Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin sehingga kita perlu mendapatkannya dari sumber makanan yang kita makan. Manfaat vitamin untuk tubuh kita antara lain membina imumiti atau kekebalan tubuh, yang diperlukan untuk melawan infeksi virus dan bakteria menular.
Salah satu vitamin itu adalah vitamin C, yang boleh didapati dari sumber-sumber alami seperti jeruk, asam jawa, strawberi, bayam, kale, dan brokoli. Namun vitamin C bukan satu-satunya yang diperlukan tubuh kita untuk menjaga daya tahan tubuh, melainkan juga keempat vitamin berikut ini. Jom, semak penjelasannya ini!
Vitamin A
Pic: Honestdoctor
Dikenal juga dengan nama retinol, vitamin A berfungsi dalam menjaga kesihatan tubuh, terutama organ mata dan mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Makanlah pelbagai makanan yang merupakan sumber vitamin A, seperti wortel, bayam, hati, ikan, ayam, telur, dan produk olahan susu.
Ads
Vitamin D
Kekurangan Vitamin D dikaitkan dengan meningkatnya autoimun dan lebih terdedah terkena jangkitan. Berbeza dengan vitamin lain, vitamin D diproduksi oleh tubuh secara alami saat kulit terkena paparan sinaran matahari. Selain itu vitamin D juga terdapat pada makanan, contohnya ikan berlemak baik seperti salmon, tuna, dan makarel; serta pada telur, keju, dan cendawan.
Ads
Vitamin E
Pic: Hellosehat
Vitamin E adalah antioksidan super yang membantu tubuh melawan jangkitan. Vitamin E juga salah satu antioksidan yang membantu melindungi sel-sel dari kerosakan akibat radikal bebas. Makanan yang kaya vitamin E antara lain kacang-kacangan, bayam, dan biji-bijian.
Vitamin B6
PIc: Diedit
Menurut dietitian Julia Zumpano, RD, LD dari Cleveland clinic, vitamin B6 ini penting untuk menyokong reaksi biokimia pada sistem kekebalan tubuh anda. Makanan yang kaya dengan vitamin B6 ini antaranya ialah ayam, salmon dan tuna. Vitamin B6 sayuran terdapat pada sayuran hijau dan kacang chickpeas atau kacang arab.
Jadi, itulah tadi beberapa jenis vitamin yang diperlukan tubuh untuk menjaga daya tahannya terhadap serangan virus dan bakteria jahat. Mengingat peranannya yang cukup penting, jadi wajib juga ya memastikan menu makanan kita mengandungi zat gizi di atas. Jaga Kesihatan Ya!
SUMBER: Womentalk
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pengacara popular yang terkenal dengan kepetahannya bercakap akhirnya selamat sudah menjadi isteri kepada pasangannya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi 9.38 pagi ini di kediamannya di Ampang, Kuala Lumpur. Hanya sekali lafaz, pasangan yang bertunang hujung tahun lalu selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri. Dayah dan pasangannya yang memilih hari Jumaat tampil sedondon mengenakan busana putih sempena majlis pernikahan yang cukup sederhana tetapi meriah di kelilingi teman-teman rapat.
Antara teman selebriti yang turut hadir menyaksikan majlis pernikahan Dayah Bakar yang menggunakan hashtag #dayah ini adalah Elfira Loy, Heliza Helmi dan beberapa orang lagi rakan pengacara ini.
Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Datuk Abu Bakar kelihatannya cukup anggun menyarung dress kahwin rekaan dari Azura Couture. Pasangannya juga turut menyarung persalinan lengkap baju Melayu dari pereka yang sama.
Menyorot kisah percintaan pasangan ini sebenarnya cukup unik. Keduanya juga adalah merupakan rakan sekolah daripada tingkatan satu hinggalah ke tingkatan tiga. Malah pernah tinggal di taman yang sama dan merupakan kawan ketika kecil.
Menurut Dayah, ketika kecil-kecil dulu dia memang tahu suaminya itu suka padanya. Tetapi ketika itu Dayah tidak rasa apa-apa kerana menganggap ia perkara lucu.
Dan selepas tidak bersekolah sama, keduanya membawa haluan masing-masing. Tetapi masih ambil tahu diri masing-masing kerana adanya media sosial.
Menurut Dayah memang mereka ada berkawan tetapi tidak pernah terfikir lebih dari itu. Namun benar kata orang urusan jodoh itu terletak di tangan Allah.
Suaminya itu kemudiannya mengajak Dayah berjumpa hujung tahun lalu sebagai kawan. Namun akhirnya Dayah akur Kapten Hanif memang sudah ditakdirkan untuk menjadi Imamnya. Seorang lelaki yang bukan sahaja menjadi Imam tetapi memberi bimbingan di dunia dan akhirat dalam meniti ranjau perkahwinan.
Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging pada Ahad ini, manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 7 Julai ini di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga hubungan baru dibina ini kekal hingga ke jannah.
Adakah anda bosan untuk berusaha tampil sempurna setiap hari? Mampukah lapisan foundation dan concealer menyembunyikan jeragat, pigmen, bintik-bintik dan ketidaksempurnaan lain?
Sekiranya anda menjawab ya untuk kedua-dua soalan ini, anda perlu resipi kecantikan ini.Ya! Rahsia kulit semula jadi dan sempurna terletak jauh di pangkuan alam. Dan di sini, beberapa rahsia bahan semula jadi kembalikan wajah anda berseri.
Garam laut mengandungi mineral penting sementara timun berfungsi menenangkan kulit. Topeng muka ini membersihkan kulit dan menjadikan kulit bebas minyak. Gunakan secara berkala untuk mencapai kulit yang cerah dan bersinar.
NOTA: Sekiranya anda ingin menyimpannya, jangan masukkan garam ke dalam campuran.
Tepung besan atau gram boleh beli di sini:
Tepung gram atau besan membuka pori-pori yang tersumbat dan minyak badam mengandungi vitamin penting yang meningkatkan kesihatan kulit. Krim ini melembapkan wajah dan membersihkan tanpa mengeringkan.
Topeng muka herba ini memberi anda kulit yang bersinar. Jus anggur kaya dengan antioksidan yang melindungi kulit dari kerosakan radikal bebas. Butiran gula mengelupas kulit dengan lembut dan menggalakkan penjanaan kulit yang sihat. Yogurt meringankan tompok gelap dan mengurangkan pigmentasi.
Ini adalah ubat herba terbaik untuk kulit yang cerah dan bersinar. Lemon kaya dengan vitamin C dan mengurangkan bintik-bintik gelap. Madu melembapkan kulit anda dan menjadikannya lembut.
Tepung besan atau gram boleh beli di sini:
Berfungsi:
Ubat Ayurveda ini sangat baik untuk kulit anda dan menjadikannya bersinar secara semula jadi jika digunakan setiap minggu. Ia menghilangkan semua kekotoran dari kulit anda dan membiarkannya bersih.
Bahan-bahan:
Air mawar boleh beli di sini:
Cara-cara:
Berfungsi:
Topeng muka herba ini sangat baik untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Jaggery mempunyai sifat kawalan minyak. Pek muka ini kaya dengan antioksida, dan ia meningkatkan pengeluaran kolagen dan memperbaiki kulit anda.
Gliserin boleh beli di sini:
Gliserin menjadikan kulit anda terhidrat dan mencegah pengeringan sementara air mawar membantu menjaga keseimbangan pHnya. Jus lemon mempunyai sifat antibakteria dan antijamur dan membantu mencerahkan kulit.
Topeng ini berfungsi seperti sihir pada kulit kusam dan penuaan. Avokado mengandungi asid lemak dan antioksidan yang menghilangkan radikal bebas dan meningkatkan pengeluaran kolagen, menjadikan kulit anda lebih ketat dengan penggunaan biasa.
NOTA: Buat ini dalam jumlah kecil untuk mengekalkan kebaikan toner.
Kedua-dua jus delima dan timun menjaga kulit bersih. Campuran ini menghilangkan sel-sel kulit mati dan memberikan cahaya pada kulit kusam dan rosak.
Tidak seperti masker wajah lain yang tersedia secara komersial, makser wajah ini tidak keras pada kulit. Ia membersihkan kulit dengan lembut. Ekstrak aprikot dan oatmeal mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan, mencerahkan kulit dan menjadikannya halus dan lembut.
Serbuk teh hijau boleh beli di sini:
Gel muka ini sarat dengan antioksidan dan mineral. Teh hijau dan lidah buaya meningkatkan pertumbuhan semula sel, menghidrat kulit, mengurangkan keradangan, meningkatkan pengembangan kolagen dan menjadikan kulit anda lebih muda. Anda boleh menggunakan pek ini dua kali sehari.
Betik mengandungi asid hidroksi beta, pengelupasan semula jadi dan flavonoid, yang meningkatkan pengembangan kolagen, sehingga menghilangkan tanda-tanda penuaan. Kunyit memberikan sifat antioksidan pada muka.
Madu manuka boleh beli di sini:
NOTA: Jus lemon mungkin menyengat sedikit. Anda boleh mencairkannya dengan air mawar atau air biasa.
Masker muka ini membantu membersihkan jerawat dan merupakan agen pembersih ringan. Ia mengecilkan pori, mengurangkan keradangan, melegakan kekeringan, dan menjadikan wajah anda bersinar.
SUMBER: Stylecraze
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pernah diejek, dihina, apatah lagi dikasari, ini antara pengalaman aktres Zarina Zainuddin saat membesarkan kedua kembar autisme Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal).
Menyelusuri perjalanan hidupnya membesarkan dua cahaya mata yang begitu istimewa, Zarina tidak pernah culas menggalas tanggungjawab sebagai ibu malah tidak memandang kekurangan itu sebagai pematah semangat, malah menjadikan ia sebagai sebuah kelebihan untuk mendidik diri menjadi ibu yang lebih sempurna.
Dalam temubual bersamanya, Zarina menyatakan kehadiran kedua-dua anaknya itu menjadikannya seorang wanita yang tabah dan sabar, malah tidak akan pernah lelah menjaga anak-anak autisme ini.
“Umum tahu, Azal boleh bercakap tetapi Azil sebaliknya. Rutin setiap pagi bagi Azil, adalah membeli surat khabar, jadi boleh atau tidak, saya akan memenuhi permintaannya. Berbeza pula dengan Azal, dialah pembantu saya, selalu ada di set pengambaran, membantu untuk memilih pakaian, aksesori, dan menemani saya ketika sedang berlatih skrip,” ujarnya.
Tambah Zarina, biarpun kadang-kala anak-anaknya akan ada tantrum dan sukar untuk dikawal, namun, dia sebagai ibu tidak pernah menjadikannya sebagai jarak pemisah dan membezakan kasih sayang untuk anak-anaknya itu.
“Mungkin mereka takut diganggu oleh anak-anak saya..”
Bukan semua orang memahami situasi yang dilaluinya. Dia juga tidak meraih simpati kepada sesiapa, cuma dia ingin anak-anaknya hidup seperti kanak-kanak lain. Melihat kedua-dua puteranya itu gelak tawa dan bermain seperti kanak-kanak lain, cukup memberikan hatinya sebuah ketenangan
Jelas Zarina, biarpun mereka menghidap autisme, tetapi itu bukanlah faktor penghalang untuk mereka tidak dapat hidup seperti kanak-kanak normal.Biarpun pernah mengalami beberapa keadaan yang memeritkan, namun Zarina anggap ia sebagai tanda sayang Allah SWT kepadanya.
Bukan itu sahaja, malah, ada juga pihak yang mengherdik saya dan anak-anak apabila mereka sudah mula datang tantrum. Saya redha.
“Ada satu situasi yang pernah berlaku apabila saya membawa mereka makan di luar. Tiba-tiba, ada keluarga mahupun individu yang duduk di sebelah meja kami bangun dan menukar tempat duduk mereka, jauh dari kami. Mungkin mereka takut diganggu oleh anak-anak saya.
Perasaan itu agak perit. Namun, saya tidak boleh tunjukkan kepada mereka, malah saya harus cekal dan tabah untuk menjadi ‘role model’ kepada Azil dan Azal. Bukan itu sahaja, malah, ada juga pihak yang mengherdik saya dan anak-anak apabila mereka sudah mula datang tantrum. Saya redha”.
“Video-video mereka untuk kita belajar tentang autisme..”
Kajian menunjukkan bahawa autisme adalah empat hingga lima kali lebih biasa di kalangan kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Nama autisme itu sendiri berasal dari perkataan Greek autos yang membawa maksud ‘sendiri’ dan menurut Bleuler, autisme membawa maksud ‘melarikan diri dari realiti’.
Rakyat Malaysia harini penulis kira sudah mula memahami tentang penegrtian autisme. Namun, masih ramai juga yang kurang kesedaran tentang anak-anak istimewa autisme ini. Salah satu cara yang dilakukan oleh Zarina adalah dengan memuat naik video anak-anaknya di laman Instagram untuk memberi kesedaran tentang autisme itu sendiri.
Saya percaya dengan memuat turun video- video Azil dan Azal di Instagram secara tidak langsung mengajar rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dan peka terhadap kanak-kanak Autisme.
“Saya percaya dengan memuat naik video-video Azil dan Azal di Instagram secara tidak langsung mengajar rakyat Malaysia untuk lebih terbuka dan peka terhadap kanak-kanak Autisme.
Hari ini, ramai yang sudah boleh menerima keadaan Azil dan Azal jika tantrum mereka datang di khalayak ramai. Usaha ini juga adalah harapan saya supaya sekolah-sekolah di Malaysia ini menyediakan kelas khas untuk kanak-kanak autisme kerana kami sebagai ibu-bapa amat memerlukannya.
Bukan itu sahaja, malah ibubapa yang turut dikurniakan anak-anak autisme juga sudah berani berkongsi cerita mereka di laman sosial. Ini yang kita mahukan dimana pendidikan tentang autisme itu sudah mula meluas dan penerimaan masyarakat semakin baik,” komen Zarina.
“Anak adalah harta yang tidak ternilai..”
Biarpun sibuk dengan urusan perniagaan mahupun lakonan, namun Zarina meletakkan kedua-dua puteranya itu sebagai aspek penting dalam diari hidupnya.
“Anak adalah harta yang tidak ternilai. Jagalah mereka seperti mana yang diamanahkan oleh-Nya. Bagi mereka yang memiliki anak-anak autisme, bersabar dan redhalah dengan ketentuannya. Sesungguhnya, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Maka bersyukurlah dan teruslah berdoa untuk sebuah kebaikan,” ujarnya menutupi kalam bicara ini.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.