Selalunya di hujung-hujung waktu sebelum berbuka puasa kita semakin sibuk di dapur. Ada juga yang mengambil ruang untuk menonton televisyen. Apakah yang sepatutnya perlu kita buat 10 minit sebelum waktu berbuka puasa?

Ayuh kita perbetulkan cara kita berbuka puasa.

1. Displinkan diri kita untuk menunggu-nunggu waktu buka seawal 10 minit bersama-sama famili atau berseorangan. Siapkan juadah berbuka seawal mungkin supaya kita ada masa free dalam 10 minit sebelum berbuka.

2. Bila dah standby 10 minit awal, apa nak kena buat ? Berborak-borak ke? Kita ajak famili sama-sama membuat permohonan kepada Allah SWT. Mintaklah apa jua kepadaNya. Sertakan doa buat ibu dan ayah.

3. Sebelum berdoa, ambil sikit masa untuk ingat dan bersyukur kepada Allah atas segala nikmat makanan, kesihatan dan kewangan yang kita perolehi selama ini. Usah fikir apa yang kita belum dapat tapi bersyukurlah apa yang kita dapat selama ini.

IKLAN

4. Dalam berdoa itu kita mesti ingat yang kita nak kembali kepada fitrah diri manusia yang sebenarnya, sepertimana asal penciptaan kita oleh Allah SWT. Bersih dan suci, sentiasa berusaha untuk tunduk kepada penciptanya dan sentiasa berusaha untuk berbuat baik sesama manusia.

Inilah yang disabda Baginda SAW ;

” Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

“Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharap pahala, nescaya akan diberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang telah lalu”. (HR Bukhari dan Muslim).

IKLAN

Doa Buka Puasa (Seorang)

Doa berbuka puasa berseorang sedikit berbeza dengan doa buka puasa beramai-ramai. Boleh juga dibacakan doa buka puasa semasa berbuka bersama-sama keluarga di rumah.

doa berbuka puasa
Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’aala Rizqika Afthortu Birokmatika Yaa Arhamar Roohimin”

Maksud: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

IKLAN

Doa Buka Puasa Beramai-ramai.

“Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’aala Rozqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimin’.

Maksud: Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Sumber kredit: naktaula.com

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI