Bersempena hari ulangtahun kelahiran isteri dan juga rakan seperjuangan dalam arena politik negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuliskan sebuah ucapan penuh makna khas buat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ucapan berkenan telah dizahirkan Anwar menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, berserta muat naik gambar bersama yang diambil ketika sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu.
Menerusi hantaran tersebut, Anwar menyifatkan Azizah sebagai seorang insan, wanita, isteri yang tabah, penyayang dan setia berbakti kepada suami, keluarga dan masyarakat.
Malah, Anwar berkata, Azizah adalah seorang ibu yang tidak pernah jemu dan lelah menabur bakti dan mencurahkan kasih sayangnya.
Menjadi trending di Twitter, Anugerah Juara Lagu ke-37 masih menjadi perbualan sehingga ke hari ini. Lontaran vokal dan persembahan yang hebat menyerikan lagi kesengitan pada malam semalam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Apa yang menjadi perhatian lagi adalah busana yang diperagakan oleh para artis dan selebriti di karpet merah. Pelbagai fesyen dan stail yang boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi di luar sana!
Tidak mahu tampil ‘bersahaja’ ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu, ramai selebriti dan artis tanah air menggayakan fesyen yang luar biasa. Ayuh sis kita sama-sama tengok dan lihat satu persatu gaya yang boleh dijadikan inspirasi para hijabi!
Nabila Razali
Sumber dari Nabila Razali
Menggayakan busana hasil rekaan Teh Firdaus, penyanyi berusia 31 tahun itu kelihatan manis dan anggun di karpet merah. Lebih menonjolkan lagi adalah perincian manik yang beralun dan potongan kain ‘layer’. Rona berwarna biru cair membuatkan lagi Nabila kelihatan ‘soft’ dan elegan.
Bunga
Sumber dari @aqo_imran
Penyanyi serta rapper hijabi ini sering menjadi perhatian kerana bakatnya boleh rap dengan gayanya yang sopan. Dia menggayakan busana ‘chromatic’ yang memancarkan lagi persona dirinya di karpet merah. Serasi dengan ‘drappe’ ala ‘hoodie’ itu juga membuatkan lagi gayanya lebih kearah futuristik dan sofistikated!
Shila Amzah dan Liza Hanim
Sumber dari AJL37
Gandingan kedua penyanyi yang mempunyai vokal yang memukau ini menjadi perhatian orang ramai. Lihat pula busana kedua penyanyi ini, mereka memadankan dua gaya yang serasi bersama perincian manik yang unik dan berwarna biru itu membuatkan kita teringat ketenangan laut namun mempunyai 1001 makna.
Jihan Muse
Sumber dari AJL37
Kini kembali ke pentas sebagai pengacara setelah selamat melahirkan anak keduanya. Jihan memperagakan busana ikonik hasil pereka Rizman Ruzaini. ‘Hot Pink’ dan perincian tatahan jemeki kristal serta pelepah ostrich mewah di bahagian lengan.
Ernie Zakri
Sumber gambar dari @erniezakri
Bukan sahaja Jihan Muse namun Ernie Zakri juga muncul kembali ke pentas Akhir AJL37. Membawakan makna lagu sehingga ke busana persembahannya semalam memukau lagi dengan perincian yang penuh ‘tersirat’.
“Pusaran rona monokromatik hitam putih juga merah mewakili liku kehidupan; tetap ada manisnya, walau dibaur derita. Cinta hadir dalam segenap bentuk dan bersilih ganti; namun tidak akan pernah terhenti,
Hadir dalam siluet “ballgown”, “bodice” atas diolah korset berstruktur cekung, juga dibalas dengan lengan senada. Lapisan organza dari tujuh rona diseliratkan dan dijahit satu persatu membentuk pusaran multiwarna.” tulisnya di ruangan kapsyen sebagai makna penuh busana itu.
Iman Troye
Sumber dari AJL37
Pelantun suara ‘Nang’ itu tidak juga melepaskan peluang untuk kelihatan anggun dan elegan bersama busana tradisional. Songket merah dan perincian tradisional seolah-olah Puteri Gunung Ledang itu di hasilkan oleh @mode.miroljonit.
Menjadi satu kepastian, Aina Abdul pasti membawakan satu gaya yang sangat memukau pada setiap kemunculannya di atas pentas. Kini Aina bawakan satu ‘kepulan awan’ yang indah serasi bersama lagunya, Terus Hidup. Busana ini hasil rekaan dari pereka terkenal, Melinda Looi.
Walaupun sudah memukau penonton dengan gaya busananya, Aina turut merangkul Anugerah Keseluruhan AJL ke-37 dan Vokal Terbaik malam semalam!
Setiap wanita tentunya mahu memiliki kulit yang cantik, sihat, ‘glowing’ dan kekal awet muda. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua bernasib baik untuk memiliki kulit yang mulus dan bersih. Tetapi, dengan penjagaan wajah yang tepat serta pengambilan makanan yang berkhasiat, insyaAllah kulit boleh kekal cantik dan berseri.
Selain mengamalkan penjagaan wajah yang tepat, anda juga perlu menjaga pemakanan untuk memastikan kulit kekal cantik dan terjaga. Jadi, pilih makanan yang terbaik untuk kulit anda ya! Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Zana Mokhtar telah berkongsi cara untuk kekal awet muda hanya dengan amal minum air campuran nenas dan lemon.
Menurutnya, minuman ini boleh mengelakkan penuaan pada wajah. Malah, kulit yang kusam pun boleh berseri dan anjal. Jika anda amalkan secara konsisten, anda mampu memiliki kulit idaman anda. Malah, kosnya pun murah dan berpatutan. Ayuh baca perkongsian Zana Mokhtar.
Setiap pagi dan sebelum tidur kan, ni lah rutin harian Kekna taw. Ye lah kos dia tak ada lah mahal kot dengan dua bahan ni beli dan nak minum hari-hari pun boleh.
Air ni kan walaupun mungkin nampak macam biasa-biasa je kan bagi korang tapi kalau korang konsistenkan minum, korang boleh elakkan penuaan.
Senang cakap dia anti-aging lah. Kulit korang yang kusam pun boleh berseri-seri dan boleh anjalkan kulit. Sebab tu lah nampak glowing cantik je kan.Tak payah dah nak cucuk botox, minum je lah air ni. Jimat dan sedap gilerr.
Meh Kekna nak tunjuk cara buar air yang sedap ni dengan mudah je pun sangat.
Dua bahan yang mudah sangat korang boleh cari kat pasar tu ha.
Bahan-Bahan:
Nenas yang dah di potong kecil kecil.
Air perahan lemon.
Cara-Cara:
Nenas tu kan masukkan air sedikit, kisarkan sampai hancur dan lepas tu masukkan perahan lemon tu kan dalam nenas tadi.
Sejukkan dalam peti ais dan boleh la terus minum.
Foto: Facebook Zana Mokhtar
Senangkan. Siapa cakap nak cantik-cantik kena guna modal besar kan. Minum je lah air jus ni hari-hari.
Tindakan detoks dan anti-radang adalah dua kelebihan lemon yang dapat diambil oleh badan kita. Ketahui banyak khasiat halia dan cara menggabungkannya dengan lemon.
Lemon adalah buah sitrus yang terkenal yang memberikan banyak nutrien kepada tubuh kita dan boleh sangat bermanfaat dalam banyak hal kerana khasiatnya. Anda boleh menggunakannya dengan cara yang berbeza, menggunakannya dalam topeng penjagaan kulit dan rawatan kuku. Tetapi bagaimana dengan halia?
Halia juga merupakan unsur lain yang terkenal kerana boleh membawa banyak rasa, tetapi anda mungkin tidak mengetahui khasiatnya yang bermanfaat. Halia telah digunakan selama bertahun-tahun untuk memperbaiki gejala pencernaan dan selesema. Terdapat sebuah kajian yang menjelaskan bahawa pengambilan halia dapat membantu mengatasi muntah dan mual secara semula jadi, terutama mual pada waktu pagi.
Selanjutnya, satu lagi kajian yang diterbitkan oleh majalah Nutrition menunjukkan bahawa pengambilan halia setiap hari juga dapat memberi kesan positif ketika mencegah penyakit kardiovaskular dan koronari.
Dalam beberapa langkah mudah, anda akan dapat memanfaatkan halia dan lemon di rumah!
Bahan-bahan:
Sekeping kecil halia tanpa kulitnya.
Secawan air.
Jus limau separuh.
secukup rasa.
Kaedah:
Potong halia dalam bentuk kepingan atau boleh juga diparut, jadi anda juga boleh menambah dalam minuman.
Panaskan air di dalam periuk dan masukkan jus lemon dan halia yang telah parut sebelumnya.
Sebelum mendidih, matikan pemanasan dan biarkan berehat selama 10 minit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Begitu juga dengan usahawan muda dan influencer Asyalliee atau nama sebenarnya Siti Syasya Rosaelmi Baba. Kejayaannya kini tak datang bergolek, namun...