Bapa kepada pelakon, Nad Zainal sudah menerima sejumlah wang hampir mencecah RM 44,000 hasil kutipan ‘derma kilat’ yang dilakukan oleh rakan artis dan orang awam baru-baru ini.

Tabung berkenaan bertujuan untuk membantu menampung kos rawatan Nad yang masih di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri akibat pendarahan dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Kutipan Cecah Hampir RM 44,000 Ringgit – Sherry Alhadad

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad menerusi hantaran Instagram Story, miliknya berhubung ‘Tabung Kecemasan Nad Zainal’ itu kini telah dihentikan serta merta, dengan jumlah terkumpul setakat RM43,987.50.

Menurut Sherry lagi, kesemua hasil kutipan dari sumbangan itu kini sudah disalurkan sepenuhnya ke akaun bapa Nad, Zainal Abidin.

“Salam semua, mewakili ibu bapa Nad, kami ucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan industri yang menghulurkan bantuan ketika sahabat kita memerlukan.

IKLAN

“Sumbangan diterima daripada rakan artis, sahabat, guru dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), produser televisyen (TV), rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat.

“Sumbangan sebanyak RM43,987.50 sudah disalurkan kepada ayah Nad untuk urusan pembayaran bil hospital,” katanya.

Artikel berkaitan: Paru-Paru Berdarah, Nad Zainal Ditidurkan Di ICU, Mohon Doa Semua!

Sherry turut mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih, kepada yang telah memberikan sumbangan dan prihatin terhadap nasib yang menimpa pelakon jelita, Nad Zainal yang juga ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu.

IKLAN

“Terima kasih kepada semua atas doa dan sumbangan kepada sahabat kita.

“Semoga semua usaha kita dipermudahkan dan semoga sahabat kita kembali sihat,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, Sherry tidak memaklumkan berhubung sebarang perkembangan terkini Nad ketika ini.

Untuk rekod, sebelum ini Hijabista ada melaporkan bahawa pelakon utama drama Cina Buta, Nad Zainal telah mulai sembuh apabila tidak lagi bergantung pada mesin oksigen.

IKLAN

Namun kemudian, Hijabista menerima perkhabaran bahawa Nad terpaksa ditidurkan semula oleh doktor pada 2 Disember lalu, kerana paru-paru masih lemah dan belum stabil untuk bernafas sendiri tanpa sebarang sokongan.

Sumber: Instagram Sherry Al Hadad

Artikel berkaitan: Nad Zainal Dah Sedar, Tak Lagi Bergantung Pada Tiub Bantuan Pernafasan

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI