Lengkap pakej, aura Tengku Nur Kamelia Aisyah atau Malia Baby di pentas seni menyala, rupanya hijabi jelita ni rajin ikut kelas agama!

Jika baru-baru ini penampilannya di sebuah acara mendapat kecaman kerana tidak menepati syariat pemakaian Muslimah, Malia akhirnya tampil ke sebuah majlis ilmu dengan abaya serba hitam.

Meskipun kelihatan back to basics, kecantikan Malia atau nama sebenarnya Tengku Nur Kamelia Aisyah Tengku Norkamarulhaizan tetap terserlah. Pernah dikatakan mirip wajah selebriti Siti Elizad, Malia yang berusia 25 tahun juga memiliki sepasang kening hitam lebat yang menjadikan wajah Melayu aslinya begitu manis dipandang.

Malia tanpa berselindung berkongsi kegembiraannya ketika ditemui menghadiri majlis lmu ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’ anjuran Karya Bestari dan Betty Rahmad di Shah Alam. Tonton video ini…

“Sudah tentulah saya teruja! Saya sendiri terpengaruh dengan kawan-kawan yang dah berhijrah terutamanya kakak-kakak yang lebih dewasa atau tua daripada saya. Setiap kali saya datang ke majlis-majlis ilmu, saya rasa macam tak tahu apa-apa, ada saja ilmu baru yang saya belajar dan boleh diceritakan semula kepada masyarakat.

Saya happy dan dalam masa yang sama, rasa sangat ‘kecil’ bila berada dalam majlis ilmu,” ujar Malia dengan nada rendah diri.

Ads
Aura Tengku Nur Kamelia Aisyah Atau MALIA BABY Menyala! Hijabi Jelita & Rajin Ikut Kelas Agama
Instagram @maliababy_
Aura Tengku Nur Kamelia Aisyah Atau MALIA BABY Menyala! Hijabi Jelita & Rajin Ikut Kelas Agama
Instagram @maliababy_

Lengkap pakej, aura Tengku Nur Kamelia Aisyah atau Malia Baby di pentas seni menyala, rupanya hijabi jelita ni rajin ikut kelas agama!

Aura gadis jelita kelahiran Pulau Pinang dan mula dikenali sebagai model dn pempengaruh media sosial itu kini makin terasa sejak membintangi beberapa drama antaranya Nusyuz Berkiblat Cinta (2022), I Love You, Stupid (2023), Syurga Itu Bukan Mudah (2023–2024), SeOfis (2024), Projek: Exit (2024) dan Bidaah (2025). Beliau juga menyerikan filem seram komedi berjudul Pontianak 200KG tahun ini.

Terinspirasi dengan usaha selebriti Betty Rahmad dalam menganjurkan kelas dakwah dan usrah, Malia juga tekad melahirkan kempen-kempen Ramadan yang bermanfaat untuk pengikutnya. Antara yang bakal dihasilkan menjelang bulan suci ini adalah kempen ‘Jom Pergi Terawih’ dan ‘Jom Kita Tadabbur’.

“Betty sering mengajak kami ke arah kebaikan. Dan bagi saya mereka adalah orang yang sangat baik dan berguna kepada masyarakat. Saya juga rasa bulan Ramadan is the perfect time untuk kempen-kempen atau buat vlog ke arah kebaikan,” kongsinya.

Aura Tengku Nur Kamelia Aisyah Atau MALIA BABY Menyala! Hijabi Jelita & Rajin Ikut Kelas Agama
Instagram @maliababy_
Aura Tengku Nur Kamelia Aisyah Atau MALIA BABY Menyala! Hijabi Jelita & Rajin Ikut Kelas Agama
Instagram @maliababy_

PERSIAPAN RAMADAN

Ads

Menjelang beberapa hari memasuki Ramadan, anak syarikat Kumpulan Karangkraf iaitu Karya Bestari menganjurkan program ‘Indahnya Hijab, Hebatnya Ramadan’ dengan kolaborasi bersama pelakon, Betty Rahmad.

Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, objektif utama program berkenaan adalah untuk meraikan Ramadan yang bakal tiba, di samping menambahkan ilmu dan merapatkan ukhuwah sesama masyarakat Islam.

Memetik sumber Sinar Harian, program itu melibatkan kira-kira 200 peserta, termasuk artis terkenal tanah air dan pempengaruh bagi menyebar luas tentang indahnya hijab dan keistimewaan Ramadan supaya menjadi muslimah sejati.

Program itu turut menampilkan dua penceramah agama terkenal iaitu Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Asni Mansor serta selebriti seperti Datuk Nora Ariffin, Erma Fatima, Nora Danish dan Intan Ladyana.

Ads

Sementara itu, Betty ketika ditemui menjelaskan rasa gembiranya dapat bekerjasama sekali lagi dengan Karya Bestari.

Jelasnya, Karya Bestari banyak bekerjasama dengannya dalam menyebar luaskan al-Quran dengan sumbangan buku agama dan al-Quran sejak dua tahun lalu.

“Betty buat kelas tadabbur al-Quran ini sudah dua tahun. Sebelum ini, kami sudah dua kali berkolaborasi dan sepanjang itu, Karya Bestari banyak beri sokongan dengan menyumbangkan al-Quran dan buku-buku agama.

Kali ini, kami nak buat kelainan dengan ajak bersama pengikut untuk turut serta. Itu yang memang Betty idamkan dan doa selama ini sebab selalunya Betty buat di rumah sahaja.

Walaupun tidak dapat jemput semua pengikut, Betty gembira kerana dapat berjumpa dengan 200 orang yang menyertai program ini. Lebih bermakna, kami dapat berkongsi ilmu agama bersama agamawan” jelasnya.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/mualaf-korea-selatan-ibu-anak-2-penampilan-bertudung-maryam-you-narae-saat-bersalin-jadi-inspirasi/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI