Krim siang berfungsi untuk melindungi dan menyokong kulit daripada sinaran matahari, pencemaran & kimia daripada bahan solekan.

Tekstur krim siang lebih ringan dan cepat menyerap pada kulit berbanding dengan krim malam. Ia perlu dipakai sebelum pemakaian sunblock atau solekan untuk memberikan kesan yang lebih sempurna pada kulit.

Sumber gambar: Anna

Antara kebaikan krim siang/pagi pada kulit wajah adalah:

  1. Mengandungi banyak SPF dan sesuai digunakan dengan solekan.

Krim siang yang mengandungi SPF berpotensi untuk melindungi kulit anda dari sinaran UV yang boleh mengakibatkan masalah pada kulit wajah. Pada umumnya, krim siang mengandungi banyak pelembap / moisturizer dan SPF sebagai pelindung dari sinaran matahari jenis uv. Antara sumber lain yang terkandung dalam krim pagi/siang, adalah

  • Vitamin C
  • Kojic
  • Likuoris
  • Arbutin.

Krim siang juga direka untuk digunakan sebelum memakai produk kosmetik agar

  • Teksturnya lebih lembut
  • Lebih cepat diserap oleh kulit tetapi tidak menutup pori-pori kulit.
Sumber gambar: Sora

2. Memberi perlindungan kepada kulit

IKLAN

Krim siang memang direka khas untuk :

  • Memberikan perlindungan semasa kita bekerja di siang hari.
  • Mencantikkan kulit

Pada siang hari, kulit kita akan terdedah dengan kerosakan yang disebabkan oleh:

  • terdedah kepada sinar UV
  • Pencemaran kenderaan
  • Asap rokok
  • Alat solek / make up, dan banyak lagi.

Oleh kerana itu, krim siang yang mengandngi banyak bahan SPF yang dapat membantu untuk:

IKLAN
  • Kulit dapat dilindungi dari pendedahan kepada cahaya matahari
  • Photoaging
  • Dan radikal bebas.

3. Memperbaiki sel-sel kulit 

Krim siang juga berfungsi untuk memperbaiki sel-sel kulit untuk menjadikan kulit wajah lebih berseri dan sihat. Ia seolah-olah seperti memberi rawatan kepada kulit wajah. Jika krim siang bertugas untuk melindungi, krim malam bertugas untuk memberikan rawatan pada kulit wajah.

Selain bertujuan untuk memperbaiki dan menjana semula kulit, kandungan krim siang juga mencegah terjadinya proses kedutan dan penuaan pada kulit wajah.

IKLAN
Sumber gambar: Sora

4. Mengurangkan kedut di wajah 

Oleh disebabkan krim siang mengandungi pelembap yang tinggi, ia dapat mengurangkan kekeringan pada kulit wajah dan sekali gus dapat mengurangkan kedutan pada kulit. Ini membolehkan anda tampak lebih muda dari usia sebenar!

5. Pakai krim siang dan malam untuk kesan yang terbaik!

Gunakanlah krim siang di siang hari, supaya kulit dapat dilindungi dengan baik dari paparan sinar UV, radikal bebas dan juga pencemaran yang merosakkan kulit. nIa juga bertujuan untuk memulihkan dan mengembalikan kesihatan kulit agar kembali berseri seri.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI