Ahli farmasi yang juga seorang YouTuber dan influencer terkenal media sosial iaitu Siti Awe atau nama sebenarnya Siti Hawa Mohd Nor selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali sebagai Faiz.
Awe,28, yang sering bercakap mengenai isu kesihatan dan juga topik lain selalu tular di media sosial apabila videonya bersama ML Studios itu mendapat perhatian ramai netizen yang ingin mengetahui pandangannya mengenai sesuatu isu yang sentiasa bernas.
Tampil menawan di hari bahagianya, Awe memilih warna putih yang sememangnya simbolik hari perkahwinan. Cantik sangat!
Tahniah Sis Awe! Moga ikatan pernikahan ini berkekalan hingga ke Jannah dan menjadi seorang isteri yang solehah. Teruskan juga menjadi seorang influencer yang memberikan info bermanfaat pada netizen semua. Kami sentiasa mendoakan kejayaan sis.
Ha.. pasti ramai yang sedang membaca artikel ini merupakan peminat Aniq Suhair bukan? Jangan lupa sediakan nota siap-siap sis sebab Aniq Suhair akan berkongsi mengenai ciri-ciri wanita idamannya.
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon yang sedang meningkat naik ini. Nama Aniq Suhair mula melonjak naik melalui drama lakonannya yang terbaru iaitu ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’. Drama ini menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim sebagai pelakon utama. Keserasian mereka berdua telah mendapat sambutan daripada para penonton dan sering ‘trending’ di TikTok.
Setiap orang mempunyai ‘standard’ dan kriteria berbeza dalam mencari pasangan hidup. Begitu juga dengan pelakon si pencuri hati wanita ini. Baru-baru ini, Aniq Suhair telah ditemu bual oleh team Hijabista dan dia telah mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya.
Aniq atau nama sebenarnya iaitu Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh,22, berkata bahawa dia tidak banyak ‘songeh’, dan menyukai wanita yang ‘simple’ serta ‘smart’. Tambahan itu, dia juga mengatakan bahawa dia tidak mementingkan paras rupa, namun ada beberapa ciri yang menjadi pilihan hatinya, seperti:
Keperibadian yang baik merujuk kepada sikap baik yang anda miliki. Iyalah, siapa sahaja nak berpasangan dengan orang yang berperangai buruk kan. Sikap inilah yang membuatkan anda disukai ramai, mempunyai ramai kawan dan orang lain juga akan berasa selesa dengan anda dalam apa jua persekitaran. Bukan sahaja Aniq Suhair, malahan sis sekalian akan turut disukai ramai.
Aniq Suhair mendedahkan bahawa dia seorang yang ‘kurang makan’ dan memerlukan pasangan yang boleh memasak.
“..Untuk Aniq yang ‘hard-gainer’ ni, orang kata kurang makan ni kan.. Aniq memerlukan isteri ataupun pasangan yang boleh masak”
Air tangan isteri kan mampu membahagiakan sang suami dan mengukuhkan lagi mahligai yang dibina. Ha gitu… Bagi yang tak pandai memasak itu jangan risau..anda boleh mula cuba praktis daripada sekarang.
Ciri ini memang ciri utama dalam mencari pasangan. Sebagai wanita, kita perlu bijak mengambil hati keluarga ‘calon mertua’. Setiap perbuatan yang dilakukan harus ada batasan yang perlu dijaga. Jangan terlalu ‘open’ sampai tidak menjaga batasan dan tidak menjaga tutur kata.
4. Beribadah
Beribadah merupakan salah satu daripada tiga asas utama dalam Islam selain aqidah dan akhlak. Semestinya, setiap lelaki mendambakan pasangan hidup yang baik. Satu ukuran yang baik boleh dinilai melalui ilmu agama dan dengan mengamalkan ajaran agama. InsyaAllah, wanita yang rajin beribadah akan dapat mendidik anak dengan baik di masa hadapan.
Setinggi mana pun pangkat dan darjat, hormat dan taat pada suami adalah sangat penting. Lelaki tidaklah mengharapkan penghormatan yang tinggi seperti tunduk kepadanya, cukuplah sekadar menghormatinya sebagai seorang suami dan ketua keluarga.
Budi pekerti yang baik pasti menjadi idaman setiap lelaki. Orang yang baik budi pekertinya pasti disenangi oleh orang sekeliling. Budi pekerti yang baik boleh ditunjukkan melalui tabiat yang mudah, contohnya seperti bersopan santun, membiasakan diri tersenyum, memberi salam dan tidak lokek untuk menggunakan perkataan ‘tolong’, ‘maaf’ dan ‘terima kasih’. Tingkah laku, adab dan kesopanan menjadi elemen terpenting dalam menilai seseorang tau.
Jadi, berapa banyak ciri-ciri di atas yang sis semua miliki untuk menjadi wanita idaman Aniq Suhair? Apa pun, semoga Aniq bertemu dengan wanita idamannya di masa hadapan.
Jom saksikan perkongsian penuh Aniq Suhair mengenai wanita idaman dan juga pendapat Aniq mengenai isu suami pukul isteri yang tular baru-baru ini dalam video Apa Kata Hijabista di bawah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika melhat penampilan Rozita Che Wan atau Che Ta yang kekal cantik dan langsing ramai yang inigin tahu apa caranya. Walaupun usianya sudah mencecah 45 tahun, tetapi pelakon yang juga merupakan ibu kepada tiga cahayamata ini tak pernah nampak tak cantik. Selain dari minum air masak selepas sejam makan, apa agaknya rahsia Che Ta mengekalkan kejelitaan, kesihatan serta kebahagiaan setelah hampir empat tahun berumah tangga.
Menurut Che Ta, dia memang menjaga kecantikannya walaupun ketika di dalam rumah. Dia tidak mahu hanya cantik ketika di luar sahaja, tetapi mahu suaminya tetap memanggil dirinya seperti bidadari sebaik bangun dari tidur.
Bukan itu sahaja, sejak dulu dia memang sudah terbiasa menjaga kecantikan dengan penampilan menarik. Jadi tidak ada masalah untuknya kekal menarik walau dalam apa juga situasi.
Tida dinafikan dia antara artis yang rajin berselfie tidak kira walau di mana berada. Malah jika bercuti dalam atau luar negara, kita akan disajikan dengan OOTD yang berlainan setiap hari.
Menurut Che Ta, dia mengambil masa sehari suntuk untuk mem’packing’ baju jika mahu bercuti. Sebagai ibu dia bukan hanya menyiapkan untuk dirinya seorang, tetapi juga untuk anak-anaknya termasuk yang dewasa.
Walaupun sibuk dengan aktiviti, pelakon bermata cantik ini sesekali tidak melupakan tanggungjawab sebagai ibu. Dia akan pastikan dapat meluangkan masa bersama mereka untuk bercerita dengan anak-anak.
Pelakon tinggi lampai ini juga tidak memikirkan untuk menimang cahayamata lain setakat ini dan cukup hanya tiga orang. Ini kerana dia akan lebih fokus dan ada masa melihat tumbesaran masing-masing.
Menurutnya ketika mereka besar inilah masa sesuai menjadi kawan untuk anak-anaknya. Ini kerana jika sudah berkahwin nanti pasti mereka hanya akan bercerita soal apa sahaja dengan pasangan masing-masing
Jika bercerita soal Che Ta pasti tidak akan lari dari topik mengenai anak bongsunya Aaisyah Dhia Ranaa yang bukan saja comel tetapi juga petah bercakap. Malah Aaisyah sering jadi perhatian netizen kerana gemar sekali meniru aksi orang dewasa terutama ibunya sendiri dalam soal bermekap dan melawa.
Mengakui dia jarang berkongsi video melakukan aktiviti bersama Aaisyah tetapi tidak bermakna dia tidak meluangkan masa dengan anak bongsunya itu. Tetapi menurut Che Ta dia tak sempat nak merakam aktiviti kerana ketika bersama, dia tidak memegang telefon disebabkan mahu memberi perhatian dan fokus pada Aaisyah.
Che Ta juga turut membiasakan anaknya itu bergaul dengan orang ramai termasuk rakan-rakan Che Ta sendiri. Ini menyebabkan Aaisyah tidak takut dengan orang dan dia juga turut memberi pendedahan dan peluang kepada Aaisyah untuk bereksplorasi dengan persekitarannya.
Menurut Che Ta lagi walaupun begitu, dia tetap mengutamakan soal agama apabila memanggil ustazah untuk datang mengajar mengaji. Aaisyah juga menurutnya telah dihantar ke sekolah tadika bahasa Mandarin dan kini selain bahasa Melayu dan Inggeris, anaknya juga sibuk bercakap bahasa Cina.
Bertemu ketika pelancaran produk kecantikan Nell Aesthetica, Che Ta mengakui agak cerewet dengan pemilihan produk untuk menjadi dutanya. Mengambil masa agak lama sebelum mengambil keputusan untuk bersetuju bergelar duta produk ini selama setahun.
Dia turut melahirkan rasa bersyukur kerana kerjaya seninya tetap aktif dan terbaru turut dilantik menjadi Ikon Kedah. Dia diantik bersama Janna Nick dan akan turun ke Kedah dalam mempromosikan negeri itu hanya tiga kali setahun. Selain itu Che Ta juga turut bekerjasama dengan satu pemaju perumahan.