Tidak kira apa jua panggilannya, tudung, selendang, hijab, ‘shawl’, penambahan aksesori bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik kala menggayakannya, bahkan anda akan rasa hebat memakainya mengikut kesesuaian aktiviti harian.
Tetapi tunggu! Sebelum anda berputus asa dalam usaha untuk menggayakannya, HIJABISTA tampilkan beberapa tip dalam usaha menggayakan barang-barang kemas dan perhiasan di samping mengekalkan imej berhijab!
Tika mengenakan hijab polos tanpa motif, gunakan skarf bermotif atau sebaliknya. Skarf biasanya digunakan untuk melengkapi tampilan hijab turban yang menghabiskan seluruh bahagian hijab di atas kepala. Dengan menggunakan skarf, bahagian leher dan dada mampu diselindungkan.
2. Kalung / Rantai
Tidak perlu merasa ragu-ragu untuk memilih aksesori kalung yang akan digunakan, hanya perlu sesuaikan dengan gaya dan acara yang akan dihadiri. Jika ingin bergaya secara kasual, padankan sahaja kalung dengan hijab berona cerah.
Tidak disangkal lagi peri pentingnya mengenakan kaca mata buat hijabi tika panas mentari memancar bumi. Namun tidak salah jika sesekali berfesyen, kaca mata memang mempunyai peranan yang penting untuk penampilan si manis hijabi.
Usai melilit hijab, gunakan pin pelbagai bentuk untuk disematkan di hijab bahagian sisi telinga agar terlihat kemas dan tidak terurai.
Ads
5. Gelang, Cincin dan Jam Tangan
Pelbagai ajnas gelang, cincin dan jam tangan dapat digayakan untuk menonjolkan lagi penampilan. Pemakaian aksesori tersebut dapat menambah penampilan terlihat mewah.
Tas tangan ini merupakan suatu wadah atau tempat yang digunakan untuk meletakkan barangan supaya dapat dibawa ke mana pun. Dalam dunia fesyen, tas tangan mempunyai peranan sangat penting, dan sangat terlihat menonjol apatah lagi jika ronanya temerang.
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia adalah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tular wanita warga asing bakar kulit muka demi menegangkan dan melicinkan kulit di wajah, Regina Sganzeria 67 tahun menjalani kaedah invasif untuk menghapuskan kesan penuaan.
Merealisasikan impian melihat wajahnya muda, wanita ini sanggup merisikokan diri dengan rawatan pengelupasan kulit fenol. Walaubagaimanapun adakah ianya berbahaya dan terjamin berkesan untuk semua orang.
Adakah anda sedang mencari rawatan untuk mengurangkan kedutan muka anda? Jika terdapat rawatan yang boleh memperbaiki kedutan muka dan bintik matahari anda secara mendadak dan mempunyai masa rehat yang agak singkat, mungkin ini jawapan kepada soalan di atas. Pengelupasan kulit fenol mungkin penyelesaian untuk anda.
Fenol ialah pengelupasan kimia paling berkuasa yang ada dan bagus untuk merawat pelbagai kedutan halus, bintik matahari dan tompok yang berubah warna. Kekuatan kulit terletak pada bahan utamanya, iaitu fenol (juga dikenali sebagai asid karbolik) dan minyak croton. Kulitnya meresap jauh ke dalam kulit dan menanggalkan lapisan luar yang digantikan oleh kulit baharu. Ia juga menyebabkan lebih banyak pengeluaran kolagen dan kedua-dua kesan ini mempunyai kesan yang mendalam terhadap kedutan.
Kesan kulit fenol adalah terkumpul. Sesi berulang, dijarakkan antara bulan, disyorkan untuk hasil yang optimum. Pengelupasan fenol hanya perlu dilakukan oleh doktor perubatan seperti Pakar Kulit atau Pakar Bedah Plastik di kemudahan perubatan.
Pengelupasan kulit fenol penuh dilakukan di bawah sedasi intravena ringan. Sejurus selepas itu muka ditutup dengan topeng pita yang dikeluarkan pada hari berikutnya. Untuk minggu seterusnya, muka kekal lembap dengan kerap menyapu flanel basah dan krim Aquaphor. Proses mengelupas agak cepat dan biasanya selesai dalam 7-10 hari.
Selepas masa ini, solekan boleh digunakan pada muka tanpa sebarang masalah. Kulit muka akan menjadi merah jambu pada mulanya tetapi mendap dalam tempoh 6-8 minggu akan datang. Salah satu kelebihan hebat kulit fenol berbanding rawatan laser ialah dalam kebanyakan kes hanya satu rawatan diperlukan untuk mencapai peningkatan dramatik. Namun rawatan ini, tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap atau mereka yang mempunyai kulit sensitif yang terdedah kepada keradangan.
Setiap pengelupasan kimia dikaitkan dengan risiko tertentu dan yang dikaitkan dengan pengelupasan fenol termasuk jangkitan, parut, hipo/hiperpigmentasi, milia (cysta kecil seperti benjolan ditemui di bawah kulit), ketidakupayaan untuk menyamak dan ketoksikan jantung. Adalah sangat penting untuk mengikuti arahan selepas mengelupas untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
Tontonan lebih dari 1.2 M, rata-rata komen kagum dengan usaha wanita ini untuk cantik. Walaubagaimanpun untuk anda yang tidak pasti dengan keberkesanan rawatan ini, disarankan untuk aplikasikan krim anti penuaan seawal yang boleh.
Bergelar instafamous atau ‘influencer’ menjadi impian hijabi masa kini. Bukan sahaja terdedah dengan dunia glamor, tetapi juga menjanjikan pendapatan lumayan.
Hal ini turut diakui oleh influencer menggunakan nama Faralisa atau nama penuhnya Farah Anisah. Berusia 20 tahun Farah yang mempunyai follower berjumlah 236,000 di laman Instagram. Malah siapa sangka dalam usia masih muda itu, dia mampu menjana pendapatan hingga mencecah belasan ribu ringgit dengan menjadi influencer serta model bagi produk busana dan tudung. Bukan itu sahaja, Faralisa juga turut dilantik menjadi duta untuk produk penjagaan wajah.
Hijabista berkesempatan mengundangnya ke studio untuk berkongsi pengalaman bergelar personaliti media sosial sejak tiga tahun lalu.
Gadis manis yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkata dia memulakan kerjaya dalam bidang ini ketika masih bersekolah menengah lagi.
“Saya terbabit dalam bidang ini ketika usia masih belasan tahun, itu pun sekadar suka-suka dan tidak sangka dari sehari ke sehari ada peningkatan dari segi follower. Awalnya hanya lebih 100 orang kini lebih 200,000 pengikut. Produk pertama yang saya review adalah tudung. Selepas bergelar influencer, saya mula mendapat tawaran untuk menjadi model pula.
“Memang pada masa ini, influencer yang ramai pengikut menjadi pilihan pengasas produk untuk membuat review produk. Jadi, daripada situ bermula segalanya.
“Keseronokan bergelumang dalam bidang tersebut bagaimana pun banyak membantu saya terutama mendisiplinkan diri, berdikari, menepati masa, menjaga mood dan banyak yang saya belajar dalam bidang ini.
“Soal kata-kata orang kononnya influencer ini mengejar glamor semata-mata adalah salah. Sebenarnya influencer boleh jadi tidak ada bakat tapi memiliki follower yang ramai jadi secara tidak langsung mereka ini bermula dari bawah. Belajar sedikit demi sedikit, lama-kelamaan bakat itu datang secara automatik.” ungkap Farah yang tidak menolak pernah dikecam netizen.
Namun dia tidak mengambil pusing hal tersebut. Tambah Farah lagi, dia mengambil pendekatan menutup laman instagramnya jika berlaku sebarang kecaman kerana tidak mahu ia terus berlarutan.
“Memang kecaman akan diterima oleh mereka yang mempunyai ramai pengikut. Pasti ada sahaja yang tidak kena, sebagai contohnya kapsyen yang diletakkan itu boleh saja disalah tafsir oleh netizen terutama yang suka berfikiran negatif. Jadi saya memilih untuk deactivate Instagram lebih kurang seminggu untuk bagi keadaan reda kembali.
“Tidak timbul soal hilang follower kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita berusaha. Walaupun pendapatan saya bergantung sepenuhnya kepada kerjaya model dan duta selain paid review’.
“Memang agak terseksa sebenarnya namun demi memastikan persekitaran saya jauh dari perkara negatif, saya reda. Biasanya follower akan bertanyakan hal saya di laman instagram kakak atau kawan baik saya. Memang boleh jadi ‘sesak’ instagram mereka ketika itu,” ujar gadis manis yang sudah mempunyai teman hidup ini.
Jujur mengakui ahli keluarganya tidak membenarkan dia terjebak di dalam bidang ini kerana mahukan dia menyambung pengajian, namun hati dan jiwanya sudah ke arah bidang ini membuatkan dia nekad untuk meneruskan.
“Kalau diikutkan famili memang tidak izinkan, tetapi saya sudah terjebak dan nak tak nak saya terpaksa teruskan. Sementelah minat saya memang ke arah bidang ini. Justeru, saya kena buktikan kepada keluarga bahawa bidang ini juga boleh menjamin masa depan.
“Akhirnya apabila keluarga nampak apa yang saya lakukan ini ada manfaatnya dari segi memberi pendapatan, jadi mereka mulai faham dan menyokong,” ujar Farah lebih suka mengikut cara sendiri dibandingkan memilih cara yang ‘gila’ untuk sesuatu paid review.
Memilih Santorinis sebagai tempat impiannya untuk bercuti, cerita Farah pengalaman ke Jepun atas urusan kerja adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Namun begitu akui Farah setakat ini dia belum pernah bercuti sendiri atau melancong bersama kawan-kawan. Sebaliknya lebih banyak travel untuk urusan kerja.
Dalam pada itu biarpun tampak lemah lembut dan sopan, Farah seorang yang ‘sempoi’ dan sukakan imej rockers.
“Saya bukan jenis yang ‘ayu’ atau suka gaya yang ‘keperempuanan’, sebaliknya lebih suka gaya yang funky dan rock. Soal pemakaian tudung pula sebenarnya saya ‘dipaksa’ ketika berumur 16 tahun. Ayah antara orang yang banyak memberikan galakan.
“Namun, apabila kita mula berhijab, secara automatik kita jadi segan dan malu untuk membukanya,”jelas Farah yang tidak mempunyai idola dalam berhijab, sebaliknya dia mahu menjadi diri sendiri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Orang kata, wajah suami isteri bila seiras itu tandanya jodoh panjang. Pelik bukan? Macam mana wajah suami isteri boleh seiras? Apa puncanya? Memang banyak anggapan di kalangan masyarakat kalau orang yang berjodoh itu cenderung memiliki wajah yang mirip.
Menurut seorang pakar psikiatri, Dr Ahmad Rostam Md Zain melalui perkongsian di laman Twitter miliknya, dia menerangkan dengan lebih jelas mengenai isu ini.
FAKTA MENARIK MENGAPA PASANGAN KELIHATAN SEIRAS
Sudah tentu kita kerap kali terjumpa pasangan yang sudah berkahwin wajah mereka kelihatan seiras dan hampir serupa.
Kalau tidak kenal, mungkin ada yang akan kata mereka kembar @ bersaudara sedangkan mereka sebenarnya tidak. Sains ada jawapannya.
1. Kajian yang dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita @ iras dengan ibu ayah kita sendiri.
2. Teori ‘assortative mating’ pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara.
3. Pasangan juga cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama yang menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya.
4. Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi tidak hairanlah jika seorang sakit, yang seorang lagi juga bakal tidak sihat.
5. Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama.
6. Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan.
Sungguh, bahagia boleh dilihat, dirasa dan dikongsi.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.