Betapa indahnya Islam. Setiap apa jua perkara ada doanya. Ia mengajar untuk kita untuk sentiasa ingat pada Allah dalam apa jua perkara dan apa jua yang kita lakukan. Hendak mmakan baca doa. Hendak tidur, baca doa. Hendak keluar dari rumah, baca doa. Pendek kata semua yang kita lakukan disertai dengan doa.

AMBIL PERHATIAN ORANG PEREMPUAN

“Pakai baju nak pergi kerja tadi ada baca doa tak?” soalan ustaz dalam kuliah duha pagi tadi benar-benar buat ramai tergamam khususnya orang perempuan.

Maksud pertanyaan ustaz tu berikutan mahu menegaskan kepentingan menjaga dan melindungi roh.

Banyak saranan ustaz, beri ruang pada diri khatam al-quran sekali dalam sebulan, dirikan solat tahajud dan amalkan doa-doa dalam kehidupan.

Dikisahkan satu pengalaman beliau merawat seorang gadis yang belum bertemu jodoh dan apabila mahu dijodohkan pun dia berasa meluat yang bukan main pada lelaki.

Setelah diselidiki rupa-rupanya ada jin yang mendamping gadis itu hingga dia mengakui mimpi bersetubuh hampir setiap hari. Lalu diusahakan agar jin yang duduk menumpang dalam jiwanya dikeluarkan dengan begitu payah sekali.

Menangis-nangis gadis itu setelah ia bebas dari pengaruh jin yang ustaz kategorikan sebagai jin asyik (jin cinta)

Kerana itu ustaz pesan kepada orang perempuan yang suka gosok pakaian kemudian digantung semuanya yang mahu dipakai sepanjang minggu, amalkanlah doa memakai pakaian setiap kali mahu mengenakan pada tubuh.

IKLAN

 

Ini kerana menurut ustaz, jin-jin boleh sahaja duduk menumpang di situ dan silap gaya jika kena pula yang terpikat pada si perempuan yang jarang beramal dengan doa, boleh sahaja dia mempengaruhi jiwanya hingga hilang rasa pada siapa pun. Ini serius.

Ini betul-betul ni, bukan cubaan ya. Dan begitu jugalah pesan yang sama pada lelaki juga. Saya pun samalah jarang juga beramal ni.

Antara doa-doa yang berkaitan:

Doa Memakai Pakaian

بِسْمِ اللهِ اَللّٰهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَاهُوَ لَهُ وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّمَا هُوَلَهُ

IKLAN

Bismillaahi, Alloohumma innii as-aluka min khoirihi wa khoiri maa huwa lahuu wa’a’uu dzubika min syarrihi wa syarri maa huwa lahuu

Ertinya:
“Dengan nama-Mu ya Allah aku minta kepada Engkau kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya, dan aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan yang ada padanya”

Doa Memakai Pakaian Baru (Ini yang ustaz baca tadi)

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ كَسَانِىْ هَذَا وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّىْ وَلاَقُوَّةٍ

Alhamdu lillaahil ladzii kasaanii haadzaa wa rozaqoniihi min ghoiri hawlim minni wa laa quwwatin

Ertinya:
“Segala puji bagi Allah yang memberi aku pakaian ini dan memberi rizeki dengan tiada upaya dan kekuatan dariku”

IKLAN

Ini pula doa melepaskan pakaian:

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ

Bismillaahil ladzii laa ilaaha illaa huwa

Ertinya:
“Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain-Nya”

Mudah-mudahan kita semua dapat beramal dengannya.

Sumber kredit: Ahmad Fairoz

DAPATKAN HIJABISTA E-MAGAZINE DENGAN MEMUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.

http://emall.karangkraf.com/Shop/Magazine/HIJABISTA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI