Kepuasan menggenggam segulung ijazah itu memang sukar diungkapkan. Apatah lagi jika berjaya mendapat ijazah kelas pertama. Pasti seronok rasanya apabila dapat membanggakan ibu bapa. Banyak cara sebenarnya untuk kita berusaha dapat keputusan cemerlang antara dengan mengamalkan surah Ar-Rahman.
Bagaikan magis, seorang pengguna Twitter @Feeryna telah berkongsikan kehebatan surah Ar-Rahman ketika mengulangkaji pelajaran. Sangat berkesan!
Surah Ar-Rahman membantunya untuk menghafal apa yang perlu…
Ads
Rezeki juga tidak putus-putus datang…
Setelah segala usaha dan penat lelah, akhirnya dia berjaya mendapatkan Anugerah Naib Canselor.
Ads
Jangan main phone tau sewaktu belajar. Cuba untuk kekal fokus!
Ads
Perkara ini turut dipersetujui oleh netizen. Yang penting berserahlah kepadaNya.
Figura yang satu ini memang cukup dikenali ramai. Kejayaannya menjadi usahawan dalam usia masih muda memang cukup dibanggakan rakyat Malaysia. Vivy Yusof atau nama penuhnya Vivy Sofinas Yusof, 28 tahun adalah seorang model, blogger, ikon fesyen dan juga ibu kepada dua cahaya mata.
Bukan itu sahaja, Vivy juga antara perintis dalam dunia perniagaan dalam talian paling popular di Malaysia. Anak kelahiran Kajang ini merupakan pengasas bersama FashionValet, salah satu laman sesawang dalam talian yang menawarkan pelbagai label popular.
Dia juga turut mengusahakan hijab label dUCkscarves yang sering mencetus fenomena dan jadi dambaan hijabi.
Kejayaan yang diraih wanita muda ini bukanlah mudah yang disangka. Vivy bermula dengan menulis di blognya sendiri, Proudduck.com dan telah mengelola laman blognya lebih tujuh tahun bermula dari zaman kolej ketika belajar di London.
Blog itu Vivy banyak bercerita mengenai kisah cinta, kerjaya, keluarga dan kini kehidupan hariannya sebagai seorang ibu. Ramai follower yang mengikut blognya dan dari situ Vivy mula mengumpul peminat tersendiri.
Sebenarnya Vivy tidak mempunya latar belakang dalam bidang perniagaan mahupun fesyen. Sebaliknya wanita kecil molek ini mengambil jurusan undang-undang dari London, ‘School Of Economics’, manakala suaminya pula adalah lulusan kejuruteraan penerbangan angkasa.
FashionValet mula beroperasi sejak bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan sahaja yang mengambil bahagian. Kini, Vivy dan suaminya mempunyai 30 orang pekerja dan stok barangan lebih dari 400 jenama dari serata Asia Tenggara.
FashionValet menawarkan pelbagai pakaian fesyen dan aksesori dari pereka karya seni tempatan dan luar negara seperti Minz, Gallo by Thian, PU3, Sereni & Shentel, Mimpikita, Dusk Till Dawn dan banyak lagi. Vivy mengakui bahawa harga produk yang dijual di FashionValet agak mahal tetapi mereka berpegang kepada prinsip menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan.
Tidak hanya berhenti di situ – sebagai seorang wanita Islam, Vivy mengembangkan perniagaannya daripada hanya menjual pakaian kepada mempunyai tudung jenama sendiri, selendang dUCkscarves.
Selain daripada itu, dia juga turut menjual peralatan alat tulis, iaitu alat tulis dUCk dengan pelbagai reka bentuk sesuai untuk pelanggannya yang kebanyakannya merupakan kaum wanita. Selendang dan alat tulis dUCk sentiasa menerima sokongan yang menggalakkan daripada pelanggan dan sering habis dijual setiap sekali dilancarkan.
Ituah keistimewaan Vivy Yusof yang kini menjadi ikon fesyen. Mempunyai follower di laman instagramnya berjumlah 1.3 juta dan apa sahaja yang digayakan Vivy akan menjadi ikutan. Wanita ini cukup bijak bergaya dan istimewanya dia memperasa busana yang dijualnya sendiri.
Biarpun sibuk dengan kerjaya, Vivy tetap menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan ibu kepada keluarganya. Pelbagai kejayaan diraih dan ia menjadi inspirasi kepada hijabi di luar sana yang memang menjadikan Vivy sebagai idola mereka.
Persediaan bulan Ramadan bukan sehari sebelum datangnya Ramadan, malah kita dianjurkan membuat persediaan sebaik-baiknya persediaan itu di buat awal-awal sebelum Ramadan. Bulan istimewa ini datangnya 3 golongan yang kita tidak jangka.
Bulan Ramadan adalah mulanya golongan yang tidak pernah beribadah kepada Allah tetapi mereka berazam untuk beridah kepadaNya, bulan ini adalah satu permulaan untuk berubah. Golongan kedua, golongan yang sentiasa beribadah meningkatkan ibadah berganda dan golongan ketiga membentuk golongan yang maksum.
Jadi apakah persedian yang telah kita siapkan untuk menyambut Ramadan. Jom berikan salam pada bulan Ramadan:
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Tidak lama lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersediakah kita? Bulan yang besar dan penuh keberkatan serta banyak kelebihannya haruslah disambut dengan penuh perasaan ta’zim (membesarkan) dan mengalu-alukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Amal-amal ibadah dan kebajikan digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib/fardhu dan yang fardhu menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain.
Selalulah membaca doa ini agar kita disampaikan pada bulan keberkatan:
“Allahumma Ballighna Ramadhan”
— Merupakan doa dan harapan.
Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang soleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan. Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini?
Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini. Janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan terakhir buat kita.
Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan.
Meskipun ramadan kali berbeza dengan tahun-tahun yang lalu, jangan kita rasa bersedih tidak dapat mengunjungi bazar ramadan, tidak dapat menunaikan terawih di masjid dan tidak dapat membuat keistimewaan yang pernah kita lalui tahun-tahun lepas.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah masa kita mendidik perkara yang baik di mana anda dianjurkan kumpul pahala bersama keluarga. Jalani ibadah kerana Allah mudah-mudahan bulan Ramadan kali lebih bermakna dari Ramadan yang lepas. Amin Ya Rabal Alamin!
Ramai yang suka untuk melakukan amal kebaikan seperti bersedekah kepada orang. Ia juga boleh berbentuk makanan, wang, bantuan dan lain-lain yang boleh memberikan manfaat kepada orang yang mereka ingin bantu.
Tetapi ramai yang sering ketepikan adab ketika memberikan sedekah. Sering sahaja beranggapan pemberian mereka itu sudah memadai.
Terdetik dalam hati setiap manusia untuk memberikan sesuatu kepada orang lain dengan niat sedekah. Mungkin juga mereka ingin berbakti kepada orang sekeliling.
Bersedekah ini juga merupakan satu contoh yang sering dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW. Baginda sering memberikan makanan kepada golongan miskin sehinggakan Baginda kerap berlapar.
Difahamkan lagi, baginda Rasulullah SAW amat takut jika harta atau makanan yang ada di rumahnya yang belum dibahagikan. Bahkan, pakaian Baginda sendiri kebanyakannya daripada bahan kasar dan berharga paling murah.
Pernah dikongsikan kisah oleh Abu Dzar sewaktu beliau berjalan bersama Baginda, apabila mereka tiba di sebuah kawasan tanah lapang di Madinah. Di situ tersergam Bukit Uhud yang cukup gah. Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan kedermawanan hati, maka akan diberkati; barang siapa mengambilnya dengan keserakahan, maka tidak akan diberkati. (Jika tidak diberkati, maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (diberi).”
(Hadis Riwayat Muslim)
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ada berkongsi di laman sosial Facebook tentang adab bersedekah. Beliau ada menjelaskan cara yang sesuai jika seseorang ada niat untuk bersedekah.
Ingatlah, bersedekah itu atas niat yang ikhlas dan mengikut kemampuan. Janganlah hanya kerana populariti dan kemegahan untuk menunjuk kepada orang lain.
Rasulullah SAW pernah bersabda “Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya ALLAH, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya ALLAH berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.”
(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Sumber: Sinar Islam Daily
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di