka ini berjaya menarik perhatian pengusaha butik mahupun produk-produk kecantikan. Mereka menjana pendapatan seusia muda dengan reviu produk menerusi laman instagram mahupun live update di facebook.
Menjana pendapatan sebanyak 10k sebulan, mereka tidak mudah alpa dengan pendapatan yang ada, malah ada daripada kalangan mereka yang telah mempunyai produk tersendiri dan mengembangakan perniagaan di peringkat usia yang muda ini bagi menjamin masa depan mereka. Siapa mereka sebenarnya? Admin share 10 top instafamous yang perlu anda tahu sepanjang 2017.
Siti Nur Adira Salahudi, 20 atau lebih mesra dengan panggilan Adira, gadis kelahiran Kuala Terengganu ini anak bongsu dari 4 adik beradik menceburi bidang peragaan sejak berumur 19 tahun. Menuntut tahun ke dua jurusan Diploma Kreatif Skrin di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam. Wajahnya mirip bintang Korea Song Ji Hyo, obses dengan dunia model sejak kecil lagi. Mengembangkan perniagaannya dengan mengeluarkan pakaian jenama sendiri iaitu kebaya wrap, inner lace scarf dan terbaru kanta lengkap eyesofadira.
Berbintang Gemini dan berusia 19, baru menamatkan pengajian asasi undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM), menjadi influencer produk kecantikan dan penggayaan baju sejak Julai 2015. Baru berusia 19 tahun, Tasnim Shah telah melancarkan produk pertama di bawah jenama kosmetiknya, Tasnim Shah Cosmetic. Tasnim Shah yang bercita-cita untuk menjadi peguam dan dalam masa yang sama bergelar usahawanita berjaya.
Gadis manis yang berusia 16 tahun ini, ramai yang tidak jangka sesusia beliau telah menjana pendapatan sebanyak 10k sebulan. Myra tidak bersandar kepada gelaran anak Dato’ semata-mata, malah gadis ini yang mempunyai adik beradik seramai 9 orang dan Myra sendiri anak ke empat tidak pernah leka dengan dunia glamor. Memiliki jenama hijab tersendiri ‘impatienscarves’ bekalan untuk maju ke hadapan dalam bidang perniagaan. Good Job Myra!
Populariti di Instagram membawa tuah kepada Sharifah Rose Syed. Mohd. Mazfira, 18 tahun. Sejak popular di laman sosial, gadis cantik ini dihujani tawaran menjadi model oleh beberapa jenama fesyen ternama tempatan. Selain rupa paras komersial, anak kelahiran Selangor ini mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Cuma sehingga hari ini, dia masih tidak berpeluang membuktikan kebolehannya.
Nurdahiyah menetap di KL, mula membuka akaun instagram ketika dia berusia 15 tahun. Gadis yang berusia 17 tahun ini sama seperti instafamous yang lain mula popular dengan bebrapa reviu di laman instagramnya. Nurdahiyah juga menjadikan Bella Hadid sebagai selebriti yang penuh dengan stail dan menjadikan fesyen ikon beliau.
Dr. Putri Sharmeen Hashim pemegang ijazah pengajian dalam jurusan Pergigian dari Universiti Sains dan Teknologi Jordan, hanya popular setelah rakan meminta beliau membuat reviu produk kecantikan.
“Suatu hari, seorang kenalan meminta membuat reviu (ulasan) satu produk kecantikan dan memuat naik video tersebut ke YouTube. Rasa kekok pada mulanya, tetapi lama-kelamaan aktiviti tersebut sangat menyeronokkan. Daripada seorang yang tidak sukakan perhatian, saya menjadi individu yang sentiasa mahu berkongsi sesuatu kepada pengikut YouTube.”
Gadis berusia 23 tahun ini bergelar doktor gigi ini menanam impiannya untuk membuka klinik pergigian miliknya sendiri, malah dia sudah membuat beberapa perancangan untuk mengembangkan kariernya.
Sofia yang gemar merakamkan aksi di Musical.ly cantik di akaunnya mempunyai 12k pengikut. Gadis yang bermata bundar ini juga sama seperti instafamous yang lain bangkit dengan review barangan di instagram. Masih menuntut di St. Marry School Kuala Lumpur.
Engku Sulwani Engku Ismail, 26 gadis kelahiran Kota Baharu Kelantan dilahirkan pada 28 Ogos 1991ini sangat menjaga bahasa ibundanya. Walau ke mana saja dan dengan siapa saja dia berbicara, dialek ibunda negeri kelahirannya tetap meniti di bibir. Pernah menjalani Program Doktor Perubatan di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Serdang, Selangor. Anak bongsu dari enam adik beradik ini. Menceburi bidang peragaan pada 2011 dan sehingga kini Esul telah menjadi produk bagi beberapa produk kecantikan bermula dari perkongsiaan dan ribiu di instagram mahupun Facebook.
Aisha Liyana berasal dari Penang pemegang ijazah perniagaan di Universiti Sains Malaysia yang gemar merakamkan tutorial makeup di dalam akaun youtubenya sendiri iaitu Aisha Liyana. Aisha yaking dengan ketentuan Tuhan tapi bukanlah tidak berusaha untuk mendapatkan apa yang di citakan. Aishah juga mempunyai perancangan besar untuk dikongsi bersama dengan followernya.
Syazlin Suhaizan bt Zainal atau dikenali sebagai Alin berasal dari Kuala Lumpur. Alin adalah salah seorang pelajar jurusan fesyen dan juga model sambilan. Mula jadi popular dan diikuti ramai dengan muat turun tutorial hijab dan sehingga kini ramai permintaan bukan sahaja dari pengusaha hijab malahan Alin juga membuat beberapa tutorial mekap. Gadis bunga ini juga cukup mengemari fesyen stail yang bermotifkan flora. Influencer yang menjadi idola Alin ialah Indahnadapuspita! Kerana “She looks so confident and happy whatever she wears”
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gangguan tidur merujuk kepada kecelaruan corak tidur. Individu yang berdepan masalah tidur perlu mendapatkan nasihat doktor dan perlu mengelak penggunaan pil tidur.
Insomnia ialah satu keadaan di mana penderita gagal mendapat tidur yang cukup dari segi kualiti dan kuantiti. Ini termasuk tidak dapat melelapkan mata, bangun terlalu awal, kerap terjaga dan gagal untuk lelap semula. Oleh itu, aktiviti seharian akan terganggu dan tidak dapat berfungsi sewajarnya.
TAHAP TIDUR YANG KOMPLEKS
Tahap tidur melibatkan beberapa proses dalam otak dan imbangan bahan kimia (neurotransmitters) di dalam otak. Sekiranya proses ini terganggu atau bahan kimia berkenaan tidak seimbang, maka proses tidur akan terjejas.
Walaupun gangguan ini terjadi tanpa punca dan sebab yang boleh dikesan, namun kebanyakan kes terjadi disebabkan oleh pendorong lain seperti penyakit, keadaan kesihatan, tekanan, masalah fisiologi seperti pencernaan yang kurang baik atau gangguan seksual.
Gangguan di kamar tidur seperti televisyen, komputer atau telefon juga sering menyumbang kepada keadaan ini. Ada kalanya bunyi bising persekitaran seperti jiran yang bising atau pasangan tidur berdengkur juga menjadi faktor penyumbang kepada insomnia.
INSOMNIA PENYEBAB SAKIT MENTAL?
Penderita insomnia tidak akan menjadi gila atau mengalami kerosakan otak kecuali tidak tidur langsung. Masalah sukar tidur boleh membawa kepada perasan gelisah (anxiety) atau murung (depression). Walaupun tidak membawa kepada gejala sakit mental namun, ia tidak seharusnya dipandang ringan.
Jelasnya, insomnia boleh dirawat dan penderita harus diperiksa bagi mengesan kehadiran penyakit lain. Tahap tekanan harus diambil kira dan tekanan yang boleh dielak- kan harus dielakkan.
Amalkan sleep hygiene di mana menjadikan suasana tidur lebih selesa dan nyaman agar tiada gangguan di bilik tidur seperti televisyen, komputer atau telefon.
Ubat penenang ringan boleh diberi sebagai langkah terakhir dengan pengawasan doktor bertauliah untuk sementara waktu. Namun, sebenarnya ubat tidur tidak digalakkan sama sekali kerana ubat ini boleh memburukkan masalah insomnia jika salah penggunaannya.
Siapa pun boleh mengalami masalah ini. Ia biasanya melibatkan individu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat daripada segi pemakanan, senaman dan aktiviti harian. Begitu juga individu yang mempunyai pola tidur tidak tetap seperti pekerja syif kerana kekeliruan otak mengenal waktu tidur.
CARA ELAK INSOMNIA
1. Elakkan dari minum minuman berkafein sebelum tidur.
2. Lakukan senaman yoga untuk meregangkan otot dan tulang.
3. Jangan paksa diri untuk tidur, sebaliknya alihkan perhatian dengan lakukan beberapa aktiviti seperti mendengar muzik untuk mendapatkan rasa mengantuk.
4. Elak dari sebarang gajet dan skrin elektronik yang boleh menyebabkan mata sukar untuk mengantuk.
5. Ketepikan emosi dan perasaan yang negatif kerana ia akan menjadikan kamu ‘overthinking’ dan sukar untuk tidur.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Meskipun gagal mendapat tempat di Parlimen pada PRU15 kerana tewas kepada pihak lawan, namun ahli politik kesayangan Malaysia, Khairy Jamaluddin masih tetap berada di hati rakyat termasuklah selebriti tempatan tanah air.
Ini terbukti apabila hantaran terbaharu di laman Instagram bekas Menteri Kesihatan itu, yang mengulas mengenai perasaanya apabila gagal mendapat kerusi Sungai Buloh pada PRU15 baru-baru ini telah dihujani dengan pelbagai kata-kata positif, optimis dan semangat dari wargamaya.
“Saya fikir saya telah lakukan yang terbaik. Tetapi, saya tidak cukup baik. Kekalahan adalah kekalahan. Tidak kisahlah berapa hampir anda dengan kemenangan, dan betapa ramai yang kecewa dengan kekalahan anda.
“Adakah ini merupakan satu pengakhiran. Saya kira tidak. Tetapi saya akan gunakan masa ini untuk fikirkan semula apa yang harus saya lakukan seterusnya.
“Sejujurnya, saya kepenatan. Saya kurang masa untuk berehat sejak saya ditugaskan untuk menguruskan pandemik. Ia merupakan dua tahun yang sukar untuk saya memastikan negara kita terhindar dari COVID-19.
“Tetapi ia merupakan satu keistimewaan untuk saya untuk berkhidmat kepada rakyat pada waktu yang sangat kritikal dan saya gembira kita telah pulih lebih baik dari negara-negara yang lain,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati ribuan netizen bertindak meninggalkan kata-kata semangat buat KJ tidak terkecuali para selebriti dan golongan artis tempatan.
“We are still here waiting for you to become our PM,” tulis Elfira Loy.
“Come back stronger KJ, we are always with you,” ujar Sherry Ibrahim.
“Thank you for your service sir! Actuallt we need you! Please comback stronger for us Malaysian! InsyaAllah.. Semoga Allah mudahkan segala urusan buat YB,” kata Yana Samsudin
“Best to rest and realigned, get the down time you need. Thank you for your hardwork especially during the pandemic YB. Waiting for you to comeback stronger,” komen Diana Danielle.
Ramai selebriti terkenal seperti Alif Satar, Mira Filzah, Datuk Adi Putra, Datuk Amy Search, Elfira Loy, Yana Samsuddin, Ummi Nazeera, Diana Danielle, Liyana Jasmay, Fizo Omar, Emelda Rosmila, Safee Sali dan netizen menitipkan kata-kata semangat buat bekas menteri ‘tall dark and handsome’ itu.
Hijabista mendoakan agar kata-kata semangat ini dapat dijadikan suntikan semangat dan memberi kekuatan agar Khairy tidak berputus asa dan meneruskan perjuangan berkhidmat demi rakyat dan negara.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.