Bila dah kurus makin terserlah pesona awet muda yang dimiliki oleh pelakon Abby Abadi. Sekali imbas nampak macam anaknya pula, Marissa Dania. Terpegun melihat perubahan ibu kepada tiga cahaya mata ini yang bukan sahaja semakin kurus malah kelihatan awet muda dan cantik pada usia 47 tahun. Paling kagum, Abby tetap berpakaian longgar demi menjaga auratnya dengan sempurna.
“Lama takde gambar manis kita kan? Ini yang terlatest hihi.. Meraikan kemenangan berjaya kurus sikit. Nak teruskan usaha untuk sikit lagi. Doakan tau! Taknakkkkk dobokkk dah.. Insappp!
“Tengok gambar-gambar 2-4 bulan sebelum ni.. buruk nauu rasa. Nanti kita share ye. Sebelum ni, tak share.. pilih-pilih yang nampak kurus je walaupun.. Kali ni kita kumpul biar korang tengok sendiri. Seriuss jomlah insaf sesama.”
Perkongsian Abby itu berjaya meraih pujian para pengikut dan peminatnya termasuk rakan-rakan artis antaranya Memey Suhaiza, Puteri Sarah Liyana, Wawa Zainal, Azza Elite, Linda Rafar dan Norman Hakim.
Ketiadaan akses kepada air bersih dan kit kebersihan haid seperti tuala wanita dan tampon, memaksa wanita Gaza mengambil pil penangguhan haid yang mungkin memberi kesan sampingan negatif kepada mereka.
Memetik laporan Al Jazeera, tuala wanita diperlukan ramai dan sukar didapati, justeru pil penangguhan haid lebih banyak tersedia di sesetengah farmasi kerana ia tidak biasa digunakan.
Menurut Ruba Seif, 35, yang tinggal di kem perlindungan bersama keluarga, walaupun tahu akan kesan sampingannya tetapi tiada apa yang lebih bahaya daripada peluru berpandu, kemusnahan dan kematian di sekellingnya.
“Tiada privasi, bilik mandi tidak mempunyai air, dan kami tidak boleh keluar dengan mudah untuk mencari apa yang kami perlukan.
“Saya tidak dapat menahan kesakitan senggugut dan ketakutan yang berterusan yang kami alami, kurang tidur, dan kesejukan kerana tidak ada selimut yang mencukupi,” ujar Ruba yang meminta abangnya mencari pil penangguhan haid di beberapa farmasi.
Sementara itu, Samira al-Saadi yang berpindah bersama keluarganya di sebuah sekolah di barat Khan Younis berharap dia dapat membantu anak perempuannya berusia 15 tahun yang mendapat haid pertamanya beberapa bulan lalu.
Katanya, dia bimbang untuk memberi pil penangguhan haid untuk anak perempuannya kerana khuatir ia akan menjejaskan kesihatan anaknya.
“Dia (anak perempuan) tidak faham mengapa dia perlu melalui semua ini dan menguruskan haidnya di tempat perlindungan yang sesak.
“Dia memerlukan tuala wanita dan air untuk mencuci, tetapi keperluan asas ini tidak tersedia. Saya cuba membantunya, tetapi apa yang dia perlukan tidak ada,” kata wanita berusia 55 tahun itu.
Menurut Dr Walid Abu Hatab, Perunding Perubatan Obstetrik dan Ginekologi di Kompleks Perubatan Nasser di bandar selatan Khan Younis, pil itu mempunyai kesan sampingan seperti pendarahan yang tidak teratur, loya, perubahan pada kitaran haid, pening dan perubahan mood.
Farmasi dan kedai menghadapi kekurangan bekalan akibat kemasukan bantuan yang dihadkan oleh Israel di sempadan Rafah.
Selain itu, pengeboman Israel ke atas jalan-jalan utama di Semenanjung Gaza telah menyebabkan pengangkutan produk dari perubatan gudang ke farmasi adalah satu tugas yang sukar.
Sumber: AlHijrah Online
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apakah makanan ‘air tangan ibu’ yang menjadi kegemaran hijabi? Haa.. Pasti sukar untuk membuat pilihan kan? Kerana, apabila disebut sahaja hidangan paling sedap pernah dinikmati seumur hidup, pasti ramai yang bersetuju bahawa asakan yang dimasak ibu masing-masing adalah yang terbaik!
Walau ke mana juga kaki melangkah, masakan air tangan ibu sendiri sememangnya tiada tandingan. Walaupun hanya hidangan ringkas seperti telur goreng, namun masakan ibu tetap paling sedap di dunia.
Begitu juga dengan penyampai radio serta aktress jelita, Siti Elizad yang memuji masakan arwah ibu sememangnya super sedap, terutamanya apabila memasak menu gulai lemak cili padi dan rendang.
Luah Elizad, selepas pemergian ibu, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh ke pangkuan Ilahi akibat penyakit Parkinson, rasa rindu yang teramat terhadap ratu hidupnya itu sukar dibendung.
“Saya bersyukur sempat mewarisi ilmu memasak daripada ibu. Cuma saya tak sempat belajar menjahit dengan arwah.
“Ada sesuatu yang istimewa dalam masakan mama, sebab setiap masakan lauk pauknya, mama mesti tambah ulam-ulaman, tak kisahlah ulam apa, kebiasaanya pucuk ubi. Malah, di sekeliling rumah di kampung dulu, mama tanam macam-macam jenis ulam-ulaman,” ujar Elizad mengenang ibunda tersayang.
Sebagai anak tunggal perempuan daripada lima beradik, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin yang banyak mengambil alih tugas arwah dalam mengelolakan keluarganya.
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi (daun lembut sahaja)
1kg daging salai | hiris nipis
3 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | siat-siatkannya
1kg santan pekat
Garam dan gula
4-5 biji belimbing buluh
1 keping asam gelugor
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
1cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging salai dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan separuh dari santan.
2. Masak sekejap sehingga daging empuk.
3. Setelah kuah agak kering, masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata. Guna api dapur yang agak sederhana agar santan tak pecah.
4. Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam dengan secukupnya. Masukkan belimbing buluh dan daun pucuk ubi yang telah dibersihkan.
5. Setelah daun agak layu sedikit, dalam 10 min bolehlah tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Pagi ini kita dikejutkan dengan kematian bekas pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah. Kehilangan yang mengejutkan ramai ini memang meninggalkan kesan mendalam dan cukup besar dalam industri penyiaran. Ramai rakan-rakan beliau mengucapkan takziah dan masih terperanjat dengan kehilangannya itu. Salah seorang yang turut menitipkan kata-kata adalah teman lamanya yang juga bekas rakan penyiaran ketika sama-sama berkhidmat di TV3, Ras Adiba Radzi.
Menurut Ras Adiba tulisannya dalam instagram memberitahu dia membesar dengan pengacara ini sejak tahun 1986 ketika sama-sama bekerja di bilik berita di TV3.
Ketika itu Ras Adiba bekerja di bahagian koordinator wardrobe yang bertanggungjawab menyiapkan persalinan untuk tali leher, sapu tangan, baju tshirt dan juga jaket.
Sepanjang menguruskan keperluan pakaian beliau, Mahadzir Lokman dilihat cukup teliti dengan apa yang akan dipakainya dan akan memberi pandangan beliau jika apa yang dipakai tidak begitu sesuai.
Selepas tiga bulan di bahagian berkenaan, Ras Adiba akhirnya memulakan kerjayanya sebagai pemberita dan menjadi salah seorang pembaca berita di samping Mahadzir Lokman. Dan tentunya ia bukanlah satu tugas yang mudah.
Menurut Ras Adiba, pada mulanya dia rasa gementar setiap kali baca berita di samping arwah. Beliau sering menegur cara penyampaian termasuk sebutan, ungkapan dan juga setiap penyelidikan yang dilakukan.
Walaupun agak tegas dalam soal itu tetapi impaknya cukup besar pada pengacara yang kini menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Ras Adiba begitu berterima kasih kepada Mahadzir Lokman yang tidak lokek berkongsi tip sepanjang pembabitannya sebagai penyampai berita.
Dia turut menyampaikan rasa terima kasih atas segala kebaikan, kegembiraan dan ada kalanya sedikit gurauan kasar dan cukup tegas sepanjang ‘sesi latihan’ dan itu semua menjadikan hubungan mereka cukup rapat. Bukan sahaja sebagai kawan tetapi juga seorang abang.
Malah bagi Ras Adiba yang sudah berada dalam dunia penyiaran lebih tiga dekad ini turut memuji bahawa Mahadzir Lokman digambarkan seorang personaliti yang unik dan tiada siapa dapat menggantikan beliau.
Nyata kehilangannya kini bukan sahaja dirasai oleh negara, malah bidang pengacaraan juga turut kehilangan permata bersinar yang cukup hebat dalam kelasnya tetsendiri.
Diakhir postingnya, Ras Adiba turut meluahkan bahawa personaliti popular ini nanti pasti akan dirindui selepas ini.
Menurut Berita Harian Online, Mahadzir memulakan kerjaya di TV3 pada 1984 sebagai penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris pertama stesen televisyen itu.
Beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi perantara pertama rancangan Sekapur Sirih, Malaysia Hari Ini (MHI) dan Melodi terbitan stesen televisyen (TV) berkenaan.
Kebolehan Mahadzir bertutur dalam pelbagai bahasa termasuk Perancis, Sepanyol, Itali dan Portugis menyaksikan beliau sering diundang sebagai pengacara pelbagai acara bertaraf antarabangsa.
Mahadzir dianugerahkan Ordre Les Palmes Academiques oleh kerajaan Perancis pada 2006 atas usaha beliau mempromosi bahasa dan budaya Perancis.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM RAS ADIBA RADZI & MAHADZIR LOKMAN
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hanis Zalikha berkongsi rahsia mengekalkan bentuk badan langsing dengan pemakanan sederhana, senaman dan fokus terhadap kekuatan otot serta kecergasan.