Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah video prank yang dimuat naik ke laman YouTube mengenai seorang gadis yang telah dikenakan oleh teman lelakinya sendiri bagi mengetahui sejauh mana tahap kesetiaannya itu.
Gadis yang sudah lama menganggur itu telah ditawarkan wang sebanyak RM20 ribu dengan syarat perlu meninggalkan teman lelakinya. Dia akhirnya memilih wang berbanding teman lelakinya setelah diberikan provokasi dalam video tersebut.
Meskipun mendapat jumlah tontonan yang tinggi, video tersebut mendapat kecam ramai kerana telah mengaibkan pihak perempuan itu walaupun wajahnya tidak kelihatan. Ramai yang mengecam teman lelakinya itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang tidak matang dan memahami tindakan gadis tersebut yang lebih memilih wang berbanding cinta seorang lelaki yang belum tentu menjadi suaminya.
Turut memberi komen mengenai isu ini, personaliti dakwah iaitu Wan Dazrin mengecam tindakan ‘prank’ sebegini kerana mampu merosakkan hubungan sesama manusia.
Ads
Dah ada ujian daripada Allah, kenapa nak uji orang lagi?
Ads
Tak perlu cari jalan untuk menghancurkan sesebuah perhubungan itu sebaliknya perbaikilah diri masing-masing sebelum ingin bernikah dengan pasangan kita.
Ads
Pengikut laman sosial Wan Dazrin juga turut bersetuju dengan pendapatnya dan merasakan budaya prank keterlaluan ini tak sesuai dengan budaya masyarakat timur.
Pendapat sis pula jika kita merasa ragu-ragu dengan pasangan, solat istikarahlah yang sebaiknya perlu kita lakukan dan bukannya ‘prank’ terhadap mereka. Jadikan agama sebagai panduan, jangan rumitkan keadaan dan sentiasalah bergantung harap padaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat sunat dhuha merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya sentiasa dimurahkan rezeki. Waktu Dhuha itu ialah merujuk kepada setelag naik matahari pada waktu pagi sekitar jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.
Dhuha (الضحى) secara bahasanya bermaksud “Waktu Pagi” atau “Sinar Pagi”. Jadi, solat sunat dhuha perlu dilakukan antara waktu Solat Subuh & Solat Zuhur.
Sebagai umat Islam, amalan sunat ini juga memberi banyak manfaat kepada kita semua seperti mana kita mendirikan solat sunat Dhuha ini. Allah S.W.T menjanjikan nikmat dan pulangan yang cukup besar bagi sesiapa yang mendirikan solat sunat ini. Telah dinyatakan di dalam Al-Quran bahawa Allah S.W.T akan sentiasa mencukupkan rezekinya dengan berlipat kali ganda. Maka rugilah sesiapa yang sengaja melepaskan keistimewaan ini.
Rasulullah S.A.W berwasiat kepada umatnya untuk merutinkan solat sunat Dhuha. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata, Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti;iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat dhuha dan tidur dalam keadaan yang sudah mengerjakan solat witir.”
Antara kelebihan yang kita perolehi dari mendirikan solat sunat Dhuha adalah:
1. Dipelihara dan dirahmati oleh Allah SWT
Allah sangat menyukai golongan hambaNya yang mengerjakan solat dhuha, walaupun hanyalah dua rakaat sahaja tetapi ianya ibadah yang membuatkan pelakunya sentiasa disayangi oleh Allah SWT.
“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.”
(Hadis Riwayat Muslim)
2. Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari
Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Allah Maha Pemurah. Setiap bacaan dan tindakan dalam solat dhuha dianggap sebagai sedekah walaupun hanya bersolat dua rakaat sahaja, kita sudah turut sama mendapat pahala bersedekah.
3. Ganjaran Pahala Berlipat Ganda
Pahala dalam menunaikan solat sunat adalah sangat besar, apatah lagi solat sunat yang sangat disukai oleh Allah SWT.
4. Diampunkan Kesalahan dan Dosa
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)
Ini bermakna, dosa yang paling besar juga dapat diampunkan asbab dengan mendirikan solat dhuha, selain dapat menutup dosa-dosa kecil, dosa besar termasuklah dosa terdahulu.
5. Disiapkan Rumah di Syurga
Sabda Nabi SAW;
“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”
(al-Jami’: 634)
Beruntunglah sesiapa yang melazimi harinya dengan mendirikan solat ini, kerana Allah SWT telah berjanji untuk membangunkan sebuah mahligai di syurga untuknya kelak.
6. Dimurahkan Rezeki Dan Dibukakan Pintu Rezeki Seluas Alam
Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata,
“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud)
Rezeki akan sentiasa dicukupkan oleh Allah pada hari itu dan seterusnya, seperti yang sering dikatakan umum bahawa solat dhuha adalah solat pembuka pintu rezeki.
Bahkan Allah akan menurunkan rezeki yang tidak disangka-sangka, bukan dari bentuk makanan sahaja, tetapi tubuh badan yang sihat, anak-anak yang soleh dan bijak, keluarga yang bahagia, bidang pekerjaan yang baik dan sebagainya.
7. Mendapat Keuntungan yang Besar
Rasulullah SAW bersabda;
“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”
(Sahih al-Targhib : 666)
Begitu Allah memberi keuntungan yang besar kepada mereka yang mengamalkan solat dhuha. Namun begitu, kusyuk dan fokus dalam melazimi solat suant dhuha tanpa hanya memikirnya rezeki harta semata-mata tetapi ekuntungan rezeki yang lain, seperti kesihatan.
Nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof yang pernah menggemparkan negara tahun lalu.
Sewaktu di temu ramah HIJABISTA, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
“Shooting tak pernah non-stop, sentiasa ada dan banyak duit ketika itu. Tapi saya rasa masih ada yang tidak cukup dan cepat habis,
“Saya faham mungkin rezeki yang saya peroleh ketika itu tiada barakah. Kehidupan saya juga tidak tenang,
“Namun, setelah saya berhijrah dan membatasi apa yang boleh dan tidak boleh. Dulu lebih mengejar duit tetapi tidak sekarang. Walaupun satu job, saya rasa sudah cukup dan memadai.” katanya.
Sarah juga tidak nafikan dia menghadapi cabaran dalam istiqamah untuk berhijab. Tetapi dia percaya ketenangan yang diberikan dari Allah SWT itu satu nikmat yang susah dikecapi. Kekuatan dan sokongan dari anak-anak, keluarga, dan orang sekeliling juga bermain peranan.
“Kalau saya tak kuat, mungkin senang sahaja saya buka balik tudung. Tapi Sarah pilih untuk kuat dan tanam dalam diri ini satu ujian Allah SWT beri untuk diri ini. Takkan Sarah nak pilih jalan yang lebih menyesatkan diri, betul?
“Saya cakap lagi ‘Allah SWT masih test diri ini’ dan syukur saya semakin kuat dan kuat menempuhi setiap dugaan. Anak-anak juga menjadi salah satu sebab saya terus kuat istiqamah,
“Orang sekeliling juga menjadi salah satu faktor yang mendorong saya kekal kuat. Adanya circle kawan-kawan yang rajin sertai usrah dan kelas mengaji buatkan saya rasa lebih positif,
“Saya sertai kelas mengaji, walau sibuk shooting masih ada masa untuk di selit pengisian ini. Bila adanya sesi ini, itulah saat Sarah rasa dekat bersama Allah SWT.” ujarnya lagi.
Berhijab semestinya bukan halangan untuk kita meneruskan cita-cita dan minat kita. Tak kiralah jika kita meminati sukan lasak sekalipun, hijab tidak menjadi satu masalah buat kita untuk melakukannya.
Seperti video yang tular di laman sosial ini, semangat setia kawan di antara dua pasukan bola sepak luar negara yang sedang bertanding mendapat pujian ramai apabila mereka membantu salah seorang pemain lawan membetulkan tudungnya yang tertanggal sewaktu perlawanan dengan membuat ‘benteng’ untuknya.
Ramai yang rasa sungguh terharu dengan insiden itu kerana mereka sanggup mengenepikan perlawanan seketika demi melindungi aurat wanita tersebut. Jom saksikan klip video ini di @zayan.my.
Keindahan dalam bolasepak tuan2. Pihak lawan membuat benteng semata-mata untuk menutupi aurat rambut muslimah daripada terdedah ketika hijabnya tertarik oleh pihak lawan semasa perlawanan berlangsung. RESPECT ❤ #IndahDihati#ZayanShare
Neuroplastisiti menerangkan bagaimana otak mampu berubah melalui tabiat seperti meditasi dan journaling. Ketahui fakta sebenar di sebalik trend 'reset otak' yang popular dalam kalangan Gen Z.