
Isi Kandungan
ToggleSebagai wanita, pasti kita tidak suka membuat suatu perkara yang menyusahkan. Dan paling seronok jika dapat melakukan sesuatu yang menyenangkan hidup. Maklumlah hijabi paling tidak suka bila kena buat perkara yang melecehkan dan remeh-temeh. Memang lumrah wanita sukakan benda yang simple dan cepat. Misalnya kalau bab makan, memang tak kuasa nak beratur atau masuk kedai yang full house. Admin nak share sikit antara perkara yang menyenangkan hidup kita. Agak-agak yang mana buat hijabi setuju atau tidak?
1. Shopping Online
Memang jadi masalah besar bila dah lama tak shopping, mesti ada rasa keinginan nak membeli makin membuak-buak. Lagi-lagi bila sudah hujung tahun ini macam-macam jenis jualan murah. MIsalnya ada jualan Black Friday la, year-end sale ataupun Christmas sale la. Memang ini akan menyebabkan duit makin susut. Tetapi bagi yang nak shopping, dan malas nak pergi ke pusat beli belah tak payah risau, online shopping kan ada!
2. Dobi ‘On The Go’
Apabila sudah seminggu tidak basuh baju sebab sibuk bekerja dan kain baju akan menggunung tingginya! Tambah lagi musim hujan sekarang dan selepas itu baju tak akan kering. Jadi penyelesaiannya, kena pergi kedai dobi. Tetapi bagi yang tak berkesempatan, boleh cuba perkhidmatan ‘dobi on-the-go’ ini! Ada orang yang akan ‘collect’ baju di rumah, basuh dan hantarkan semula di rumah. Kalau dapat pakej lipat baju lagi seronok kan.
3. Guna ‘Public Transport’
Oleh kerana musim hujan sekarang ini jadi agak malas sedikit untuk ke tempat kerja. Tambahan lagi nak berhadapan dengan masalah trafik akibat hujan ini. Jadi solusinya, apa kata anda pergi kerja dengan menaiki perkhidmatan awam sahaja seperti LRT, MRT atau KOMUTER. Hati senang dan jiwa pun tenang.
4. Kerja Dari Rumah
Perkara ni memang selalu berlaku. Nak kerja dari rumah tapi tak sempat apply cuti. Jadi terus ambil keputusan untuk bercuti terus walaupun tak masuk pejabat. tetapi admin nak ingatkan jangan pula tidur sahaja ketika di rumah. Kerja tetap kena buat walaupun duduk di rumah terutama yang boleh ‘update’ dari rumah. Cuma pastikan data internet anda mencukupi.
5. Guna ‘Personal Stylist’
Ini perkara paling menyeronokkan. Malah pasti hijabi berharap akan ada personal stylist kan? Mereka ini yang akan tolong decide anda untuk pakai baju apa bila pergi kerja, keluar dengan kawan-kawan dan sebagainya. Tidaklah hanya termenung depan wardrobe memikirkan untuk apa yang mahu dipakai untuk pergi kerja sebaik bangun tidur. Semua sudah tersedia! Memang senang bukan?
6. ‘Breakfast Delivery’
Punya la malas nak keluar sarapan, sampai sarapan pun nak delivery. Tetapi lagi bagus juga sebab tak perlu membazir masa duduk makan sarapan sampai terbabas waktu kerja. Tetapi sediakan sahaja duitnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bajet Tak Sampai RM3K, Lelaki Ini Syukur Dapat ‘Mata’ Balik Lepas Buat Pembedahan Lasik. Tak Sakit & Berbaloi!

Isi Kandungan
ToggleAda yang kata kalau jenis yang pakai kaca mata ini sebenarnya adalah satu kecacatan. Maklumlah pandangan tidak berapa bagus dan terpaksa menggunakan kaca mata bagi membolehkan pandangan lebih jelas dan cerah. Namun ada yang tidak begitu gemar memakai kaca mata kerana seperti ada gangguan di tepi telinga.
Jadi terpaksalah menggunakan kanta lekap untuk memastikan penampilan lebih cantik dan menawan. Namun cara penggunaannya membuatkan ramai yang tidak selesa kerana ia perlu dijaga sebaiknya. Jadi alternatif lain untuk tidak menggunakan kaca mata atau kanta lekap adalah pembedahan mata secara lasik.
Seperti perkongsian lelaki ini, Muzaimil Huzairi yang sudah lapan tahun memakai kaca mata dan akhirnya dapat kembali ‘matanya’ setelah membuat pembedahan lasik. Menurutnya pandangan terus jadi cerah dan paling seronok silau juga hilang.

SELAMAT TINGGAL RABUN
====
MY LASIK REVIEW
Nak dekat 8 tahun pakai spec. Alhamdulilah dapat balik “mata” . Lepas buat lasik surgery ni mata kembali macam asal nampak clear terus & paling seronok bila silau pun hilang sekali.
Sebelum tu, dulu memang seorang yang rabun jauh. Mula pakai spec masa spm kalau tak silap. Tapi masa tu pakai pun “on off” saja sebab power masa tu takda la teruk sangat.

Rabun sampai kena pakai kaca mata sepanjang masa
Bila sambung belajar di universiti, mata semakin rabun sampai kena pakai sepanjang masa. Mungkin salah satu sebab masa belajar tu memang boleh katakan tiap hari menghadap laptop (kos graphic design mmg tak lari dengan laptop). Bila hari hari tengok laptop, rabun pun makin lama makin teruk. Power makin naik. Tapi masa ni belum terfikir nak buat “lasik surgery” lagi. Tak pakai spec masih boleh nampak tapi blur blur ? so masa tengah tak pakai spec, kalau ada yang melambai atau tegur tapi tak dilayan minta maaf ye hahahaha rabun la katakan.
Dah habis belajar, masuk alam pekerjaan pulak. Power makin naik lagi (last check sebelum lasik hari tu power dah nak dekat 300). Lepas tu terfikir nak buat lasik surgery, tapi modal belum ada jadi hold kejap. Bila dah ada saving sikit, baru lah mula survey tempat mana yang ada buat lasik ni (Dr. Muhaya, UIA Kuantan, Pusat Pakar Mata Abdul Razak & Advance Vision Eye).
After dah dapat result dari survey tadi, then consider dari segi cost/location, puas hati dengan review dari customer yang pernah buat kat tempat tu & kos yang paling murah (nak dibezakan dengan tempat lain ). Akhirnya buat keputusan untuk buat “pembedahan lasik” di Advance Vision Eye Specialist Centre dekat Damansara Utama.

Ini cara yang perlu dibuat untuk proses selanjutnya
1). Benda pertama kena buat, call tempat tu tanya macam mana procedure. Mereka setkan date & minta kita datang kesana. Kali pertama sampai sana, ada sorang consultant yang akan terangkan pasal procedure, kaedah & kos untuk buat pembedahan lasik. (FOC)
2). Lepas dah diberikan penerangan, next step adalah “eye screening test”. Boleh buat pada hari yang sama masa kali pertama datang ke sana atau lain hari. Jadi, abang buat “eye screeningt test” ni di lain hari. Call & set appointment semula. Bila sampai sana, macam biasa akan ada consultant yang akan buat “eye screening test” secara manual & komputer. Test ni adalah untuk menentukan sama ada kena buat “normal lasik surgery” atau “custom lasik surgery”. Based on kita punya ketebalan lapisan kornea mata. Lepas dah settle test dengan consultant, nanti kita akan jumpa Dr (dia yang akan decide sama ada kita akan buat normal or custom lasik surgery).
Untuk makluman semua, “eye screening test ni kosnya RM80.00. Lepas dah buat test tu, terpulang sama ada nak terus proceed dengan surgery atau tak. Kalau tak, kos RM80.00 tak dipulangkan ye. Kalau nak proceed, masa ni dah boleh booking and buat deposit sebanyak RM400 (in cash).
Dapat info dari mereka, untuk pembedahan lasik ni mereka dah tak guna kaedah pisau/blade untuk buka lapisan kornea mata tu (seramkan dengar hahahaha). Jadi makna kata, dekat sana sekarang mereka guna kaedah fully laser atau bladeless masa pembedahan lasik ni (serious tak sakit ).

Pembedahan hanya dibuat pada hari Jumaat sahaja
Jadi bila dah fikir punya fikir, nekad untuk teruskan. Maka… satu tarikh telah dilock untuk pembedahan lasik (26/10/2018) – Jumaat. Pembedahan lasik memang akan dibuat pada hari jumaat saja.
3). Sebelum hari kejadian, kita akan ke sana untuk final checking satu atau dua hari sebelum (boleh pilih sama ada hari rabu atau khamis). Dan masa ni jugak kita akan bayar terus full payment
26/10/2018, terus ke ke sana ditemani my siblings (sebab diberitahu bila selesai pembedahan kita memang tak boleh memandu). So sekarang cuma tunggu turn untuk naik tingkat atas & masuk ke operation room.
Tunggu punya tunggu (boleh tahan lama jugak sebab ramai) nama dipanggil. Naik ke tingkat atas, tukar baju & tunggu dalam waiting room. Masa tu dia panggil tiga orang sekali. Saya orang kedua . Masa orang pertama tengah buat pembedahan, nurse panggil tunggu dekat luar untuk get ready (masa tu macam macam doa dah baca, cuak punya pasal). Masa kat luar tu, nurse akan titiskan ubat bius dekat mata. Rasa kurang selesa sikit & mata rasa macam mengembang.
Tadaaaa! Namaaaaaa dah dipanggil untuk masuk dalam operation room. Masa ni tengok muka nursee and Dr pun tak nampak sangat (sebab dah kena tanggalkan spec). Dr kat situ sangat ramah and banyak borak, mungkin dia nak kasi hilang cuak kot. So I am ready untuk lasik surgery!

Pembedahan dibuat dalam keadaan sedar. Serius memang tak rasa sakit.
Untuk makluman semua, pembedahan dibuat dalam keadaan sedar. Dr cuma minta kita stay cool and jangan banyak gerak. Kita akan dibaringkan, Dr akan mulakan dengan mata kanan dulu & kemudian mata kiri. Masa ni lah tembakan “laser” dibuat. Dr pesan mata focus pada laser tu saja jangan gerakan mata. Tak sakit, cuma ada bau bau hangit hahahahaha. Tapi betul tak sakit. Pembedahan ni ambil masa kira kira 6-10 mins untuk kedua dua mata.
Alhamdulilah lega bila dua dua mata dah “ditembak” laser. Selesai semua, buka mata dan terus nampak muka nurses dengan Dr dengan jelas (masa ni penglihatan sekitar 40-50 percent). Macam wow!
Selesai semua urusan, turun kebawah semula untuk ambil ubat & appointment card untuk rawatan susulan. Boleh balik!

4). Tapi esoknya kena datang lagi untuk berjumpa dengan Dr untuk pemeriksaan lanjutan. Sebelum nak keluar, memang akan kena pakai spec yang betul betul gelap sebab mata tak boleh direct kena pada matahari. Dalam perjalanan dalam kereta, mata sedikit tak selesa macam ada pasir & akan berair ja macam orang menangis.
Sampai rumah terus titiskan ubat, makan ubat tahan sakit/gatal & terus tidur dalam 3-4 jam atas nasihat Dr. Bila bangun, mata still susah nak buka dan masih berair (2 hari jugak macam tu). Risau jugak hahahaha so call klinik, mereka cakap itu normal. Masuk hari ketiga keempat mata dah boleh buka & penglihatan dah boleh tengok sikit sikit.
Lama kelamaan… Alhamdulilah! Penglihatan dan semakin jelas and macam tak percayaaaaa dah boleh tengok tv tanpa spec. Even mata macam kabur sedikit tapi semakin jelas dan jelas. Alhamdulilah dah dapat “mata” balik.
5). Ok sebelum tu, untuk pengetahuan semua. Lepas surgery ni, akan ada check up dengan Dr. So, memang kena ready dari segi masa sebab buat hari biasa weekdays. Check up atau ujian mata ni ada tempoh dia, seminggu selepas pembedahan (wajib datang), sebulan (wajib datang), tiga bulan (terpulang) & enam bulan (terpulang). Oh ni lifetime warranty ya!

Lepas 4 bulan penglihatan betul-betul jelas dan silau pun hilang. Total kos hanya RM2,888
Now 4 month+ after lasik surgery, mata dah betul betul jelas dah boleh lihat 100%. Silau pun hilang. Pada kawan kawan yang nak buat, teruskan. Oh lupaaaa nak bagitau ?? saya buat normal lasik surgery sebab power masih bawah “500”. Custom surgery tu untuk siapa yang powernya atas “500”.
6). Untuk kosnya semua RM2888 untuk kedua mata. Setakat survey, tempat ni terpaling murah & dapat review yang sangat baik. Deposit diperlukan sebanyak RM400. Untuk custom surgery kosnya sedikit mahal, RM5588. So siapa yang powernya masih bawah 500, cepat cepat buat!
7). Ramai yang akan tanya,sakit tak masa pembedahan tu? Jawapannya, semestinya la tak! Cuma sakit sikit nak cari modal tapi Inshaallah berbaloi kerana nikmat mata yang tak ternilai. Sekarang dah boleh tengok tv & drive tanpa spec, say no more!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tahu Hidap Kanser Lepas Dapat Anak Ke-2, Kini Masih ‘Survive’ & Jadikan Surah Al-Mulk Sebagai Penawar

Isi Kandungan
ToggleMenjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.

Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Kerap alami demam
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.

“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
Sokongan suami & anak-anak
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rayakan Tahun Tikus 2020 Dengan Kolabrasi Bersama Mickey Mouse. Wow Hebatnya!

Isi Kandungan
ToggleDisney, salah satu film animasi yang sudah muncul selama 95 tahun ini dicintai oleh banyak orang dewasa mahupun muda semua obses dengan karakter yang dilahirkan oleh Walt Disney dan Roy Oliver Disney di dalam adaptasi karekter ini.
Popularitinya membuat banyak jenama fesyen berkolaborasi dengan Disney dan menggunakan karakter yang ada di dalam Disney seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, atau Disney Princess.
Hello 2020 sempena menyambut tahun baru cina yang bersimbolkan tahun tikus, hijabista telah menyenaraikan bebrapa kolaborasi terbesar Disney dengan jenama fesyen terkemuka.
Berikut beberapa jenama fesyen yang melakukan kolaborasi dengan Disney.
1. Gucci
Dilaporkan dari usmagazine.com, koleksi ini menawarkan lebih dari 70 item tren yang berbeza, mulai dari dompet, baju kasual, hingga jaket bomber. Kolaborasi ini merupakan sebahagian dari koleksi Cruise 2020 dari Gucci.
Salah satu poin utama koleksi ini adalah Gucci membawa bahan kain baru dalam karyanya, kanvas mini GG supreme dengan cetakan mewah Mickey Mouse. Rekaan berwarna krem ini terinspirasi oleh tren kain tahun 80-an yang akan memberikan nuansa fesyen vintage yang sejuk. Koleksi item fesyen dengan edisi terbatas yang sudah tersedia dan siap jual di awal bulan Januari 2020 ini.
2. Adidas
Merayakan Tahun Tikus, Mickey Mouse adalah karakter yang sempurna untuk menghiasi siluet Adidas yang paling digemari, iaitu Stan Smith dan Superstar.
Koleksi khusus ini hadir dalam tiga varian, Stan Smith CNY Mickey Mouse 3D, Stan Smith CNY Mickey Mouse Out of Office, dan Superstar CNY Mickey Mouse Out of Office. Stan Smith 3D CNY Mickey Mouse hadir dengan rekaan grafik komik 3D, dan dilengkapi dengan kacamata 3D. Ciri-ciri ini memungkinkan anda melihat grafik yang menyelimuti permukaan sepatu dengan cara yang baru dan inovatif.
Lalu, pada varian CNY Mickey Mouse Out of Office Stan Smith dan Superstar, masing-masing model dibuat dengan dominasi warna putih yang menampilkan grafik Mickey Mouse yang berani di bahagian lateral.
Adidas Originals Chinese New Year: Mickey Mouse Pack sudah berada di pasaran pada hari 18 Januari di Adidas store tertentu dan melalui online.
3. ALDO
Deretan koleksi Aldo X Disney untuk Chinese New Year menyimbolkan kebahagiaan dan kekayaan, dengan menghadirkan ikonis Mickey Mouse dan Minnie Mouse. Garis rancang aksesori berhias karakter ternama ini diberikan twist seru agar mampu menambahkan lagi penampilan anda ketika mengenakannya. Nuansa merah dan emas pun sangat naik di koleksi berikut, sehingga menambah aura perayaan dalam menyambut tahun tikus. Lirik jam tangan atau tas berbentuk wajah Minnie Mouse adalah kegemaran ramai.
Jadi Kartun Ikonik Di Jenama Mekap
Mengawali Tahun baru 2020 banyak jenama solekan yang memperbaharui produk mekap dan melakukan pelbagai kolaborasi untuk menambah koleksi istimewa. Jenama mekap tempatan dan internasional berusaha mencipta produk yang kreatif dan inovatif agar menjadi pilihan utama wanita dalam bersolek dan menjadi gaya hidup tersendiri.
Misalnya beberapa jenama berikut ini yang mengawali tahun dengan berkolaborasi bersama Disney Mickey & Friends, salah satu kartun ikonik yang menjadi kegemaran ramai orang.
Tentu saja kolaborasi ini menjadi khabar gembira bagi si beauty junkie dan pecinta karakter Disney Mickey & Friends.
Jom semak senarai jenama mekap yang mengeluarkan edisi istimewa.
#1 Koleksi Edisi Terhad Lakme dan Minnie Mouse
Jenama mekap internasional ini kolaborasi dengan tokoh disney ternama yang disukai banyak wanita iaitu Minnie Mouse. Koleksi mekat edisi terhad yang berda di pasaran pada bulan Januari 2020 ini terdiri dari Weightless Lip Matte yang hadir dengan 3 shades iaitu merah, maroon dan nude. Selain itu ada keluaran istimewa Primer Matte Cushion Foundation yang hadir dengan stickers, jadi anda boleh ubahsuai mengikut kesesuaian keinginan anda.
Cushion ini sama dengan cushion Lakme seperti biasanya, perbezaannya hanya terdapat stiker limited edition dengan gambar Minnie Mouse.
#2 Koleksi Edisi Terhad Innisfree Mickey &Friends
Mulai dari skincare yang terdiri dari Jeju Orchid Enriched Cream Set (Minnie Mouse), Bija Cica Balm EX Set (Daisy Duck), dan Soybean Energy Essence Set (Goofy). Tak ketinggalan produk Disney Collection dari kategori mekap yang siap menyempurnakan tampilanmu.
Seperti My Lip Balm Set (Mickey Mouse), My Lip Balm Set (Donald Duck) dan Pore Blur Powder (Mickey Mouse).
#3 Facial Treatment Essence (FTE) SK-II
Bukan rahsia lagi bahawa Facial Treatment Essence (FTE) dari SK-II adalah salah satu produk skincare yang dianggap sebagai ‘miracle water’ bagi para beauty junkie. Buat kamu yang belum tahu, Facial Treatment Essence dari SK-II ini adalah essence yang dapat melembapkan kulit dan juga menghaluskan kulit. Produk ini merupakan salah satu produk popular dari brand skincare SK-II.
Nah, untuk produk FTE yang kali ini berkolaborasi dengan karakter Mickey Mouse tentu tidak akan ada perubahan formula sama sekali. Tetapi untuk packaging akan di dominasi dengan warna merah dengan penampakan karakter Mickey Mouse pada botol dari FTE ini. Tertarik bukan untuk membeli FTE? Kamu boleh mendapatkan Facial Treatment Essence (FTE) dari SK-II yang berkolaborasi dengan Mickey Mouse ini secara online.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI