Baru Niat Nak Beli Sendiri, Anak Abby Abadi Terima Motosikal Sebagai Kejutan Hari Jadi

Share

Baru-baru ini, anak bujang Abby Abadi bersama bekas suami, Norman Hakim iaitu Danish Hakim telah menyambut hari jadinya yang ke 18 tahun.

Menyambut ulang tahun bersama ahli keluarga terdekat, mereka semua telah sepakat berpakaian sedondon berwarna merah dan putih sewaktu meraikannya di sebuah restoran.

Dikelilingi insan-insang tersayang…

 

Menariknya, Danish telah menerima sebuah motosikal daripada ahli keluarganya. Syoklah Danish boleh ronda-ronda bawa motor!

Momen paling indah 24/3/2021
Walaupun mungkin kecil pada org lain tapi besar ertinya pada kami & @danishhakimofficial ♥️

Walaupun motor je pun, bersyukur ye Abang.. Nanti ALLAH tambah lagi 🥰

Terima Kasih ALLAH utk nikmat anak2 yg mendengar kata & nikmat kasih sayang yg KAU rezekikan pada kami. Pegang hati2 kami utk terus bergelar hambaMU yg sebenar2 hamba hingga akhir nyawa.. Amin 😘

Luah Danish di laman instagramnya, dia baru sahaja berniat untuk membeli motosikal namun tidak menyangka akan menerimanya sebagai hadiah kejutan pada ulang tahun kelahirannya. Alhamdulillah, rezeki Danish!

 

IKLAN