Pembedahan plastik melibatkan prosedur yang drastik dan akan mengambil masa yang lama untuk pulih sepenuhnya. Kebanyakan pembedahan plastik juga melibatkan ubat bius, dan pesakit akan dibiuskan untuk menjalani pembedahan tersebut. Prosedur aestetik perubatan pula dianggap sebagai prosedur “non-invasive”, di mana ia tidak melibatkan masa yang lama untuk pulih sepenuhnya.

Menurut Pakar Perubatan dan Estetik Clique Clinic, Dr. Bob, setiap prosedur bergantung kepada prosedur yang disarankan.

“Masa untuk prosedur selesai dan masa untuk pulih akan dibincangkan bersama dengan doktor pembedahan yang terlibat. Prosedur minor akan memerlukan masa yang sedikit berbanding prosedur yang dikira sebagai major”.

IKLAN

Kesan sampingan pembedahan plastik. Wajarkah?

Sumber gambar: Iluminasi.com

Lazimnya, pembedahan plastik yang dijalankan bergantung sepenuhnya kepada kehendak individu. Separuh dari- pada pesakit mungkin mencari rawatan untuk mengubah bentuk muka (contohnya hidung, dagu, mata) manakala separuh lagi mungkin lebih menitikber- atkan rupa bentuk badan yang langsing (membuang lemak).

Tambah beliau, segala prosedur perubatan melibatkan kesan sampingan, sama ada kesan sampingan tersebut sekadar kecilan ataupun kesan sampingan utama.

IKLAN

“Hasil yang diperoleh daripada menjalani pembedahan plastik biasanya berkekalan. Oleh sebab itu, seseorang pesakit itu harus berfikir panjang dan memilih doktor pembedahan yang bertauliah yang boleh memahami kehendak pesakit.”

Dalam kes-kes yang paling teruk, pesakit mungkin meninggal dunia sekiranya berlaku komplikasi daripada ubat bius ataupun prosedur.

IKLAN

“Hasil yang diperoleh daripada menjalani pembedahan plastik biasanya berkekalan. Oleh sebab itu, seseorang pesakit itu harus berfikir panjang dan memilih doktor pembedahan yang ber- tauliah yang boleh memahami kehendak pesakit sebelum membuat keputusan. Sebaliknya, prosedur perubatan aestetik biasanya “reversible”, di mana hasilnya boleh dikembalikan kepada asal sekiranya tidak memuaskan”.

Bagaimana pula dengan prosedur yang gagal?

Sumber gambar: Santaisini

“Ada kes kes tertentu di mana “surgical revision” perlu dilaksanakan untuk membetulkan hasil yang kurang memuas- kan. Ketidakcekapan doktor pembedahan, ataupun tidak sefahaman antara doktor dan pesakit antara faktor yang menyebabkan prosedur gagal. Ia mungkin berlaku sekiranya keinginan pesakit berlainan berbanding apa yang boleh dicapai oleh doktor pembedahan tersebut, seterusnya menyebabkan rasa tidak puas hati”.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI