Khas untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan dunia solekan, ini tip atau petua untuk anda apabila bersolek! Banyak sebenarnya perkara yang anda harus tekankan apabila bersolek tau.

Ada juga yang suka untuk letak bermacam-macam produk solekan serta teknik yang akan mematangkan lagi muta anda! Ha…jaga-jaga ya sis, jom sama-sama kita lihat apa uang boleh di improvise!

Elak wajah kurang nampak tua!

Sumber gambar: Cottonbro

So, siap sediakan bahan solekan anda dan jom ikut petua ini untuk kekal berseri dengan teknik solekan yang betul!

1. Jangan tebal sangat bedas asas tau!

Sumber gambar: Cottonbro

Bedak asas ini fungsinya untuk melindungi cela di wajah dan juga memberi kekemasan pada solekan yang dilakukan. Bukan sahaja bileh menutup jerawat yang adan tetapi ia juga mampu untuk menutup garis halus dan rona tidak sekata pada wajah. Tetapi, janganlah pula anda pakai terlalu tebal atau banyak menyebabkan muka bukan saja ‘terasa berat’, tetapi menyebabkan solekan comot bertompok. Lebih baik menggunakan produk dengan formula lebih ringan. Kadangkala jenis krim asas boleh mempengaruhi teksturnya kerana ia memang dicipta untuk solekan jenis tebal dan bukannya solekan biasa atau seharian. Elakkan produk jenis matte dan ‘baldu’.

2. Katakan ‘TIDAK’ pada gincu gelap

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

Ha! Ramai orang menganggap gincu yang berwarna gelap menjadikan anda nampak seksi! Salah belaka! Sebenarnya gincu gelap menyebabkan anda nampak lebih berusia. Jika ingin hasilakn bibir yang seksi menggoda, apa kata pilih gincu cerah dan sapukan dengan pengilat bibir warna pic, merah jambu atau merah terang. Elakkan menggunakan rona merah gelap, merah tua dan coklat. Tak pasal-pasal orang ingat kita dah tua tau!

3. Rahsia bedak debu

Sumber gambar: Cottonbro

Kenapa pentingnya bedak debu ni ya? Ha, sebenarnya bedak debu yang disapu pada akhir solekan dikatakan boleh memberi kekemasan atau menyeimbangkan solekan, selain mengelakkan wajah berkilat. Kiranya, kalau ada bedak debu ni, wajah nampak ‘flawles’ macam selebriti lah! Triknya, pilih jenis ringan pada kulit, seperti ‘sheer translucent powder’ dan layangkan pada bahagian tertentu saja seperti pada zon T. Kemaskan kesan berminyak dengan penggunaan tisu serap minyak.

IKLAN

4. Hati-hati dengan celak hitam!

Sumber gambar: Redgate

Memang tidak dinafikan celak hitam boleh memberi gaya solekan lebih mewah dan eksklusif! Ia juga berupaya menjadikan mata lebih besar dan galak. Tetapi berhati-hati ya! Celak hitam boleh mempengaruhi wajah kelihatan lebih tua. Alamak! Takutnya! Jadi untuk mengelakkan hal itu berlaku, pilih warna coklat atau coklat gelap kerana ia tampak lebih semula jadi dan hasil lebih baik khususnya menampakkan mata lebih besar dan memikat!

5. Fungsi penggaris bibir

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

Fungsi utama penggaris bibir supaya solekan bahagian itu tidak comot dan kemas rapi. Tahukah anda warna penggaris bibir boleh mempengaruhi rupa individu?Ya! Penggaris bibir rona gelap boleh menyebabkan bibir kelihatan kecil. Bagi mendapatkan hasil semula jadi, pilih warna penggaris bibir sepadan dengan warna bibir bukannya yang sama warna dengan gincu anda.

6. Pemerah pipi naikkan seri!

Sumber gambar: Cottonbro

Sapukan pemerah pipi bagi menampilkan wajah bermaya dan tampak lebih muda. Bagi hasil terbaik, sapukan pemerah pipi menggunakan berus berbulu besar pada pada tulang pipi secara membulat dan bukannya dalam bentuk sapuan satu garis menaik sepanjang tulang pipi.

 

https://www.youtube.com/watch?v=kDBgmyXa4Ac

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI