Sebagai seorang wanita, bra merupakan pakaian yang wajib dipakai setiap hari. Tetapi, tahukah anda bahawa bra ada pelbagai jenis. Setiap jenis bra mempunyai fungsi yang tertentu.

Sekiranya anda tidak mahu tersalah memakai bra, ketahui 9 jenis bra ini dahulu. Kemudian, pilih ikut kesesuaian anda.

1. Seamless Bra

Seamless bra merupakan bra yang selalu anda lihat di pasaran. Walaupun bra ini membuatkan payudara anda kelihatan tidak menonjol, ia selesa dipakai setiap hari.

2. Underwire Bra

Bra ini mempunyai dawai pada bahagian bawah bra untuk menyokong payudara anda. Payudara juga akan kelihatan lebih berisi. Namun, bra dengan dawai ini tidak selesa dipakai dalam jangka masa yang lama.

3. Push-Up Bra

Sekiranya anda tidak selesa memakai bra berdawai, cuba pakai push-up bra. Bra ini sesuai jika anda mahu payudara anda kelihatan lebih naik dan menonjol. Sesuai untuk anda yang memiliki payudara tidak sama saiz.

4. Demi Bra

Biasanya cup bra ini tidak akan menutupi seluruh payudara anda, hanya sebahagian bawah sahaja.

IKLAN

5. Bralette

Anda boleh memakai bra ini sama seperti anda memakai baju. Bralette cukup selesa dipakai sewaktu tidur.

6. Strapless Bra

Bra ini tidak mempunyai tali seperti bra biasa. Namun, kebanyakan bra di pasaran menjual bra strapless yang serba guna iaitu tali yang boleh dicabut dan dipasang kembali.

IKLAN

7. Sports Bra

Sekiranya anda seorang yang suka bersukan, lebih baik sekiranya anda gunakan sports bra. Ia mampu menekan payudara agar lebih selesa kerana tidak bergoyang.

8. Minimizer Bra 

Buat anda mempunyai payudara yang lebih besar, lebih baik gunakan minimizer bra kerana ia akan membuatkan payudara anda tampak lebih kecil.

9. Adhesive Backless Bra

IKLAN

Buat anda yang mempunyai payudara yang kecil dan ingin ia kelihatan lebih penuh, cuba gunakan adhesive backless bra. Bra ini akan membuatkan payudara anda lebih bulat dan naik. Tetapi, jangan gunakan ia pada cuaca panas kerana ia memiliki bahan yang kurang selesa.

Selesa dan membentuk dengan koleksi Shape Smart baharu Triumph

Direka untuk menawarkan bentuk siluet menarik, fabrik 4D yang licin meregang dimanfaatkan bagi seluruh rangkaian coli tanpa wayar dan seluar dalam Shape Smart. Koleksi terbaharu ini tidak jelas kelihatan di sebalik pakaian, sekali gus membenarkan anda tampak hebat, seperti yang dirasai ketika memakainya. Menggabungkan teknologi signature kejuruteraan 4D daripada siri Fit Smart, termasuk 4D stretch cup yang menyediakan sokongan dan keselesaan, koleksi Shape Smart menyampaikan rekaan sempurna yang bersesuaian dengan bentuk unik setiap wanita.

Ciri-ciri kewanitaan merupakan keutamaan dalam kualiti inovatif koleksi pintar terbaharu ini. Renda halus dan keperincian jaringan pada coli dan seluar dalam menambahkan lagi keanggunan koleksi, pada masa sama ia juga menyediakan fleksibiliti pada pergerakan anda. Boleh didapati dalam empat warna sofistikated yang direka untuk bersesuaian dengan pakaian anda. Shape Smart merupakan pilihan terbaik bagi individu yang menginginkan keselesaan luar biasa bersama penampilan yang sempurna.