Kisah pergolakkan rumah tangga yang dibina bersama penyanyi lagu ‘Surat Cinta Untuk Starla’, Virgoun yang musnah akibat kehadiran gangguan orang ketiga tular dan mendapat perhatian hingga ke Malaysia.
Meskipun, Inara Rusli bukan figura yang dikenali di negara ini. Namun, kisah malang yang menimpa dia dan anak-anaknya apabila suami tercinta bertindak melakukan perbuatan khianat dibelakangnya, telah membuatkan ramai orang bersimpati terhadap kehidupan wanita cantik ini.
Wargamaya Tertanya Apakah Tip Kecantikan Yang Diamalkan Inara?
Justeru, selepas membuka purdah, kejelitaan semulajadi Inara berjaya membuatkan ramai wargamaya terpukau dengan kecantikan yang dimilikinya dan rata-rata bertanyakan apakah amalan atau rejim kecantikan yang dilakukan untuk memperoleh kecantikan yang dimiliki Inara.
“Apa tips Inara supaya tetap cantik? Cantiknya mempunyai aura tersendiri, malah, sebagai wanita saya juga merasakan Inara kelihatan sangat cantik.
“Jangan bilang air wudhu ya,” seloroh Marissya Icha ketika berkesempatan menemubual Inara menerusi saluran YouTube lapor Liputan 6.
Menurut Inara, untuk memperoleh kecantikan dia tidak mempunyai atau mengamalkan sebarang rejim yang keterlaluan atau berlebihan.
Bagaimanapun, jelasnya mungkin kecantikan semulajadi yang dimilikinya dipelihara oleh Allah kerana sering mendirikan solat pada waktu malam.
Ads
“Mungkin kerana saya sangat menitikberatkan melakukan solat malam sebagai rutin harian saya.
“Justeru, secara tidak langsung mungkin sedikit sebanyak air wuduk juga mempengaruhi dalam memelihara kecantikkan saya,” ujar Inara.
Terdahulu Hijabista ada melaporkan tentang Inara yang tidak mahu terus berduka, lemah dan dipijak.
Ads
Beliau akhirnya bangkit bersama luka yang ditinggalkan Virgoun dan mengambil keputusan untuk membuka purdah demi mencari rezeki dan meneruskan keberlangsungan hidup bersama anak-anaknya sebaik sahaja proses perceraian berlangsung di mahkamah.
Sabtu lalu menyaksikan satu anugerah berprestij diadakan iaitu Festival Filem Malaysia ke 30 berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf serta menghargai karyawan yang terbabit dalam industri dunia seni tanah air. Dan malam itu juga menyaksikan para selebriti berhimpun sambil menggayakan busana cantik dan anggun.
Rata-rata selebriti yang hadir memenuhi tema yang diberikan oleh pihak penganjur. Sama ada datang berteman atau seorang kehadiran selebriti ini dengan busana cantik memang menyerikan lagi kemeriahan majlis ini yang menyaksikan filem One Tow Jaga arahan Namron membolot 5 anugerah termasuk Filem dan Pengarah Terbaik.
Antara selebriti yang mencuri tumpuan malam itu seperti Mira Filza, Datin Seri Umie Aida yang juga merangkul anugerah Pelakon Wanita terbaik bagi filemm Dukun serta beberapa lagi selebriti berhijab yang datang.
Ayuh kita lihat #OOTD mereka ini dan boleh menjadi idea untuk persiapan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap wanita pasti tidak terlepas dari keinginan untuk memiliki tubuh langsing dengan melakukan diet, lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai berat badan berlebihan. Namun begitu ada yang terlalu obses mengamalkan diet dengan sanggup berlapar dari pagi sampai petang dan malam. Malah ada juga yang mengawal segala keinginan nafsu untuk makan.
Walau bagaimanapun menurut pelakon Catriona Ross, diet tidak semestinya mengawal makan sebaliknya boleh terus ‘enjoy’ menikmati hidangan enak lagi berkhasiat.
Dalam satu posting, Catriona Ross berkongsi beberapa menu sihat yang boleh dicuba bagi mereka yang mahu turunkan berat badan tetapi masih boleh seronok menikmati makanan.
Sebelum ini Catriona memang ada pengalaman mengalami pertambahan berat badan mendadak selepas melahirkan anaknya.
Tetapi dia menggunakan cara sihat untuk mendapatkan berat badan idaman seperti sekarang dan salah satunya adalah mengamalkan diet eat clean sejak 2016 lagi dan juga melakukan aktiviti pendakian.
Walaupun kini sudah mendapat berat badan ideal, tetapi Catriona masih lagi menjaga diet pemakanannya dengan mengamalkan pengambilan makanan sihat.
Jom lihat menu apa yang dikongsi kepada followernya:
Hari ni i buat Ayam Masak Lemak Cili Api version healthy. Tak use santan tapi pedas berapi Garlic Pakchoy. Tumis garlic with coconut oil setengah sudu kecik aje and brown rice ……. To gantikan santan, depends creativity masing-masing. You can use skimmed milk or almond milk/oat milk which you make yourself or buy
Pan fry ikan jenahak lepas tu i garnished dengan chopped tomatoes, garlic, spring onions and some red chillies. Semua direnihkan. Season w Himalayan salt. Dah siap, top over the fish … My couscous tu i just stir fry chopped cauliflower with garlic, onions and some parsley. Voilaa !!!
Stir fried cauliflower w garlic and ginger pastu i added drops of sesame oil .. Steamed chicken with mushroom,ginger,celery, soy sauce and white pepper. Added scallions and chopped chillis and siap !!! Bila teringin nak makan ala steamed rice with ginger chicken, boleh buat ni
Didnt feel like having anything else but steak today. Steaks are often our Friday night out meal but hubs works late tonight so i took matters into my own hands ! Marinated striploin with rosemary, Himalayan salt and pepper. Then grilled with butter. Brocolli sauteed with garlic and a bit of Himalayan salt. Siap !!! .
My go-to comfort food. Usually, ill make nasi goreng kampung with brown rice. Today, i decided to try out making this w cauliflower. Tastes just as amazing! . Cara dia sama aje macam nasi goreng biasa .
Goreng bilis. Put aside. Scrambled 1 egg. Letak tepi. Goreng garlic sampai crispy, add in your veges. I ada sliced celery, sliced french beans, daun bawang and i added sliced cili padi. Lepas tu masukkan eggs, bilis goreng and cauliflower. Gaul then tutup api. Season with white pepper & Himalayan salt !!! Boleh makan with sambal belacan. I had it with sejenis kicap cair & sliced cilipadi
Ok, beef tu was marinated with garlic powder & white pepper. Grill in butter/oil, which ever is preferred ….. Saute sliced cabbage with garlic and shiitake mushrooms. Tutup api. Sprinkle Himalayan salt, spring onions & kicap cair/liquid aminos which ever is your choice. Get a stylish set of chopsticks out and there you go !!!!
Honestly, sedap nya bubur today although main ingedients are only grated brocolli, water & coconut flour ! Belum pernah seumur hidup i buat bubur dengan bahan lain selain using white rice, brown rice,oats atau jagung … I hope you guys akan enjoy and savour this dish as much as i have today
Steps : Sudah i videokan jadi all of you boleh tengok Kalau rasa tak suka brocolli, you may grate your cauliflower tp i think the taste with brocolli wasnt bad at all apa lagi bila kita makan dengan semua condiments macam in the pic .
Condiments : Today i prepared telur masin, kangkung tumis galic, ikan bilis crispy bawang, cili padi kicap, bawang goreng, hirisan halia dan sedikit minyak bijan untuk bau Enjoy everyone !!!
Who says you cant have good food if youre eating healthy kan? Boleh makan macan-macam just that we might need to omit sugar and choose the best ingredients ……
Bahan-bahan utama are in the next photo. Do fry your noodles macam biasa. Tumis garlic, cili padi then masukkan ayam and followed by the veges. For seasoning i only used Himalayan salt, white pepper & liquid aminos. You all boleh use your kicap cair or which ever is prefered ..
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CATRIONA ROSS
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan sejak mengambil keputusan berhijab beberapa tahun lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup cantik dan santun menggayakan tudung. Malah dirinya jadi inspirasi buat wanita di luar sana untuk cuba-cuba berhijab dan kekal istiqamah.
Dan setelah menimang cahayamata perempuan tahun lalu, anaknya Siti Aafiyah juga tidak dilepaskan peluang turut dipakaikan hijab walaupun secara suka-suka.
Dalam posting terbaru, Siti muat turun foto anaknya Siti Aafiyah yang sangat comel mengenakan tudung.
Anak kecil ini yang baru sembuh dari demam dan baru mendapat ‘kaki’ begitu laju berjalan ke sana ke mari dengan menggayakan tudung terletak cantik di kepalanya.
natashaisaaq makin da besar, aafiyah anak ibu macam muka ibu dia dah
Sebelum ini sebelum Syawal lalu penyanyi kesayangan ramai ini juga ada membawa Siti Aafiyah mengerjakan ubadah umrah di tanah suci Mekah dan Siti Aafiyah juga dipakaikan hijab oleh Siti.