Lain orang lain masalahnya, setiap fasa kehamilan memberi impak perubahan diri kepada seorang wanita. Mungkin ada yang mengalami perubahan susuk tubuh yang mendadak dan ada juga yang mengalami masalah kulit.

Berbeza pula pada Dynas Mokhtar, fasa kehamilan anak ke empat dia akui rambutnya gugur dan kelemumur. Sudah menjadi perkara biasa keluhan ibu-ibu mengandung mengalami masalah yang sama apatah lagi mereka yang bertudung.

“Kebanyakkan orang akan lebih beri tumpuan pada kesihatan rambut sehingga mengabaikan kesihatan kulit rambut, di mana mudahnya terjadi kelemumur. Sebab itu yang mencari bahan ini dalam syampu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rambut Gugur Dan Uban Tumbuh, Selesaikan Dengan Minyak Bijan. Rambut Kekal Sihat Bersinar!

Cari bahan ini dalam syampu baik untuk hijabi

Majlis Pelancaran Produk Baru Wellsen x Dynas yang berlangsung pada 14 Februari yang juga merupakan tarikh pelancaraan Wellsen yang pertama, semasa Hari Valentine 1993. Produk penjagaan rambut Wellsen x Dynas sangat sesuai digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah rambut seperti keguguran rambut, kulit kepala sensitif atau hijabi yang mempunyai masalah kulit kepala.

Golongan ibu yang sering sibuk atau mereka yang sudah bekerja akan merasai kecantikan dan keyakinan dalam kehidupan mereka selepas menggunakannya. Menurut Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini lagi, bahan yang terkandung dalam syampu ini dipaternkan khas untuk melembapkan rambut dalam tempoh 48jam, ianya berseusian dengan mereka yang berhijab.

IKLAN

Kedua-dua produk rambut ini menggunakan bahan seperti AQUAXYL™ yang memberikan penghidratan sehingga 48 jam sesuai untuk yang bertudung dan antara bahan lain iaitu Chamomile dan Minyak Esensial pudina, saya rasa kulit kepala sejuk dan segar secara semulajadi malah memulihkan folikel rambut,” kongsinya lagi dalam majlis pelancaran yang diadakan di Wanra Café di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Tambahnya lagi, kesemua formula yang digunakan hanyalah terdiri daripada produk VEGAN dan ianya bebas silikon, paraben, haruman wangi dan SLES/SLS. Juga, tiada produk haiwan yang digunakan sebagai usaha Wellsen dalam melindungi haiwan, alam sekitar dan masyarakat.

Inspirasi menyerlahkan kejelitaan wanita

Dalam usaha mengembangkan jenama Wellsen, Cik Sin Mon telah menekankan prinsip Wellsen, iaitu menyediakan inspirasi, serta menyerlahkan kejelitaan dan keyakinan di seluruh Asia. Sudah menjadi keazaman Cik Sin Mon untuk memperkasakan pemimpin wanita melalui kumpulan pemasaran perniagaan dan program bimbingan. Oleh itu, beliau telah menjadikan kejayaan Puan Dynas Mokhtar sebagai inspirasi beliau.

IKLAN

“Walaupun Puan Dynas merupakan seorang pelakon wanita yang terkenal, usahawan yang berjaya dan seorang ibu, beliau masih mengutamakan penjagaan diri dalam kehidupan beliau,” kongsinya.

Mereka berdua memiliki nilai yang sama, iaitu dengan menyediakan kecantikan dan keyakinan melalui penjagaan rambut yang sihat dan rapi. Oleh itu, mereka bersama-sama mengeluarkan produk penjagaan rambut ini yang dikilangkan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Salah Cara Ikat Rambut Ketika Berhijab Punca Rambut Kelemumur & Gugur. Hijabi Perlu ‘Take Note’!

Produk bajet tumpuan rakyat Malaysia

Produk Wellsen Dynas Cooling dan Refreshing Shampoo akan membantu pertumbuhan rambut dan menyuburkan kulit kepala dengan sihat. Produk Wellsen Dynas Cooling dan Refreshing Hair Mask pula akan menukarkan rambut yang kering dan rosak kepada rambut yang lembut dan bersinar sepanjang hari.

IKLAN

Pada tahun 80-an hingga 90-an, harga produk kecantikan rambut telah melonjak naik dan kebanyakannya didominasi oleh jenama Eropah. Oleh itu, kedua-dua usahawan ini mempunyai keazaman untuk menghasilkan produk penjagaan rambut yang berkualiti tinggi dan semulajadi. Kemudian, lahirlah jenama Wellsen yang telah diperkenal dan dilancarkan pada hari Hari Valentine, 1993.

Sejak itu, syampou rambut Wellsen yang dikilangkan di dalam Malaysia, telah mencuri banyak perhatian daripada pakar dan professional dalam industri penjagaan rambut, serta memperoleh kepercayaan daripada pelbagai pusat kecantikan di seluruh Asia. Wellsen sangat berbangga atas kejayaan memiliki kilang sendiri dan juga atas pemasaran produk penjagaan rambut di negara-negara lain.

Produk Wellsen x Dynas boleh didapatkan secara dalam talian di Wellsen Lazamall Lazada, Wellsen Shopee Mall, Tiktok @dynasmokhtar & @wellsen dan laman rasmi WeGlobe

Untuk pembelian di luar talian, anda boleh mendapatkan produk di Hairkunst Salon dan Dashing Diva. Produk Wellsen x Dynas juga tersedia di account TikTok @dynasmokhtar dan @wellsen, serta pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengguna untuk melakukan perniagaan dari rumah. Harga pelancaran Produk Penjagaan Rambut Wellsen x Dynas adalah pada RM88 untuk set Shampoo dan Hair Mask dan bukannya pada harga asal iaitu RM148. Pengguna boleh menambah Hair Serum percuma (tersedia untuk 100 pelanggan yang pertama).

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/B6_vIcOdo1w

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI