Pasti para hijabi mempunyai banyak koleksi tudung di rumah. Daripada koleksi tudung bawal ke shawl, pashmina, sifon, silk dan sebagainya. Namun selepas memakainya, tahukah anda cara yang sesuai untuk mencuci tudung agar tahan lama, tak cepat rosak dan warnanya terpelihara?
Jangan biarkan koleksi tudung bawal dan shawl yang letop pudar sebelum waktu. Ikuti aturan tip ini supaya himpunan tudung anda terjaga dan tahan lebih lama, lagi-lagi shawl yang berjenama dan boleh tahan harganya.
1. JANGAN SENTAL
Untuk mencuci tudung, harus diingatkan, tudung tersebut tidak diramas – ramas. Kami tahu ramai suka meramas tudung ketika mencuci. Kononnya nak lebih bersih. Cara ini boleh merosakkan tudung. Cara yang betul adalah cukup dengan mencelup dan mengangkat tudung beberapa kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.
2. PELEMBUT
Selepas selesai celup dan angkat beberapa kali, rendamkan tudung sebentar di dalam campuran air bersama pelembut selama 10-15 minit. Selepas 15 minit, bilas tudung tersebut bersama air bersih. Jemur di kawasan yang redup. Elakkan menjemur tudung di bawah cahaya matahari yang terlalu terik. Jika tidak, lama-kelamaan, tudung akan menjadi rosak dan warna akan menjadi pudar.
Ads
3. ELAKKAN MESIN BASUH
Untuk mencuci tudung, elakkan membasuh menggunakan mesin basuh kerana ia berpeluang merosakkan tudung. Cukuplah sekadar cuci pelembut dan tidak menyentalnya.
Ads
4. PENGASINGAN
Biasakan diri untuk mencuci tudung bersama tudung sahaja dan tidak mencampurkan dengan kain atau pakaian lain. Banyak kes di mana warna baju turun dan merosakkan tudung. Maka untuk mengelakkan hal ini berlaku, asingkan tudung sebelum mencuci dan basuh tudung sahaja.
Sebaiknya gantung tudung anda. Kebanyakkan dari kita suka lipat dan kadang-kala ia memberikan kesan pada corak tudung.
BACA ARTIKEL INI:
Seperti baju juga, sekiranya tudung yang dibeli mempunyai label aturan membasuh, anda dinasihatkan agar dibasuh dengan cucian tangan kerana kami tahu tudung tersebut terlalu berharga untuk di’rosakkan’.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bibir adalah suatu aset buat perincian muka kita yang sudah pasti menjadi salah satu ciri yang utama. Apabila seseorang pandang pada muka kita, sudah tentu bibir, hidung, dan mata menjadi tumpuan mereka terlebih dahulu.
Hari ini kita bakal kupaskan mengenai produk kosmetik yang khas buat bibir mungil anda itu. Jadi, adakah anda pernah dengar tentang pengilat bibir berwarna hitam? Ya, ia berwarna hitam!
Sudah pasti bagi mereka yang gemar untuk berhias, solekan adalah suatu benda utama yang harus di titikberatkan. Tentunya banyak produk kosmetik yang anda miliki dan salah satunya pasti pengilat bibir.
Pengilat bibir ini adalah satu produk kosmetik yang menjadi tren sewaktu zaman era 2000-an di mana ramai selebriti, artis, dan penyanyi mengenakan solekan bibir yang tampak ‘basah’ dan berkilat. Ianya sangat popular sehinggakan menjadi satu trademark buat ketika itu.
Ya, sewaktu itu ramai yang cuba untuk menghasilkan gaya solekan yang ala-ala futuristik dan ketika itu bibir kelihatan sangat berkilat. Malah, tren tersebut telah pun hangat semula pada hari ini.
Ramai yang sudah memiliki satu produk pengilat bibir yang cukup popular dari jenama mahal mahupun jenama yang menawarkan harga mampu milik seperti di Watson atau Guardian. Tren solekan ini cukup memberikan seseorang tampak lebih fresh dan unik oleh kerana bibir yang tampak ‘basah’ dan berkilat.
Ramai yang gila akan tren solekan yang baru, apatah lagi sekarang ini ramai yang mempromosikan tren yang simple namun tampak unik dan menarik. Begitu juga dengan pengilat bibir yang berwarna hitam.
Ha? Berwarna hitam? Takutnya, nanti berbekas pula pada bibir susah hilang. Tidak sama sekali, pengilat bibir berwarna hitam ini tulah lama tular di media sosial. Ianya mempunyai keunikannya tersendiri.
Meski pun kita sudah tahu pengilat bibir itu bertujuan untuk memberikan satu solekan pada bibir supaya ia tampak berkilat dan ada efek ‘basah’, kebanyakan pengilat bibir berwarna rona merah ke merah jambu untuk look yang fresh.
Bukan bagi pengilat bibir yang berwarna gelap kerana ia bukan sahaja memberikan solekan anda tampak fresh, ‘basah’, dan berkilat. Malah, ianya unik untuk di gayakan tidak seperti orang lain.
Seperti yang anda lihat pada reels yang di muatnaik oleh pengguna @AOIFEARTIST di Instagram, ianya sangat unik! Pengilat bibir berwarna hitam bertujuan untuk menggelapkan sedikit warna lipstik yang anda pakai menjadi lebih toastie! Ia tidak terlalu gelap tetapi nampak lebih glam dan misteri.
Kebiasaannya kita pasti ingin cuba mengenakan warna lipstik yang terang tetapi risau ia akan buat bibir tampak lebih menonjol. Usah risau jika di padankan dengan pengilat bibir berwarna hitam ini kerana ia akan menurunkan sedikit ‘penegasan’ warna lipstik yang asal dan membuatkannya tampak lebih soft.
Min pun risau juga bila dengar pengilat bibir tren sekarang ini berwarna hitam, tapi bila lihat ramai yang membuat review dan lihat sendiri–ternyata memang cantik sekali. Jom kita cuba, mana tahu boleh buat satu look make up yang wow!
Sabun kebanyakannya dalam bentuk berbuku. Kebanyakan sabun hari ini hadir dengan pelbagai jenis wangian. Ada yang berbau seperti minyak wangi dan tidak kurang juga yang berbau seperti makanan.
Rupa bentuk sabun juga sudah dipelbagaikan. Tidak lagi berbentuk empat segi sebaliknya ada banyak pilihan sabun berbentuk seperti makanan seperti kek, biskut, muffin dan sebagainya.
Tahukah anda bahawa sabun adalah campuran pencuci yang digunakan bagi kegunaan peribadi atau sedikit cucian. Ia biasanya dijual dalam bentuk ketulan yang dipanggil buku.
Kebanyakan campuran sabun mengandungi sebatian garam natrium atau kalium yang boleh dihasilkan daripada asid lemak dengan bertindak balas dengan larutan beralkali (seperti natrium hidroksida atau kalium hidroksida) pada 80°–100 °C dalam proses yang dikenali sebagai penyabunan. Lemak-lemak itu dihidrolisiskan oleh bahan bes, menghasilkan gliserol dan sabun kasar (garam asid lemak beralkali).
Sabun dihasilkan daripada minyak atau lemak. Sodium Tallowate, bahan biasa dalam kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak haiwan. Sabun yang dihasilkan dari minyak sayuran, seperti minyak zaitun, biasanya diistilahkan sebagai sabun castile.
Berikut perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang sabun dan losen.
Mohon berhati-hati bila beli sabun atau losen yang berbau seperti makanan, contohnya: coklat, mentega, buah-buahan, dan sebagainya. Dalam minggu ini sahaja saya sudah lihat dua kes termakan bahan-bahan ni.
KES 1: seorang warga emas yang termakan sabun yang mempunyai bentuk seperti jeli kering dan berbau seperti buah-buahan. Selepas termakan (telan) baru dia perasan itu bukan makanan.
Selepas beberapa minit, dia mengadu lidahnya terasa panas, disusuli dengan ke tidak selesa pada perut. Kemudian minta ahli keluarga untuk ke klinik untuk dapatkan rawatan.
Jika pek sabun ada gambar buah, bentuk dan bau pun seperti makanan, mudah memang tersalah. Lagi-lagi kalau labelnya dalam Bahasa Inggeris, tulisan kecil, dan disimpan di tempat tidak sesuai.
KES 2: seorang ibu masuk ke bilik dan lihat anaknya yang berusia 3 tahun sedang memegang losen pelembap tubuh, dan isinya ada dalam mulut anaknya serta lantai. Tidak pasti berapa banyak diminum.
Beberapa minit kemudian kanak-kanak itu mengalami muntah-muntah, dan disusuli dengan cirit-birit selepas satu jam. Kanak-kanak itu di bawa ke klinik kerana kelihatan sangat lemah.
Kanak-kanak tak pandai baca, maka mereka bergantung kepada bau dan warna untuk mengenal pasti sesuatu. Losyen itu berwarna koko pucat dan berbau seperti susu berperisa coklat.
Kebanyakan sabun dan losen mempunyai ketoksikan yang rendah, tetapi boleh mengakibatkan simptom ketidak-selesaan pada lidah serta perut, muntah-muntah, dan cirit-birit.
Peluntur pula lazimnya mempunyai ketoksikan yang tinggi, dan boleh menyebabkan muntah dan najis berdarah, sakit, sawan, tekanan darah rendah, pengsan, dan kematian.
Jika tertelan bahan-bahan ini, tidak usah paksa muntahkan kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi lain. Bawa terus jumpa doktor. Lebih elok bawa sekali pek atau botol bahan tersebut.
Jika beli sabun/losen berperisa dan berciri seperti seperti makanan, pastikan disimpan di tempat sesuai dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak, atau tempat bertutup yang boleh dikunci.
HIJABISTA: Semoga selepas ini kita lebih berhati-hati ketika membeli sabun dan juga losen terutama bagi hijabi yang memiliki anak-anak yang masih kecil.
Pernah dihinaa kerana mempunyai seraut wajah yang hodoh, namun gadis ini tak pernah berputus asa merawatnya. Malah sanggup berhabis beribu ringgit bagi mengatasi masalah jerawat/breakout yang agak menggelikan ini kerana bernanah.
Berkongsi pengalaman di laman sosial gadis ini, Miya Che Bak tidak lokek berkongsi cerita bagaimana masalah jerawat teruk ini berjaya diatasi. Bagi mereka yang mempunyai masalah sama masih belum terlambat untuk mengatasinya sebelum Syawal menjelma.
Assalamualaikum saya miya, kat sini saya terpanggil untuk share satu pengalaman yang saya pernah rasa dulu beberapa tahun lepas. Masa saya study dulu saya tak pernah naik jerawat walaupun sebiji, kalo datang bulan pon tetap tak dak jerawat hingga lah pada sem 5 saya kena buat practical di Penang, masa tu ada sorang kawan saya naik jerawat banyak sangat,saya kesian tengok dia kalut nak cari ubat untuk masalah jerawat dia.
Masa tu sy terpikir macam mana la rasa naik jerawat sebab saya tak pernah rasa perasaan ada jerawat. Allah itu Maha Mendengar tiba2 saya naik jerawat banyak sangat, saya pegi jumpa pakar kulit di Bukit Mertajam untuk dapatkan rawatan, beribu duit abis masa tu, jerawat yang pada mulanya duk dalam kulit keluar semua memang ngeri sangat, kalo sapa tengok muka saya masa tu mesti geli nak makan nasi dengan nanah nya masa tu saya sendiri geli
Bila jumpa pakar kulit tu dia bagi antibiotik selama 3 bulan saya makan antibiotik tu hingga la jerawat tu semua kering. Tapi parut dia Subhanallah memg banyak. Hitam bertompok dekat kedua belah pipi saya. Saya abis study masuk kolej semula untuk menyertai minggu induksi semua kawan2 saya terkejut tengok muka saya yang teruk. Masa tu saya hilang keyakinan diri, saya malu sedih, rasa hina pon ada hinggakan saya asingkan diri dari kawan2 saya just duk dalam bilik ja tak keluar pun lepak-lepak dengan kawan masa tu.
So dipendek kan cerita lepas masuk kerja saya ada duit sendiri saya mula guna pelbgai produk untuk pulihkan kulit muka saya sehingga ke hari ini saya masih berusaha nak dapatkan balik kulit saya yang dulu before muka start breakout.
Okay untuk korang yang ada masalah mula breakout saya paham perasaan anda semua tapi pecayalah, setiap penyakit ada ubatnya korang just kena keep on looking apa yang terbaik untuk korang. Sebab tak semua yang orang lain pakai sesuai dengan korang. Kat sini saya share apa yang membantu saya selesaikan masalah kulit muka saya yang bermasalah.
– Satin Skinz tablet ni sangat berkesan bantu merawat kulit muka saya dari dalam. Saya perasan perubahan sangat ketara bila makan Satin Skinz ni muka saya lebih cerah dan lebih cepat parut hilang.
– Cleanser ni lah peneman saya masa saya banyak jerawat fresh dulu. Saya ke Klinik Balqis
di Kota Bharu untuk dapatkan rawatan so Dr. bagi Cleanser ni untuk saya pakai. Alhamdulillah bila pakai cleanser ni jerawat makin kering dan mati just tinggal parut je.
– Saya beli MCL ni dekat watsons harga dalam RM30 lebih jer rasanya. Sebelum pakai yang ni saya pakai Delacin T (RM50) kedua-duanya sama fungsi untuk matikan jerawat. Memang berkesan korang very recommended
– Cetaphil ni dulu ramai yang share sebab bagus untuk kulit breakout kan? Betul tu, dengan saya pun sangat berkesan, memang result dia agak lambat tapi Cetaphil ni tak keringkan kulit kita dan rasa lembut ja kulit
– Scrub ni saya suka pakai sebab dia tidak terlalu halus dan tak kasar sangat, just nice untuk buang sel mati kulit kita. Lagi satu bila pakai scrub ni kulit rasa lebih moist dan tak kering macam pakai scrub lain.
– Okay cleanser ni dia macam gel. Apa yang saya suka pasal cleanser ni adalah bersifat antibacteria, kalau lepas saya picit jerawat saya akan pakai cleanser ni untuk matikan bacterial yang ada pada wajah. Muka jadi sejuk dan bau herbal.
– Okay yang ni rare. Kalau dulu saya mintak kawan saya yang kerja dekat Sabah tolong belikan toner ni, sebab toner ni sangat susah nak cari kat semenanjung. Kat sana banyak farmasi yang jual toner ni.Tapi sekarang boleh bli online sangat ramai orang yang jual. RM 10 jer saya beli dulu. Tahan sampai setahun. Toner ni memang sangat banyak bantu saya hilangkan parut jerawat. Lepas cuci muka saya akan pakai dia, dulu saya tak sabar nak hilang parut ada dalam 5x sehari saya pakai
– Antara produk paling lama yang saya pakai. Saya setia pakai CC Cream ni dari 8 tahun lepas. Masa saya ada banyak parut jerawat saya suka pakai dia sebab saya dapati parut muka saya makin nipis bila pakai CC Cream ni, dia buat muka saya jadi makin cerah dan parut tu makin pudar.
– Okay last saya suka spray muka saya dengan Miracle Bio Water ni dari dulu sampai sekarang yang pocket size ni selau ada dalam handbeg saya. Sebab saya akan pastikan muak saya bersih selepas cuci muka saya akan spray untuk bg moist dan suci murni
Okay semua tu antara produk yang berkesan untuk saya kongsi dengan korang semua pengalaman pahit yang pernah saya hadap dulu. Lagi 1 korang yang nak cepat kesan boleh la ke klinik untuk dapatkan antibiotik bagi cepat kesan penyembuhan tu. Saya dlu makan Doxycycline yang Dr bagi, jangan main beli jer taw sebab tu semua ubat terkawal tak boleh main makan je. Kalo nak kawen pon korang xleh makan sebab nanti effect sistem pembiakan. Macam tu la Dr yg treat saya cakap dulu. Okay saya harap post saya ni membantu korang yang tengah alami masalah kulit breakout. Saya doakan korang pulih cepat-cepat so that raya nanti korang cantik macam orang lain. Okay? Bye
Neuroplastisiti menerangkan bagaimana otak mampu berubah melalui tabiat seperti meditasi dan journaling. Ketahui fakta sebenar di sebalik trend 'reset otak' yang popular dalam kalangan Gen Z.