Pelakon popular Farah Nadia Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal berkata, dirinya tidak risau jika rezekinya ‘sempit’ setelah memutuskan untuk berhijab dan menutup aurat dahulu.
Jelas Nad lagi, dia mahu mencontohi Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai ‘role model’ terdekat. Malah dirinya yakin bahawa dengan penghijrahan ini, dia mampu berjaya dalam karier lakonan dengan melakonkan pelbagai watak termasuk watak antagonis.
Nad Zainal, 32, menjadikan pelakon, Norkhiriah Ahmad Shapie sebagai contoh terbaik untuk selebriti bertudung yang terus berjaya dalam karier lakonan dengan pelbagai watak termasuk antagonis atau jahat.
“Pada awal penghijrahan dahulu, saya sebenarnya memang dah lama berhasrat untuk bertudung, cuma saya tidak tahu bila. Ketika itu, saya perlukan masa, berharap di berikan ruang,” katanya.
Mengulas berkenaan mengapa dia memilih Noorkhiriah sebagai contoh, Nad menyatakan bahawa dia amat mengagumi keperibadian dan perwatakkan yang ditunjukkan oleh aktres itu. Tegasnya lagi keperibadian Norkhiriah wajar dicontohi oleh selebriti wanita bertudung lain.
Ads
“Lagipun saya yakin walaupun sudah tampil bertudung, namun masih boleh membawakan apa saja watak dalam lakonan.
“Saya juga melihat kak Noorkhiriah sebagai contoh kerana dia tetap berjaya membawakan watak jahat dengan imej bertudung,” katanya.
Sehubungan itu, bertepatan dengan keputusan ini, Nad memohon agar para peminat mendoakan agar dirinya kekal istiqomah dengan penampilan berhijab. Tambahan pula, masih banyak perkara yng perlu dipelajarinya.
“Saya tidak mahu cakap banyak atau bercerita mengenai penghijrahan. Saya masih lagi belajar. Mohon doakan saja yang terbaik untuk saya,” katanya.
Untuk rekod, Nad dan Ungku Ismai selamat diijabkabulkan dengan mas kahwin sebanyak RM 1,000 pada tanggal 1 Rejab pada 23 Januari 2023. Hasil perkongsian hidup selama setahun lebih itu diserikan dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki.
Ads
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.
Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab.
Perkahwinan juga merupakan sesuatu yang mulia di dalam Islam. Malahan ianya sangat dituntut sehinggakan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sendiri menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengikut sunnahku maka bukanlah ia daripada umatku. Sunnah ini termasuklah perkahwinan.
Apabila berkahwinnya seorang wanita itu maka tanggungjawab seorang ayah terhadap anak perempuannya telah berpindah kepada suami.
WANITA DAN TEKANAN Selepas kahwin, lebih sukar kehidupan?
Jika ini sculpture yg dibuat,maka benarlah begini hidup wanita seluruh dunia digambarkan selepas berkahwin.
Kerana itu, disebutkan dalam pelbagai riwayat tentang mulianya akhlak Nabi sehingga Nabi uruskan dirinya sendiri,jahit baju,jahit kasutnya,siapkan makan keluarganya, Nabi buat kerja-kerja rumah,Nabi belai isteri-isteri baginda,Nabi bersihkan bekas haid isterinya, Nabi potong kuku isterinya, Nabi bantu ketika isteri Nabi naik unta sehingga Nabi letakkan pahanya ke tanah untuk dipijak isteri, Nabi paling banyak tersenyum, Nabi didik isteri dgn akhlak yang terbaik dgn perintah-perintah Allah, Nabi berlemah lembut pada isteri baginda, Nabi tak pernah tinggi suara pada isterinya bahkan Nabi tak pernah menjerit-jerit atau memaki hamun. Isteri Nabi juga diberikan pembantu untuk memudahkan segala urusan.
Bahkan Nabi org yang paling banyak ibadah kepada Allah,paling sempurna imannya, paling rajin bekerja dan sgt jujur tidak pernah mengambil harta isterinya untuk tujuan peribadi.Allahu Akbar!
Jika sebegini high class akhlak Nabi dan layanan suami kepada isteri,selayaknya disebutkan Nabi, “Jika dibolehkan manusia sujud kepada manusia,nescaya aku perintahkan isteri sujud kepada suami”‘..
Dgn kata lain,selayaknya suami sebegini mendapat penghormatan dari isteri bukan sekadar kerana suami itu menafkahi isterinya,dan bukan sekadar kedudukan suami lebih tinggi dari isteri,tetapi disebabkan suami itu sendiri memuliakan isterinya.
Namun hadis ini disalah guna pakai untuk mengatakan kedudukan lelaki sebagai suami terlalu tinggi sehingga isteri perlu taat tanpa sempadan dan korban sehingga mati!
Satu kezaliman yg membunuh sifat kemanusiaan dalam rumahtangga itu sendiri.
EMOSI YANG KOYAK
Dan kesannya emosi wanita bercelaru dan sakit. Sehingga tekanan-tekanan itu membawa kegilaan dan anak tidak berdosa menjadi mangsa dibunuh, dicampak luar flat ,ditikam, dikelar. Nauzubillahi minzalik.
Belum lagi beban emosi wanita itu dihenyak lagi dengan suami yang mengambil duit isteri, mencuri harta isteri, menyuruh isteri berhutang, berjanji akan bayar balik, bila diminta dikata mengungkit, tak bersyukur, tak boleh sabar, menetapkan pula itu ini isteri kena bayar dengan alasan isteri bekerja kenalah bersusah bantu suami, kaki lepak, keluar masuk rumah ikut suka, curang disebabkan isteri tak pandai melayan dan macam-macam rencah karenah kerana suami tidak diberi tanggungjawab sebagai lelaki yang perlu bersusah payah bukan sekadar mencari nafkah untuk isteri tetapi juga mengurus tadbir keperluan keluarganya dengan baik dan sabar.
Jika benar, seorang lelaki faham agama, pasti dan pasti akhlaknya seperti Nabi dan tiada seorang wanita akan terkoyak emosinya sebegini teruk. Dan tekanan-tekanan dari keluarga mertua, ipar duai sepupu sepapat, saudara mara, kawan-kawan, jiran tetangga dengan pelbagai rencah hentaman, pandai cakap, tukang mengajar, kecaman, suruhan, perintah, teguran kononnya mana boleh lelaki buat kerja rumah, mana boleh jaga anak, semua benda suami yang buat, habis isteri buat apa…? Soalan yang tidak masuk akal, suami takut bini, suami kena guna-guna…isteri macam ni tak layak jadi ibu sebab tengok suami yang uruskan anak-anak..Allah…beban sangat tengok suami tu…derita sungguh suami perkasa kena buat semua kerja rumah…isteri tak tahu tanggungjawab….Isteri tak bersusah payah dengan suami, Dan desakan-desakan ini juga yang menambah sakit mental wanita.
Belum cerita tentang isteri ceaser belah perut yang kadang-kadang terkoyak balik jahitan dan bernanah dalamnya akibat gerakan yang banyak dan angkat benda berat, bahkan bertahun pun tak hilang lagi sakit ceaser itu. Punya bertarung nyawa untuk suami. Belum lagi cerita perut berparut seribu dan perut lembik macam kain buruk akibat mengandungkan zuriat-zuriat suami,longgar sana longgar sini dan suami hanya pandai komplen.
Belum juga kisah terkuburnya cita-cita selepas kahwin dengan ‘hukum buatan manusia’ lepas kahwin, isteri kena ikut suami.
Tanpa kompromi, tanpa berbincang, ikut sahaja.
Seharusnya sebelum kahwin sudah jelas perancangan ke depan, dan kesedian kedua-dua pihak supaya tiada sesiapa ditekan emosi. Jelas dan jujur. Jika tak sedia, jangan teruskan perkahwinan.
Nak sambung belajar, mak mertua kata tak perlu sebab perempuan lebih baik duduk rumah, mengasuh anak. Terkubur satu lagi hasrat dan cita-cita yang ditanam dengan semangat membara dari kecil hasil didikan ibu ayahnya…Anak perempuan siapa yang diperlakukan sebegini? Kezaliman apa sehingga dinafikan hak wanita untuk memperoleh apa yang dihajati dari kecilnya? Dunia apa yang dicorak untuk para isteri ini? Tekanan!
Mulia sungguh menjadi suri rumah, tetapi pastikan suri rumah yang merasa nikmat bahagia, bukan derita stres tekanan sehingga sakit mental dibuatnya! Allah…
Lalu dia diajar untuk reda, sabar, taat sedangkan tak cukup duit, ibu ayah perempuan pula yang kena tanggung bagi duit sebab suami tak cukup duit.
Isteri yang tiada pemilikan apa-apa, ,terkulat-kulat lihat apa orang lain ada sedangkan dia juga punya angan-angan dan impian. Nak bagi duit pada mak ayah yang membelanya dari kecil juga tak mampu.
Pemilikan isteri yang membunuh emosinya! Semua harap suami sedang suami pula tak mampu memberi secukupnya bahkan berkira-kira pula! Ya Allah!
Ditambah suara-suara yang mengatakan isteri habiskan duit suami. Bahaya betul perkataan-perkataan jahat ini.
Sewajarnya selepas kahwin, lebih mudah hidupnya kerana lelaki meminangnya dengan janji untuk menjaganya, mengangkat martabatnya, melindunginya, meneruskan semangatnya untuk memperoleh cita-citanya dan perjuangannya.
MALANGNYA LELAKI DIAJAR JADI RAJA & WANITA DIAJAR BERKORBAN TANPA JEMU
Sama-sama bina cita-cita, sama-sama membangunkan antara satu sama lain, sama-sama bina keluarga, sama-sama didik anak…MashaAllah.
Sekalipun suami itu sangat baik, dibelanjakan hartanya untuk keluarganya, disiapkan tempat tinggal, makan pakai, dicebok anak-anak, dimandikan anak-anak, disuap makan, dibasuh baju anak isterinya, dia juga yang memasak, belum lagi dia dapat membalas jasa isterinya bertarung nyawa ketika melahirkan zuriat-zuriat untuknya bahkan zuriat-zuriat itu pula dengan rahmat Allah akan menjadi penolongnya ke syurga .
Suami juga tak pernah sekali pun gadaikan nyawa untuk melahirkan, antara hidup dan mati (mungkin ada suami yang kerjanya berisiko tinggi, itu tidak dinafikan),suami tak pernah hilang kecantikannya akibat tidur yang tak cukup, bentuk badan yang dah tak sama, lelah yang tak habis menyusu dan fikirkan sakit anak dan pelbagai ragam anak siang malam yang tak pernah habis.
Bagaimana selepas selesai bersalin, isteri juga yang dukung anak bahkan isteri juga basuh baju anak dan suami. Ya Tuhan…
Bila isteri dah sihat sikit, berjalan bersama, isteri juga yang dukung anak…alasan anak nak pada ibunya..ke sana ke mari isteri gendong anak, suami jalan pegang hp di tangan. Ya Allah.berat bawa perut pun takpernah habis rasanya.Suami hanya bawa diri…Relax je suami. Sakit pinggang membawa perut mengandung pun tak pernah habis lagi!
Inilah realiti, apabila kita tidak menyediakan anak-anak lelaki kita sebagai hero dan penyelamat, sebagai pelindung dan sanggup bersusah payah berkorban untuk anak isterinya tapi kita cerita pada anak lelaki kita, lepas kahwin ada orang jaga dia…lepas kahwin lebih terurus hidupnya…
Berapa ramai yang bercerita lepas kahwin, kena jaga isteri dengan sempurna, isteri ini amanah, bantu isteri, buat kerja-kerja rumah, uruskan anak, jangan harap duit isteri, usaha sungguh-sungguh, jaga mak ayahnya, jadi laki-laki bermaruah, jaga solat di masjid/ surau / tempat azan dilaungkan, jaga Al-Quran setiap hari, jaga rumahtangga dan jangan khianat. Tidak ramai bukan?
Berapa ramai ambil tahu tentang impian isteri dan sama-sama usaha mendapatkannya atau setidaknya memberikan dia jalan lebih selesa untuk kehidupan rumah tangganya?
Malangnya, lelaki diajar menjadi Raja, dan wanita diajar berorban tanpa jemu. Sehingga semua pakaian suami perlu dicuci, digosok, disediakan sehingga di mana letaknya stoking pun, kalau tak jumpa, isteri juga kena marah. Lelaki diajar makanan tersedia untuk dijamah, pinggan tak perlu cuci, rumah tak payah sapu, mop lagilah tidak, cadar katil tak payah tukar, masak tak payah, semuanya kerja orang perempuan…
Akhirnya isteri tarik muka, penat letih, tiada lembut lembut, hanya jerit pekik, marah tak tentu pasal, lalu dikatakan…oh isteri tak macam dulu, isteri derhaka, isteri tak memahami, isteri tak layak jadi ibu….
USAH BANYAK MARAH DAN BANYAK TEGUR
Takutlah pada Allah. Berlebih-lebihlah suami dalam membuat tugasan rumah. Berilah kerehatan dan belaian kepada isteri, penghargaan dan kasih sayang, urutan dan sentuhan, doa dan semangat, kerja keraslah untuk isteri anak-anak, bukan banyak komplen banyak marah, banyak tegur.
Takutlah kerana para suami akan menghadap Allah. Ikhlaslah dalam setiap khidmat pada keluarga. Nescaya, isteri akan jadi ibu yg penyayang, isteri penyejuk mata,manis wajahnya, dan lunak kata-katanya serta pasti dia menghormati suaminya.
Anak-anak penuh kasih sayang dan ceria, tidak murung dan memberontak. Ajarilah isteri dengan didikan agama untuk memperbaiki Al-Quran dan solatnya.
Begitulah jika agama dipelajari, difahami, diamalkan. Tidaklah kita memandai-mandai menzalimi wanita. Jadilah wanita yang bersyukur. Sayangi suamimu dan berlemah lembutlah, rendahkan suaramu dan janganlah dikeluarkan kata-kata yang tajam. Tetaplah dalam kesabaran, doa, solat dan peliharalah auratmu, labuhkan tudungmu, longgarkan pakaianmu dan pakailah baju berlengan panjang. Nikmat mana lagi yang mahu engkau dustakan wahai wanita?
Berdoalah supaya bahagia sampai syurga paling tinggi dan bertaubatlah bagi yang menyakiti tanpa sedar. Berbincang dan berubahlah.
Buat para isteri, tetaplah membantu suamimu untuk apa juga urusan kerja rumah dengan ikhlas dan bersyukurlah atas pemberiannya. Jangan jadikan suamimu tempat untuk ditengking jerkah, disuruh itu ini tetapi mohonlah pertolongannya dengan kata yang lunak dan baik. Bertolak ansurlah dalam urusan-urusan rumah tangga dan maafkan kekhilafan suamimu. Bertolak ansur dan belas kasihan adalah kunci untuk tidak mencari salah pasangan. Tetapi sama-sama sepakat, sama-sama membantu segala urusan rumahtangga.
Pastikan tulisan ini dibaca dengan ilmu bahawa kisah ini berkaitan wanita dan tekanan. Janganlah dengan post ini, menghilangkan hormat isteri kepada suami tetapi bawalah berbincang. Tidak ada suami yang mahu isteri yang dinikahi tertekan. Cuma mungkin si suami terlepas pandang.
Tahniah untuk isteri yang ikhlas membuat kerja-kerja rumah kerana mencari reda Allah.
Tahniah buat suami-suami yang telah menjaga para isteri tuan-tuan dengan sempurna. Allah berkati hidup tuan-tuan.
Siapa tidak kenal dengan aktor kacak Mohd Shukri Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya, setelah namanya menjulang naik selepas drama 7 Hari Mencintaiku menjadi fenomena di Malaysia.
Shukri merupakan figura yang tidak asing lagi dalam industri seni negara kerana sering menghiasi kaca TV dengan lakonan mantapnya, sehingga menjadi kegilaan gadis-gadis mahupun para wanita dek ketampanan wajahnya.
Bagaimanapun, tindakan pelakon dan juga pengarah itu yang bermesra secara terbuka bersama isterinya ketika Live, telah mengundang rasa geram netizen dan ketidakpuasan hati netizen.
Hantaran video yang dimuatnaik di TikTok menerusi akaun @syukritya_ itu memaparkan isterinya Tya sedang melakukan siaran langsung live sebelum menyapa suaminya apabila melihat suaminya lalu di hadapan.
Membalas sapaan isterinya itu, Shukri dengan spontan telah mencium isterinya ketika live sedang berlangsung sebelum dia keluar.
Tidakkan Shukri yang dilabel sebagai ‘Sweet Overload’ itu telah membuatkan netizen terutamanya yang single tidak keruan melihat kemesraan pasangan itu.
Antara komen yang ditinggalkan netizen pada hantaran itu, adalah netizen meminta mereka agar menghormati netizen yang single dan belum mempunyai pasangan hidup.
“Tiba-tiba rasa taknak bernafas.”
“Maaf berkomen…tolong hormat yang single ye…😅😅😅
“First time artis buat aku pecah kan telefon aku sendiri
Selain itu, tidak kurang juga ada antara netizen yang menyesal membuka aplikasi tiktok pada ketika itu kerana video tersebut merupakan video yang pertama lalu di tiktok sehingga mereka rasa mahu mencampakkan telefon bimbit selepas melihat aksi itu.
Terdapat juga netizen yang bertindak mematikan telefon sejurus melihat video tersebut.
Untuk Rekod, Shukri memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko.
Pada 20 November 2015, Shukri telah berkahwin dengan bekas pelakon, Siti Nurfatihah Adnan (Tya Adnan) dan dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.
Empat tahun kemudian, lahir pula cahaya mata kedua Maleeq Miqayl yang dilahirkan pada 20 Julai 2020.
Pelantun lagu Kisah Hati, Datin Alyah memberikanucapanistimewa melalui laman Instagramnya bersempenaharilahirsuaminya iaitupengarahmuzikterkenalDatukRamliMS, semalam.
Datin Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan memuat naik videonya serta beberapa gambar bersama suaminya, DatukRamliMS atau lebih mesra disapa Tok Ram. Video tersebut turut dilengkapi dengan lagu Alyah sendiri iaitu Cinta Sahabiyah.
Tambahan itu, Alyah sempat menulis ucapan ulang tahun yang penuh bermakna di ruangan kapsyen buat suaminya.
“Happy birthday. Semoga sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT dunia dan akhirat. Tahun ini tak ada kejutan. Konsep terus terang saja katanya.
“Bila ditanya, apa itu? Saya pun jawab kek hari lahir awak. Nanti makan malam dengan kawan ya,”
Alyah juga sempat menitipkan rasa bersyukurnya dalam rumah tangga bersama Tok Ram sepanjang sembilan tahun mereka berkahwin.
“Allah SWT berikan kamu utk aku belajar mengenal Allah SWT. Allah SWT berikan kamu untuk aku tahu apa itu sabar.
“Allah SWT masih berikan Aku bersama kamu untuk aku ketahui bahawa aku juga manusia biasa, bila bila saja mampu lakukan kekilafan.
“Allah SWT maha hebat diberikan pelbagai rasa dlm rumahtangga ini utk aku tahu siapa yg terbaik buatku. I sayang you nie (honey),” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan artis dan netizen turut sama ‘bersemut’ dengan hantaran itu. Rata-rata mereka turut menitipkan doa buat Tok Ram agar diberikan kesihatan baik dan selalu berada dalam rahmat Allah SWT.
“Happy birthday Tok ram. Semoga perkahwinan kalian berdua sentiasa bahagia, manis dlm rahmat Allah swt.”
“Tersentuh dengan ucapan datin.. deep sgt.. selamat hari lahir tokram..semoga diberkati Allah datin dan tok ram.”
“Sweet cik Jah … Moga tok ram sentiasa diberikan kesihatan Dan dipanjang usia …”
“Alhamdulillah pasangan yg bahagia❤️❤️❤️ Moga sentiasa dalam lindungan-Nya.. Aaminn”
“Happy birthday Tok Ram. Semoga Allah pelihara tok ram dengan rahmatNya, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dijauhkan keburukan, bahagia dunia dan akhirat, Aminnnn..”
“Alhamdulilah. So sweet datin. Happy birthday tok ram. Semoga pjg umur murah rezeki serta dirahmati diberkati. Bahagia dunia & akhirat.”
Wah, Hijabista turut menitipkan ucapan Selamat Hari Jadi buat Tok Ram! Moga sentiasa dalam lindungan-Nya. Untuk rekod, Alyah dan Datuk Ramli MS telah mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.