Kemurungan tidak hanya dapat dilihat melalui perubahan mood atau emosi seseorang individu. Malah, ia turut daapt dilihat melalui perubahan fizikal anda. Kemurungan berbeza dengan stress. Kemurungan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh menyebabkan gangguan mental.
Sekiranya anda mengalami 5 perubahan pada fizikal anda, mungkin itu petanda anda mengalami masalah kemurungan. Jadi, anda perlu berhati-hati dan segera berjumpa doktor pakar jika tanda yang dialami semakin teruk.
1. Haid Datang Lambat
Stress yang berlebihan boleh menjejaskan kitaran haid anda dan menyebabkan ia datang lewat. Lebih teruk lagi sekiranya ia membuatkan haid anda terus terhenti dan tidak datang langsung. Otak tahu tanda-tanda keadaan fizikal dan mental anda yang tidak sihat.
Ads
2. Masalah Keguguran Rambut
Pertumbuhan rambut juga berkaitan dengan mood dan rasa percaya pada diri. Sekiranya keadaan tubuh anda tidak baik, maka ia akan menghalang pertumbuhan rambut sehingga ia tidak mampu tumbuh secara normal.
3. Sakit Kepala
Hampir semua orang alami masalah sakit kepala. Tetapi, sakit kepala yang kerap dan berlebihan merupakan tanda gejala itu semakin serius. Kemurungan boleh memberi efek yang negatif terhadap kesihatan. Sekiranya masalah sakit kepala anda berlanjutan, dinasihatkan agar anda segera berjumpa doktor.
Ads
4. Berat Badan Naik
Kemurungan juga boleh mempengaruhi kenaikan berat badan. Kajian turut mendapati bahawa orang yang sentiasa sedih dan kesepian akan bertambah berat dengan lebih cepat berbanding daripada mereka yang mengalami kemurungan ringan. Ketika kemurungan, seseorang individu cenderung untuk makan dengan lebih banyak makanan yang mengandungi lemak, berkalori tinggi dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Sebab itulah berat badan akan naik dengan lebih cepat.
Ads
5. Masalah Pencernaan
Memang tidak sangka bahawa masalah pencernaan merupakan salah satu petanda anda mengalami kemurungan. Kadangkala, kemurungan yang melampau akan membuatkan anda hilang nafsu untuk makan hingga menyebabkan perut rasa tidak selesa dan akhirnya mengalami sembelit.
Kebanyakan wanita pastinya mahukan bentuk badan yang cantik lagi sihat. Sememangnya ada pelbagai cara yang boleh kita praktikkan untuk mendapatkan bentuk atau berat badan yang diidamkan. Pilih saja mana yang bersesuaian tapi ikutlah cara yang selamat. Bukan badan je jadi cantik, kulit juga flawless bila rajin amalkan jus detoks timun!
Salah satu cara yang boleh anda cuba untuk turunkan berat badan adalah dengan minum jus timun. Mudah sangat cara nak membuatnya. Jom kita lihat!
BAHAN-BAHAN:
1. Sebiji timun (Tak perlu buang kulit)
2. Air (100ml) = 1 cawan
3. Gula anggaran dua sudu
CARA PENYEDIAAN:
Basuh timun sehingga bersih, potong dan kisar semua (termasuk kulit, biji) bersama air dan gula sampai halus.
Tak perlu tapis, boleh terus minum bila sudah siap. Sebiji timun uboleh menghasilkan 2 gelas minuman (Untuk waktu pagi dan malam)
KELEBIHAN TIMUN YANG ANDA KENA TAHU:
1. Timun adalah bahan detoks semula jadi
2. Minum bersama patinya boleh buat anda cepat berasa kenyang
3. 95% kandungan timun adalah berasaskan air
4. Minum secawan jus timun buatkan perut anda terus rasa penuh
5. Membersihkan usus dalam badan
6. Mengatasi masalah perut buncit
Oh ya, bila dalaman anda bersih, jerawat pasti susah nak muncul. Jadi, rajin-rajinkanlah amalkan jika anda juga mahu kulit yang cantik! Cuba amalkan selama seminggu, pasti anda akan dapat lihat perbezaan pada kulit dan juga berat badan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mempunyai rambut yang lebat dan tebal sudah tentu menjadi idaman segelintir dari kita. Ada juga yang masih lagi ikhtiar mencari solusi untuk melebatkan rambut dengan kadar yang cepat.
Mesti ramai daripada anda yang sudah cuba bermacam-macam cara seperti sapu minyak atau tonik rambut dan sebagainya. Rata-rata mungkin lambat untuk dilihat keberkesanannya. Mungkin anda boleh cuba carrot?
Tahukah anda lobak merah mempunyai banyak vitamin yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan. Sudah tentu ramai yang tahu lobak merah kaya dengan vitamin C, B, A, E, K, dan juga mineral seperti magnesium, potassium, fosforus, dan bahan antioksidan seperti beta-carotene.
Menurut blushin.com, kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam lobak merah bukan sahaja membantu kulit malah ia juga membantu kesihatan rambut anda! Ada beberapa cara untuk anda gunakan lobak merah untuk kesihatan rambut yang cantik.
Ada beberapa langkah mudah untuk anda gunakan cara ini. Anda hanya perlukan beberapa bahan dan alatan antaranya seperti jus lobak merah (sudah di-blend) dan sikat rambut.
2. Sembur jus lobak pada akar rambut dan biarkan ia selama 15 hingga 20 minit.
3. Gunakan syampu dan perapi selepas 20 minit jus lobak di kepala anda.
4. Selepas keringkan rambut anda, sudah pasti anda akan rasakan perbezaannya di mana rambut menjadi lebih lembut, ringan, dan berkilat.
Campuran pisang, lobak merah, dan yogurt boleh bantu proses pertumbuhan rambut. Ia juga boleh memberikan kesan berkilat dan lembut pada tekstur rambut anda.
Penggunaan minyak zaiton dan jus lobak merah boleh juga memberikan manfaat untuk pertumbuhan rambut serta menjadi perapi asli rambut anda. Cara ini juga boleh mengelakkan dari keguguran rambut. Kandungan vitamin C dalam buah lemon juga boleh memberikan booster kolagen dan merangsang pertumbuhan rambut anda.
Kandungan vitamin, mineral, dan asid amino yang kaya dalam just lobak merah dan avokado dan membantu menyegarkan kulit kepala serta memberi booster kepada pertumbuhan rambut juga. Madu boleh memberikan kelembapan pada rambut dan membuatkan folikel rambut menjadi kuat. Oleh itu, ia merupakan perapi rambut semula jadi yang sangat bagus.
Menilik trend terbaru dalam dunia kecantikan yang jarang anda dengat dikenal sebagai skin fasting. Seronok memakai skincare, justeru tren ini mengajak anda ‘berpuasa’ dari segala macam produk perawatan kulit dalam jangka waktu tertentu. Skin fasting adalah cara detok secara alami yang membuat kulit semakin sihat dan cantik.
Skin fasting adalah ‘puasa’ dari pelbagai produk kecantikan dalam waktu tertentu untuk menjaga kesihatan kulit. Prinsipnya hanya dengan tidak memakai skincare, kulit dapat mengembalikan keseimbangannya yang selama ini berubah akibat bahan kimia.
Seorang doktor pakar kulit yang berasal dari Amerika Syarikat, Deanne Robinson mengatakan anda ibarat sedang ‘melatih’ kulit setiap kali menggunakan skincare. Bahan-bahan dalam produk ini membuat kulit melakukan sesuatu yang bukan fungsi alaminya.
Contohnya, ketika anda memakai pelembap pada kulit berminyak, kulit mendapat isyarat bahawa ia tidak perlu mengeluarkan minyak berlebih kerana permukaannya sudah cukup lembap. Produksi minyak akan tetap berkurang tetapi anda tetap perlu menggunakannya.
Perkara yang sama juga terjadi bila anda rutin memakai produk untuk membersihkan lapisan kulit mati (eksfoliasi). Bahan kimia seperti AHA dan BHA di dalamnya akan merangsang pergantian sel-sel kulit lebih cepat dari biasa.
Skin fasting adalah cara alami untuk memulihkan keseimbangan kulit seperti semula. Cara ini juga akan menghilangkan bekas bahan-bahan kimia yang dapat menyebabkan iritasi. Dengan kata lain, kulit Anda seakan terlahir kembali dengan fungsi awalnya.
Seperti yang disebutkan, “dalam kes kerengsaan kulit, kekeringan, atau reaksi negatif secara umum, menghentikan produk dengan bahan aktif diperlukan untuk membolehkan kulit sembuh,” kata Lortscher. Ini termasuk ramuan kuat seperti retinol, AHA, dan BHA, dan juga vitamin C.
Sekiranya anda mengesyaki bahawa kulit anda memerlukan rehat dari mana-mana bahan aktif ini, cuba lepaskan dari rutin anda satu persatu “sehingga kulit anda kembali normal. Kemudian, setelah kulit anda kembali ke tahap awal, perlahan-lahan masukkan satu produk ke dalam rutin anda pada satu masa.
Oleh itu, ada satu produk yang kedua pakar mengatakan bahawa anda tidak boleh berpuasa dari: Pelindung Matahari. Pakar ini menasihatkan ‘berpuasa’ kulit liputan SPF. Selain itu, bagi mereka yang mempunyai kulit rawan jerawat, menyapukan bahan aktif untuk mencegah, serta merawat jerawat, dari rejim mereka boleh menyebabkan lebih banyak jerawat keluar.
Walaupun kita semua mencari-cari di rumah untuk masa yang akan datang, perlindungan sinar matahari harus dilakukan semasa di dalam rumah, kerana tingkap tidak menghalang sinar UVA masuk ke rumah dan seterusnya, kulit anda.
Terdahulu, pembersih solekan dan pelembap saja tampaknya sudah cukup untuk merawat wajah. Seiring waktu dan berkembangnya inovasi, kini anda mungkin sudah tidak asing dengan 10 langkah perawatan wajah yang semakin popular.
Anggapan “lebih banyak produk pasti lebih baik” ternyata tidak selalu benar. Bukannya menyihatkan kulit, malah merupakan kesalahan menggunakan skincare yang sangat umum. Skincare yang terlalu banyak boleh saling mengganggu fungsi satu sama lain. Eksfoliasi secara berlebihan misalnya, membuat kulit menjadi merah, gatal, atau mengelupas. Produk eksfoliator yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan iritasi, kulit kering, dan kulit sensitif.
Bahan-bahan bermanfaat seperti retinoid dan asid hyaluronik pun dapat merosak kulit apabila digunakan secara berlebihan. Keduanya merosakkan lapisan pelindung yang menjaga kelembapan kulit sehingga memparahkan jerawat, gejala rosacea, serta eksim.
Jika produk skincare yang anda gunakan menyebabkan masalah baru, mungkin ini adalah tanda kulit anda perlu skin fasting. Cuba hentikan pemakaian satu demi satu produk tersebut hingga anda tahu mana skincare yang tidak sesuai.
Sebaliknya, Anda tidak perlu melakukan skin fasting bila kulit anda tidak bermasalah dengan produk-produk skincare tersebut. Kulit anda mungkin sesuai dengan bahan aktif di dalamnya dan lebih terjaga dengan rejim kecantikan. Anda mungkin akan mengalami pelbagai perubahan. Jika anda memiliki kulit kering, skin fasting dapat membaikinya atau lebih parah lagi. Jadi, pastikan anda minum cukup air untuk mencegah kulit bertambah kering.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: Allure
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.