Sejak dua menjak ini, anda ada terhidu sesuatu yang agak mengganggu fokus anda, di mana-mana sahaja bau yang sama. Bila anda cari punca bau tersebut, anda tidak jumpa pula, jadi mana datangnya bau busuk itu?

Anda berkemungkinan mempunyai satu masalah kesihatan yang membuatkan anda terhidu bau busuk sahaja sepanjang hari dan ianya berterusan! Fenomena ini boleh di katakan sebagai phantosmia atau halusinasi bau.

Ada bau busuk sangat tapi orang lain tak bau?

Ya, anda sudah tentu akan rasa bingung apabila terdetik seketika di mana anda terhidu bau yang sangat busuk seakan-akan bau telur busuk, tetapi orang sekeliling anda tidak bau apa-apa pun. Jadi anda sudah curiga dan risau jika anda di ‘hantui’ sesuatu yang tidak di ingini.

Jangan khuatir dengan keadaan sebegini kerana ada suatu fenomena yang di panggil sebagai phantosmia atau halusinasi bau (olfaktori). Apakah fenomena phantosmia? Ia merupakan satu penyakit yang membuatkan anda mengesan bau tertentu meski pun tidak ada bau di sekitar anda. Oleh kerana itu, kebanyakan orang sering memanggil fenomena ini sebagai ‘bau hantu’.

Bau yang anda terhidu itu bukan sekadar bau busuk semata-mata, ada kalanya seseorang itu juga boleh terhidu bau yang wangi dan harum. Aroma yang anda terhidu itu akan ‘menghantui’ mungkin buat seketika waktu atau juga boleh juga hilang serta-merta.

Artikel berkaitan: Panduan Mencari Deodoran Untuk Kulit Sensitif Yang Betul-betul Berfungsi Tanpa Merengsakan

Apakah sebenarnya punca fenomena ini?

IKLAN

Menurut hellosehat, bau yang muncul secara tiba-tiba dan hanya kita sahaja yang menghidunya tidak berlaku tanpa sebab. Fenomena ini yang di panggil sebagai phantosmia berpunca dari gangguan saraf di otak yang terjadi akibat kecederaan kepala atau terdapat jangkitan pada saluran pernafasan seperti selsema.

Selain daripada itu, ada juga terdapat beberapa kondisi kesihatan yang lain juga di alami seperti berikut:

  • Penghidap sinus
  • Polip hidung
  • Tumor di otak
  • EPilepsi
  • Depresi atau kemurungan
  • Menghidap penyakit Parkinson, dan yang seangkatannya.

Tetapi susah untuk kita yang menghadapi masalah ini untuk memastikan sama ada betul atau tidak kita mengalami fenomena phantosmia ini. Bahkan, ada juga keadaan di mana bau yang kita terhidu itu memang wujud di persekitaran kita. Jadi ia akan memberikan kesukaran buat anda untuk mengenalpasti punca masalah ini.

Kadang kala bau-bau yang agak aneh ini berasal dari beberapa benda yang boleh mengeluarkan bau busuk seperti:

IKLAN
  • Penghawa dingin di rumah anda yang sudah lama tidak di cuci, ia akan membuatkan udara yang di keluarkan berbau busuk
  • Tempat tidur
  • Ruang pengudaraan rumah atau persekitaran yang tidak bagus, di mana ia akan membuatkan bau-bau yang tercampur terperangkap
  • Deodoran atau apa-apa produk yang berbau baru, jadi hidung anda mengambil masa untuk menyesuaikan dengan bau baru

Misalnya, anda ingin memastikan bau tersebut sebetul-betulnya bau yang tidak di hidu oleh orang lain tetapi cuma anda sahaja, anda perlu lakukan suatu catatan sendiri atau apa-apa note yang boleh anda nilai di kemudian hari. Jika bau itu sering tercium sewaktu malam hari, ia berkemungkinan terjadi akibat persekitaran anda.

Adakah terdapat solusi untuk mengubati halusinasi bau ini?

Sebenarnya, phantosmia atau halusinasi bau ini tidak di klasifikasikan sebagai satu penyakit yang teruk mahupun serius, ianya boleh hilang dengan sendiri mengikut masa, ada kalanya mengambil masa beberapa minggu atau bulan. Namun, jika ia boleh menganggu aktiviti seharian anda dan membuatkan anda tidak selesa, kami syorkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Apa yang anda akan lakukan ketika berjumpa dengan doktor? Kebiasaannya doktor akan meminta anda untuk mencuci bahagian dalam hidung anda dengan air larutan saline (air garam). Cara ini di gunakan sebagai fungsi mencuci dan menghilangkan sumbatan yang berlaku pada hidung anda juga mengurangkan kondisi kesihatan yang berlaku.

IKLAN

Ada sesetengah perkara berlaku di mana, pesakit yang menghidap kondisi kesihatan ini masih lagi dalam keadaan yang sama, doktor akan memberikan beberapa ubat untuk di ambil, salah satunya adalah:

  • Anestesia, bagi membunuh sel saraf dalam hidung
  • Ubat yang berfungsi untuk menyempitkan saluran darah di dalam hidung
  • Krim hidung yang mengandungi steroid atau juga berbentuk semburan

Apa yang anda perlu tahu, keadaan kondisi kesihatan phantosmia ini akan di berikan rawatan mengikut keadaan pesakit serta puncanya. Sekiranya keadaan ini terganggu akibat gangguan saraf otak di akibatkan oleh epilepsi, doktor akan melakukan pembedahan dengan kadar yang cepat untuk merawat pesakit tersebut. Pastikan anda peka akan kesihatan tubuh badan dan pelihara sementara masih di berikan rezeki ini.

Sumber info dan gambar: hellosehat dan Canva

Artikel berkaitan: Bentuk Hidung Pesek Hanya Menggunakan Teknik Solekan, Tak Perlu Berhabis Duit. Ikut Cara Pakar!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI