Kita mesti pernah alami situasi dimana nama kita dipanggil-panggil mak sewaktu sedang solat. Lepas tu terus rasa keliru nak teruskan solat ataupun jawab panggilan mak ya? Kalau tinggal solat takut dosa, tak menyahut panggilan mak takut dicop anak derhaka pulak.
Jadi, apakah tindakan sebetulnya yang perlu kita lakukan? Bagi mengelakkan salah faham, mari kita baca penjelasan yang telah diberikan oleh Da’i Luqman ini di laman twitternya.
Kedua-duanya penting. Yang mana perlu diutamakan terlebih dahulu? Relaks! Jangan gelabah…
Menurut Da’i Luqman, jika kita sedang melaksanakan solat fardhu, maka selesaikannya terlebih dahulu kerana ia adalah tuntutan wajib dalam Islam. Namun, jika kita sedang mengerjakan solat sunat, hukumnya adalah wajib untuk kita menyahut panggilan daripada ibu bapa kita.
Terdapat kisah yang pernah terjadi di zaman dahulu mengenai situasi yang mengandungi pengajaran disebaliknya.
Selain itu, Da’i Luqman turut menambah penjelasan untuk situasi dimana kita mendapat panggilan telefon daripada ibu bapa kita pula ketika sedang solat. Perlu tak nak angkat?
KALAU MAK CALL (PHONE) MACAM MANA PULAK CHAQ?
__
Bab solat fardhu, hukumnya sama ja mcm info yg chaq share kat atas. Cuma bab fon ni ada keringanan sikit. Contoh, kita solat sunat, mak kita call, tapi fon dalam keadaan silence, atau fon dalam mode dering tapi kita tak tahu siapa yang call, maka dimaafkan untuk kita tak menjawabnya
.
Tapi lepas solat tu cepat2 lah call mak balik. Takut ada hal-hal kecemasan. Wallahua’lam 😊
Apa yang boleh kita ambil iktibar daripada kisah ini adalah begitu tinggi Islam memuliakan darjat ibu bapa berbanding amalan sunat yang lain. Oleh itu, lakukan yang paling penting dahulu sebelum melakukan amalan sunat yang lain. InsyaAllah hidup kita akan lebih diberkati.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Kongsi Satu Amalan Zikir Lebih ‘Berat’ Dari 7 Petala Langit & Bumi! Jika Dihayati Jadi Sebahagian Amal Ibadah!
Besar dan banyak kelebihannya apabila mengucap kalimah Laa Ilaha Illallah. Bersempena hari Jumaat ini. Umat Islam sememangnya digalakkan untuk sentiasa menyebut perkataan yang baik-baik dan zikir yang tidak lekang di bibir setiap hari. Salah satunya ialah menerusi kalimah agung Laa Ilaha Illallah.
Laa Ilaha Illallah yang membawa maksud ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’ merupakan akidah yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat tertinggi dan mulia.
Selebriti jelita pengasas empayah Naelofar Hijab, Noor Neelofa Mohd Noor, atau Neelofa menerusi satu muatnaik di laman Instagram miliknya pernah menyampaikan kelebihan di sebalik kalimah tersebut.
Allah SWT Berfirman, Kalimah “Laa Ilaha Illallah” Lebih Berat Dari 7 Petala Langit Dan Bumi!
“Nabi Muhammad SAW bersabda pada satu hari Nabi Musa AS memohon kepada Allah SWT, “Wahai Tuhanku, ajarkanlah kepada aku sesuatu yang dapat aku mengingatiMu dengannya dan menyeruMu dengannya.
Allah SWT berfirman, “Sebutlah Laa Ilaha Illallah.”
Nabi Musa AS berkata, “Seluruh hambaMu mengucapkan kalimah ini.”
Allah SWT berfirman, “Ucapkanlah Laa Ilaha Illallah.”
Nabi Musa AS berkata, “Wahai Tuhanku, Aku ingin sesuatu yang engkau khaskan untuk aku.”
Allah SWT berfirman, “Wahai Musa, jika tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah neraca dan Laa Ilaha Illallah di sebelah yang lain, maka neraca itu di sebelah Laa Ilaha Illallah itu lebih berat.”
Berkongsi pengalaman sendiri, isteri kepada Haris Ismail ini berkata ada ketika dia merasakan amalan zikirnya sia-sia dan tidak menghayati sepenuh jiwa. Lantas, mengajukan pertanyaan tersebut kepada ustazah yang mengajarnya.
“Bila baca lailaha ilallah tak feel, kadang-kadang lalai. Tapi ustazah mengatakan tiada yang sia-sia bila keberkatan dengan ibadah. Kadang-kadang terdengar hasutan syaitan… bazir masa, bukannya menghayati maksud ini.
Tapi ustazah kata percaya dan yakinlah walau pun pada pandangan mata kita sia-sia dan kita rasa benda tu tidak dikira sebagai amalan, lama-kelamaan jasad kita dan perbuatan kita ini akan membantu untuk kita lebih feel atau lebih merasai apa yang kita ucapkan.”
Neelofa Ajak Orang Ramai Hayati Zikir!
Tambahnya lagi, “Sepatutnya zikir, kita kena hayati baru dikira sebagai amal ibadat. Kalau selawat, tak hayati pun dikira pahalanya. Sebab itu saya pernah bertanya kepada ustazah dan rasa sia-sia dan tak feel.
Ustazah kata, tidak ada yang sia-sia di mata Allah. Just continue jangan pula kita rasa tak feel dan kita stop. Benda itu akan membantu kita lebih feel.
Artikel berkaitan: Netizen ‘Syak’ Neelofa Hamil Lagi – “Berisi Lain Macam! Alhamdulillah Bilal Nak Jadi Abang..”
Kadang kala berzikir macam kejar kuantiti tapi lepas mendalami dan baca kitab, ada kalanya buat sedikit pun tak mengapa. Dulu saya boleh buat zikir 10 ribu, 5 ribu sehari beristighfar tapi fikir balik, nak kejar apa sebenarnya bagi nak lebih impak.”
MashaAllah, kagum dengan usaha Neelofa dalam menyampaikan dan mengejar saham akhirat.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Haris Ismail, nampak perubahan dari diri Neelofa bahkan pasangan ini turut rancak mengemudi empayar niaga mereka Nunha dengan pelbagai rangkaian produk islamik dan sebagainya.
Artikel berkaitan: Muatnaik Foto Percutian Demi ‘Content’ Hanyalah Pandangan Peribadi Neelofa – “Tak Tuju Kepada Sesiapa”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Janji Allah Yang Pasti Bagi Mereka Yang Rajin Bersedekah. No 3 Formula Sesetengah Selebriti Yang Terkenal. Masyallah!
Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita.
Nikmat Bersedekah
1. Setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya.
2. Malah sedekah ini meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.
3. Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala.
4. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain.
Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram.
Selain dapat membantu sesama manusia, Allah SWT juga akan membalasnya dengan pahala bagi mereka yang ikhlas melakukannya.
Berikut adalah janji-janji Allah kepada golongan yang suka bersedekah.
1. Menghapuskan dosa-dosa orang yang bersedekah
Janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.
Rasulullah SAW, beliau bersabda :
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)
2. Dapat berteduh di hari kiamat
Nabi SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang akan mendapat berteduh pada hari yang tidak ada teduhan dari kepanasan di padang mahsyar.
Salah satu golongan yang mendapat teduhan itu adalah orang yang suka bersedekah. Rasulullah SAW bersabda :
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”(HR. Bukhari )
3. Harta tidak akan berkurang tetapi makin bertambah banyak
Janji Allah SWT yang sangat hebat bahawa harta orang yang rajin bersedekah tidak akan berkurang meskipun disedekahkan semuanya, hanya sedikit yang tersisa buat keperluan sehari-hari. Rasulullah SAW bersabda :
“Harta tidak akan berkurang dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kebaikkan baginya”(HR. Muslim)
4. Dapat Membebaskannya dari Siksa Kubur
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah akan memadamkan api siksaan di dalam kubur.” [HR. Ath-Thabrani]
5. Terdapat Pintu Surga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah
Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda:
“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka dia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu syurga: Wahai hamba Allah, ke marilah untuk menuju kenikmatan. Jika dia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan solat, dia akan dipanggil dari pintu solat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika dia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” [HR. Bukhari dan Muslim]
6. Menjauhkan Diri dari Api Neraka
Janji Allah terakhir kepada mereka yang rajin bersedekah adalah akan menjauhkan diri dari api neraka. Ternyata meskipun hanya sedekah dengan jumlah yang sedikit, namun sedekah tersebut memiliki andil untuk menjauhkan diri dari api neraka.
Semakin banyak sedekah yang dilakukan, maka akan semakin jauhlah darinya. Rasulullah SAW bersabda:
Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma. Jika kamu tidak punya, maka bisa dengan kalimah thayyibah” [HR. Bukhari dan Muslim]
Demikianlah ulasan mengenai enam janji Allah SWT kepada mukmin yang rajin bersedekah. Sungguh banyak keutamaan yang akan diperoleh mukmin yang gemar bersedakah ini.
Untuk itu, keluarkan sedikit harta untuk bersedekah, agar Allah memberikan kita janji-janji mulia tersebut.
SUMBER: MYINFOMAYA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Hati Sedang Berserabut, Bacalah Ayat-ayat Dari Surah Ini, Tarik Nafas Dalam-dalam & Hembus Perlahan
Adakalanya kita berada dalam situasi yang tertekan. Tidak dapart dinafikan setiap orang punya masalah. Namun kita perlulah bijak mengawal emosi agar tidak memakan diri. Salah satu cara untuk menenangkan hati yang gundah gulana ialah dengan cara mendekatkan diri pada Allah.
Berbaliklah semula dengan cara mendekatkan diri pada Allah. Ambil wuduk, solat dan bacalah Al-Quran. Ini sahaja caranya untuk kita jadi lebih tenang. Berikut dikongsikan surah-surah yang boleh dibaca ketika berada dalam situasi yang mengganggu jiwa.
SURAH KELAPANGAN HATI
Apabila hati tengah berserabut, istighfar banyak-banyak. Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan perlahan-lahan. Ajar hati untuk sentiasa bersikap tenang walau hakikatnya berdepan masalah yang menyerabutkan fikiran.
Kita yang kawal hati kita. Jangan biarkan persekitaran mengawalnya. Tenangkan hati.
Bacalah surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah).
Sesudah itu bacalah “Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli”.
Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku”. (Qs Thaha: 25-28)
Insha Allah, sesulit apa pun kita mampu hadapi dengan tenang. Apabila hati kian lapang,
hidup sempit terasa senang. Walau kesulitan datang, hadapilah dengan tenang.
1 – Tekanan – Surah Ar Raad: 28
2 – Kecewa – Surah Al Imran: 60
3 – Rasa berdosa – Surah Az Zumar: 53
4 – Putus asa – Surah Yusuf: 87
5 – Kesukaran – Surah Al Insyirah: 5
6 – Sedih – Surah Al Israa: 82
Surah-surah ini boleh tenangkan diri kita, bacalah berulang-ulang. Semoga diberi kekuatan.
HIJABISTA: Walau apa jua masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Mengadulah pada Allah. Hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim Top image: Photo by Aliko Sunawang from Unsplash
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI