Penceramah terkenal yang juga pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad memuat naik status di laman Instagram mengenai pemergian cucunya, Muhammad Ahmad Aiman pagi Selasa.
Menerusi perkongsian itu juga di laman Instagram Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, diberitakan cucunya, Muhammad baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Penceramah hebat Prof Dr Muhaya berkongsi Di laman sosialnya menyatakan sistem sokongan hayat cucunya juga telah dihentikan pada jam 9.00 pagi selepas segala usaha dilakukan tidak berjaya.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah,” kongsinya.
Sungguh Allah menyayangi insan kecil ini, Muhammad merupakan anak kepada Dr Noor Atiyah Azmi dan Aiman. Dr Atiyah merupakan anak kedua Prof Muhaya dan suami.
“Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk.
“Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui.
Kaum wanita mesti pernah mengalami perasaan rendah diri bukan? Rasa tak yakin pada diri itu pasti pernah menyelubungi diri lebih-lebih lagi bila apabila kita merasakan diri penuh dengan kekurangan berbanding orang lain.
Usah terlalu negatif sis! Pastinya bukan hanya kita malah ramai wanita di dunia ini mengalami masalah yang sama. Jangan terlalu memandang rendah pada dirimu. Banyak yang ada dalam diri kita yang boleh diserlahkan pada dunia. Cuba dengar dahulu tip dari pelakon terkenal, Fazura ini untuk membina keyakinan tinggi dalam diri!
Tip untuk menyayangi diri sendiri dan tindakan yang perlu dilakukan segera!??.
2. Duduk, tarik nafas dan ambil masa untuk menulis segala yang hebat mengenai diri anda. Ingat betapa baiknya, pemurah, kuat dan bersemangatnya anda pada waktu yang sama. Cari keburukan dalam diri anda. Jika ada banyak kebencian terhadap orang lain, itu bermakna anda hanya ada banyak kebencian terhadap diri sendiri. Gantikannya segera dengan rasa kasih sayang.
3. Senyum dan sentiasa ingat akan nilai diri anda. Semestinya anda tidak rasa seperti seorang mangsa lagi kerana anda tidak pernah menjadinya. Ceriakan dirimu!
4. Jika kata hati anda berkata tidak pada suatu perkara, hormatinya dan ikut sahaja gerak hatimu. Teruskan sahaja dan katakan tidak padanya.
5. Makan sendiri, tonton wayang sendiri dan hiburkan hatimu. Lakukan sahaja kerana siapa yang pedulikannya? Anda yang sayangi diri anda sendiri! Anda juga layak untuk rasa gembira dengan menjadi diri sendiri.
6. Maafkan diri anda dan juga orang lain. Walaupun mereka tidak memintanya. Hanya selepas itu, anda akan rasa tenang dan gembira semula!
7. Jangan pernah bandingkan diri anda dengan orang lain. Anda adalah istimewa dengan cara yang tersendiri. Cari kehebatan dalam dirimu dan bawakannya dengan penuh gaya. Tiada siapa boleh mengambilnya daripada anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kebanyakan daripada kita pasti menghidap resdung kan ? Sungguh tak selesa rasanya lebih-lebih lagi bila hidung mula berair dan asyik bersin je. Lagi parah kalau tidak bawa tisu atau sapu tangan. Susahlah macam tu ! Tapi hijabi semua jangan khuatir, anda yang menghidap resdung bolehlah mengikuti tips yang dikongsikan oleh pengguna twitter @reenarazak ini.
Perkongsiannya ini telah mendapat lebih 18 ribu retweet di twitter. Wow, banyak itu ! Mari kita baca caranya untuk hilangkan rasa tak selesa itu.
Begitulah thread yang telah dikongsi olehnya. Anda semua boleh ikhtiar cara ini bagi mengurangkan ‘sengsara’ akibat resdung itu. Semoga bermanfaat !
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila bergelar selebriti terkenal, pastinya setiap aktiviti dan gerak geri kita menjadi tumpuan ramai. Walaupun sering diasak dengan gosip dan kontroversi, namun Neelofa tetap kekal tenang menghadapinya dan tidak mudah melatah.
Sedang mengerjakan umrah, adiknya yang tercinta iaitu Athisha Khan berkongsi di twitter mengenai keperibadian baik kakaknya itu yang ramai orang tidak sedar selain berasa beruntung dikurniakan kakak seperti Neelofa.
“Apa yang orang tidak nampak atau memilih untuk tidak melihat. Pembantu peribadi Kak Neelofa yang memuat naik ini. Dia mempunyai hati yang sangat mulia, ya Allah. Saya tahu mungkin sesetengah orang sukar menerima ini tapi saya hanya begitu bangga menjadi adiknya.”
Masyaallah. Cantik sekali akhlaknya seperti wajahnya. Moga Neelofa dikurniakan umrah yang mabrur dan terus berada dalam rahmat Allah. Amin.