Instafamous terkenal, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhshari memang sering menjadi tumpuan ramai di media sosial apabila sering memuat naik video lucu bersama adik kesayangannya iaitu Cik Pia.
Sudah berumah tangga dan baru sahaja bergelar seorang bapa, Bengah berkongsi kisah bersama isterinya yang boleh dijadikan pedoman buat sesiapa sahaja yang ingin atau sudah berumah tangga.
Sering ditanya samada pernah gaduh atau tidak bersama isteri tercinta, Bengah jelaskan pergaduhan adalah normal untuk orang yang sudah berkahwin namun terpulanglah pada cara kita untuk mengatasinya.
Bang tak pernah bergaduh ke dengan isteri?”
Gaduh je. Hari hari bergaduh! Tapi takde lah berlarutan.. bukan bergaduh macam zaman bercinta sebelum kahwin 😅 ini dah satu rumah, satu bilik, satu katil.. tapi kena beringat la SEBAB ada SATU pintu yang nak kena jaga.. iaitu pintu bilik! 😂 kena PKP (Perintah Keluar Persenduan) nanti kalau tak jaga silaturahim dengan baik.
Ads
Teringat kebodohan diri sendiri dulu.. kalau bergaduh je keluar rumah. Pergi jela mana mana untuk tenangkan diri.. paling lama gaduh dengan isteri dulu seminggu! Lepastu menyerah balik rumah minta maaf sebab masing masing rindu. Nak kenal pasangan ni bukan sehari dua.. tapi selama kita hidup.
Contohi cara Ustaz Ebit Lew mengasihi keluarganya
Tengok contoh Ustaz Ebit Lew.. bagaimana beliau mengasihi isteri dan keluarganya. Isteri ni.. memang bidadari untuk suami. Dia marah macam mana pon.. dia tetap buatkan air, dia marah? Dia tetap masak sedap sedap.. dia marah! Dia tetap basuh baju.. Dia marah? Dia memang tetap akan marah sebab itu sifat wanita nak perhatian. 😅
Pernah gaduh dengan isteri.. merajuk tak nak makan masakan isteri walaupon ada duit tapi rasa tak cukup nikmat. Tak kenyang.. tak lengkap rasanya hidup ni. Buang ego.. minta maaf dan berbaik balik. Baru lah dapat nikmat kehidupan…
Ads
Takyah gaduh la dengan isteri. Bagi je dia menang.. Bengah teringat isteri cakap “PENAT 9 BULAN MENGANDUNGKAN ANAK! SAKIT NAK LAHIRKAN ANAK!” dia lupa agaknya suami selalu ada disisi 😂 tapi orang lelaki jangan ego. Bagi je isteri menang.. bila dia menang kita yang senang bukan kalah.
Sentiasalah gembirakan isteri…
Bahagiakan isteri ni.. macam macam Allah bagi. Kalau bukan dekat kita.. tapi melalui isteri.. ya! Melalui isteri.. rezeki anak. Keluarga yang sekarang tengah terbina ni.
Kalau kalian lihat pasangan yang bahagia.. bukan semua kebahagiaan itu sempurna, sempurna itu bila kita saling melengkapi bertolak ansur dan memahami pasangan.
Esok tak tahu nak gaduh pasal apa.. tadi gaduh tak tutup kipas bilik 😂 jadi gaduh jela kalau itu boleh membahagiakan. Normal kan? Lepas bergaduh walau sikit.. minta maaf, peluk je, puji isteri cantik ke kurus ke? Dapat pahala.. Kalau isteri terbaca karangan ni hingga habis.. suami selalu sayang isteri dan anak. Kerana Allah Taala ❤️
Memulakan kerjaya sebagai anak seni seawal usia belasan tahun, rezeki pemilik nama penuh Nur Ernie Shahirah Zakri atau lebih selesa disapa sebagai Ernie Zakri dilihat semakin murah apabila bakat suara yang dikurniakan ilahi berjaya membawa namanya sebaris dengan penyanyi gah negara.
Malah, meskipun kini sudah dua tahun bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, namun figura ini sentiasa tampil menawan setiap kali membuat persembahan. Memiliki tubuh badan genit, wajah yang jelita serta bersuara lunak menjadikan penyanyi ini antara barisan selebriti yang memiliki pakej yang lengkap.
Ketika ditemui team HIJABISTA, Ernie Zakri mendedahkan bahawa peranan ibu sebagai bukanlah penghalang bagi dirinya untuk terus ligat berkarya dalam industri muzik tempatan, pelantun lagu Ku Bersuara ini komited untuk memberikan yang terbaik kepada peminat-peminatnya.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang pernah menjuarai Bintang RTM 2019 ini juga pernah melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke-37 menerusi lagu Korban. Sudah terang lagi bersuluh, wanita ini tidak pernah lelah untuk mencapai impiannya.
Namun, statusnya yang kini bergelar ibu dan juga sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera serta bualan netizen, semestinya mahu tampil sebaik mungkin di laman sosial untuk tatapan peminat istimewanya.
Pun begitu, menurut ibu kepada Nur Khawla Soleha, untuk tampil sempurna di media sosial bukanlah perkara yang mudah. Sudah pasti istilah ‘kesempurnaan’ itu sukar untuk dicapai sebagai manusia biasa. Tetapi, ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
Jujurnya, untuk menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mustahil. Apatah lagi, kita sebagai manusia tidak pernah lari dari kesilapan. Tetapi, harus diingat, kita sentiasa menjadi yang lebih baik dari semalam.
Bagi dirinya sebagai seorang selebriti, dan juga memiliki bilangan pengikut yang ramai di laman sosial, dia menggunakan sehabis baik untuk menyebarkan nilai-nilai positif.
Kongsinya lagi, untuk tampil sempurna di laman sosial pastinya menjadi impian semua orang. Namun, usahlah jadikan laman sosial sebagai platform yang menyebarkan nilai negatif.
“Kita tidak mungkin jadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling,” ujarnya.
Sekadar info, Ernie Zakri mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly pada Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Khawla Sofea.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Sejak pemergian isteri tercinta, penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang dijemput ilahi pada 9 Ogos 2021, pelawak, Shuib Sepahtu tidak lekang dari diasak gossip tentang jodoh.
Malah, Shuib yang merupakan bapa tunggal kepada empat orang cahaya mata itu sering ‘dijodohkan’ oleh wargamaya, bersama artis yang dirasakan secocok hingga mendapat julukan ‘duda paling hangat di pasaran’.
Terbaharu, perkongsian video yang dimuat naik oleh penyanyi, Siti Nordiana telah menjadi sorotan dan bualan hangat dikalangan wargamaya, yang mengaitkan penyanyi itu dengan penyampai radio Suria FM yang juga usahawan, Bubblebee berkenaan.
Menerusi sebuah hantaran video di laman Tik Tok, Siti Nordiana memaparkan dia kini sedang bercuti menaiki ‘cruise’, tetapi apa yang lebih menarik adalah biliknya berjiran dengan bilik Shuib.
Bagaimanapun, Hijabista difahamkan tujuan kedua selebriti itu berada diatas kapal pelayarab sama adalah kerana tuntutan kerja yang dirancangkan bersama stesyen radio berkenaan.
Perkongsian rakaman Siti Nordiana yang bermain teka teki dan meminta para peminat serta wargamaya meneka, siapakah jiranya di atas kapal pelayaran tersebut, sebelum mendedahkan bahawa jiranya adalah Shuib telah membuatkan netizen membuat pelbagai spekulasi ‘nakal’ mengusik dua selebriti kesayangan mereka itu.
Hijabista meninjau ke ruangan komen dan mendapati, kebanyakan warganet memberikan persetujuan sekiranya pasangan ini disatukan dalam sebuah ikatan perkahwinan.
Setiap nama yang diberi oleh kedua ibu bapa kita pasti mempunyai nama, lebih indah lagi kalau nama itu makna yang baik dalam islam. Anda yang sedang menanti waktu si dia untuk keluar? Kami pasti, ini adalah saat-saat yang bermakna sebagai bakal seorang bakal ibu.
Sedang mencari nama anak perempuan yang mempunyai maksud yang baik serta indah dipanggil? Sebagai ibu, kita pasti ingin mencari dan memberi terbaik untuk anak. Salah satunya adalah dengan memberi nama anak yang betul.
Jom kami kongsikan koleksi nama anak perempuan islam moden yang indah dengan maksud yang baik. Semuanya pasti sedap dipanggil.
1. AFIFA FITIYA
Anak perempuan yang suci dan memiliki harga diri
2. AFRA NAILA ARKARNA
Anak perempuan sebagai anugerah di malam ke-13 bulan purnama yang menerangi hati
3. AINA TALITA ZAHRAN
Mata seorang gadis yang berkilau
4. AINIYA FAIDA AZMI
Anak yang memiliki ketegaran hati dan bermanfaat bagai pohon rimbun yang bersemi
5. AINUN MAHYA
Mata yang bersinar
6. AISHA ALIFA
Keramahtamahan yang hidup
7. AISHA FARHANA
Anak perempuan yang hidup dan bergembira
8. AKIFA NAILA
Wanita yang raji beritikaf di masjid dan suka memberi
9. ANNISA FAIHA
Anak perempuan yang memiliki banyak kelebihan
10. ANNISA KASTURI NAIM
Anak perempuan penghuni syurga yang harum bagai bunga kasturi
11. ARIQA FATINA
Anak perempuan baik budi dan menarik hati
12. ASKANA SAKHI
Anak perempuan yang baik hati dan murah hati
13. ASSYIFATU HAIFA
Anak perempuan yang bagaikan ubat penawar dahaga
14. ATHIFA FARIHAN WARDA
Anak perempuan yang memiliki perasaan gembira bagai bunga mawar
15. ATIKA BALQIS AZIZAH
Ratu mulia yang pemurah
16. ATIKA ZAHRA RATIFA
Anak perempuan yang berakhlak baik, pemurah dan berseri-seri
17. ATIQA FAIRUZ KHALISA
Anak perempuan yang cantik bagai permata murni
18. AULIA IZZATUNNISA
Anak perempuan yang penuh rasa cinta dan kemuliaan
19. BADRIYYA SHALIHA
anak perempuan yang cantik dan solehah
20. BAHIYYA ATIQA FAIHA
anak perempuan yang cantik yang memiliki keindahan dan banyak kelebihan
21. BAITI DURRIYA
Rumahku adalah cahaya mutiara
22. BALQIS ADZRA
Ratu yang terhormat
23. BARIA KAMILIA
Anak perempuan yang bagaikan pepohonan yang selalu hijau dan unggul
24. BASIMA SHALIHA
Senyuman anak perempuan yang solehah
25. BASIMA WARDATUL ZHAHIRA
Anak perempuan yang tersenyum bagai bunga mawar yang bercahaya
26. BASYASYA AFIFA
Anak perempuan yang memiliki wajah berseri-seri sedang mensucikan diri
27. BALQIS FAIHA RIFDA
Ratu yang memiliki banyak kelebihan pemberi pertolongan
28. BALQIS UFAIRA
Ratu yang berani
29. BURAIRA BALQIS FAIHA
Ratu yang memiliki banyak kelebihan dan selalu berbuat baik
30. BUSYRA FITRIYANI
Khabar gembira dari anak perempuan yang suci
31. BUTSAINA IFTITAH NAILA
Permulaan dari anak perempuan yang cantik adalah anugerah
32. DALIYA ZAHRA KHASIEB
Anak perempuan yang bagaikan bunga pohon anggur yang subur
33. DARY ARRIFDA
Anak perempuan pemberi pertolongan yang lemah lembut
34. DARY AZZALFA
Anak perempuan yang bagaikan permukaan mutiara yang lembut
35. DIANA DURRIYATUL JANNA
Agama yang bercahaya bagai mutiara syurga
36. DIANA SYAUQIA
Anak perempuan yang bagaikan agama yang dirindukan
37. DURATU ANNASIHA
Mutiara nasihat
38. DURATUL HIKMAH
Mutiara Hikmah
39. DURRATUL JINAN
Mutiara Syurga
40. DURRRIYA NAILA TALITA
Gadis yang suka memberi bagaikan cahaya mutiara
41. DZAKIRA AFTANI
Anak perempuan yang memiliki ingatan yang mengagumkan
42. DZAKIRA TALITA ZAHRA
Gadis yang berzikir bagai bunga
43. DZAKIYYA TALITA SAKHI
Gadis cerdas yang murah hati
44. FADYA JAMIL ANNIDA
Seruan indah yang menyelamatkan
45. FAIDA ANNAILA
Pemberian yang bermanfaat
46. FAIHA NADA ZALFA
Anak perempuan yang bagaikan embun di kulit mutiara yang banyak kelebihannya
47. FAIZA ALYA AZIZA
Pemenang yang tinggi dan mulia
48. FAJRA NADA NADIFA
Anak perempuan yang bagaikan embun pagi yang bersih
49. FAKHIRA SALWA NABILA
Burung puyuh yang bagus dan cerdik
50. FANY AZHAR AZIZA
Bunga yang fana dan mulia
51. FARAH AZHAR
Anak perempuan yang bagaikan Bunga-bunga dan kesenangan
52. FARHANA RAQWANI
Kemajuan yang menggembirakan
53. FARIDA KAMILA ZUHDI
anak perempuan yang bagaikan permata yang mahal dan sempurna yang rendah hati
54. FATIHA RUSYDA ADDIEN
Agama pembuka jalan yang lurus
55. FAUZIA RAFIFA
Anak perempuan yang berakhlak baik adalah kemenangan yang gemilang
56. FITRI SYAFIA
Anak perempuan yang suci dan sihat
57. GHAZIYA HAFIZA
anak perempuan pejuang yang menjaga kesuciannya
58. HAFIZA KHAIRA LUBNA
Kebaikan dan kecerdasan yang terpelihara kesuciannya
59. HAIFA AISH FAIHA
Anak perempuan yang ramping dan memiliki banyak kelebihan
60. HAMDA SAKHIA
Anak perempuan yang banyak bersyukur dan murah hati
61. HANA AISH SALMA
Anak perempuan yang bahagia dan selamat
62. HANA KHAIRUNNISA
Sebaik-baiknya anak perempuan yang bahagia
63. HANIA SYAKIRA
Ucapan selamat dan rasa syukur
64. HANIFA RASYIDA
Muslimah yang teguh dan tegar
65. HASNA NABILA
Anak perempuan yang cantik dan cerdik
66. HAURA NAZHIFA
Anak perempuan yang berkulit putih dan bersih
67. HUSNIA RANI ZAHRA
Bunga yang indah dan mempesona
68. IFFA ASTILA RAHMA
Anak perempuan yang memiliki keturunan yang baik, rasa hormat dan kasih sayang
69. IFTINA ASSYABIYA RAFIFA
Gadis kecil yang berakhlak baik yang mengagumkan
70. ILMI SUHAIMA
Anak perempuan yang memiliki ilmu tentang keberuntungan
71. IMA SHABIRA
Pemimpin yang penyabar
72. INAYA AZMI ATHIFA
anak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan perasaan
73. INAYA AZMI ATHIFA
anak perempuan yang memiliki perhatian, keteguhan hati dan perasaan
74. INAYA RAFA
Anak perempuan yang memiliki perlindungan yang tinggi
75. INSYIRA FAUZIA
Kegembiraan atas kemenangan yang gemilang
76. IRTIA NAZIHA
Kesenangan yang jauh dari hal-hal yang buruk
77. IZA NAJDA
Anak perempuan yang memiliki keberanian dan kehormatan diri
78. JAMILA RAFIF LUTHFIA
Anak perempuan yang cantik dan lembut yang berakhlak baik
79. JANNATU SAUQIYA
Anak perempuan bagaikan syurga yang dirindukan
80. JARIA SALSABILA
Amal yang tak terputus laksana mata air syurga
81. JAUHARA ZAHRANI
Anak perempuan yang bagaikan permata yang berkilauan
82. JAUZA JAHIRA
Anak perempuan yang bagaikan buah kenari yang berkilau
83. JIHAN TALITA ULFA
Gadis berwawasan luas yang ramah
84. JUHAINA ZAKIYA
anak perempuan yang bagaikan kebun yang tumbuh dengan baik
85. KALILA RIFDA
Anak perempuan yang memberi pertolongan dengan lemah lembut
86. KAMILIA ULFA
Persahabatan yang sempurna
87. KARIMA HAURA ZUHDA
Anak perempuan berkulit putih yang mulia dan rendah hati. Wanita berkulit putih yang mulia dan rendah hati
88. KHADZIYA NISRINA
Bunga mawar putih yang harum baunya
89. KHAIRA TALITA RUMI
Gadis yang baik hati laksana seorang penyair Ibnu Rumi
90. KHAIRUNNISA SALSABILA
Sebaik-baiknya wanita laksana mata air syurga
91. KHALIFA SAKHI
Anak perempuan sebagai pemimpin yang murah hati
92. KHANSA SABIHA
Semoga seperti seorang pejuang muslimah yang wajahnya berseri-seri
93. KHATAMI SAHIRA
Mata air terakhir
94. KHAZANA RIDHA NAILA
Anak perempuan yang suka memberikan hartanya dengan ikhlas
95. LABIBAH ZAKIYYA
Anak perempuan yang cerdik dan cerdas
96. LAILA FAIHA
Malam yang memiliki banyak kelebihan
97. LAIMUNA HAURA HASNA
Gadis berkulit putih yang cantik laksana jeruk yang manis
98. LATIFA QOTRUNNADA
anak perempuan yang lembut bagaikan titisan embun
99. LUJNA KAMILA
Bukit datar yang ditumbuhi pepohonan yang hijau
100. LUQYANA FARHA
Perjumpaan kita yang menggembirakan
101. LUTHFIA NISRINA
Gadis yang lembut bagaikan bunga mawar putih
102. LUTHFIA ZAHRA TALITA
Gadis lemah lembut yang selalu berseri-seri
103. MAHDIYATU SYAUQIYA
Anak perempuan yang selalu rindu mendapatkan hidayah
104. MAHIRA HASNA KAMILA
Kepandaian dan kecantikan yang sempurna
105. MAISYARA SALSABILA
Ketenangan mata air syurga
106. MARDIYATU EL-HAZIMA
Anak perempuan yang teliti dan mendapatkan keredhaan Allah
107. MAWADDATU SHIFWA
Kasih sayang seorang sahabat akrab
108. MUAZARA ULFA
Anak perempuan yang mendapatkan pertolongan dari persahabatan
109. MUFIDA SALSABILA
Anak perempuan yang bermanfaal laksana mata air syurga
110. NABILA HASNA AMIRA
Kecerdikan dan kecantikan seorang ratu
111. NADA FAJRIA SALSABILA
Embun pagi dari mata air syurga
112. NADHIFATUL AZHAR
Bunga-bunga yang bersih
113. NAFLA SYAKIRA
Bunga matahari yang pandai bersyukur
114. NAILA MUAZARA ULFA
Anak perempuan yang suka memberi pertolongan dan keramahan
115. NAJWA KHAIRA WILDA
Bisikan kebaikan dari seorang bidadari
116. NAURA HASNA ANNIDA
Anak perempuan yang mempesona bagai bunga yang indah
117. NAURA NADHIFA AKMAL
Bunga yang bersihnya lebih sempurna
118. NIDA RANIA FAJRIA
Seruan yang mempesona di pagi hari
119. NISRINA ARIJ HISANA
Bunga mawar putih yang sangat harum dan cantik
120. NUDA BAHIRA RAMADHANI
Pelangi yang indah di bulan Ramadan
121. QONITA ISMAN TAQIYYA
Anak perempuan yang taat kepada suami dan bertaqwa kepada Tuhannya
122. QOSAMA AFKAR BASHIRA
Keindahan dari buah fikiran yang bijaksana
123. QOTRUNNADA SALSABILA
Titisan embun dari mata air syurga
124. RAFIA FATINA
Anak perempuan anggun yang menarik perhatian
125. RAFIFATU RIFDA
Anak perempuan yang berakhlak baik dan suka memberi pertolongan
126. RAHIMA TALITA SHALIHA
Gadis baik yang penuh kasih sayang
127. RAHMA SHAFIYYA
Kasih sayang dari seorang kawan yang tulus
128. RAIDA FAKHIRA
Pemimimpin perempuan yang membanggakan
129. RAIHANA YASMINA FAIHA
Bunga melati yang harum dan memiliki banyak kelebihan
130. RANIATU JANNA
Syurga yang mempesona
131. RASYIDATU MARWA
Petunjuk jalan yang lurus di bukit Marwa
132. RASYIDATU NAJA
Petunjuk yang menuju keselamatan
133. RASYIDATU SHAFA
Petunjuk jalan yang lurus di bukit Shafa
134. RAUDHATU JANNA
Taman syurga
135. SAHLA SAIDA
Anak perempuan yang mendapatkan kemudahan dan kebahagiaan
136. SAKINATU MARWA
Ketengangan saat berada di bukit Marwa
137. SALIMA NAZIHA
Anak perempuan yang selamat dan bersih dari noda
138. SALSABILA NADHIFA
Mata air syurga yang bersih
139. SALWA ZAKIYYA
Burung puyuh yang tumbuh dengan baik
140. SAYYIDA HAKAMA
Pemimpin perempuan yang bijaksana
141. SAYYIDATU HAIBA
Pemimpin perempuan yang berwibawa
142. SHOFIE SALSABILA
Mata air syurga yang jernih
143. SUHAILA ILMA NAFIA
Kemudahan dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat
144. SUKAINA FARIHA
Anak perempuan yang tenang dan periang
145. SYAFIYYA RAHMA
Seorang teman yang tulus penuh kasih sayang
146. SYAWWAL HUSNAYAN
Bulan Syawal yang penuh kemenangan
147. SYIFA SAUQIYA
Anak perempuan laksana ubat penawar rindu
148. TAHANY SYAKIRA
Ucapan selamat dan rasa syukur
149. TALITA HASNA HUMAIRA
Gadis yang cantik yang pipinya kemerah-merahan
150. TAMIMATU EL-QAIDA
Pemimpin perempuan yang kuat
151. TASMIRA KAMIL
Permata yang indah dan sempurna
152. TASNIM THUFAILA
Angin semilir yang lembut dan halus
153. TSABITA SHIFWA
Sahabat yang memiliki keteguhan hati
154. UFAIRA NUR AFIFA
Anak perempuan berani yang memancarkan cahaya kesucian diri
155. ULFA ALIYA FITRI
Anak perempuan yang memiliki rasa persahabatan yang tinggi dan suci
156. ULFA KHAIRUNNISA
Sebaik-baik wanita yang ramah terhadap orang lain
157. ULFA RAHMA HAYATI
Wanita yang penuh rasa persahabatan dan kasih sayang dalam kehidupanku
158. UZDA JAMILA
Anak perempuan yang memiliki kelebihan yang indah
159. UZDA SHAFIYYA
Kawan yang tulus dan memiliki kelebihan
160. WAFIYATU WARDA
Anak perempuan yang bagaikan bunga mawar yang sempurna
161. WARDA FATINA
Bunga mawar yang mengagumkan
162. WAZIRA HUWAIDA
Menteri wanita yang lemah lembut
163. YAFIA AZHAR
Bunga-bunga yang tinggi
164. YASMINA KHAIRUNNISA
Wanita terbaik seperti bunga jasmin
165. YUMNA FARIHA
Anak perempuan yang mendapatkan beruntung dan bahagia
166. YUSRIYYA KAMILA
Anak perempuan yang bagaikan kemudahan yang sempurna
167. ZAHIDA QALBI NADHIFA
Anak perempuan rendah hati yang memiliki hati yang bersih
168. ZAHIRA FAIRUZ
Anak perempuan yang bercahaya bagaikan permata
169. ZAHIYA KAMILIA
Indah bagaikan pepohonan yang selalu hijau
170. ZAHRA ALMAIRA RAHMAN
Puteri kerajaan bunga yang penuh kasih
171. ZAHRA AMIRA RAHMANI
Anak perempuan yang bagaikan Bunga yang memimpin dengan kasih sayang penuh kasih
172. ZAHRATU NIDA
Bunga yang mempesona
173. ZALFA NAQIYYA
Permukaan mutiara yang jernih
174. ZARA NADIA AKHYAR
Fajar menyingsing yang mengawali segala kebaikan
Keindahan nama-nama yang tersenarai di atas seindah maknanya dalam islam. Semoga berjumpa dengan nama yang anda berkenan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.