Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah video yang memaparkan sepasang kekasih sedang bersolat berjemaah bersama melalui panggilan video di telefon.
Lantaran itu, ramai warganet yang telah mengecam tindakan mereka kerana seolah-olah mempermainkan agama dan tidak mengikut landasan agama yang sebenar.
Walaupun pasangan itu mungkin berniat baik untuk meraih pahala bersama, namun niat sememangnya tidak menghalalkan cara.
Ads
Tidak mahu masyarakat terikut-ikut, ahli kumpulan nasyid Zayne, Furqan Fawwaz telah mengulas mengenai isu video tersebut bagi memberi pengajaran buat semua.
Jelasnya, solat itu merupakan komunikasi perhubungan antara kita dengan Allah dan melalui solat kita minta untuk dijauhkan segala musibah. Namun, perbuatan ini pula bertentangan dan seolah-olah meminta musibah daripadaNya.
Tambahnya lagi, dia juga risau generasi muda sekarang ini terlalu mengejar jumlah tontonan yang tinggi di sosial media hingga sanggup membuat video yang memalukan dan mempermainkan agama.
Berikutan itu, ramai netizen yang turut memberikan reaksi sedih dan kecewa dengan tindakan pasangan kekasih tersebut dan berharap tiada yang mencontohi perbuatan mereka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penghijrahan yang dilakukan pemilik nama penuh Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina sejak sebelas tahun yang lalu sempat membuka mata ramai pihak.
Mana tidaknya, penghijrahan yang berlaku pada akhir tahun 2013 membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Mizz Nina, daripada bergelar bintang yang sinonim dengan imej seksi, dia berubah 360 darjah menjadi seorang Muslimah sejati.
Malah, Mizz Nina kekal istiqamah menggayakan fesyen patuh syariah dan menutup aurat sehingga kini. Dia juga bergiat aktif sebagai pendakwah serta terlibat sebagai aktivis kemanusiaan yang lantang menyuarakan pandangan terhadap isu Palestin dan Gaza.
“Saya pernah tutup pintu Allah masa saya muda. Tak solat, tak puasa, tak buat apa-apa, macam malas nak buat semua itu..
“Masa saya ke arah kejayaan, saya rasa macam ada kehilangan ‘sesuatu’ dan saya pun sudah lama dalam industri hiburan, banyak buat persembahan sini sana, jadi saya rasa ia hanyalah rutin harian.
“Saya merasakan semakin dikenali, saya bergerak ke era baru dalam hidup saya dan itu sebab saya senang untuk lepaskan semua benda..
“Apabila saya nekad untuk mendalami Islam, saya rasakan ini adalah permulaan kehidupan saya,” kata bekas isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Popular dengan lagu Wait You Waiting For, Mizz Nina mengakui cabaran dalam penghijrahan adalah suatu perkara paling sukar.
“Saya mengambil masa untuk berhenti pergi ke tempat yang selalu saya pergi dulu, perlahan-lahan nak belajar pakai tudung dan ambil masa nak pergi Haji..
“Balik dari Mekah, saya cuba praktikkan perkara itu dan mahu kekal istiqamah dan saya rasa itu adalah cabaran yang semua orang hadapi,” kata Miss Nina sebak.
Menerusi temubual slot Kisah Penghijrahan dalam Zayan My, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga mengakui bahawa ayat suci Al-Fatihah telah melengkapi hidupnya.
“Surah Al-Fatihah sangat memberi kesan besar pada saya sebab ia adalah surah pertama saya hafal dan surah pertama yang saya faham,” kata Mizz Nina.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari MEDIA HIBURAN
Terdahulu, ketika mengambil keputusan untuk tampil berniqab dan berpurdah, penghijrahan bekas pengacara Meletop, Hajah Noor Neelofa Mohd Noor menjadi bualan, sekaligus mengejutkan orang ramai!
Namun, siapa sangka penghijrahan yang sudah menjangkau tahun keempat ini telah membuatkan ramai wanita menjadikan Neelofa sebagai sumber inspirasi dan role-model untuk menutup aurat dan yakin untuk berubah ke arah lebih baik.
Bagaimanapun, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, Neelofa akui untuk konsisten dan istiqamah dalam penghijrahan bukanlah satu perkara mudah baginya.
Justeru, sewaktu menghadiri program Festival Sunnah yang diadakan di Stadium Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, Neelofa telah berkongsi tip kekal istiqamah kepada para peminatnya yang mahu berubah kearah lebih baik.
Antara pendekatan yang dilakukan ibu kepada Muhamad Bilal, untuk kekal istiqamah adalah dengan ‘berubah secara paksaan’. Menurut Neelofa, teknik ini adalah yang termudah untuk diamalkan.
“Orang ramai tanya saya, macam mana cara nak istiqamah? Mulakan dengan paksaan, tiada cara lain. Kena paksa, contoh kena dengar ceramah di YouTube, itu benda paling senang, tak perlu keluar rumah.
“Kena paksa buka al-Quran, kena paksa baca tafsir. Malasnya nak baca al-Quran, boleh baca tafsir dalam hati. Al-Quran ini satu benda yang sangat istimewa di mana kadang-kadang baca tafsir pun boleh mengubah hati orang. Jadi, paksa!
“Nak berzikir pun kalau dulu boleh berzikir 100, 1000 kali tu sekejap saja. Sekarang satu pun tak ada. Jadi, kena cari tasbih, kena ada usaha itu.
“Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali, sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung. Kita minta doa-doa untuk kita pakai tudung,” katanya.
Selain itu, Neelofa menegaskan, sokongan keluarga dan orang sekeliling yang rapat dengan kita juga memainkan peranan yang penting baginya untuk kekal istiqamah.
“Nak istiqamah untuk menghayati menutup aurat dengan sempurna itu is another story. Saya bukan la orang yang tepat nak bagitahu, tapi kalau sekadar pengalaman itulah.
“Maksudnya banyak paksaan dalam usaha atas iman saya itu tapi yang banyak membantu juga adalah teman-teman dan pasangan,” katanya.
Siapa tidak kenal dengan penyanyi dangdut era 90-an, Iwan Shahman yang pernah popular dengan lagu “Yang Tersayang”, “Memori Daun Pisang” dan “Sepayung Berdua” gandingan serasi duet bersama ratu dangdut, Amelina suatu ketika dahulu.
Bagaimanapun itu semua sekadar tinggal kenangan. Malah, sejak berhijrah ke arah yang lebih baik dan mendalami agama Islam, Iwan akui dirinya kini lebih tenang dan sentiasa berusaha untuk kekal istiqamah dengan mengabdikan diri di jalan Allah SWT.
Malah, dia bertekad tidak akan menyelusuri kembali zaman jahil berkenaan dan mahu terus mara kehadapan mencari keredhaan Allah SWT.
“Kehidupan kita ini bukan lagi macam dulu. Allah beri saya sekali sahaja peluang. Sekiranya saya ulang dan kembali seperti dulu, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya.
“Jadi saya berusaha untuk istiqamah agar tidak lagi mengulangi apa yang pernah dilakukan pada masa lalu.Hidup saya sekarang untuk mencari reda Allah. Semua orang juga seperti itu. Antara mereka yakin atau tidak,” jelasnya.
Menurut Iwan lagi sepanjang 12 tahun usia penghijrahan yang dilakukanya. Tidak sekalipun dia terlepas untuk memohon kepada Allah, berdoa agar Allah tidak membolak balikkan hatinya dan memperoleh istiqamah agar terus berbakti di jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
“Sudah 12 tahun saya berhijrah dan saya sentiasa berdoa agar dapat kekal istiqamah dalam perjalanan ini, selain meneruskan kerja-kerja dakwah,” ujarnya lagi.
Sekadar info, terdahulu pemilik nama penuh Wan Syahman bin Wan Yunus atau lebih dikenali sebagai Iwan ketika zaman kemuncaknya bergelar Raja Dangdut Malaysia.
Beliau juga merupakan seorang penerbit, penulis lagu dan penyanyi yang bergiat aktif di dalam lapangan muzik Malaysia dan Indonesia.
Kini beliau masih bergiat aktif memperjuangkan muzik dangdut, tetapi dalam genre nasyid sejak tahun 2009 dengan nama komersil Iwan Syahman.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.