Dengan gaya yang ringkas tetapi bergaya, Sashfir berjaya mencipta gaya yang sesuai untuk pelbagai majlis bermula daripada santai sehinggalah ke acara formal.
Berikut beberapa idea OOTD stylish ala Sashfir yang boleh dijadikan contoh.
Gaya Earth Tone Dengan Jaket Coklat & Selendang Putih
Dalam penampilan ini, Sashfir kelihatan mempesona dengan gabungan jaket coklat gelap yang mempunyai aksen jahitan putih yang kontras lengkap dengan tali pinggang untuk menyerlahkan susuk tubuh.
Bagi menambah kesan elegan, Sashfir menggabungkan jaket dengan tudung putih polos dan seluar putih. Ia memberi keseimbangan antara gaya formal dan kasual. Aksesori cincin yang dipakai pada beberapa jari memberikan sentuhan feminin manakala latar padang pasir yang dramatik meningkatkan aura penampilannya.
Sashfir membuktikan dengan gaya monokrom minimalis, seseorang itu masih boleh kelihatan elegan. Dia memakai sut dua lapis. Penampilan ini digabungkan dengan tudung kelabu yang senada.
Bagi melengkapkan penampilan ini, Sashfir turut membawa beg tangan hitam kecil dan kasut hitam bertumit runcing yang memberikan sentuhan formal dan mewah. Gaya ini sangat sesuai untuk sis yang ingin kelihatan ringkas namun tetap bergaya di pelbagai acara.
Sashfir kelihatan bergaya dengan gabungan pakaian berwarna coklat terang yang memberi kesan santai namun tetap bergaya. Digabungkan dengan skirt putih ringkas, gaya ini mencipta kesan yang bersih dan elegan.
Ads
Aksesori cermin mata hitam dan gelang emas kecil mempermanis rupa, menjadikannya sempurna untuk suasana santai di laut mahupun percutian classy.
Dalam penampilan ini, Sashfir menggabungkan kesan ringkas tetapi elegan dengan pakaian serba hitam. Dia memakai jubah hitam polos dengan aksen sulaman terperinci di bahagian depan yang menambahkan sentuhan klasik.
Ads
Tudung hitamnya melengkapkan keseluruhan pakaian memberikan kesan anggun. Kasut hitam berkilat dan beg kulit kecil yang dibawanya menekankan rasa classy yang sesuai untuk pelbagai acara separa formal atau sekadar bersiar-siar namun tetap kelihatan bergaya. OOTD ini membuktikan, penampilan serba hitam tidak pernah gagal mencipta gaya yang elegan.
Warna neutral sering menjadi kegemaran Sashfir. Dalam OOTD ini, Sashfir kelihatan bergaya dengan pilihan pakaian berwarna neutral lembut. Dia menyarungkan outerwear labuh berwarna krim digabungkan dengan culottes longgar menghasilkan silhoutte yang anggun dan moden.
Pemakaian selendang putih polos memberikan kesan bersih dan segar. Beg tangan berwarna krim dengan perincian hitam pada pemegang adalah aksesori yang sempurna dan classy. Penampilan ini sesuai untuk acara santai tetapi masih kelihatan elegan dan stylish!
Kekuatan seorang wanita memang tidak dapat disangkalkan. Walaupun diuji dengan penyakit barah payu dara, namun mereka tetap kental meneruskan kehidupan dan tidak pernah patah semangat. Begitulah hebatnya mereka yang bergelar wanita ini.
Seperti Ummi Salmah Hashim, 44, yang telah didiagnos kanser pada tahun 2016, dia tidak menyangka perjalanan kehidupannya berubah selepas menyedari terdapat ketulan di bahagian dadanya sewaktu mandi.
Tiba-tiba tanda itu muncul di badan.
“Selepas menyedari ada ketulan tersebut, saya terus ke klinik panel dan mereka menyuruh saya melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Selepas melakukan biopsi, mamogram dan ultrasound, akhirnya saya telah disahkan menghidap kanser payu dara stage 3b dan telah merebak ke hati dan tulang”, jelasnya.
Pada mulanya susah untuk menerima kenyataan.
Tambahnya, pada waktu itu apa yang difikirkan hanyalah mengenai mati dan rawatan kimoterapi yang bakal dihadapinya.
“Mula-mula saya tak dapat terima kenyataan ini. Saya terfikir, kenapa saya yang kena? Lama kelamaan saya reda kerana saya tahu inilah ujian daripada Tuhan buat hambaNya yang terpilih.
“Anak-anak juga pada awalnya sukar untuk menerima. Namun, lama-kelamaan mereka banyak bagi dorongan kepada saya. Sememangnya mereka dan suamilah sumber kekuatan saya. Kebiasaannya, selepas saya menjalani rawatan kimoterapi, mereka pasti akan membawa saya bercuti, ujarnya.”
Ummi juga menjelaskan rawatan hospital adalah yang terbaik dibandingkan dengan rawatan-rawatan lain.
“Sebenarnya saya telah menghabiskan RM 15 ribu dengan mencuba pelbagai suplemen, tradisional dan sebagainya. Apa yang orang jual semua saya beli kerana ingin sembuh tapi tiada satu pun yang berhasil. Akhirnya hospital juga yang dituju. Jadi, seeloknya teruslah berkunjung ke hospital agar kanser itu tidak merebak.”
Cari support group supaya tidak keseorangan.
Ibu kepada 4 orang cahaya mata ini juga sempat berpesan kepada sesiapa yang didiagnos dengan penyakit kanser agar segera mencari support group.
“Support group ini sangat membantu dengan memberi pelbagai nasihat, datang ke rumah dan tidak membiarkan kita keseorangan. Kini saya juga menjadi ahli dan sentiasa berkunjung ke rumah pesakit kanser. Alhamdulillah, ada yang dahulunya takut untuk menjalani rawatan terutamanya kimoterapi kini berasa lebih yakin selepas mendapat sokongan. Yang penting, kita kena sentiasa positif ,” katanya mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Semalam merupakan hari yang cukup bermakna dan mendebarkan buat pelajar tahun enam sekolah rendah di seluruh Malaysia kerana keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Pasti ramai yang gembira, menarik nafas lega namun tidak kurang ada yang bersedih dan kecewa dengan keputusan yang diterima.
Di Twitter, perkongsian daripada seorang guru, Syafaat Nasir mengenai kejayaan anak muridnya dalam peperiksaan UPSR telah menjadi tular. Anak murid yang dipanggil Odah itu merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat 6A di sekolahnya.
Menariknya, sikap Odah yang sangat berbudi bahasa dan menghormati guru itu telah membuatkan netizen terharu sehinggakan mencuri tumpuan selebriti terkenal iaitu Neelofa.
Menurut gurunya, kejayaan Odah juga adalah hasil berkat daripada sokongan ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan sokongan buatnya tidak kiralah dalam apa jua program yang Odah sertai.
Wow, untungnya adik Odah ni dapat perhatian daripada Neelofa! Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka daripada Tuhan. Moga adik Odah akan terus semangat untuk melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. InsyaAllah.
Penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Iman Troye, berkongsi kisahnya bergelut dengan masalah anxiety dan stres yang dihadapi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Jelas pelantun lagu Teman itu, dia tidak menyangka keterujaannya untuk masuk ke alam universiti terpaksa ditangguhkan kerana pandemik covid-19 yang melanda dunia pada saat ini.
“Youth Comes But Once In A Lifetime” – kata pepatah ni is one of my favourite. But being a teenager nowadays banyak cabarannya, lagi lagi during Covid-19 pandemic and kita semua terpaksa duduk dekat rumah. For half a year this year, iman felt like my life was stagnant for a while.
When first PKP started, Iman tengah tunggu result SPM and i was really looking forward to start my life in university. But banyak planning tergendala kejap. Truth be told, rasanya semua seperti Iman, rasa sangat sangat risau and takut with the uncertainty at that point of time.
Bagi merawat masalah yang dihadapinya, Iman banyak meluangkan masa bersama keluarganya supaya perasaan stresnya itu hilang buat seketika. Dia juga gemar meluahkan isi hatinya di dalam diari bagi memberikan motivasi dan kekuatan pada diri sendiri.
Untuk kurangkan anxiety and stress, Iman banyak spend time dengan family with activities like masak masak together, gardening, main board game and karaoke kat rumah. Iman dapat stop from feeling stress and anxious for awhile.
For my own daily affirmation and self-healing pula, Iman suka menulis. I like to write my thoughts down in my diary. Sebelum tidur, Iman akan tulis at least one thing yang Iman rasa grateful on that day. Tulis dalam diary ni banyak tolong Iman untuk self-reflect and from there, I boleh motivate myself untuk terus kuat and move forward.
Korang pulak macam mana? What do you do to self-reflect and how often korang buat? Cuba share dengan Iman, i would love to know!
For those that are facing the same problem and need help, you guys can check out MIASA Malaysia.
#realtalk
Sebenarnya, ramai di antara kita yang berdepan dengan masalah anxiety dan stres tanpa kita sedari. Jika anda juga mengalaminya, luahkanlah masalah itu pada ahli keluarga atau teman rapat dan segeralah dapatkan bantuan daripada mereka yang pakar. InsyaAllah, segala kekalutan dapat diselesaikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Justeru, team HIJABISTA berkesempatan menemubual personaliti dan penyampai radio Era, Munaa Bella Mohamad dan beliau telah berkongsi beberapa tip agar solekan bebas luntur, tahan lebih lama dan kekal 'on-point' meski panas, mahupun ribut taufan melanda!