Anak kedua Datuk Rosyam Nor, Nur Anis, 26, telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya di Kuala Lumpur.
“Anak saya, Nur Anis akan berkahwin hari ini di Kuala Lumpur. Insya-Allah majlis resepsi akan diadakan pada hari Sabtu diikuti dengan majlis di sebelah pihak lelaki pada minggu hadapan.
“Ini majlis perkahwinan anak saya yang kedua. Untuk kali ini majlis hanya dibuat secara sederhana memandangkan ekonomi sekarang tidak bagus,” kata Rosyam.
Elfira Loy yang juga merupakan rakan baik Nur Anis telah berkongsi momen indah hari bahagia anak kesayangan Datuk Rosyam Nor itu.
Tambah Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin menyatakan dia tidak mencampuri urusan pemilihan pasangan hidup anaknya.
“Eh! Itu anak saya yang nak kahwin bukan saya. Saya percaya dengan jodoh. Kalau dia memilih individu tersebut jadi baik buruk haruslah ditanggung dan diterima.
“Saya menguruskan dia sehinggalah dewasa dan kini bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.
“Alhamdulillah ada pihak yang inginkan anak saya, kalau tak ada lagi saya pening,” katanya lagi.
Macam-macam cara dan bahan digunakan untuk membuat masker. Dan salah satu perkongsian di laman facebook dari Dura Zain yang menggunakan bahan-bahan dapur untuk membuat masker. Agar pelik sedikit kerana menggunakan tepung kacang kuda yang dicampurkan dengan bahan lain. Petua ini juga rupanya diamalkan oleh wanita India dan juga Pakistan.
Hasilnya akan membuat wajah tampil berseri. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk membuang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak dan juga cegah jerawat serta jeragat.
Petua tradisional yang diamalkan oleh wanita dari India dan Pakistan ini memang menjadikan kulit mereka sentiasa kelihatan halus dan mulus.
Buat sendiri face mask dari bahan celah kabinet dapur je. Saya beri nama dia #DIY#instant_whitening_facemask sebab lepas pakai muka boleh jadi lebih cerah berseri gittew. Pakai bedak pun rata je. Ishh memang bestlah haihh.
Elok sangat untuk buang sel mati, bulu-bulu halus di muka, kurangkan lebihan minyak di muka, cegah jerawat dan jeragat. Ini petua lama dari Wanita kaum india dan pakistan untuk kecantikkan kulit.
Patutlahh retis bollywood lawo-lawo kan? Hehe. Ok jom tengok bahan apa yang perlu dan cara buat.
Bahan-bahan:
1 Sudu besar tepung kacang kuda(gram flour)
1 sudu besar rose water/susu
1 sudu kecil jojoba oil/olive oil
Cara membuat:
Cara buat dan cara pakai boleh refer kat video dan gambar ye.
Sila #share untuk manfaat bersama. Sama-sama berseri hari raya nanti. Kulit dah bersih senang nak make up cun cun. Yeaaay
By,
Dura Zain a.k.a Kak Jemari mulus
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak semua hijabi sesuai dan berani menggayakan hijab warna putih. Bagi mereka putih cepat kotor dan agak sukar untuk menjaganya dengan baik. Namun bagi Pengasas Bersama FashionValet dan pemilik jenama dUCk Scarves, Datin Vivy Yusof gemar sekali memilih warna putih dan memadankannya dengan busana bersesuaian.
Kekerapan beliau yang bijak memadankan tudung warna putih dengan busana lain menyebabkan ramai tertanya-tanya apa tip yang boleh dikongsi bersama dengan hijabi di luar sana.
Vivy Yusof yang semakin jelita dan berseri sejak mengandung anak ketiga ini tidak lokek berkongsi petua bagi mereka yang gemar memilih hijab putih untuk menutupi mahkota. Beliau ditemui ketika majlis Pembukaan Butik Fizikal Yang Ketiga dan Terbesar di sebuah pusat beli belah.
1. Jauhkan anak dari tudung anda.
2. Pakai innner putih kerana lebih nampak elok dan konsisten.
3. Pilih baju warna polos.
4. Apabila makan perlu lebih berjaga-jaga.
5. Kalau sesiapa nak cium, jauhkan diri sedikit kerana boleh elakkan mekap yang dipakai.
Anda pasti mendapati oat sukar dimasak dengan oat, kerana pengetahuan anda yang terhad tentang makanan serba boleh ini. Oleh itu, hijabista telah menemui beberapa cara lazat anda boleh menambah oat pada makan tengah hari. Misi kurus on!
Selepas makan hati pada hujung minggu, anda ingin memulakan permulaan hari dengan sihat. Rasa bersalah kerana makan makanan yang tidak sihat sepanjang hujung minggu membuatkan anda ingin makan sihat pada keesokan harinya. Oat adalah salah satu makanan super yang terkenal kerana bagus untuk badan kita.
Serat yang sihat, antioksidan, protein dan nutrien penting lain yang disediakan oleh oat menjadikannya pilihan bijak untuk berdiet. Tetapi anda sering merasa sukar untuk memasak dengan oat, kerana pengetahuan terhad tentang makanan serba boleh ini. Oleh itu, kami telah menemui beberapa cara lazat anda boleh menambah oat pada makan tengah hari. Pulao, khichdi, roti dan juga Manchurian boleh dibuat dengan oat yang pasti makan tengahari anda sihat dan berkhasiat!
Siapa yang tidak suka pulao yang berperisa?! Gabungan sederhana sayur-sayuran, nasi dan rempah ratus ini menjadikan hidangan yang kenyang sepanjang hari. Dalam resipi ini, apa yang anda perlu lakukan ialah menggantikan nasi dengan oat dan anda akan menikmati hidangan yang sihat dan menyelerakan dan juga lazat. Yummy!
Hidangan satu periuk yang paling popular, sering dinikmati apabila anda ingin merawat tubuh dengan nutrien yang betul. Walaupun ini sudah dianggap sebagai hidangan yang sihat, ini tidak bermakna ia tidak boleh menjadi lebih sihat. Oat khichdi ini didatangkan dengan kebaikan dal dan sayur-sayuran.
Roti atta yang dibuat di rumah anda dan pilih alternatif yang lebih sihat dengan roti oat ini. Roti ini disumbat dengan oat, bawang dan daun ketumbar, menjadikan ganbungan bahan yang mempunyai rasa yang lazat seperti! Gandingkan roti sihat ini dengan dal atau sabzi pilihan anda.
Kuah berkrim dan masaledaar ini boleh disediakan dalam masa 20 minit sahaja. Dengan oat, sayur-sayuran, perasa dan yogurt, anda boleh mendapatkan kari yang lazat yang boleh dihidangkan untuk makan tengah hari dengan roti. Kari oat ini juga didatangkan dengan tadka pedas.
Kuah Indo-Cina klasik ini mendapat kelainan yang sihat dengan oat. Orang Manchuria gemar kuah pedas ini, yang diperbuat daripada bahan-bahan yang sihat seperti tepung oat dan sayur-sayuran. Satu lagi perkara yang menarik tentang resipi ini ialah orang Manchuria dibakar, bukan digoreng.
Nah! Tiada alasan lagi untuk berdiet dengan hidangan oat dalam hidangan makan tengahari anda. Oat bukan sahaja hidangan sarapan pagi anda malah boleh juga dihidangkan semasam makan tengah hari mahupun malam, ini bergantung pada kreativit anda. Selamat berdiet sis!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.