Sebut sahaja nama figura wanita yang satu ini, Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Bella Astillah pasti Nonarians terbayangkan si cantik kecil molek suri hati kepada Aliff Aziz ini.
Meskipun kini sudah berusia 29 tahun, namun penampilan jelitawan bertuit ini langsung tidak melambangkan usia sebenarnya. Malah, bella masih terlihat persis gadis belasan tahun!
Justeru, Hijabista sempat bertanyakan kepada empunya badan, apakah ‘rahsia” kecantikkan asli yang dimilikinya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga. Ini petua yang dikongsikan Bella khas buat Hijabi bertubuh genit sepertinya.
5 Tip Kecantikan Yang Dikongsikan Bella Untuk Cantik ‘Luaran Dan Dalaman’
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stres-stres.
“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
“Ketiga, rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Ads
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kelima, kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).
Semoga Bella Astillah kekal sweet dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Menjadi perkara yang lazim buat mereka yang duduk di negara Asia untuk menggunakan tangan Ketika makan. Bahkan, ia merupakan satu nikmat yang cukuo menyempurnakan adat makan di negara-negara ini.
Hakikatnya, terdapat satu kajian yang mendapati makan menggunakan tangan ini mempengaruhi berat badan seseorang. Bagaimana ia boleh jadi sebegitu? Jom kita ketahui dengan lebih lanjut.
Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mungkin boleh di jelaskan melalui aspek saintifik. Begitu juga tabiat makan menggunakan tangan juga salah satu perkara yang boleh di jelaskan melalui sains.
Perkongsian melalui Hellodoktor, terdapat kajian yang telah di jalankan di Universiti Steven, New York, mendapati kesedapan sesuatu makanan itu di pengaruhi banyak dengan cara berbanding kawalan diet seseorang individu. Jelas di sini, cara yang di maksudkan itu adalah samada menggunakan tangan atau sudu.
Jadi boleh di fahamkan lagi, mereka yang gemar menggunakan tangan untuk makan dengan cara pemakanan yang sihat juga membantu seseorang individu menikmati makanan mereka. Kajian juga mendapati terdapat 3 fasa yang utama.
Dalam 3 fasa ini, ia melibatkan satu kajian yang berkait dengan keju Muenster yang diambil oleh 45 subjek. Dalam ujian ini, mereka di arahkan untuk melihat, memegang, dan makan keju yang di berikan itu.
Subjek kajian itu telah di bahagikan kepada dua kumpulan—bagi kumpulan 1, mereka akan makan keju tersebut menggunakan tangan dan kumpulan 2 pula akan menggunakan penyepit.
Jadi apa yang mereka dapat dari kajian ini? Ia menunjukkan mereka yang gemar makan makanan yang seimbang tetapi menggunakan tangan lebih baik kerana mereka lebih menikmati makanan mereka. Berbanding pula mereka yang tidak menjaga tabiat pemakanan meskipun mereka juga menggunakan tangan. Sebagai kesimpulan, penjagaan pemakanan harus di titikberat, guna tangan Cuma membantu sahaja untuk menikmati makanan anda.
Seperti yang kita sedia maklum model dan pelakon yang kini juga bergelar usahawan, Yatt Hamzah memang sudah lama melakukan penghijrahan dengan memilih penampilan sesuai sebagai seorang wanita Muslimah.
Justeru, melihat kisah beberapa selebriti yang sudah tidak lagi berhijab, Yatt turut memberi nasihat serta pesanan berhubung isu ini.
Terdahulu, Yatt Hamzah pernah memuatnaik posting di media sosial memberikan beberapa nasihat berguna kepada orang ramai, selepas ramai yang bertanya padanya bagaimanakah cara yang dilakukanya untuk istiqamah selepas hijrah.
Menerusi hantaran berkenaan Yatt mendedahkan bahawa dia kerap menerima soalan berhubung istiqamah.
“Ramai sangat yang tanya, “Macam mana boleh Istiqamah lepas Hijrah?” “Susah tak nak istiqamah?”
“Jawapannya, nak berubah jadi baik pun dah susah. Nak istiqamah lagi lah susah,” jelas Yatt.
Bagaimanapun, Yatt berkata jika kita mendambakan ‘istiqamah’ kita haruslah berusaha dan menetapkan hati serta pendirian untuk ke arah itu. Ini termasuklah dengan rela melakukan pengorbanan seperti meninggalkan zaman lampau serta kejahilan.
Malah, jika disoal adakah Yatt pernah terdetik untuk kembali ‘Free Hair’, ini respon yang diberikan oleh pelakon filem Impak Maksima itu.
“Ada tak rasa nak buka tudung balik? Allahu dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi..” tegas ibu kepada empat cahaya mata itu.
Caranya bukan mudah tapi pengakhirannya pasti indah. Ramai yang juga tertanya-tanya figura ini yang mempunyai susuk tubuh yang lampai, sentiasa senyum pasti mudah untuk berhijrah apatah lagi dikelilingi wanita-wanita yang baik penampilannya.
Namun akui Yatt ianya bukan mudah, apa yang pasti perlu cari kawan-kawan yang benar-benar soleh dan solehah.
Hijrah dan istiqamah memang tak mudah tapi jangan pernah Mengalah. Perlu ingat misi untuk berubah kerana Allah, apatah lagi dugaan dan nikmati dunia yang Allah beri tidak pernah salah alamat kepada insannya.
Yatt Hamzah mendoakan mereka yang ingin berubah, agar sentiasa kuat dengan dugaan yang datang. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik, tidak perlu menghentam patah lagi memandang rendah pada mereka sesuka hati. Gunakan kasih sayang yang Rasulullah ajarkan, insyallah kita semua dimasukkan ke syurga bersama-sama.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Masih ingatkah pada bayi comel yang lahir hasil percintaan dua benua ini. Ibunya berasal dari Terengganu dan ayahnya pula berbangsa Russia. Sebelum itu. bukan senang bagi Siti Safuraa Hamzah untuk menerima jodoh, sebaliknya mendirikan solat istikharah untuk memastikan Asadullah Stumbrys (suaminya kini) memang calon terbaik. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel, Dhuha Sopphia Stumbrys. Kisahnya pernah viral gara-gara percintaan menarik ibu dan ayahnya. Juga wajahnya yang comel hingga mendapat perhatian seluruh dunia.
Kini, Dhuha Sophiea sudah berusia satu tahun. Baru-baru ini sempat menyambut hari jadinya yang pertama di samping keluarga di Vilkaviskis, Lithuania. Menceritakan perkembangannya menurut ibunya, Safuraa, Dhuha Sophia kini sudah berusia setahun dan mula untuk belajar bertatih dan memanjat.
Sebagai seorang suri rumah yang memang melihat perkembangan Sophea dari hari pertama, mengakui seronok melihat perkembangan dan keletah anak tunggalnya itu. Mungkin ini kerana pengalaman pertama bergelar ibu dan segala ragamnya cukup menghiburkan.
Sememangnya wajah comel Dhuha Sophea menjadi perhatian ramai. Penerimaan masyarakat cukup baik yang mengenali dia melalui laman sosial. Malah jika yang datang dari luar Malaysia juga cukup teruja apabila dapat bertemu dengan Sophea. Setakat ini ke mana sahaja pasangan ini pergi pasti ada yang akan minta izin untuk bergambar dengan Sophea.
Walaupun masih kecil, tetapi Safuraa cuba memberi didikan terbaik untuk anaknya ini. Setakat ini dia dan suami mengajar Sophea dalam pelbagai bahasa.
“Kami cuba bercakap beberapa bahasa padanya dan lihat adakah dia faham apa yang kami cakapkan. Buat masa sekarang, penggunaan bahasa komunikasi adalah Inggeris, Melayu dan Lithuanian. Cuma bahasa Russia yang dia tak begitu faham lagi. Mungkin ambil masa sedikit.
“Selain itu saya juga tidak lupa menerapkan ilmu agama kepada Sopeha. Saya ajar Sophea mengaji dan membaca dengan pendekatan sedikit berbeza. Saya akan bagi Sophea lihat vido untuk dia lebih mengenali huruf dalam Iqra’.
“Pernah saya bagi kitab Iqra’ tetapi dia koyak. Saya juga juga akan bacakan dia buku setiap hari dan monitor perkembangannya,” jelas Safuraaa lagi. Menurut wanita kelahiran Terengganu ini, dia dan suami tidak menolak jika dikurniakan anak lagi dalam masa terdekat.
“Kami tak merancang untuk mendapat anak lagi dan serahkan semuanya pada Allah. Kalau ada rezeki kami terima. Lagipun tiada masalah kerana saya sendiri tidak bekerja dan sekarang ini hanya tumpukan perhatian pada Sophea.
“Alhamdulillah walaupun suami, Asad sibuk bekerja tetapi dia cukup rapat dengan Sophea. Walaupun sekarang kami tinggal berjauhan (kerana urusan kerja), tetapi Asad sering telefon atau membuat video call dan facetime dengan Sopeha.
“Biasanya jika Asad berada di samping Sophea, mereka akan bercakap-cakap dalam bahasa yang mereka fahami. Asad lebih senang membiarkan anaknya meneroka apa yang dia nak buat tetapi masih dalam kawalannya.
“Jika nampak sesuatu yang membahayakan baru akan tegaskan perkara itu tidak elok untuk dilakukan. Apa yang saya perasan, Sophea cepat sensitif dengan ayahnya dan buat muka sedih jika kena marah,”ceritanya lagi yang memberitahu mungkin akan pulang ke Malaysia untuk seketika.
Oleh kerana Sopeha masih kecil, dia tidak nampak ada keistimewaan dan keunikan lain dalam diri anaknya ini. Apa yang penting anaknya itu sihat dan dia dalam jagaan Allah SWT. Ia sudah memadai baginya.