Tular di media sosial, video aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor baru-baru ini. Usahawan dan pemilik bersama salun ChezKamya Professional, Erna Elliyana Rosli amat tidak menyangka.
Terkejut dan terharu tidak terkata..
Lebih mengejutkan lagi, video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter meraih lebih 90,000 tontonan dan ratusan komen di platform terbabit. Teruja dengan maklum balas positif yang diterima orang ramai, Erna yang kini berada di Kota Madinah sempat memuat naik video di Instagram bagi berkongsi rasa terharunya.
Sebenarnya cikittttt lagi nak nangis tengok video ni. Tapi bila tengok lama sikit time part depa tolong potongkan rambut lagi tu, aduh aku rasa sebak pulak. Baik betul. pic.twitter.com/Q1Zhzx1I0y
“Tempoh hari saya ada berkongsi video ‘snippet’ Setia Hingga Akhir Hayat yang mengandungi klip temu bual bersama penghuni di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas.
“Apa khabar agaknya pakcik Omar, pakcik Ayud, cikgu Maimunah, makcik Kiah dan seluruh penghuni-pengguna berkenaan? Saya doakan semoga semua dalam keadaan sihat.
“Tanpa disangka video yang dikongsi itu mendapat perhatian warganet di mana video tersebut dikongsikan oleh pengguna Twitter. Terima kasih banyak saya ucapkan. Semoga video itu menyebarkan kebaikan kepada pengikut-pengikut anda.
“Pelbagai reaksi diberikan, rata-rata meluahkan rasa sayu dan sedih. Saya juga merasakan hal yang sama. Namun saya sembunyikan perasaan sedih kerana tujuan saya bersama rakan kongsi Chez Hamdan dan pasukan ke sana untuk bertanya khabar dan menghiburkan hati mereka,” katanya.
Menurut Erna, kali ini dia dan pasukan ChezKamya Professional tampil dengan idea baharu iaitu menyantuni dan memberi pengalaman baru kepada warga emas di rumah kebajikan itu.
“Objektif kami adalah untuk memberi pengalaman baharu kepada mereka untuk merasai sentuhan dandanan rambut dari ChezKamya Professional.
Mengenali penata gaya Chez Hamdan yang telah lama berkecimpung dalam bidang profesionnya, ramai selebriti dan pempengaruh mendapat sentuhan magisnya. Berkongsi tip dan petua penjagaan rambut, pasti ramai mendambakan sentuhannya. Menariknya kali ini, Chez menyantuni warga emas dengan projek CSR bersama ChezKamya Professional. Ramai yang runtun hati!
“Selalunya Chez Hamdan menata rias rambut selebriti seperti Nad Zainal, Norman Hakim, Hairul Azreen, Shiha Zikir dan ramai lagi, tapi kali ini kita makeover warga emas pula. Sekurang-kurangya ada kelainan berbanding kebiasaan aktiviti yang kita dilakukan di ChezKamya Professional,”katanya.
Rindu pada arwah ibu bertamu
IKLAN
Mengaku kehadirannya di pusat kebajikan itu menjentik emosi dan hampir mengalirkan air mata, namun Erna cuba mengawal perasaan dan bersikap profesional.
“Kalau ikutkan saya seorang yang mudah tersentuh. Orang kata hati tisu kerana saya sudah kehilangan ibu sewaktu berusia enam tahun. Ketika itu saya berlakon dalam filem Suami Isteri dan… . Pertengahan penggambaran filem itu, ibu saya meninggal dunia iaitu Allahyarham Hasnah Ibrahim.
“Saya selalu merindui ibu saya kerana dah lama (meninggal dunia). Sekarang usia saya 34 tahun. Sewaktu kehilangan ibu, saya baru nak memasuki darjah satu, tapi apa yang saya lakukan adalah selalu positif kerana saya selalu mengingatkan diri setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
“Saya kini menjadi seorang yang dewasa, matang dan goal-oriented selain selalu doakan Allahyarham ibu sentiasa di dalam rahmat dan di sisi Allah SWT. Justeru apabila saya melihat keadaan mereka di pusat jagaan itu, ada antara meraka yang ditinggalkan anak sedangkan mereka sepatutnya berada bersama keluarga untuk bergembira, selalu berkongsi masalah, sebaliknya pula yang berlaku dan ia sangat meruntum jiwa saya.
Mereka sangat positif dan bersifat terbuka
Menerima baik kedatangan warga salun ChezKamya Professional, sambutan dari mereka memang tidak dijangkakan. Sambil menjalankan tugas mereka, pelbagai cerita dikongsikan bersama dari pengalaman peribadi sepanjang menghuni pusat jagaan orang tua.
IKLAN
” Tidaklah semua kisah itu kisah yang menyedihkan seperti yang dikongsikan, namun begitu kisah yang dikongsikan oleh pakcik Omar yang tidak pernah berkahwin dan pilihan menetap di rumah jagaan orang tua adalah sangat menyeronokkan sebab boleh melakukan macam-macam aktiviti dengan rakan-rakan,”katanya.
Dalam masa sama, Erna turut berkongsi beberapa pengalaman menarik ketika bertemu dengan beberapa warga emas yang sangat positif dan bersikap terbuka.
“Selain itu, saya berjumpa dengan Cikgu Maimunah yang merupakan seorang balu tapi tidak mempunyai anak. Masa dia dihantar oleh anak saudaranya, dia berada dalam keadaan lumpuh dan perlu dapatkan terapi serta makan ubat. Alhamdulillah dengan kuasa Allah dan berkat usahanya serta tawakal kepada Allah dia sihat.
“Di Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ini selain ada bekalan perubatan yang di subsidari dari kerajaan dan ada kakitangan terlatih untuk menjaga mereka, mungkin itu salah satu sebab saya rasa ada segelintir anak-anak menghantar ibu bapa mereka ke sini supaya kesihatan dan aktivti seharian dapat dipantau.
“Itu dari sudut positif yang diceritakan namun saya percaya ada juga kisah sebaliknya di mana segelintir penghuni yang dibuang anak-anak oleh kerana faktor keuzuran, harta atau kisah itu tidak diceritakan kepada kami kerana sebahagian besar mereka mengalami masalah Alzheimer.
Jagalah raja dan permaisuri dalam hidup
IKLAN
Bukan mudah untuk berbakti pada kedua ibu bapa seperti mana mereka menyantuni kita sejak dari lahir. Namun, berapa sukarnya keadaan dan terdesaknya kita perlu diingat dengan adanya dari doa mereka yang tiada hijab insyallah segalanya dipermudahkan.
“Walau apapun saya sama sekali tidak menyokong tindakan anak-anak muda menghantar ibu bapa ke rumah orang tua kerana kita harus sedar tiada ibu bapa tiada lah kita. Mereka sejak kecil sudah bersusah payah untuk menjaga, hantar sekolah dan beri makan. Tak wajar kalau kita tidak bersusah payah untuk menjaga mereka sekarang. Adakah ini pengakhiran yang kita mahukan bila kita sudah tua? Sudah tentu kita tidak mahu anak-anak melakukan sedemikian kepada kita,”katanya.
Dalam video berdurasi sembilan minit yang dikongsikan, Erna turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapa.
“Ibu bapa kita adalah raja dan permaisuri dalam hidup. Saya selalu ingat pesan ustaz saya iaitu dalam dunia ini ada beberapa rahmat percuma yang kita harus manfaatkan. Pertama melihat kaabah, kedua laut, ketiga Al-quran dan terakhir wajah kedua-dua ibu bapa. Kita perlu manfaatkan momen selagi ibu bapa kita masih hidup.
“Dalam Al-Quran selalu sebut kalau nak buat apa-apa kebajikan terutama sekali buat kepada ibu bapa, kaum kerabat, diikuti dengan anak yatim. Kemudian baru kepada orang lain. Itu yang selalu saya tanamkan. Macam saya walaupun tiada ibu, tapi saya dikurniakan ibu mentua yang sangat penyayang dan menyayangi saya sama seperti anak-anak perempuannya yang lain. Syukur kepada Allah!
“Saya harap masa akan datang kita dapat melakukan program CSR sebegini untuk ChezKamya Professional supaya banyak lagi manfaat kita boleh kongsi bersama dengan orang di sekeliling kita. Akhir kata, hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada. Sayang itu siapa… siapa ibu bapa kita,”katanya.
Terdahulu video program CSR yang dimuat naik Erna di Instagram tular di media sosial apabila terdapat beberapa pengguna media sosial yang berkongsi momen hiba itu di platform media sosial mereka.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/0FCab4yeuag
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Membuat kesilapan sarapan pagi ini boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua dan hidup lebih pendek.
Kelihatan muda dan berasa sihat adalah penting bagi anda, semua pilihan makanan boleh memberi kesan kepada matlamat tersebut. Memandangkan sarapan pagi adalah hidangan pertama setiap hari, apa dan cara yang anda pilih untuk makan boleh menetapkan hari anda untuk pilihan yang sihat di kemudian hari supaya anda terus memilih makanan yang akan memberi manfaat kepada sebarang usaha anti-penuaan, termasuk serat dan antioksidan.
Sarapan pagi memberi anda peluang untuk mencapai matlamat memakan buah-buahan dan sayur-sayuran di awal hari dan boleh memberi anda serat pemakanan dan makanan kaya antioksidan. Tambahan sarapan pagi memberi anda peluang untuk bukan sahaja menambah sayur-sayuran dan protein seperti seperti dalam telur dadar. Dengan vitamin A, protein untuk menghasilkan kolagen, vitamin C dan antioksidan lain, ia boleh membantu anda bukan sahaja berasa lebih muda, tetapi bertenaga.
Jadi, sama ada anda melangkau sepenuhnya, atau membuat pilihan pemakanan yang buruk, anda mungkin kehilangan peluang untuk terus kelihatan dan berasa lebih muda. Berikut adalah enam tabiat sarapan pagi terburuk yang mungkin menampakkan anda tua sebelum waktu, menurut pakar diet.
1. Minum minuman kopi manis
Meminum minuman kopi manis berkalori tinggi seperti latte berperisa atau minuman kopi campuran beku pada waktu pagi mungkin memberi anda sedikit kalori daripada susu, sirap dan pemanis lain yang digunakan, tetapi kalori tersebut tidak akan memberikan anda pelepasan yang stabil, mungkin akan akan cepat melihat tahap tenaga anda menurun.
2. Makan daging yang diproses yang dibuat dengan nitrat
Daging sarapan seperti bakon dan sosej rasanya sedap, tetapi ia tidak bagus untuk anti-penuaan. Makan sekali-sekala boleh, tetapi kerana ia mempunyai kekurangan serat, tinggi lemak tepu dan juga mempunyai nitrat yang boleh menyebabkan tekanan pada badan kemudian boleh menyebabkan penuaan jika tidak dilakukan secara sederhana sama sekali.
3. Tidak termasuk makanan kaya antioksidan
Jika pinggan sarapan anda penuh dengan makanan yang kelihatan hambar, anda mungkin kehilangan banyak vitamin dan nutrien dalam makanan segar yang berwarna-warni. Tidak menambah warna pada pinggan anda pada sarapan pagi, seperti tidak memasukkan sebarang sayur-sayuran atau buah-buahan ke dalam pinggan, bermakna anda kehilangan antioksidan, yang penting untuk membantu mencegah penyakit dan memanjangkan umur.
Untuk mendapatkan lebih banyak hidangan, tambah beberapa daun bayam dan tomato ke dalam sandwic telur anda. Atau jika anda lebih suka makan sesuatu yang manis seperti wafel, yogurt atau smoothie, pastikan anda menambah pelbagai buah-buahan juga. Boleh juga makan sebiji oren atau limau gedang dengan kepingan atau dua roti bakar anda.
4. Pengambilan cecair yang tidak mencukupi
Penghidratan bukan sahaja mengekalkan kulit anda anjal, tetapi ia juga membawa nutrien ke seluruh badan. Sasarkan untuk 6 hingga 8 cawan cecair sepanjang hari atau lihat sama ada air kencing anda hanya berwarna kuning.
5. Melangkau sarapan
Jika anda lalu sepanjang hari dengan melangkau sarapan pagi, anda mungkin tidak membuat keputusan yang paling sihat apabila ia berkaitan dengan penuaan. Melakukan lebih masa ini mungkin tidak membantu anda mengenai umur panjang dan penuaan. Beberapa kajian mendapati bahawa orang yang benar-benar makan sarapan pagi adalah pemakan yang lebih sihat dan mengambil lebih banyak serat daripada mereka yang tidak.
Jika anda cenderung untuk melangkau sarapan pagi, pakar mencadangkan agar anda mempertimbangkan untuk mengambil sesuatu yang kecil seperti pisang dan segenggam walnut. Dan jika anda rasa terlalu kenyang untuk makan pada waktu pagi, mungkin anda makan berlebihan pada waktu makan malam.
Mungkin penyelesaian untuk makan hidangan pagi adalah untuk mengurangkan saiz bahagian anda semasa makan malam. Mengambil sarapan secara berkala juga boleh mengelakkan makan berlebihan di kemudian hari, yang jika dilakukan dengan kerap boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan umur panjang anda secara keseluruhan.
6. Melalui drive-thru untuk sarapan pagi
Jika anda membeli sarapan pandu lalu setiap pagi, bukanlah sesuatu yang mengejutkan bahawa memesan sandwic telur bacon dan kentang goreng bukanlah pilihan yang paling berkhasiat untuk kesihatan anda. Sandwic sarapan pagi atau hidangan kombo ini boleh dimuatkan dengan jumlah lemak, lemak tepu dan natrium yang tidak sihat. Mengambil makanan yang kaya dengan jumlah lemak, lemak tepu dan natrium boleh meningkatkan faktor risiko anda untuk membangunkan keadaan jantung seperti tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi, yang tidak akan memberi manfaat kepada kesihatan anda!
Sebaliknya, cuba membuat sandwic sarapan pagi anda sendiri atau bungkus di rumah menggunakan muffin Inggeris gandum penuh atau tortilla gandum, dan mengisinya bukan sahaja dengan telur tetapi juga sayur-sayuran.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bagi yang mengalami masalah berat badan, pasti tidak akan putus asa mencari kaedah terbaik untuk mendapatkan semula tubuh ideal. Ada yang menggunakan cara workout yang ekstrem, menjaga pemakanan, kaedah intermittent fasting dan pelbagai lagi cara diet berkesan. Namun bagi gadis ini dia memilih untuk menggunakan cara diet atkins dalam proses menurunkan berat badan sehingga 40 kg dalam masa setahun.
Berkongsi pengalamannya dengan menulis thread di laman twitter dengan nama akaun @WawaSuhaimi setahun yang lalu memberitahu apa yang dilakukan sepanjang mengamalkan diet atkins ini.
Ayuh kita lihat step by step gadis ini mengamalkan diet atkins sebelum kembali langsing dan masih ‘maintain’hingga kini. Malah dia juga tampil anggun ketika majlis konvokesyen Febuari lalu.
Perubahan yang sangat menakjubkan.
Memang sangat strict apa yang boleh dan tak boleh dimakan.
Diet atkins ini ada 4 fasa dan yang pertama paling memeritkan.
Excited sebab berat badan banyak turut setelah mengamalkannya.
Pastikan apa makanan yang diambil bawah 20 gm karbo.
Apa-apa pun karbo memang kena jaga.
Dalam dua minggu turun 8 – 9 kg.
Contoh makanan yang karbo tinggi seperti buahan, sayur, nasi dan pasta.
Ambil telur separuh masak untuk sarapan pagi.
Manakala untuk lunch pula ambil makanan yang dipanggang.
No sugar, sebab itu buahan tak boleh ambil sebab karbo tinggi. Segala sos, kicap juga tidak boleh ambil.
Ini senarai yang boleh dimakan dan tidak dibenarkan ambil.
Untuk makan malam, ambil ikan yang dimasak steam. Makan sebelum jam 6 petang.
Nak cepat turun kena exercise. Buat larian di treadmill, sit up dan planks.
Untuk lihat pengambilan karbo dan pengambilan air.
Cadangkan 25 kg berat untuk 1 liter air.
Bila masuk fasa 2, boleh ambil buah-buahan.
Sebelum itu makan nasi tak ingat dunia.
Nekad untuk kurus kerana tak nak rasa sukar untuk cari baju. Berat ketika ini lebih dari 100 kg.
Keluarga sangat membantu. Dalam peti sejuk penuh dengan makanan berprotein.
Antara produk dibeli ketika amalkan proses diet ini.
Produk konjac karbo free dan boleh makan banyak asalkan kenyang.
Diet jadi kecundang sebab masuk kolej. Tak ada dapur dan kena makan ayam goreng di kedai.
Kemudian diet atkins balik dan start dengan fasa 2. Masa belajar di universiti tak ada masa untuk masak dan memang kena beli lauk di kedai. Tapi tekad untuk kurus kembali semata-mata untuk majlis perkahwinan abang.
Akhirnya berjaya turunkan berat badan.
Ini untuk yang gemar sangat minum milo.
Makan roti ini dengan telur separuh masak.
Ini pula untuk yang suka mkan desserts.
Just nak bagi tau, sebelum cuba diet ini fahamkan dulu. Tidak semua diet sesuai dengan semua orang. Paling penting exercise dan juga minum air banyak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pekerjaan yang dimiliki oleh setiap insan itu berbeza, mungkin pada kita apa yang orang lain lakukan itu sukar buat kita. Namun, setiap apa yang kita lakukan itu berpandu kepada kekuatan masing-masing.
Rezeki dicari tanpa ambil kira soal kesusahan yang bakal ditempuhi, seorang wanita berani panjat bangunan untuk memasang pendingin hawa. Usahanya dikagumi oleh kebanyakan warganet.
Tidak kira soal susah, asalkan rezeki halal
Keberanian seorang wanita dikagumi ramai apabila dia berkongsi pada laman sosial media TikTok miliknya yang sedang bertugas sebagai pemasang pendingin hawa. Ramai yang terkejut dan juga beri semangat kepadanya meskipun kelihatan sukar dilakukan.
Nora Elyna Elly, 34, tampak bersahaja apabila memanjat bahagian luar bangunan tinggi untuk proses pemasangan itu buat pelanggan yang melanggan khidmatnya. Wanita itu telah mengusahakan perkhidmatan ini bersama suaminya, Abdul Rahman atau dikenali sebagai Man, 35, sejak beberapa tahun lalu.
Gemar dikenali sebagai Nora telah ditemubual oleh mStar, dia mempunyai empat cahaya mata. Oleh kerana sering ikut suami pergi ke kerja, muncul minat untuk menceburi bidang itu.
“Saya bermula pada tahun 2017. Suami memang bidang aircond. Pada waktu itu, saya ikut suami bekerja sahaja. Kemudian terus jadi minat. Jadi sekarang kami sama-sama usahakan perkhidmatan ini,
“Dulu kami cuma ada stor dan beroperasi secara online. Kemudian kami buka kedai aircond di Meru, Klang sejak tiga bulan lalu. Saya boleh sahaja duduk kedai, tapi saya tak suka setempat,
“Jadi, di mana ada kerja pemasangan, saya akan pergi. Sekarang kami ada dalam tujuh orang staf setakat ini, kami cover kawasan dalam Selangor dan Kuala Lumpur,
“Selain pasang aircond, kami juga buat kerja-kerja membaiki, servis dan jual aircond,” katanya.
Nora turut berkata ada juga permintaan pelanggan yang inginkan pekerja perempuan yang datang kerana mereka merupakan wanita bujang atau tiada suami di rumah. Boleh diikutkan, adanya perempuan ceburi bidang ini juga membantu keselesaan pelanggan.
Bidang ini sememangnya suatu pekerjaan yang mencabar, dia sendiri akui terpaksa ‘menutup mata’ dan teruskan sahaja bekerja dek kerana minat dan ingin mencari pendapatan. Perasaan gayat itu ada tetapi bagi Nora, dia hanya perly fokus dan lupakan perasaan itu.
Terdahulu, ketika bertemu dalam majlis menandatangani kotrak bersama jenama Itali, Ayda mengakui anak-anak adalahlah salah satu punca rezeki, oleh itu dia dan suami amat bersyukur dan menitikberatkan tentang keselamatan anugerah kurniaan-Nya ini.