Terdahulu, Hijabista ada menulis mengenai kisah pengantin yang berkahwin walaupun si suami terlantar sakit serta terpaksa menggunakan ‘stretcher’ untuk memasuki dewan sanding. Pasangan tersebut terlihat ceria dan bahagia untuk melayari bahtera perkahwinan. Namun baru-baru ini, Hijabista menerima berita bahawa suaminya kini telah pergi buat selamanya.
Seperti yang sudah diketahui umum, rezeki, jodoh dan ajal semua sudah ditetapkan dan di takdirkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Setiap yang hidup, pasti akan meninggal dunia juga suatu hari nanti.
“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’un”
Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya
Kisah cinta sejati Siti Marha bersama suaminya, Mohd Hashmi tidak berpanjangan apabila suaminya yang menderita akibat penyakit kanser barah otot (Leiomyosarcoma) tahap empat itu disahkan meninggal dunia Rabu lalu. Berita pemergian arwah telah dikongsikan Siti Marha sendiri melalui laman Tiktok.
“Mohon doakan suami saya Mohd Hashmi bin Arifin” tulisnya di ruangan kapsyen.
Melalui hantaran TikTok yang dimuat naik, beberapa individu dilihat keluar daripada rumah sambil mengusung keranda arwah untuk dimasukkan ke dalam van jenazah. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kapar, Klang, Selangor.
Sempat menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-36
Hijabista sempat meninjau ke ruangan hantaran video yang lain dan mendapati bahawa arwah baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-36 pada 1 Disember lalu di sebuah pusat rawatan. Sambutan itu diadakan secara kecil-kecilan dengan kehadiran keluarga terdekat bagi memeriahkan suasana.
Sumber gambar dari TikTok Siti Marha
Bahkan pada 5 Disember, Siti Marha sempat berkongsi video kompilasi ketika suaminya mendapatkan rawatan di hospital. Siti Marha menyatakan bahawa dia merindui momen ketika bertemu suaminya di hospital.
Untuk pengetahuan anda, Siti Marha yang juga seorang jururawat berkenalan dengan suaminya sejak sembilan tahun lalu ketika Mohd Hashmi dimasukkan ke pusat perubatan tempatnya bertugas untuk mendapatkan rawatan akibat terbabit dalam kemalangan.
Ads
@marhashmi121122 How I missed this moment,I kenal u sbb nk tlg u pulih balik…ajar u bjalan from walking frame to elbow crutches then I sangka boleh train u sampai X perlu pakai tongkat,tp apakan daya kita nk tolak takdir,keadaan u X mengizinkan 🥺 February rehab moment😘 #marhashmi♬ Muhasabah Cinta – Anisa Rahman
“How I missed this moment. Saya kenal awak sebab nak tolong awak pulih balik.
“Ajar awak berjalan dari walking frame ke elbow crutches. Kemudian saya sangka boleh ajar awak sampai tak perlu pakai tongkat tapi apakan daya kita nak tolak takdir. Keadaan awak tak mengizinkan,” tulisnya dalam video tersebut.
Difahamkan, keadaan arwah dikatakan semakin merosot sehinggalah Marha menerima khabar bahawa suami tercinta telah pergi buat selama-lamanya.
Menerusi video di TikTok, Marha turut memaklumkan suaminya ‘pergi’ selepas empat minggu mereka mendirikan rumah tangga. Marha akui sudah reda dengan pemergian suami tercinta meskipun tak dapat digambarkan betapa pilunya hati seorang isteri. Dia turut memohon orang ramai mendoakan buat arwah suaminya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen yang turut bersimpati dengan ujian yang menimpa wanita ini. Selain itu, mereka turut berharap wanita ini terus tabah menjalani dugaan besar atas kehilangan suaminya itu.
Kebanyakan perempuan pasti tidak dapat lari daripada mengalami kesakitan senggugut sewaktu datang bulan. Sakitnya tidak dapat digambarkan, hanya Tuhan sahaja yang tahu!
Jika wanita lain mungkin sudah biasa dengan keadaan begini, namun situasinya mungkin agak sukar buat mereka yang bergelar insan istimewa.
Di Instagram, Bengah telah berkongsikan dengan pengikutnya serba sedikit mengenai pengalaman adiknya yang sindrom down yang mesra dipanggil Cik Pia sewaktu menghadapi senggugut.
“Period Pain”
.
Sakit datang bulan dekat anak istimewa ni.. abang kongsi pengalaman yang baru kejap tadi ni terjadi la. Bengah keluar makan dengan keluarga.. bawa Ayah makan nasi arab kat food truck dekat dengan rumah. dah lama tak bawa Mak Ayah makan luar. Cik Pia ikut sekali.. nampak dia memang tak sihat tapi NAK JUGA IKUT.
.
Bermula lah dugaan kecil pada keluarga ini.. Cik Pia sakit perut. Akak cakap Cik Pia tengah datang bulan. Period pain laa.. memang angin Cik Pia lain la. Makanan yang dah dibeli semua tadi dia tolak tepi kecuali keropok kentang katanya boleh bawa balik rumah. hehe.. pandai ye? selamat bawa balik keropok.
Sakitnya tak boleh dibawa dibincang…
Habis dia melawan sakit perut tu. berhempas pulas menahan kesakitan.. dia muntah ditempat kejadian.. Cik Bunge dengan pantas sediakan beg plastik akak @asyamohdnoor dengan segera dan dari awal dah standby sebelah Cik Pia. Aku tergamam jap.. tak marah dan tak rasa malu apa.. cuma kesian dengan adik istimewa ni. Kita nak marah dia tak boleh.. dah cakap dah tadi jangan ikut.. JANGAN IKUT. Kau degil betul ya wahai adik…
.
Mak dan Ayah senyum je.. akak yang uruskan semua. masa Bengah rakam video ni nak bagi dia kentang goreng, ayam gunting spicy dengan hotdog cheese yang Cik Pia pesan.. lepas dia muntah perut sakit. Bengah la kena habiskan ?
.
Sakit Period Pain ni tak boleh bawak bincang… kesian adik abang.
. #AbangYangPenyayang #KesayanganAlam
Sementara itu, netizen juga tidak lupa berkongsikan tip bagi meredakan kesakitan sewaktu mengalami period pan. Ramai juga yang berasa sedih melihat Cik Pia kerana memahami derita yang dialami.
Memilih produk perawatan kulit untuk sesetengah individu merupakan perkara yang merunsingkan. Apatah lagi, sekiranya anda mempunyai masalah kulit tertentu seperti dehidrasi atau kering. Sekilas, masalah ini terlihat sama namun perawatannya berbeza. Jadi, anda perlu mengetahui apakah perbezaan produk hydrating dan moisturizing untuk kulit agar tidak salah pilih.
Perbezaan produk hydrating dan moisturizing
Pic: Wise Bread
Kulit yang kering dan dehidrasi adalah dua perkara yang berbeza. Kulit kering biasanya lebih disebabkan oleh kurangnya produksi sebum minyak semula jadi yang bersifat genetik dan makin cenderung dengan perbertambahan usia. Sementara itu, kulit yang dehidrasi disebabkan oleh kebiasaan kurang minum air, cuaca yang terlalu kering atau terlalu panas, paparan sinar matahari, atau kerana kurang tidur.
Sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi pada kulit, tapi tidak semua jenis kulit adalah kering. Jadi dua perkara yang berbeza ini, produk perawatan kulit yang diperlukan juga tidak sama. Berikut adalah perbezaan produk hydrating dan moisturizing yang paling terserlah:
1. Produk hydrating untuk kulit dehidrasi
Sesuai dengan namanya, produk perawatan kulit yang bersifat hydrating bermanfaat untuk menghidrasi kulit wajah. Produk hydrating juga bersifat humectant yang membuatnya dapat menyerap air dari luar ke dalam kulit. Jadi, produk hydrating biasanya digunakan jika anda mempunyai masalah kulit dehidrasi.
Kulit dehidrasi adalah keadaan kulit yang kurang kandungan air, sehingga tekstur kulit pun boleh berubah. Tanda awal kulit dehidrasi adalah kemerahan, peradangan, juga boleh terasa gatal.
Beberapa kandungan yang boleh anda temukan pada produk hydrating adalah hyaluronic acid, gliserin, propylene glycol, madu, pantenol, serta kolagen. Kandungan bahan ini juga hyaluronic acid dapat mempertahankan dan meningkatkan kadar hidrasi sehingga kulit kembali lembap serta anjal.
2. Produk moisturizing untuk kulit kering
Jika produk hydrating dikhaskan untuk kulit dehidrasi, maka produk yang bersifat moisturizing dikhaskan untuk pemilik kulit kering.
Kulit kering mempunyai pelindung alami untuk menahan kelembapan, namun tidak cukup kuat sehingga masih perlu bantuan produk pelembap. Inilah yang menjadi perbezaan fungsi dari produk hydrating dan moisturizing.
Pelembap bekerja menahan kelembapan sekaligus mencegah agar kelembapan semula jadi yang tersisa tidak hilang menguap dari kulit. Jadi, bukan untuk menambah kadar air agar tetap lembap.
Biasanya, produk pelembap untuk kulit kering mempunyai kandungan seperti mineral oil, petroleum jelly, minyak zaitun, atau zinc oxide. Pilihlah produk dengan kandungan yang juga mampu menambah kadar minyak semula jadi di kulit anda.
3. Konsistensi keduanya berbeza
Konsistensi dua produk ini juga mempunyai perbezaan seperti, sebahagian besar produk hydrating mengandung air sehingga kandungannya pun lebih cair, contohnya hydrating toner atau hydrating serum. Manakala, produk moisturizing mempunyai ketekalanyang lebih kental seperti krim atau losyen. Bagi pemilik jenis kulit kering, sebaiknya anda memilih produk moisturizing skincare dengan konsistensi yang cukup kental.
Moisturizer atau pelembap dengan kandungan emolien akan mencegah hilangnya kadar air di dalam kulit sekaligus menambah nutrisinya. Meskipun mempunyai perbezaan, produk hydrating dan moisturizing dapat digunakan bersama. Walaupun terdapat perbezaan antara produk hydrating serta moisturizing, kedua produk dapat digunakan secara bersamaan. Perlu diketahui, masalah dehidrasi boleh terjadi pada jenis kulit apa pun.
Jadi, menghidrasi kulit saja tidak cukup apabila tidak disertakan dengan produk pelembap. Bukan hanya untuk jenis kulit kering, kedua produk ini juga dapat diaplikasikan bagi pemilik jenis kulit berminyak. Terlebih, kandungan air boleh juga menguap bersama dengan minyak alami kulit akibat faktor lingkungan, dan akhirnya mendorong kulit jadi kering. Dehidrasi pun akan memperburuk produksi minyak di kulit anda.
Gunakan produk hydrating terlebih dahulu dan tunggu sampai benar-benar meresap. Lalu, setelah itu pakai produk moisturizing. Apapun produk yang anda gunakan, pilihlah produk skincare yang oil-free serta noncomedogenic agar tidak menyumbat pori-pori.
Produk cadangan terbaik untuk hydrating dan moisturizing
Sesuai untuk kulit berminyak, pelembap ini menyerap seketika sehingga kulit anda terasa lebih lembut, berkhasiat dan sama sekali tidak berminyak. Konsistensi gel-krim menyebar secara merata, tetapi terasa seperti cecair setelah digunakan. Ia juga merupakan pelembap paling murah dalam senarai ini.
Ini bukan pelembap yang paling popular, tetapi yang ini mempunyai reputasi lama dalam dunia kecantikan. Berfungsi dengan baik dan tidak mempunyai aroma. Satu sapuan formula hyaluronic acid dan kaya niacinamide sangat melembapkan kulit.
Mereka yang menghidap eksim kronik memuji krim ini kerana kemampuannya menyembuhkan dan melegakan tompok-tompok yang degil. Ini adalah drug store Perancis yang mengandungi air mata air termal terkenal dengan sifat penyembuhannya, tetapi juga mempunyai hasil klinikal yang menyokong keberkesanannya dalam memperbaiki penghalang kulit. Ia sangat melegakan malah sesuai digunakan pada bayi.
Pelembap ini telah mencapai status kultus. Kegemaran bintang kesukaan ramai seperti Julia Roberts, Victoria Beckham, juru solek artist, model, dan banyak lagi. Sifat ketebalannya dan kilauan embun yang ditinggalkan terutama apabila digunakan untuk wajah dan badan. Pelembap ini juga boleh digunakan pada tangan, rambut, dan di tempat lain.
Sekiranya kulit anda bersisik dan jengkel, anda akan menyukai pelembap yang menenangkan ini. Tektur sedikit berat, jadi ini adalah pilihan yang baik bagi mereka yang melalui “Retinoid Uglies” . Terbaik untuk sesiapa sahaja yang menggunakan Accutane. Ia diformulasikan dengan shea butter dan colloidal oatmeal, yang terkenal dapat menghilangkan rasa gatal.
Sepanjang musim panas, krim ini dengan cepat menjadi pelembap terlaris Sephora dan habis dijual dua kali ganda. Ia mempunyai tekstur gel yang langsung menjadi pelembap sutera yang kaya pada kulit, dan melembapkan tanpa berminyak.
Pelembap ini penuh dengan ceramida, “lemak” yang baik untuk kulit anda yang membantu menguatkan penghalang kelembapan dan mencegah penghidratan daripada keluar dari liang pori. Krim pelembap ini mengandungi lima jenis dan mempunyai hampir 900 ulasan memberi lima bintang, menyebutnya “intens” dan “mesti dicuba untuk jenis kulit kering.”
Ia kelihatan seperti krim pencukur, tetapi pelembap tebal dan lembut ini adalah sumber bahan pelembap yang hebat. Pertama, bebas dari wangian bermaksud ia tidak akan merengsakan kulit sensitif, dan mengandungi minyak tumbuhan yang baik untuk anda dan asid lemak yang berasal dari sayur-sayuran untuk membasahi wajah kering. Tambahan lagi tanpa silikon dan lilin.
Adalah bijak untuk menggabungkan pelindung matahari dan pelembap dalam satu produk. Berita buruknya ialah sering tidak dilakukan dengan baik. Itu tidak berlaku dengan pelembap ini, yang mempunyai SPF 40, tetapi sangat boleh dicampur, tidak berminyak, dan menghidratkan tanpa memberikan apa-apa jenis putih.
Sekiranya anda dibesarkan dengan sistem tiga langkah Clinique, tetapi memerlukan sesuatu yang lebih kaya, pertimbangkan versi klasik kultus ini. Krim sutera meluncur di atas tompok kasar. Dimuatkan dengan antioksidan dan emolien seperti gliserin dan petrolatum, ia menjadikan kulit berasa selesa dan lembut sepanjang hari.
Sekiranya frasa “bebas minyak” menenangkan hati anda, pelembap ini pilihan terbaik. Walaupun tidak mengandungi minyak, ia masih melembapkan, berkat campuran empat jenis asid hyaluronik. Ia dikaji secara positif di Sephora, dengan beratus-ratus orang memujinya sebagai yang terbaik untuk kulit berminyak.
Krim berat ini mengandungi bahan berteknologi tinggi, termasuk kepekatan asid hyaluronik 30 peratus. Dari saat ia diterapkan, anda akan merasakan sensasi yang menyejukkan, dan meninggalkan kesan yang sejuk. Tiga molekul asid hyaluronik bersaiz berbeza berfungsi untuk mengekalkan penghidratan pada kulit.
Krim baldu ini terasa hebat dan menyerap dengan cepat untuk mengembalikan kulit yang sangat kering. Ia mengandungi asid hyaluronik, peptida, dan antioksidan yang kononnya meningkatkan kolagen dan melancarkan garis halus ketika kulit anda kelihatan kurang hebat. Juru solek selebriti Charlotte Tilbury mengatakan bahawa dia telah menggunakan krim ini selama bertahun-tahun di pertunjukan fesyen dan pemotretan dengan pelanggan setia seperti Amal Clooney dan Kate Moss.
Berasal dari pusat inovasi kecantikan global, krim berasal Korea ini terasa seperti gel tetapi menawarkan khasiat mendalam yang sama seperti yang anda dapati dalam krim. Ia mengandungi campuran ramuan apothecary yang berfungsi untuk menyembuhkan dan menghidratkan kulit yang kenyal.
Krim ini terasa mewah, cukup dengan krim ini berfungsi untuk melembutkan kulit kering. Ini juga mengandung mukurossi ekstrak buah yang bertindak sebagai penghambat enzim kedutan untuk mencegah pembentukan garis masa depan.
Selebriti seperti Jennifer Lopez dan Nicole Kidman bersumpah dengan pelembap ini dan J.Lo dikhabarkan akan menggunakannya sebagai pelembap badan. “Miroth Broth” milik La Mer dibuat dengan rumput laut dan diduga berfungsi untuk melicinkan garis halus, mengecilkan pori-pori, dan memulihkan cahaya. Paling berkesan pada kulit yang sangat kering, krim pekat meleleh apabila digunakan. Juru solek selebriti seperti Hung Vanngo menggunakannya pada pelanggan mereka seperti Chrissy Teigen dan Selena Gomez.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pastinya ramai Hijabi yang mengikuti laman digital Hijabista acapkali membeli belah di butik Zara bukan? Kini jenama fesyen antarabangsa yang popular ini menjadi ‘panas’ apabila ketua rekaannya, Vanessa Perilman, mengeluarkan kenyataan anti-Palestin terhadap seorang model warganegara Palestin, Qaher Harhash.
Qaher yang merupakan seorang model antarabangsa pernah membintangi kempen Jean Paul Gaultier awal tahun ini bersama Bella Hadid. Insiden anti-Islam dan anti Palestin Vanessa Perilman didedakan oleh model ini apabila pereka fesyen itu menyerangnya di Instagram dengan mesej yang tidak prihatin terhadap penderitaan rakyat Palestin dan menyokong kekejaman Israel.
Vanessa yang merupakan ketua rekaan bahagian fesyen wanita jenama asal Sepanyol itu menghantar mesej menerusi aplikasi Instagram kepada Qahar berkata, “Mungkin jika bangsa anda terdidik dengan baik, mereka tidak akan meletupkan sekolah dan hospital yang mana Israel bantu membiayai pembinaannya di Gaza.”
Selain itu sebahagian lagi mesej yang dihantar menyatakan pendiriannya jelas, “Orang Israel tidak mengajar kanak-kanak untuk membenci atau melempar batu ke arah tentera seperti yang dilakukan orang Palestin. Mereka dalam industri fesyen tahu kebenaran tentang Israel dan Palestin dan saya tidak akan berhenti membela Israel. Orang seperti anda akan datang dan pergi akhirnya.”
Sedar atau tidak orang Muslim terutamanya wanita berhijab merupakan sebahagian dari pembeli busana dari jenama tersebut dan menyumbang kepada keuntungan syarikat terbabit. Sehingga kini, tiada lagi kenyataan rasmi dari Zara mengenai kedudukan Vanessa sebagai ketua pereka jenama tersebut.
Qahar menyifatkan perkara ini berat sebelah, dahulu John Galliano mengeluarkan kenyataan anti-semitik dia serta merta dipecat dari kedudukannya sebagai pengarah kreatif Dior. Namun berbeza pula dengan Zara yang dilihat tidak berbuat apa-apa terhadap kenyataan yang dikeluarkan Vanessa. Sebaliknya jenama tersebut hanya mengeluarkan kenyataan yang kononya Vanesa telah pun memohon maaf kepada Qaher dan Qaher menerima permohonan maaf tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...