Timun dan daun pudina bukan hanya sekadar bahan masakan dan juga minuman yang menyegarkan tetapi juga antara bahan yang mujarab untuk perawatan kecantikan. Kedua-dua bahan ini banyak digunakan dalam produk-produk kecantikan.

Sebenarnya anda juga boleh menggunakan bahan-bahan ini untuk membuat sendiri produk perawatan wajah di rumah. Bajet pun tidak mahal kerana kedua-dua bahan ini boleh didapati dengan mudah.

Set penjagaan wajah menggunakan timun dan pudina bukan sahaja mudah untuk dibuat tetapi yang penting ia tiada kesan sampingan pada kulit wajah. Pudina merupakan ejen yang mematikan kuman selain menghalang kuman dan bakteria daripada merebak.

Secara halusnya, ia mengecutkan jerawat. Sebab itulah dalam produk perawatan wajah di pasaran banyak digunakan daun pudina. Timun juga memang sangat sangat bagus dalam melembapkan, mencerahkan dan melindungi kulit daripada terdedah kepada radang. Sejuk sahaja apabila diaplikasi pada kulit wajah.

PENYEGAR WAJAH (SOOTHING & REFRESHING TONER)

BAHAN-BAHAN: 
Daun pudina
Timun

 

 

 

IKLAN

CARA-CARA MEMBUAT:
1. Segenggam daun pudina direbus dengan secawan air sehingga mendidih. Tutup api dan tapis airnya.
2. Air rebusan pudina dikisar bersama 5 hirisan timun dan beberapa helai pudina.
3. Tapis airnya. (Jangan dibuang hampas)
4. Air tapisan dititikkan 5 titik Essential Oil Peppermint.
5. Masukkan dalam botol spray. Dan simpan dalam peti sejuk. Toner ini pakai setiap hari. Jangan risau kerana ia tidak melekit.

PELEMBAP WAJAH (SOOTHING & MOISTURIZING SERUM)

BAHAN-BAHAN: 
Aloevera
Minyak kelapa dara/biji anggur
Toner (di atas)
Essential Oil peppermint

 

IKLAN

CARA-CARA MEMBUAT:
1. 3 sudu besar aloevera gel (beli di farmasi dan pusat kecantikan yang dipercayai).
2. 1/2 sudu besar minyak kelapa dara/biji anggur.
3. 1 sudu besar toner di atas.
4. 1 titik Essential Oil peppermint (jangan terlalu banyak, nanti akan rasa pedih).
5. Kacau sebati. Masukkan dalam bekas yang kecil dan simpan dalam peti sejuk.
6. Boleh pakai setiap masa. Malam wajib pakai untuk baik pulih semula kulit wajah.

MASKER WAJAH (SOOTHING & COOLING FACE MASK)

CARA-CARA MEMBUAT:
Gelatin tanpa perisa
Toner (di atas)
Hampas daripada toner yang dibuat (di atas)
Yogurt asli

 

 

IKLAN

 

1. 1 sudu besar gelatin tidak berperisa.
2. 3 sudu besar toner yang dibuat tadi.
3. Dimasak dengan cara double boiler sehingga sebati.
4. Campurkan 1-2 sudu besar hampas dari toner yang telah disejukkan.
5. Campurkan 1-2 sudu yogurt asli yang disejukkan.
6. Kacau sehingga sebati.
7. Sapu ke seluruh muka. Elakkan kawasan anak rambut, kening dan mata.
8. Amalkan seminggu sekali.

Penjagaan wajah dengan rutin yang lengkap mampu membaiki dan menganjalkan kulit. Di samping meninggalkan kesan menakjubkan. Kulit lembap dan glowing!

 

HIJABISTA: Daun pudina dan timun kedua-duanya sangat membantu untuk menjadikan kulit rasa segar dan lembap. Harganya juga tidak mahal dan tentunya amat menjimatkan. 

Sumber kredit: Sarifa Redzuan II

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI