Kulit yang bersih, cerah, flawless, dan sehat tentu idaman kebanyakkan wanita. Maka untuk memilikinya, sering kita disyorkan pelbagai cara yang dipercayai mampu memberikan kesan serta hasil terbaik bagi kulit kita.
Tapi disebalik lambakkan tip-tip kecantikan yang boleh diperolehi secara atas talian ini. Bukan semuanya kita boleh percaya tau sis! Ada beberapa tip mungkin sekadar mitos dan hanya memberikan kesan buruk serta kerosakkan kepada kulit jika diamalkan.
Jom ambil tahu apa dia mitos-mitos kecantikkan itu! Elakkan diri dari terpedaya kerana buruk padahnya kelak. Di sini Hijabista senaraikan 6 diantaranya.
6 Mitos Kecantikkan Yang Perlu Dihindarkan!
Mitos 1: Tidak mencuci wajah punca muka ditumbuhi jerawat.
Fakta: Sebenarnya mencuci wajah langsung tiada kena mengena dengan punca atau penyebab munculnya jerawat pada wajah. Ini kerana, jerawat hadir akibat kulit yang mengeluarkan minyak yang berlebihan sehingga menyumbat liang pori pada wajah. Apabila pori-pori tersumbat ia menjadi tempat pengumpulan bakteria hingga terhasilnya jerawat.
Ads
Mitos 2: Produk alami dan semulajadi lebih selamat digunakan.
Fakta: Meskipun kita selalu di ‘momokkan’ dengan dakyah bahawa produk yang dioerbuat atau mengandungi bahan semulajadi, pastinya selamat digunakan dan tidak akan mendatangkan kemudharatan kepada kulit. Tapi, ia tidak benar-benar selamat untuk semua orang tau! Terutamnya jika hijabi mempunyai masalah alergik terhadap sesetengah bahan semulajadi contohnya seperti alergik terhadap debunga, alergik terhadap buah-buahan dan bermacam lagi. Jadi bukan semua produk sumber alam itu selamat dan tidak mengandungi racun.
Mitos 3: Krim mata tidak memberikan sebarang kesan kepada ‘Panda Eye’
Ads
Fakta: Krim mata merupakan produk kecantikan paling tidak berkesan dan bermanfaat? Ini ternyata salah dan mitos. Mustahil produk krim mata langsung tidak membantu anda menyelesaikan masalah pada area mata. Ini kerana kebanyakkan krim mata sememangnya di formulasi untuk memberikan banyak manfaat dan mengatasi masalah seperti mengurangkan kedutan, masalah kantung mata, dark circle, eyebag serta fineline dan garis-garis halus pada kawasan mata.
Mitos 4: Tidak perlu gunakan produk yang mengandungi retinol sebelum cecah usia 50 tahun.
Fakta: Jika anda merupakan seorang yang mahukan kecantikan kulit kekal terjaga dan awet muda meski ketika usia sudah menjangkau 50-an, Hijabista menyarankan agar anda menggunakan produk yang mengandungi retinol di pertengahan usia 20-an untuk mencegah terjadinya kerosakkan pada kulit wajah. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati!
Mitos 5: Sunscreen hanya perlu dipakai ketika cuaca panas terik
Fakta: Sinar Ultra Violet (UV) yang dipancarkan menerusi cahaya matahari walaupun tidak terik tetap boleh menembus lapisan kulit dan membuat kerosakkan pada tekstur kulit anda. Jadi, tidak kira samada hijabi mempunyai aktiviti di luar ataupun di dalam pejabat pastikan anda selalu menggunakan sunscreen tau! Untuk selalu melindungi kesihatan kulit anda.
Pasti sis semua ada seorang kawan yang suka akan terhadap warna ungu! Bukan sahaja beg tangan, malah, phone case, bekas hand sanitizer, dompet dan kalau boleh semua barang peribadi dan aksesori mereka akan berwarna atau berunsurkan warna ungu.
Belum lagi anda tanya mereka mengenai warna kegemaran, sudah tentu ramai penggemar warna ungu akan bersorak dan berani untuk menyatakan rasa cinta kepada warna ungu. Jadi ada apa dengan warna ungu? Mereka ini obses atau apa?
Hakikat kepada penggemar warna ungu, mereka tampak sangat bangga dengan warna kegemaran mereka. Tiada apa yang boleh mereka sembunyikan tentang rasa cinta terhadap warna ungu kerana pasti setiap barang peribadi mereka ada ‘terselit’ warna ungu.
Sebenarnya ada maksud tersirat melalui warna ungu yang membuatkan ia unik dan menjadi satu warna yang sangat ‘kuat’. Warna ungu juga di kaitkan dengan pelbagai makna termasuklah kebijaksanaan, kreativiti, kuasa, cita-cita, dan kemewahan. Ia juga boleh di kaitkan dengan makna magis, kemewahan, keamanan, kebangaan, dan kemerdekaan. Mengikut segi psikologi warna pula, warna ungu menunjukkan bahawa ia dapat manipulasi emosi dan tingkah laku.
Menurut VeryWellmind, warna ungu juga sering di kaitkan dengan warna elit kerana pengeluarannya sangat sedikit dan juga susah di dapati di pasaran buat seketika waktu dahulu. Jadi ia di anggap sebagai warna elit kerana kebanyakan golongan bangsawan sahaja yang memiliki warna ungu dalam pakaian atau barang peribadi mereka.
Pada sekitar 1200 SM, Bandar Tirus (di sepanjang pantai Phoenicia purba) mula menghasilkan pewarna ungu dengan menhancurkan cangkerang siput laut yang kecil. Ungu Tyrian adalah warna yang terhasil dan menjadi begitu terkenal sehingga di sebut dalam ‘Illiad’ karya Homer dan ‘Aeneid‘ karya Virgil. Alexander the Great dan raja-raja Mesir juga memakai pakaian berwarna ungu Tyrian.
Warna ungu juga menurut tag, merupakan satu warna yang paling kuat dalam spektrum warna. Dalam bentuk cahaya, kelihatan kuat gelombang warna tersebut. Semakin kecil panjang gelombang, semakin kuat ia terjelas. Panjang gelombang warna ungu adalah sebanyak 400 nanometer yang menjadikannya warna terkecil tetapi paling kuat antara semua warna. Ini mungkin dapat di jelaskan mengapa ungu sering di kaitkan dengan magis atau ajaib.
Bagi mereka yang menggemari warna ungu, mereka sering di kaitkan dengan orang yang sangat unik, bijak, dan misteri. Sering kali mereka juga menjadi orang sangat posesif! Jadi jika sis mempunyai kawan yang gemar warna ungu, sudah tentu mereka akan bangga dengan fakta mengenai warna ungu ini.
Kebanyakan orang berjaya menurukan berat badan dengan membuang soda dalam minuman. Minuman inilah yang membawa kepada kenaikan berat badan, manakala minuman berkalori rendah dapat membantu anda melakukan perkara sebaliknya seperti meningkatkan metabolisme, menstabilkan gula darah, dan mengawal keinginan.
Kini, makanan ringan sama sekali tidak menjadi minuman ajaib. Mereka tidak akan mengubah badan anda dalam semalam. Tetapi jika anda merancang untuk melakukan perubahan gaya hidup yang lain juga, 12 minuman sihat ini dapat memberi dorongan pada perjalanan penurunan berat badan anda.
Air ia tidak mempunyai kalori! Tetapi H2O mempunyai lebih banyak lagi kualiti yang menjadikannya sangat berguna untuk menurunkan berat badan. Para penyelidik mendapati bahawa perbelanjaan tenaga rehat anda (atau jumlah kalori yang dibakar ketika diam) dapat meningkat hingga 24-30% dalam masa 10 minit dari minum air.
Air minuman semula jadi ini tidak mengandungi bahan tambahan dan tetap tidak tersentuh dari lubang bor ke botol. Hujan dari hutan hujan tropika yang subur di Viti Levu, menapis perlahan-lahan melalui kawasan gunung berapi Ba dan Kromarua
pulau menjadi akuifer semula jadi yang terbentuk berabad-abad yang lalu.
Loji pembotolan Island Chill terletak di atas akuifer ini dan menarik air berharga ini terus ke Island Chill sebotol. Rasa air Island Chill yang unik dan tersendiri mengesahkannya sebagai salah satu perairan paling murni di Bumi – Taste of Perfection, hadiah alam dari pulau-pulau Fiji yang masih asli.
Island Chill adalah kandungan silika semula jadi tertinggi di Fiji untuk air botol. Silika terkenal untuk menghasilkan rambut yang sihat, kulit berseri, kuku kuat dan sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang badan. Silica juga membatu keseimbangan hormon mineral yang betul, memberi tenaga sistem imun.
Teh hijau mempunyai dua bahan utama yang membantu dalam pembakaran lemak: kafein dan antioksidan. Kafein adalah perangsang yang diketahui dapat meningkatkan kalori dan meningkatkan prestasi semasa bersenam. Secawan teh hijau mengandungi 24-40 mg kafein. Teh hijau juga mengandungi antioksidan kuat yang disebut epigallocatechin gallate (EGCG) – satu lagi penggalak metabolisme yang dapat membantu memecahkan lemak dalam badan.
Air lemon belum terbukti dapat meningkatkan metabolisme atau detoksifikasi. Tetapi menjatuhkan sedikit jus lemon ke dalam air anda adalah pilihan kalori rendah yang bagus untuk rasa yang dianggap kebanyakan orang dengan minuman yang membosankan. Oleh itu, jika anda menghadapi masalah untuk minum cukup air pada siang hari, cubalah memasukkan buah ini ke dalam minuman. Jus lemon juga dibungkus dengan vitamin C yang dapat meningkatkan daya tahan tubuh, meningkatkan penyerapan zat besi, dan membantu mengurangkan risiko anda mendapat barah tertentu.
Peranan akar kuat ini dalam menurunkan berat badan tidak banyak berkaitan dengan lemak yang mengganggu dan lebih berkaitan dengan membalikkan gejala yang sering menghalangi individu untuk menurunkan berat badan. Contohnya, halia mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang dapat membantu mencegah kerosakan kardiovaskular dan tekanan lain yang berlebihan. Berkat sebatian yang disebut gingerol, halia berpotensi untuk meningkatkan kadar gula darah dan mengurangkan kolesterol “buruk”. Beberapa penyelidikan juga menunjukkan bahawa minum air jahe sebelum makan dapat membantu perut anda merasa kenyang.
Air adas adalah kopling kerana ia membantu mengurangkan gangguan pencernaan, yang dalam beberapa kes dapat menyumbang kepada kenaikan berat badan. Sifat antibakteria dalam biji adas akan membantu mengekalkan usus yang sihat dan membolehkan anda memproses makanan dengan lebih mudah. Walauapapun yang dikatakan oleh beberapa pakar kesihatan, saintis masih mengkaji apakah adas membuat penekan selera makan atau tidak. Jika anda menyukai rasa licorice, teh adas mungkin menghirup rasa manis, manis dan rendah lemak.
Bahan penghilang lemak utama dalam cuka sari apel adalah asid asetik. Asid asetik juga dapat meningkatkan metabolisme, menurunkan kadar insulin, dan mengekang nafsu makan. Satu kajian yang dilakukan pada orang yang menghidap diabetes jenis 1 mendapati bahawa cuka sari apel melambatkan kadar makanan keluar dari perut anda. Ini bermaksud bahawa menambahkan beberapa sudu ke dalam minuman anda dapat membantu anda merasa kenyang lebih lama. Hanya amaran: Mengonsumsi minuman yang tinggi kandungan asid dapat mengikis gigi dan memburukkan lagi pedih ulu hati.
Seperti teh hijau, teh hitam mengandungi kafein (kira-kira 47 mg), perangsang yang mempercepat metabolisme. Tetapi teh hitam unik kerana mengandungi banyak polifenol. Sebatian ini mempunyai keupayaan untuk mengurangkan pengambilan kalori, meningkatkan bakteria sihat di usus, dan mendorong pemecahan lemak.
Dalam amalan Ayurveda, biji ajwain atau karom telah digunakan untuk merawat ulser dan gangguan pencernaan, yang dapat menyumbang kepada kenaikan berat badan dan kembung. Biji karom dikatakan mempunyai sifat anti-jamur dan antibakteria yang dapat membunuh kuman dalam usus anda. Berkenaan dengan kesan langsungnya terhadap penurunan berat badan, lebih banyak kajian perlu dilakukan. Tetapi sebilangan teh ajwain boleh memberi kesan positif keseluruhan terhadap kesihatan pencernaan.
Sekiranya anda benar-benar ingin merasa kenyang, cubalah membuang sedikit serbuk protein pada goncangan pagi anda. Protein adalah makronutrien yang menjaga perut anda merasa kenyang. Ia mengaktifkan hormon seperti GLP-1, yang mengurangkan sensasi rasa lapar, dan menurunkan ghrelin, hormon yang mengawal selera makan anda. Oleh itu sama ada protein whey, kacang polong, rami, atau beras, pilihlah yang sesuai dengan keperluan pencernaan anda. Tetapi pastikan untuk membaca label supaya tidak memakan produk yang mempunyai terlalu banyak gula atau bahan berbahaya.
Jus buah mungkin tinggi gula, tetapi jus sayuran segar adalah minuman rendah karbohidrat. Anda tahu bahawa jus sayuran adalah vitamin dan nutrien yang penting untuk kesihatan keseluruhan. Tetapi penyelidik juga mendapati bahawa individu yang minum banyak jus sayuran akhirnya meningkatkan pengambilan sayur-sayuran mereka dan makan lebih sedikit karbohidrat. Kedua-dua tabiat tersebut dapat membantu seseorang menurunkan berat badan, terutama mengingat fakta bahawa sayuran mengandung banyak serat, yang dapat mencegah rasa lapar.
Jintan rempah-rempah yang buat masakan kari anda enak, rupanya mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang berkat bahan aktif yang disebut thymoquinone. Oleh itu, jika anda merasa berat dan kembung, teh jintan boleh membuat keajaiban. Jintan juga dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan kolesterol, yang boleh mempengaruhi kemampuan seseorang untuk bersenam dengan selamat. Walaupun beberapa kajian menyokong jintan sebagai suplemen penurunan berat badan yang baik, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan keberkesanannya secara langsung untuk membuang lemak.
Berbanding dengan teh hitam dan hijau, kopi mempunyai kafein paling banyak dengan kira-kira 95 mg setiap cawan. Kafein adalah perangsang yang dapat meningkatkan berapa banyak kalori yang anda bakar dan meningkatkan pemecahan lemak. Kopi juga mengandungi theobromine, theophylline, dan chlorogenic acid, tiga sebatian yang diketahui mempengaruhi metabolisme. Malangnya, kualiti pembakaran lemak dalam kopi tidak kekal selama-lamanya. Peminum kopi sebenarnya menjadi toleran terhadap kesan ini dari masa ke masa. Oleh itu, untuk mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang, kopi pasti tidak boleh diandalkan.
Menu musim luruh baru kini tersedia di semua kedai Starbucks di seluruh negara, yang menampilkan Pumpkin Spice Latte dan Pumpkin Spice yang baru Cream Cold Brew dan Pumpkin Spice Nitro Cold Brew. Minuman ini adalah tawaran waktu terhad dan hanya akan tersedia selagi bekalan masih ada.
Pelanggan akan mempunyai pelbagai pilihan untuk memesan dan mengambil minuman musim luruh kegemaran mereka, termasuk membuat pesanan di drive-thru, membawanya untuk dibawa pulang atau memesan melalui Starbucks Delivers melalui aplikasi GrabFood atau FoodPanda.
BAHARU! Pumpkin Spice Cream Cold Brew
Spice Cream Cold Brew minuman kopi sejuk labu pertama yang pertama sejak PSL pada tahun 2003. Minuman yang enak dibuat dengan Starbucks® Cold Brew, sirap vanila, dan disiapkan dengan rasa labu busa sejuk krim yang dibuat dengan labu sebenar dan rempah labu yang dibersihkan untuk kemasan baldu yang sangat halus. The Coldbrew® Pumpkin Spice Cream Cold Brew boleh didapati sebagai minuman buatan tangan es sahaja.
BAHARU! Pumpkin Spice Nitro Cold Brew
Untuk penggemar kopi klasil Starbucks® Pumpkin Spice Nitro Cold Brew adalah kelainan, dihidangkan sejuk dan terus dari paip dan disertakan dengan krim manis vanila dan sos rempah labu keemasan, dihiasi dengan busa sejuk krim labu untuk kopi baldu yang lebih enak dari sebelumnya. The Starbucks® Pumpkin Spice Nitro Cold Brew boleh didapati sebagai minuman buatan tangan sahaja.
KEMBALI ATAS PEMINTAAN! Pumpkin Spice Latte
Minuman yang luar biasa ini mempunyai permintaan dan kembali untuk sempurnakan hari. Starbucks® Pumpkin Spice Latte boleh didapati sebagai minuman campuran panas, ais dan Frappuccino®.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anda pasti pernah mengalami masalah warna corak batik seluruh kain ‘turun’ warna bukan? Memang rasa sedih dan kecewa apatah lagi jika kain tersebut merupakan kain kesayangan anda atau baru sahaja dibeli.
Nanti! Jangan dibuang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna itu. Sebenarnya ada cara untuk menghilangkan kesan tompok-tompok yang ada pada pakaian yang turun warna.
Melalui perkongsian Faryna Mohd Khalis dia berjaya mengatasi masalah pakaian yang ‘turun’ warna dengan beberapa langkah mudah. Hanya menggunakan bahan yang memang sedia ada di rumah.
Paling utama, warna dan corak asal pada kain masih elok dan cantik. Jadi tidak perlulah membazir apabila terjadinya masalah pakaian ‘turun’ warna. Pastinya ramai pernah mengalami masalah ini. Kini, anda mampu mengatasinya dengan mudah!
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Sedikit sabun serbuk
Air panas
Air paip
Nota: Kain turun warna milik wanita ini jenis daripada kain kapas. Tidak pasti sama ada jenis kain lain atau material yang jenis nipis sesuai atau tidak untuk direndam dalam air panas)
CARA-CARA:
1. Rendam pakaian yang telah turun warna itu selama lebih kurang 5 hingga 10 minit.
2. Tompokan kesan ‘turun warna’ pada kain terus sahaja hilang di bahagian kain yang putih.
3. Akhir sekali bilas dengan air bersih dan sidai. Mudah sahaja bukan. Jadi selepas ini tiada lagi masalah perlu buang pakaian yang mengalami masalah ‘turun’ warna.
HIJABISTA: Tip ini boleh juga digunakan untuk pakaian warna putih yang mengalami masalah turun warna. Gunakan bahan dan cara yang sama.