Kita mesti pernah alami situasi dimana nama kita dipanggil-panggil mak sewaktu sedang solat. Lepas tu terus rasa keliru nak teruskan solat ataupun jawab panggilan mak ya? Kalau tinggal solat takut dosa, tak menyahut panggilan mak takut dicop anak derhaka pulak.
Jadi, apakah tindakan sebetulnya yang perlu kita lakukan? Bagi mengelakkan salah faham, mari kita baca penjelasan yang telah diberikan oleh Da’i Luqman ini di laman twitternya.
Kedua-duanya penting. Yang mana perlu diutamakan terlebih dahulu? Relaks! Jangan gelabah…
Ads
Menurut Da’i Luqman, jika kita sedang melaksanakan solat fardhu, maka selesaikannya terlebih dahulu kerana ia adalah tuntutan wajib dalam Islam. Namun, jika kita sedang mengerjakan solat sunat, hukumnya adalah wajib untuk kita menyahut panggilan daripada ibu bapa kita.
Ads
Terdapat kisah yang pernah terjadi di zaman dahulu mengenai situasi yang mengandungi pengajaran disebaliknya.
Ads
Selain itu, Da’i Luqman turut menambah penjelasan untuk situasi dimana kita mendapat panggilan telefon daripada ibu bapa kita pula ketika sedang solat. Perlu tak nak angkat?
KALAU MAK CALL (PHONE) MACAM MANA PULAK CHAQ? __ Bab solat fardhu, hukumnya sama ja mcm info yg chaq share kat atas. Cuma bab fon ni ada keringanan sikit. Contoh, kita solat sunat, mak kita call, tapi fon dalam keadaan silence, atau fon dalam mode dering tapi kita tak tahu siapa yang call, maka dimaafkan untuk kita tak menjawabnya . Tapi lepas solat tu cepat2 lah call mak balik. Takut ada hal-hal kecemasan. Wallahua’lam 😊
Apa yang boleh kita ambil iktibar daripada kisah ini adalah begitu tinggi Islam memuliakan darjat ibu bapa berbanding amalan sunat yang lain. Oleh itu, lakukan yang paling penting dahulu sebelum melakukan amalan sunat yang lain. InsyaAllah hidup kita akan lebih diberkati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tatkala sedang hangat di tanah air sekarang mengenai isu buka tudung, adik kepada pelakon dan pengarah terkenal Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari berharapa agar isterinya iaitu Yana Samsudin dapat terus istiqamah sebagai muslimah dan terus kekal bertudung.
Ya Allah Ya Tuhanku teruskan istiqomah dalam diri kami… Teruskan istiqomah dalam diri isteriku agar kekal berhijab walau apa cabaran menimpa, walau aku masih ada atau sudah tiada di dunia ini… amin…
Sukanya sis melihat keluarga ini! Semoga mereka semua termasuklah anak mereka yang sangat comel iaitu Aisy Mateen terus diberkati dan moga Yana terus istiqamah dalam setiap perkara yang dilakukannya. Amin.
Soal jodoh pasti menjadi bualan harian, terutamanya bila tengok rakan-rakan lain semua dah berkahwin. Ada yang terus-menerus mencari, ada juga yang berserah sepenuhnya. Jodoh itu rahsia Allah.
Namun, perlu ada doa seiring usaha termasuklah 13 amalan rahsia ini yang boleh anda cuba amalkan untuk ditemukan jodoh.
Kadang kala terfikir jugak bila nak kahwin ni. Oh lambatnya. Tapi pernahkah kita bila kedengaran azan, terus bangkit untuk menunaikan solat tapi yang selalu kita buat melengah-lengahkan tuntutan solat tu. Sama jugak lah dengan jodoh kita.
Rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah ”Riwayat al-Tirmizi
Kita kena betulkan niat kita berkahwin adalah untuk mendapat redha Allah. Itulah sebenarnya matlamat hidup kita.
Surah Yaasin merupakan hati atau jantung al-Quran. Biasanya surah Yaasin kerap dibaca pada malam Jumaat atau ketika melawat orang sakit atau yang meninggal dunia. Namun, surah ini jika diamalkan setiap hari, banyak manfaat yang bakal kita dapat. Allah akan mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah akan permudahkan. InsyaAllah.
Amalan surah al-Waqiah akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah termasuklah jodoh. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya: “Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.
Bila kita hendak hilangkan bebanan dihati kita, rasanya tidak salah untuk kita berterus terang kepada lelaki yang kita suka. Jika ada jodoh Insya Allah kita akan membina cinta yang halal. Selebihnya serahkan saja pada Allah. Jika tak berjaya, ingatlah bahawa ada yang lebih baik Allah sediakan untuk kita.
Sikap memilih ni penting juga tapi jangan berlebih-lebihan kerana tiada yang sempurna. Ini juga penyebab melambatkan jodoh kita untuk datang. Ada yang sudah dirisik oleh calon yang sesuai dan dia bersedia untuk terus menikah, namun ditolak disebabkan faktor-faktor tertentu. Jodoh kita sebenarnya cerminan diri kita. Masing-masing ada kelemahan dan kekuatan tersendiri. Asalkan agamanya dan akhlaknya baik dan mereka datang dari keluarga yang baik-baik, itu sudah cukup untuk dijadikan pilihan.
Kita semua tiada apa-apa kerana semuanya milik Allah. Jauhi sikap memandang rendah kepada orang lain dan berbangga dengan apa yang kita ada. Kita semua sama. Allah boleh beri dan ambil bila-bila masa yang Dia mahukan.
Bangunlah di sepertiga malam. Jika tidak mampu, cukup sekadar dua rakaat. Beberapa minit sebelum Subuh masih sempat untuk kita amalkan. Itu juga sudah dikira sebagai tahajjud. Dan berdoalah. Doalah apa saja. Allah sayang hamba-Nya yang sentiasa bertahajjud dan meminta doa kepada-Nya. Di saat insan lain terlena, kita bangun dan beibadah kepada-Nya. Dan cubalah untuk menangis setiap kali kita bertahajjud. Dengan izin Allah, doa kita sangat makbul saat kita berserah segalanya dan merayu kepada-Nya.
Selain dari sedekah berupa wang ringgit, senyuman juga sebenarnya sudah sebahagian daripada sedekah. Senyum juga menarik orang di sekeliling untuk sukakan kita. Senyum-senyum jugak tapi pandangan tetap perlu dijaga. Hatinya tenang tanpa resah, malah rezekinya pasti berlipat kali ganda. Jodoh itu juga sebahagian daripada rezeki. Bersedekahlah!
Kita tidak bahagia saat kita berbuat dosa. Dosa kita itulah sebenarnya yang membuatkan kita jauh daripada Allah. Sebenarnya hidup kita akan bahagia saat kita sentiasa ingat akan Allah. Tidak semestinya saat kita sudah ada pasangan, barulah kita bahagia. Islam itu mudah kepada orang yang hatinya kenal Allah. Hidup ini juga akan mudah saat kita kenal Allah. Bahkan perkahwinan juga akan mudah bila kita kenal Allah. Itulah kuasa Allah. Subhanallah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Allah menjanjikan kelebihan dan pahala yang amat besar kepada orang-orang yang membaca Al-Quran. Tentunya pahala lebih besar jika anda menjadikan Al-Quran sebagai bacaan utama di dalam kehidupan seharian.
Di dalam Al-Quran, terkandung surah Al-Mulk iaitu surah ke-67 di dalam Al-Quran dan mempunyai 30 ayat. Al-Mulk bererti kuasa pemerintahan. Secara umumnya, surah ini mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaanNya.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sebahagian daripada Al-Quran ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadis hasan)
Surah Al-Mulk ternyata punya manfaat dan kelebihan bagi individu yang mengamalkannya. Antaranya ialah:
1. Dilindungi daripada azab kubur
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Surah Al-Mulk itu memelihara dan melindungi pembacanya daripada azab kubur.”
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk setiap malam, diselamatkannya daripada azab kubur.”
2. Dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al-Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.”
3. Diberi wajah yang berseri seperti nabi Yusuf
Sayyidina Ali berkata:
“Barangsiapa mengamalkan surah Al-Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."
4. Disayangi orang sekeliling
Ulama berkata:
“Sesungguhnya surah yasin dan surah Al-Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”
Allahuakbar, begitu banyak manfaat yang diperoleh sekiranya kita mengamalkannya. Jadi mulai hari ini, jom kita rebut pahala dengan membacanya sebelum tidur.
Sumber kredit: Sumber: Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.