Gayanya yang bersahaja sewaktu berceloteh dalam Video Dengan loghat utara mencuri perhatian ramai. Tapi aksi videonya Itu bukan sekadar omongan kosong sebaliknya dengan niat MAHu berkongsi ilmu kepada masyarakat, itulah Siti Hawa Mohd Nor, ataupun lebih dikenali sebagai Sitiawe.
Mempunyai pengikut melebihi 100,000 ribu di Instagram, ahli farmasi yang sedang bertugas di Pahang ini sering tular di media sosial. Videonya bersama ML Studios mendapat perhatian ramai tidak kiralah apabila dia berbicara mengenai isu kesihatan atau pun topik lain. Namun, dia juga tidak dapat lari dari dikecam malah ada juga yang mempersoalkan kredibilitinya sebagai ahli farmasi yang dikatakan tidak layak untuk memberi info kepada orang ramai seperti seorang doktor.
INGIN MEMBIMBING MASYARAKAT
“Sebenarnya orang Malaysia ini tidak terdedah dengan fungsi pegawai kesihatan selain seorang doktor. Mereka fikir hanya doktor sahaja yang bertugas dalam bidang kesihatan. Farmasi juga antara cabang dalam bidang kesihatan yang bukan remeh.
“Realitinya, ramai yang berkelayakan untuk menjadi doktor tetapi memilih untuk menjadi ahli farmasi. Macam saya sendiri saya tidak suka darah, nanah dan saya tidak suka waktu kerja seorang doktor yang panjang. Saya mahukan kehidupan yang lebih relaks jadi itulah sebabnya saya memilih bidang ini.
“Setiap profesion ada cabaran dan pengorbanan yang tersendiri. Sebagai seorang ahli farmasi, saya mahu orang ramai sedar peranan ahli farmasi yang sebenarnya. Sebab apabila kita ke hadapan dan bercerita, kita sebenarnya membantu adik-adik sekolah untuk fikir kerjaya mereka nanti.
IKLAN
“Contohnya kerjaya biotech, tidak ramai orang tahu mengenainya kerana di Malaysia ianya tidak begitu membangun. Jadi, jika ada orang yang memberikan pendedahan, pelajar lepasan sekolah lebih senang untuk menentukan kerjaya pilihan mereka secara realistik dan bukan hanya apa yang sekadar didengari sahaja,”ujar gadis yang pernah melakukan terjunan udara ini.
Melihat kepetahannya berkata-kata, pasti ramai menyangkakan dia seorang yang peramah. Namun Sitiawe menafikan tanggapan tersebut.
“Saya sebenarnya seorang yang pendiam. Saya hanya banyak bercakap dengan keluarga dan teman-teman rapat sahaja dan bukanlah mulut ‘bertih jagung’ seperti yang dilihat di dalam video. Saya hanya cakap bila perlu sahaja . Ramai juga menyangkakan saya dari utara tapi sebenarnya saya memang lahir dan membesar di ibu kota, hanya ibu bapa saya yang berasal dari Kedah,”tambahnya lagi.
IKLAN
TIDAK PEDULI KECAMAN
Ditanya adakah dia mengalami tekanan tatkala dikecam segelintir netizen, Sitiawe menjelaskan bahawa dia langsung tidak terjejas dengan perkara sebegitu.
“Sebenarnya dalam video itu hanya gimik sahaja yang menunjukkan saya stress jika orang merendahkan ahli farmasi sebab kita sendiri tahu nilai kita bagaimana. Kita hanya sekadar mahu memberi penjelasan kepada orang ramai. Sebenarnya, jumlah yang mengecam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan mereka yang berminat dan ingin mengambil secara positif apa yang ingin saya sampaikan,’’ katanya yang gemar menonton drama Korea pada waktu lapang.
IKLAN
Kejayaan demi kejayaan yang dicapainya tidak datang bergolek. Sebaliknya, dia sudah melatih dirinya sejak dari dahulu lagi untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukannya.
“Sejak dari dahulu lagi prinsip saya ialah ‘belajar sampai muntah’. Itu bermakna kita harus buat sehabis baik dan good things will come. Kita buat yang terbaik dan kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, kita pasti akan dapat balasan lain.
“Saya buat yang terbaik dan selebihnya perkara lain akan datang dengan senang. Contohnya, selepas tamat persekolahan dulu banyak tawaran penajaan pengajian tinggi yang saya terima. Jadi, kita hanya perlu berikan yang terbaik sahaja dalam setiap apa yang dilakukan,” katanya.
Macam mana nak tahu dia itu jodoh kita? Soal jodoh memang satu topik yang penuh dengan rahsia dan misteri. Kongsi Heliza Helmi, formula tentang jodoh itu dia dapat dari perkongsian Ustaz Salahuddin Harun. Moga ia bermanfaat kepada semua.
Berikut perkongsian Heliza Helmi.
Waktu itu Ustaz Salahuddin hendak berkawin. Tanya ustaz Salahuddin kepada saya, apa tujuan kita kahwin? Jawapan saya dan tentunya jawapan lazim yang kita akan jawab ialah sudah tentulah hendak ikut sunnah, hendak ada keluarga besar dan hendak bahagia.
Kemudian ustaz tanya lagi, apa pula tujuan kita solat dhuha? Jawab kita tentulah sebab nak tambah rezeki. Tapi bila kita buat sunat dhuha, sudahnya rezekinya tak juga bertambah, rasanya kita nak buat atau tidak solat sunat dhuha selepas itu? Maka sebab itulah kita kena betulkan balik mind set kita.
Solat dhuha adalah merupakan jalan untuk kita dekat dengan Allah. Jadinya Allah tambah rezeki ke, tak tambah rezeki ke yang penting buat solat dhuha maka kita akan dekat dengan Allah. Jadi nak tahu dia tu jodoh kita, tujuan kita nak kawin dengan siapa, apabila kita nak kawin itu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah.
Heliza Helmi ada kongsikan formula yang dia dapat dari seorang ustaz. Nak tahu, kena tengok…Video asal dari Online Majlis Ilmu di YouTube (https://youtu.be/gbRIJycehdc)
Maka teori ini sangat senang untuk kita praktikkan. Dalam hiburan contohnya, apa-apa kita nak buat, lagi dekat dengan Allah ke makin jauh. Itulah kayu ukur yang paling senang termasuklah kita main Instagram, Facebook atau apa-apa sahaja yang kita nak buat, contoh pakaian kita, apa kita nak pakai, ia lagi dekat dengan Allah ke, Allah marah ke Allah suka ke. Jadi ia lebih mudah untuk kita tengok kayu ukur.
Jadi bila ada media sosial kita akan lebih ‘melekat’. Jadinya saya selalu terfikir apakah post terakhir kalau tiba-tiba aku meninggal dunia, apakah post yang terakhir di Instagram. Jadi dari situ akan menyebabkan kita cuba sedaya upaya untuk post perkara yang mendatangkan manfaat.
Bahang semakin terasa. Siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Ratu Hijabista 2020. Semuanya bakal terjawab apabila empat orang Ratu bakal berentap di pentas akhir Ratu Hijabista 2020.
Empat orang peserta yang berentap di pentas akhir malam ini adalah Mellya Azizi, Tina Aziz, Qila Shahirah dan Fiffy Afrina.
Untuk rekod, pertandingan realiti ‘Ratu Hijabista’ ini adalah kerjasama strategik di antara saluran Astro Prima dan pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. bagi mencari ikon wanita berhijab yang berinspirasi dan boleh menjadi contoh kepada segenap lapisan masyarakat.
Program pencarian ‘Ratu Hijabista’ ini bersiaran selama lapan episod pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam bermula 12 Ogos 2020.
Saksikan pentas akhir Ratu Hijabista 2020 di Astro Prima saluran 105/125 dan Astro Go jam 9.00 malam ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Finalis program Ratu Hijabista, Mellya Azizi teruja untuk menggalas tanggungjawab terbaharunya selepas diberi peluang untuk muncul sebagai pembaca berita di TV9 yang akan bermula pada bulan September ini.
Walaupun takut dan berdebar, Mellya atau lebih mesra disapa Mel berasa begitu bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Tuhan ini dan berazam untuk melakukan sehabis baik tugasnya nanti.
“Perasaan Mel sangatlah takut sebab tak pernah cuba lagi jadi pembaca berita, tapi excited untuk mencuba dan enjoy setiap ilmu baru yang diterima.
“Pada mulanya Mel dipanggil untuk share resume bersama produksi TV9 Malaysia dan hantarkan video membaca berita kepada mereka. Alhamdulilah, tak sangka ada rezeki untuk terpilih sebagai ‘top 3’ pembaca berita TV9 yang baharu,” jelasnya yang gemar melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan ini.
Bagi memantapkan lagi penyampaiannya, Mel gigih melakukan latihan setiap hari bersama rakan penyampainya yang melalui aplikasi Zoom.
Kami yang junior ini banyak melalui proses mockrun dimana kami berlatih di set seperti siaran langsung untuk selesakan diri dengan suasana penyampaian berita.
“Selain itu, kami juga diberikan didikan oleh tenaga pengajar yang juga merupakan pembaca berita TV3 menerusi platfrom Zoom setiap hujung minggu untuk membaiki bacaan, intonasi dan juga lenggok gaya supaya sesuai dengan stail berita TV9.
“Memandangkan ini suatu perkara baharu untuk Mel, jadi Mel memang banyak sangat buat research mengenai gaya pembaca berita dan banyak menonton video dari pembaca berita terdahulu seperti Hazlin Hussein, Affiza TV9 dan ramai lagi,” tambahnya.
Buat anda semua, nantikan penjenamaan terbaharu berita TV9 pada bulan September ini jam tujuh malam yang akan menampilan Mel sebagai salah seorang wajah baharunya. All the best Mellya!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, Emma kini kelihatan lebih ceria dengan kulit putih merah jambu milikya, menimbulkan persoalan dikalangan para peminat, apakah 'rahsia' penjagaan kulit ibu kepada Shariq Gabriel dan Shakil Aryan ini.